7. Cara-cara mengetahui mujtahid yang telah memenuhi syarat Mujtahid yang telah memenuhi syarat dapat diketahui dengan dua cara:

Taqlid (2)

Syarat-syarat Marja’ Taqlid – Tab’idh Dalam Bertaqlid

 

  1. Syarat-syarat Marja’ Taqlid

Perhatian:

  • Seseorang itu dapat menjadi marja’ taqlid dan boleh diikuti jika dia telah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  1. Lelaki.
  2. Baligh.
  3. Berakal.
  4. Bermazhab Syiah Imamiyah.
  5. Anak halal.
  6. Secara ihtiyath wajib, masih hidup.
  7. Adil.
  8. Berdasarkan kepada pentingnya kedudukan marja’iyah dalam masalah fatwa, maka secara ihtiyath wajib seorang marja’ harus mempunyai kekuatan ke atas hawa nafsu dan tidak rakus terhadap duniawi.
  9. Mujtahid.
  10. Secara ihtiyath wajib, harus a’lam (paling pandai/tahu) daripada para mujtahid lainnya.

(Ajwibah al-Istifta’at, soalan 12, 15, 16, 21 dan 22 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 2).

 

 

Penjelasan Syarat ke – 7: Adil

1)        Adil merupakan keadaan jiwa yang mana dapat mendorong seseorang itu untuk sentiasa bertaqwa sehingga dia tidak mungkin meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 562).

2)        Seseorang itu boleh dikatakan adil jika dia mempunyai sifat keadilan tersebut. Dalam erti kata lain, ketaqwaannya sampai kepada satu tahap yang mana dia tidak akan melakukan dosa dan maksiat (meninggalkan perkara-perkara yang wajib atau melakukan perkara-perkara yang haram) dengan sengaja. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 13 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 2).

3)        Untuk menilai keadilan seseorang, cukup hanya dengan memerhatikan kebaikan luarannya sahaja. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 562).

 

Penjelasan Syarat ke – 9: Mujtahid

1)        Ijtihad dari satu sisi terbahagi kepada dua bahagian:

a) Ijtihad Mutlak: Seseorang yang telah mampu melakukan ijtihad dan mengeluarkan fatwa dalam seluruh Bab feqah. Orang ini disebut sebagai “Mujtahid Mutlak”.

b) Ijtihad Mutajazzi: Seseorang yang mampu melakukan ijtihad dan mengeluarkan fatwa hanya dalam sebahagian sahaja Bab feqah seperti solat, puasa dan lain-lain. Orang ini disebut sebagai “Mujtahid Mutajazzi”. (Ajwibah al- Istifta’at, soalan 10).

2)        Fatwa seorang mujtahid mutlak disamping merupakan hujjah bagi dirinya, orang lain juga boleh bertaqlid kepadanya. Begitu juga dengan fatwa mujtahid mutajazzi. Tetapi secara ihtiyath mustahab adalah tidak bertaqlid kepada mujtahid mutajazzi. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 10).

 

Penjelasan Syarat ke – 10: A’lam

1)        Yang dimaksudkan dengan a’lam (lebih pandai/tahu) adalah seseorang itu lebih berkemampuan dalam melakukan ijtihad. Dalam erti kata lain dia lebih berkemampuan dalam mengetahui hukum-hukum Ilahi berbanding dengan para mujtahid yang lain dan lebih mengetahui dalil-dalil dalam berijtihad. Di samping itu juga, dia lebih mengetahui keadaan zamannya yang mempengaruhi dalam menentukan objek-objek hukum dan memberikan pandangan fekah. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 16 dan istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 2).

2)        Dalil yang mewajibkan bertaqlid kepada mujtahid yang a’lam adalah berdasarkan tingkah laku uqala’ (orang-orang yang berakal) dan hukum akal. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 20).

3)        Kewajipan bertaqlid kepada mujtahid a’lam itu (berdasarkan ihtiyath wajib) adalah dalam masalah-masalah di mana fatwa mujtahid a’lam berbeza dengan fatwa mujtahid yang tidak a’lam. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 16).

4)        Hanya dengan kemungkinan kurangnya syarat pada mujtahid a’lam -secara ihtiyath wajib- seseorang itu tidak boleh bertaqlid kepada mujtahid yang bukan a’lam dalam masalah-masalah yang terdapat perselisihan (ikhtilaf). (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 17).

 

Beberapa Perkara Tentang Syarat-syarat Marja’ Taqlid

  • Kesahihan bertaqlid kepada marja’ yang telah memenuhi syarat tidak dIsya’ratkan dengan marja’ tersebut telah menyandang marja’iyah atau memiliki risalah amaliyah. Oleh itu, apabila seorang mukallaf telah membuktikan syarat-syarat marja’iyah pada seorang mujtahid, dia boleh bertaqlid kepadanya sekalipun marja’ tersebut belum menduduki kerusi marja’iyah atau tidak memiliki risalah amaliyah. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 9).
  • Bertaqlid kepada seorang marja’ taqlid yang telah memenuhi syarat tidak disyaratkan harus satu negara atau satu tempat tinggal dengan mukallaf. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 11).
  • Ibu bapa bertanggungjawab untuk memberikan petunjuk dan bimbingan kepada anak-anak mereka yang baharu sahaja mencapai usia taklif (baligh) yang mana mereka sudah harus memilih marja’ taqlid, kerana kanak-kanak mempunyai kesulitan dalam memahami masalah-masalah taqlid sehingga tidak dapat menentukan tugas syar’i mereka. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 4).

 

  1. Tab’idh dalam bertaqlid

1)        Tab’idh dalam bertaqlid ialah seseorang itu membahagi-bahagikan taqlidnya, yakni pada sebahagian masalah dia bertaqlid kepada seorang marja’ dan pada sebahagian yang lain bertaqlid kepada marja’ yang lain.

2)        Muqallid (seseorang yang bertaqlid) dibenarkan bertaqlid dalam sebahagian hukum kepada seorang marja’ yang a’lam dan lebih mahir dalam masalah tersebut. Misalnya dalam bab ibadah dia bertaqlid kepada seorang marja’, sementara dalam bab muamalah dia bertaqlid kepada marja’ yang lainnya, atau dalam hukum-hukum individu dia bertaqlid kepada seorang marja’ dan dalam hukum-hukum sosial, politik dan ekonomi dia bertaqlid kepada marja’ yang lain. Bahkan jika mukallaf boleh membuktikan a’lamiyah setiap marja’ dalam masalah-masalah tertentu yang diwajibkan bertaqlid kepadanya, maka secara ihtiyath wajib dia harus melakukan tab’idh dalam bertaqlid ketika terdapat ikhtilaf dalam fatwa. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 18 dan Istifta’ Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 5).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *