Doa Kumail (Bahasa Arab: دعاء كميل) adalah doa yang diriwayatkan oleh Kumail bin Ziyad Nakha'i daripada Imam Ali as.

Doa Kumail

 

Doa Kumail (Bahasa Arab: دعاء كميل) adalah doa yang diriwayatkan oleh Kumail bin Ziyad Nakha’i daripada Imam Ali as.

Doa ini memuatkan kandungan-kandungan tinggi tentang pengenalan kepada Allah swt dan permohonan ampun atas dosa-dosa. Allamah Majlisi meyakini Doa Kumail sebagai doa yang terbagus. Doa ini termasuk daripada doa-doa yang sudah tersebar luas, di mana orang-orang Syiah membacanya pada malam pertengahan Sya’ban dan malam-malam Jumaat.

Kumail bin Ziyad bin Nahik Nakha’i berasal dari kabilah Nakha’, daripadaTabi’in sahabat-sahabat Rasulullah saww dan sahabat khusus Imam Ali as dan Imam Husain as. Dia menghabiskan umurnya selama 18 tahun di masa Rasulullah saww. Dia tergolong daripada orang-orang Syiah yang di hari-hari awal kekhilafahan Imam Ali as berbaiat kepada beliau, dan ikut serta dalam peperangan-peperangannya seperti perang Shiffin. Dia diyakini sebagai sahabat rahsia Amirul Mukminin as.

Kumail termasuk daripada 10 orang yang di zaman Utsman diasingkankan ke Syam. [1] Kumail terbunuh pada tahun 82 H atas perintah Hajjaj bin Yusuf Tsaqafi. [2] Kerana Kumail meriwayatkan doa ini daripada Imam Ali as, maka ia dikenali dengan nama Doa Kumail.

 

Sanad Doa

Referensi Doa Kumail adalah kitab Mishbāh al-Mutahajjad [3] karya Syaikh Thusi. Dia memuatkan doa ini dengan nama Doa Nabi Khidir pada amalan-amalan bulan Sya’ban, dan mengatakan, “Diriwayatkan bahawa Kumail bin Ziyad Nakha’i melihat Amirul Mukminin as di malam pertengahan bulan Sya’ban dalam keadaan sujud dan membaca doa ini”, kemudian dia menukilkan doa Kumail yang terkenal ini. Sayid Ibnu Thawus dalam kitab Iqbāl al-A’māl [4], Allamah Majlisi dalam kitab Zād Al-Ma’ād [5] dan Kaf’ami [6] memuatkan doa ini pada amalan-amalan pertengahan bulan Sya’ban. Syaikh Abbas al-Qummi juga memuatkan doa Kumail dalam Mafātih al-Jinān [7] yang dinukilkannya daripada Misbāh al-Mutahajjad. Allamah Majlisi [8] memperkenalkan Doa Kumail sebagai doa yang terbaik.

 

Kandungan

Doa Kumail berisi kandungan-kandungan tinggi mengenai pengenalan kepada Allah swt dan permohonan ampun atas dosa-dosa.

Imam Ali as memulai doa ini dengan nama Allah swt, kemudian pada beberapa perenggan bersumpah bahawa Allah swt dengan rahmat, kekuatan, keperkasaan, kemuliaan, keagungan, kekuasaan, asma’, ilmu dan cahaya wajah-Nya. kemudian beliau menyeru Allah swt dengan:

«یا نُورُ یا قُدُّوسُ یا أَوَّلَ الْأَوَّلِینَ وَ یا آخِرَ الْآخِرِینَ»;

“Wahai Cahaya, Wahai Zat Yang Maha Suci, Wahai Yang Awal dari segala yang awal , Wahai Yang Akhir dari segala yang akhir”, dan mengingat-ingat pengaruh-pengaruh dan akibat-akibat perbuatan manusia, serta meminta ampunan dari-Nya.

Pada perenggan berikutnya, Imam as dengan berzikir kepada Allah swt mendekatkan diri kepada-Nya, menjadikan Allah swt sebagai pemberi syafaat, memohon kepada-Nya supaya didekatkan denganNya, diajarkan kepadanya bagaimana cara bersyukur, dan diberikan ilham untuk berzikir kepada-Nya. Beliau memohon kerendahan dan kekhusyuan hati kepada-Nya dan mengekpresikan rasa rindunya yang amat dalam kepada-Nya dengan beberapa untaian kalimat.

Kemudian beliau mengisyaratkan kepada perintah Allah swt yang meliputi seluruh alam semesta, dan dengan beberapa ungkapan memperkenalkan Allah swt sebagai Dzat Yang Maha Pemaaf dan Penutup kesalahan.

Pada perenggan lain, dengan bahasa pujian, beliau menjelaskan bahawa Allah swt penutup segala cela, penolak segala bencana, dan penjaga segala ketergelinciran dan menyampaikan ketidakbetulan hamba. Juga beliau menunjuk kelemahan, kekurangan, keburukan keadaan, beratnya bencana dan ujian, kesalahan, kegagalan dll…., beliau as mengeluhkan semua itu kepada Allah swt dan memohon bantuan daripada sifat kemurahan dan kedermawanan-Nya supaya memenuhi semuanya, dan dengan bertawasul kepada kemulian Allah swt beliau menyampaikan pelbagai keinginan dan menunjukkan kehinaan jiwa dan indahnya rayuan syaitan. Dengan menunjuk kepada anugerah-Nya yang azali dia menyatakan bahawa Allah swt tidak akan membakar orang-orang yang bertauhid dan menyembah kepada-Nya dengan api neraka.

Kemudian beliau as mencuba membandingkan bencana-bencana dunia dengan seksa akhirat, seraya berkata: “Tuhanku! Sekiranya aku dapat bersabar menanggung siksa-Mu, mana mungkin aku mampu bersabar berpisah dengan-Mu?”. Lalu dengan harapan mampu menjadi hamba yang beriman menunjuk rahmat Allah swt, seraya berkata: “Apakah sama antara orang mukmin dan kafir?”, dan di akhir doa, dengan memanggil Allah swt melalui sifat-sifat-Nya beliau memohon daripada-Nya supaya hajat-hajatnya dimakbulkan.

 

Pahala Membaca

Sayid Ibnu Thawus di dalam kitab Iqbāl al-A’māl [9] setelah menukil pernyataan Syaikh Thusi dalam kitab Mishbāh al-Mutahajjad, dia menukilkan riwayat lain di mana Kumail bin Ziyad berkata: Suatu hari aku duduk di masjid Basrah bersama maulaku, Imam Ali as, dan sejumlah sahabat-sahabat beliau turut hadir juga. Beliau ditanya tentang erti ayat ini:« فِیهَا یفْرَقُ کلُّ أَمْرٍ حَکیمٍ »; “Pada (malam itu) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah” [10]? Imam as menjawab: “malam itu adalah pertengahan bulan Sya’ban”. Demi Dzat yang jiwanya Ali berada di tangan kekuasaan-Nya, tiada seorang hamba pun kecuali dicatat semua kebaikan dan keburukannya selama setahun pada pertengahan Sya’ban. Setiap hamba yang menghidupkan malam itu dengan beribadah dan membaca doa nabi Khidir niscaya doanya akan dimakbulkan.

Kumail berkata: “Ketika Imam As kembali ke rumahnya, pada malam hari aku berjumpa denganya. Beliau bertanya: untuk apa kamu datang? belajar doa nabi Khidir, jawabku. Beliau berkata: “Hai Kumail! Kalau kamu menghafal doa ini maka bacalah setiap malam Jumaat atau setiap bulan atau sekali dalam setahun atau minimm sekali dalam sepanjang umur agar supaya urusan-urusanmu tercukupi. Semoga Allah swt menolongmu dengan melimpahruahkan rezekimu dan tidak menghalangimu daripada ampunan-Nya. Hai Kumail, masa kebersamaanmu denganku menjadi sebab untukku dalam membanggakanmu dengan anugerah dan kemulian seperti ini. Hai Kumail tulislah: «اَللَّهُمَّ إِنِّی أَسْأَلُك بِرَحْمَتِك الَّتِی وَسِعَتْ كلَّ شَیءٍ »

 

Waktu

Sesuai pernyataan Sayid Ibnu Thawus dalam kitab Iqbal al-A’mal [13] maka waktu pembacaan Doa Kumail adalah pertengahan Sya’ban dan malam Jumaat. Dan di Iran sudah menjadi tradisi bagi orang-orang Syiah membaca bersama-sama doa ini pada malam pertengahan Sya’ban dan malam-malam Jumaat di tempat-tempat keagamaan.

 

Catatan Kaki

1.Tārikh Thabari / terjemah, jld. 6, hlm. 2195, 2199.

2.Rujuklah, Nazhim Zadeh Qommi, hlm. 1011-1-18.

3.Thusi, Mishbāh al-Mutahajjad, hlm. 584.

4.Ibn Thawus, Iqbāl al-A’māl, hlm. 220.

5.Majlisi, Zād al-Ma’ād, hlm. 60.

6.Kaf’ami, Balad al-Amin, hlm. 267; Mishbāh al-Mutahajjad, hlm. 737.

7.Kaf’ami, Qummi, Mafātih al-Jinān, hlm. 112.

8.Majlisi, Zād al-Ma’ād, hlm. 60.

9.Ibn Thawus, Iqbāl al-A’māl, hlm. 220.

10.Q.S. al-Dukhan: 4.

11.Q.S. al-Sajdah: 18.

12.Yazdi, Urwah al-Wustqā, jld. 1, hlm. 513-514.

13.Ibnu Thawus, Iqbāl al-A’māl.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *