Fiddhah al-Nubiyyah (Bahasa Arab: فضة النوبیة) adalah pembantu Sayyidah Fatimah Zahra sa. Nabi Muhammad saww memanggilnya dengan nama tersebut. Namanya mewarnai peristiwa-peristiwa wiladah Imam Husein as, turunnnya Ayat Ith'am dan syahadah Fatimah Zahra sa. Setelah Sayyidah Fatimah Zahra sa syahid, Fiddha bernikah sebanyak 2 kali. Salah satu karakteristiknya adalah dia boleh berbicara dengan ayat-ayat al-Quran dan mengetahui ilmu kimia. Dikatakan pula bahawa dia juga turut hadir dalam peristiwa Karbala.

Fiddhah al-Nubiyyah

 

Fiddhah al-Nubiyyah (Bahasa Arab: فضة النوبیة) adalah pembantu Sayyidah Fatimah Zahra sa. Nabi Muhammad saww memanggilnya dengan nama tersebut. Namanya mewarnai peristiwa-peristiwa wiladah Imam Husein as, turunnnya Ayat Ith’am dan syahadah Fatimah Zahra sa. Setelah Sayyidah Fatimah Zahra sa syahid, Fiddha bernikah sebanyak 2 kali. Salah satu karakteristiknya adalah dia boleh berbicara dengan ayat-ayat al-Quran dan mengetahui ilmu kimia. Dikatakan pula bahawa dia juga turut hadir dalam peristiwa Karbala.

 

Nasab

Fiddha berasal dari Nubiyyah. [1] Nubiyyah adalah sebuah kawasan disebelah selatan kota Sudan [2] atau sebelah utara kota Mesir atau sebelah barat kota di sungai Nil. [3] Beberapa orang menilai bahawa dia berasal dari India [4] dan sebahagian yang lain bahkan mengatakan dia adalah puteri raja India [5]

 

Di Rumah Sayyidah Zahra as

Fiddha adalah pembantu Sayyidah Zahra sa. [6] Setelah turunnya ayat فَقُلْ لَهُمْ قَوْلاً مَيْسُوراً (katakanlah kepada mereka ucapan yang lema lembut) Nabi memanggil Fiddha ke rumah Sayyidah Zahra dan Nabi memanggilnya dengan nama itu. [7]

Sayyidah Fatimah as membahagi pekerjaan rumahnya antara dirinya dengan Fiddha. Oleh itu pada satu hari sayyidah Fatimah sendiri yang mengerjakan pekerjaan rumah dan pada hari selanjutnya Fiddha yang mengerjakannya. [8]

Dia turut serta melakukan puasa nadar ketika Imam Ali dan Sayidah Fathimah bernazar puasa tiga hari demi kesembuhan penyakit Imam Husein as. Ayat ke-7 dan ke-8 surah al-Insan turun berkaitan dengan peristiwa ini. [9]

 

Syahadah Sayyidah Fatimah as

Imam Ali as ketika memanggil putera-puteranya untuk mengucapkan salam perpisahan dengan jenazah ibundanya, juga memanggil Fiddha dan berkata: “Wahai Ummu Kultsum, wahai Zainab, wahai Sukainah, wahai Fiddha, wahai Husein, wahai Husein bergegaslah… ucapkanlah selamat tinggal dengan ibunda kalian.”[10]

Setelah syahadah Sayyidah Fatimah Zahra sa, Fiddha bekerja sebagai pembantu di rumah Imam Ali as. [11] Setelah itu dia hidup selama 20 tahun. Fiddha adalah wanita yang memiliki ketakwaan dan soleh. [12]

 

Suami dan anak-anak

Ali as menikahkan Fiddha dengan Abu Tsa’labah Habasyi. Dari suaminya, Fiddha memiliki seorang putera. Setelah kematian Abu Tsa’labah, Fiddha dinikahkan dengan Abu Malik Ghathfani, setelah pernikahan ini, puteranya meninggal dunia. [13] Fiddha memiliki beberapa anak dari Abu Malik, salah satunya seorang perempuan bernama Syuhrah binti Muskah binti Fiddha [14] yang merupakan cucu perempuan Fiddha dan dinukilkan memiliki karamah. [15] Dalam sebahagian referensi disebutkan bahawa suami kedua mengadu mengenai Fiddha di hadapan Umar bin Khattab namun aduan mengenai Fiddha itu berakhir dengan Umar memihak kepada Fiddha. [16]

Malik bin Dinar berkata: Ketika aku pergi ziarah ke Kaabah untuk melaksanakan haji, aku melihat seorang wanita berperawakan ramping yang menaiki haiwan yang kurus dan tak berdaya sehingga haiwan itu berhenti di tengah jalan. Maka aku mengecam wanita itu mengapa dia menaiki haiwan dengan bawaannya yang berat dan ingin menempuh jarak yang jauh namun wanita itu justeru menadahkan tangannya ke langit dan berkata: Kau tidak melewati rumahku dan tidak pula sampai ke rumahmu, aku bersumpah kepada keizahan dan keagunganmu apabila seseorang berlaku demikian kepadaku maka aku akan mengadukan maka aku akan membawa keluhannya kepadamu. Tiba-tiba ada seseorang di tengah-tengah sahara dan ditangannya terdapat kendali unta dan bersiap-siap untuk mengantarkan wanita itu ke tempat tujuannya. Aku yang dalam peristiwa ini melihat kesempurnaan wanita ini, hal ini kerana ketakwaan di sisi Tuhannya sehingga dia memiliki kedudukan seperti ini. Aku bertanya: Siapakah anda? Berkata: aku adalah Syuhrah, puteri Fiddha pembantu Fathimah Zahra sa. [17]

 

Karakteristik

Selama kira-kira 20 tahun, Fiddha bersama-sama dengan ayat-ayat al-Quran dan menjawab pertanyaan-pertanyaan orang lain. [18] Dia menjelaskan keadaan Sayyidah Fathimah Zahra sa semenjak zaman wafatnya Nabi Muhammad saww hingga syahadah Sayyidah Fathimah sa dalam sebuah riwayat yang panjang. [19] Imam Ali mendoakan Fiddha: اللهم بارک لنا فی فضّتنا [20]

Sebahagian orang berkata bahawa dia memiliki ilmu kimia. [21] Ilmu ini diajarkan oleh Sayyidah Fathimah Zahra sa. [22] Nabi Muhammad saww mengajarkan doa dan zikir untuk mengatasi masalah-masalahnya. [23] Khalifah kedua mengakui ilmu yang dimiliki oleh Fiddha. [24]

 

Wafat

Makam yang dikenail sebagai makam Fiddha berada di Damaskus di Pemakaman Bab al-Shaghir. Makamnya berada di komplek pemakaman yang dikenali sebagai makam Abdullah bin Jaafar dan berada di hujung sebelah barat makam. Pada makamnya terdapat kubah kecil berwarna hijau dan dindingnya merupakan dinding batu berwarna hitam. [25] Di Karbala juga ada tempat namanya Singa Fiddha.

 

Catatan Kaki

1.A’lam al-Nisa al-Mukminat, hlm. 696; Ibnu Hajar,al-Ashabah, jld. 8, hlm. 281.

2.Al-Firuz Abadi, al-Qamus al-Muhith, jld. 1, hlm. 135; Majma’ al-Bahrain jld. 2, hlm. 178.

3.Ibnu al-Wardi, Riyadh al-Salikin, jld. 4, hlm. 224.

4.Al-Husain wa Bathalata Karbala, Mugniyah, hlm. 287.

5.Bihar al-Anwar, Dar Ihya al-Tsurats, jld. 9, hlm. 575; Al-Bursi, Masyariq Anwar al-Yaqin, hlm. 121.

6.A’lam al-Nisa al-Mukminat, hlm. 696; Ibnu Hajar, al-Ashabah, jld. 8, hlm. 281.

7.Tafsir Nur al-Tsaqalain, jld. 3, hlm. 157.

8.Al-Mausu’ah al-Kubra ‘an Fathimah Zahra, al-Anshari, jld. 17, hlm. 429.

9.Tentang peristiwa lengkapnya silahkan lihat: A’lam al-Nisa al-Mukminat, hlm. 699-700.

10.Bihar al-Anwar, al-Majlisi, jld. 43, hlm. 179.

11.A’lam al-Nisa al-Mukminat, hlm. 696.

12.Al-Husain wa Bathalata Karbala, Mughniyah, hlm. 287.

13.A’lam al-Nisa al-Mukminat, hlm. 697.

14.Al-Husain wa Bathalata Karbala, Mughniyah, hlm. 287.

15.Tasliyah al-Majalis, al-Karaki al-Hairi, jld. 1, hlm. 529.

16.Al-Nu’man al-Maghribi, Syarah al-Akhbar, jld. 2, hlm. 328; Ibn Syahr Asyub, Manaqib Al Abi Thalib, jld. 3, hlm. 183.

17.Bihar al-Anwar, 1363, jld. 43, hlm. 47.

18.Riyah al-Syari’ah, jld. 2, hlm. 313-326.

19.Bihar al-Anwar, jld. 43, hlm. 174-180.

20.Al-Tsaqib fi al-manaqib, hlm. 281.

21.Al-Mausu’ah al-Kubra ‘an Fathimah Zahra, al-Anshari, jld. 17, hlm. 428.

22.Al-Mausu’ah al-Kubra ‘an Fathimah Zahra, al-Anshari, jld. 17, hlm. 429.

24.Al-Nu’man al-Maghribi, Syarah al-Akhbar, jld. 2 hlm. 328; Ibn Syahr Asyub, Manaqib Al Abi Thalib, jld. 3, hlm. 183.

24.Mausu’ah Asyura, hlm. 231.

25.Amakin Siyahati wa Ziyarati Damisyq, hlm. 47.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *