7. Cara-cara mengetahui mujtahid yang telah memenuhi syarat Mujtahid yang telah memenuhi syarat dapat diketahui dengan dua cara:

Taqlid (3)

 

  1. Cara-cara mengetahui mujtahid yang telah memenuhi syarat

Mujtahid yang telah memenuhi syarat dapat diketahui dengan dua cara:

1)        Dengan cara itmi’nan (keyakinan hati) yang diperolehi baik melalui informasi yang tersebar dalam masyarakat umum, atau melalui pengalaman peribadi, atau melalui cara-cara yang lain.

2)        Dengan kesaksian dua orang yang adil daripada ahli khibrah (mujtahid) walaupun tidak mendatangkan itmi’nan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 25 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab taqlid, masalah 3).

 

Perhatian:

  • Jika terdapat kesaksian syar’i (seperti kesaksian dua orang yang adil daripada ahli khibrah) bahawa seorang mujtahid telah layak dan memenuhi syarat, maka kesaksian tersebut menjadi hujjah syar’i selagi tidak ada kesaksian lain yang bertentangan dengannya. Dan kesaksian sebegini boleh dipegang sekalipun tidak mendatangkan itmi’nan. Dalam keadaan seperti ini tidak diwajibkan mencari atau menetapkan adanya kesaksian yang bertentangan dengannya. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 22 dan 27).

 

  1. Cara-cara memperolehi fatwa seorang mujtahid

1)        Mendengar secara langsung dari mujtahid.

2)        Mendengar dari dua atau seorang yang adil.

3)        Mendengar dari seseorang yang dianggap jujur.

4)        Merujuk kepada risalah amaliyahnya jika risalah amaliyah itu tidak mempunyai kesalahan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 25).

 

Perhatian:

  • Dalam menukilkan fatwa seorang mujtahid dan menjelaskan hukum-hukum syar’i, tidak disyaratkan harus memperolehi izin daripadanya. Tetapi dalam melakukan hal itu, tidak boleh salah dan silap. Jika ternyata tersalah dalam melakukan perkara itu, maka dia wajib memperbetulkannya segera dan memberitahu kepada orang-orang yang telah mendengar daripadanya. Dan si pendengar tidak dibenarkan untuk mengamalkan apa yang dia dengar daripada seseorang sehinggalah dia berasa yakin dengan kejujuran penyampaiannya. (Ajwibah al-Isrtifta’at, soalan 28).

 

  1. Hukum-hukum udul (pindah taqlid).

1) Perkara-perkara yang dibolehkan udul kepada mujtahid yang tidak a’lam:

  1. Dalam masalah-masalah di mana mujtahid a’lam tidak memiliki fatwa, manakala mujtahid yang tidak a’lam tidak ber-ihtiyath dan memiliki fatwa yang jelas.
  2. Dalam masalah-masalah di mana fatwa mujtahid yang tidak a’lam tidak bertentangan dengan fatwa mujtahid a’lam.
  3. Dalam masalah-masalah di mana fatwa a’lam menyalahi ihtiyath, sementara fatwa mujtahid yang tidak a’lam sesuai dengan ihtiyath. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 8, 19 dan 20).

 

2) Hal-hal yang tidak dibolehkan Udul:

  1. Udul dari mujtahid hidup kepada mujtahid hidup yang lain -secara ihtiyath wajib- tidak dibenarkan, kecuali mujtahid tersebut tidak memenuhi sebahagian syarat marja’iyah. Misalnya marja’ yang kedua lebih a’lam berbanding marja’ pertama dan fatwanya bertentangan dengan fatwa marja’ yang pertama.
  2. Tidak dibenarkan untuk kembali bertaqlid kepada mujtahid yang sudah wafat setelah berpindah kepada mujtahid yang masih hidup dalam masalah-masalah di mana seseorang telah berpindah taqlid darinya. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 31, 38, 39, 45 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 5).

 

Perhatian:

  • Sangkaan bahawa fatwa-fatwa seorang marja’ a’lam itu tidak sesuai dengan zaman atau keadaan pada zamannya atau susah untuk diamalkan, tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk melakukan udul daripadanya kepada mujtahid lain. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 45).

 

  1. Beberapa masalah taqlid

1)        Ketika seorang mukallaf dalam keadaan solat berhadapan dengan masalah yang dia belum tahu hukumnya, dia boleh mengamalkan salah satu dari dua pilihan yang difikirkannya mungkin betul sehingga dia menyelesaikan solatnya. Tetapi setelah solat dia harus bertanya tentang masalah tersebut. Apabila ternyata apa yang dia telah lakukan itu menyebabkan terbatal solatnya, maka dia wajib mengulangi lagi solatnya. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 6).

2)        Jahil (tidak mengetahui) -dari satu sisi- terbahagi kepada dua:

  1. Jahil Qasir: Seseorang yang sama sekali tidak menyedari tentang kejahilannya atau dia tidak mempunyai cara (tidak mampu menghilangkan kejahilan tersebut).
  2. Jahil Muqassir: Seseorang yang menyedari kejahilannya dan mengetahui cara menghilangkannya, tetapi tidak mahu mempelajari hukum-hukum. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 46 dan 47).

 

3)        Ihtiyath wajib ialah kewajipan melakukan atau meninggalkan suatu perbuatan kerana ihtiyath (berhati-hati). Dalam ihtiyath wajib muqallid dibenarkan untuk merujuk kepada mujtahid yang tidak ber-ihtiyath dan mempunyai fatwa yang jelas, tetapi harus menjaga turutan a’lamiyahnya. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 8 dan 48).

4)        Beberapa istilah yang biasa terdapat di dalam kitab-kitab feqah seperti: “Fihi Isykal“,”Musykil” dan “La Yakhlu Min Isykal” menunjukkan kepada makna ihtiyath (perlu berihtiyath). Kecuali istilah “La Isykala Fihi“, ia adalah fatwa. (Ajwibah al-Istifata’at, soalan 50).

5)        Dalam pengamalan hukum tidak terdapat perbezaan antara istilah “tidak boleh” dengan istilah “haram”. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 51).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *