7. Cara-cara mengetahui mujtahid yang telah memenuhi syarat Mujtahid yang telah memenuhi syarat dapat diketahui dengan dua cara:

Taqlid (1)

 

“Ketahuilah bahawa diwajibkan ke atas setiap mukallaf yang belum sampai ke peringkat ijtihat dalam masalah yang bukan asas agama (ibadat dan muammalat; baik yang wajib mahupun yang sunat) supaya bertaqlid (kepada seorang marja’ yang a’lam) atau berihtiyath dengan syarat mengetahui tempat-tempat (yang berkaitan dengan) ihtiyath, dan perkara ini tidak diketahui ramai melainkan segelintir sahaja, maka itu amalan-amalan seseorang yang tidak mengetahui tempat-tempat ihtiyath dengan tanpa bertaqlid dihukum sebagai tidak sah.

(Tahrir al-Wasilah, J:1, hal:9. Al-Marhum Imam Khomaini r.a.)

 

TAQLID (1)

  1. Mukadimah

Setiap mukallaf diwajibkan mempelajari masalah-masalah hukum syar’i yang dilakukannya setiap hari, seperti masalah solat, puasa, bersuci, sebahagian daripada muamalah dan sebagainya. Jika dia tidak mempelajari hukum-hukum tersebut sehingga menyebabkan dia meninggalkan perkara yang wajib atau melakukan perkara yang haram, maka dia berdosa. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 6, Bab taqlid, masalah 6).

 

Perhatian:

  • Mukallaf ialah setiap orang yang telah memenuhi syarat-syarat taklif.
  • Syarat-syarat taklif ialah:
  1. Baligh.
  2. Berakal.
  3. Mampu. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 1892).

 

  • Tanda-tanda baligh adalah salah satu daripada tiga perkara berikut:
  1. Tumbuhnya bulu di bawah perut.
  2. Mimpi (yang menyebabkan keluar air mani).
  3. Genap usia 15 tahun Hijrah bagi lelaki. Genap usia 9 tahun Hijrah bagi perempuan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 742, 1887, 1889).
  • Sekadar melakukan hubungan suami isteri, jika tidak mengeluarkan mani, ia tidak dianggap sebagai tanda baligh. Tetapi perkara itu menyebabkan wajibnya mandi junub (mandi wajib). Jika ketika itu dia tidak mandi junub, maka dia wajib mandi junub ketika telah mencapai usia baligh. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 1891).
  • Selagi seseorang itu tidak memiliki salah satu daripada tanda-tanda baligh tersebut, maka secara syar’i dia belum dinamakan baligh dan dia juga belum diwajibkan untuk melakukan hukum-hukum syar’i. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 1891).
  • Hanya sekadar ada kemungkinan telah tumbuhnya bulu di bawah perut atau mimpi (hingga keluar air mani) lebih cepat dari usia baligh, maka hal itu belum dianggap cukup untuk menandakan seseorang itu telah baligh. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 1890).
  • Darah yang keluar daripada seorang wanita yang usianya belum mencapai 9 tahun, bukanlah tanda baligh. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 1892).
  • Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa tolak-ukur baligh itu berdasarkan perkiraan tahun Hijrah. Sekiranya tahun kelahiran seseorang berdasarkan tahun Syamsi atau Masihi, maka dia boleh mengetahuinya dengan cara menghitung selisih antara tahun Hijrah dengan tahun Syamsi atau Masihi (Setiap tahun Hijrah itu kurang 10 hari, 21 jam dan 17 minit dari tahun Syamsi atau Masihi). (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 1887, 1888).

 

  1. Cara-cara Mengetahui Hukum

Setiap mukallaf boleh mengetahui hukum-hukum syar’i dengan tiga cara:

1)        Ijtihad.

2)        Ihtiyath.

3)        Taqlid. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 1).

 

  1. Ijtihad

Ijtihad adalah: menyimpul dan mengeluarkan hukum-hukum syar’i dan undang-undang Ilahi dari sumber-sumber yang boleh dipercayai di mana telah diakui oleh para faqih dan ulama Islam.

  1. Ihtiyath

Ihtiyath adalah: melakukan suatu pekerjaan dengan sepenuh tenaga dan usaha sehingga seseorang itu merasa yakin bahawa dia telah melaksanakan tugas syar’inya. Misalnya jika terdapat suatu perbuatan yang diharamkan oleh sebahagian mujtahid, sementara sebahagian mujtahid yang lain tidak mengharamkannya, maka dia tidak melakukannya. Dan jika terdapat suatu perbuatan yang diwajibkan oleh sebahagian mujtahid, sementara sebahagian mujtahid yang lain tidak mewajibkannya, maka dia melakukannya (Ajwibah al-Istift’at, soalan 1 dan 3, dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 1).

  1. Taqlid

Taqlid adalah: Mengikuti dan mengamalkan fatwa-fatwa seorang mujtahid yang telah memenuhi syarat. (Ajwibah al-Istifta’at, soal 1 dan 3 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 1).

 

Perhatian:

  • Masalah taqlid, selain dapat ditetapkan dengan berdasarkan dalil lafzi (al-Quran dan riwayat), akal juga dapat menghukumi bahawa seseorang yang jahil dalam hukum-hukum agama harus merujuk kepada seorang mujtahid yang telah memenuhi syarat. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 1).
  • Seorang mukallaf yang belum mencapai peringkat mujtahid dalam hukum-hukum agama, dia harus bertaqlid atau berihtiyath. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 1).
  • Perlu diingatkan bahawa melakukan ihtiyath dalam amal ibadah itu memerlukan pengetahuan atas tatacara dan tempat-tempatnya, dan juga lebih banyak mengambil waktu. Maka adalah lebih baik seorang mukallaf itu bertaqlid kepada seorang mujtahid yang telah memenuhi syarat. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 2).
  • Taqlid itu diwajibkan kepada setiap orang yang telah memenuhi tiga syarat:

1)        Mukallaf (telah baligh).

2)        Bukan mujtahid.

3)        Bukan muhtath (tidak mengamalkan ihtiyath)

(Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 1).

 

  1. Bahagian-bahagian taqlid

Taqlid kepada mujtahid yang telah wafat terbahagi kepada dua bahagian:

 

  1. Ibtida’i, iaitu seorang mukallaf mula bertaqlid kepada seorang mujtahid yang telah wafat, sedangkan ketika mujtahid itu masih hidup, dia tidak bertaqlid kepadanya. Taqlid yang sebegini, secara ihtiyath wajib tidak dibenarkan.
  2. Baqa’i, iaitu seorang mukallaf tetap meneruskan taqlidnya daripada seorang mujtahid yang telah wafat, dan ketika mujtahid tersebut masih hidup, dia pernah bertaqlid kepadanya. Taqlid sebegini dibenarkan dalam semua masalah feqah, termasuk dalam masalah-masalah yang hingga kini belum sempat dia amalkan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 22 dan 41 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 4).

 

Perhatian:

  • Dalam taqlid baqa’i, tidak ada perbezaan antara mujtahid itu a’lam (lebih pandai) ataupun tidak. Pada kedua-dua keadaan itu dibenarkan. Tetapi sebaiknya adalah tidak meninggalkan ihtiyath untuk tetap bertaqlid kepada mujtahid wafat yang a’lam. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 35).
  • Taqlid ibtida’i kepada mujtahid wafat atau baqa’i, dan batasan-batasannya, harus merujuk kepada mujtahid yang hidup dan secara ihtiyath haruslah yang a’lam. Tetapi jika kebenaran untuk bertaqlid kepada mujtahid yang telah wafat itu disepakati oleh seluruh fuqaha’ pada zamannya, maka izin dari mujtahid a’lam tidak diperlukan lagi. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 23, 36 dan 40 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Taqlid, masalah 4).
  • Seseorang yang belum baligh tetapi bertaqlid kepada seorang mujtahid yang telah memenuhi syarat, jika dia bertaqlid kepadanya dengan cara yang betul, maka dia dibenarkan untuk tetap bertaqlid kepadanya setelah marja’nya itu wafat. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 42).
  • Jika seseorang bertaqlid kepada seorang mujtahid, dan setelah mujtahid itu wafat, dia bertaqlid kepada mujtahid yang lain dalam beberapa masalah, kemudian mujtahid yang kedua pun wafat, maka dalam hal ini dia dibenarkan untuk tetap bertaqlid kepada mujtahid yang pertama dalam masalah-masalah yang dia belum berpindah taqlid daripadanya. Sementara dalam masalah-masalah yang dia sudah berpindah taqlid daripadanya, dia dibenarkan untuk memilih di antara tetap mengikuti fatwa-fatwa mujtahid yang kedua atau berpindah kepada mujtahid yang masih hidup. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 37).

 

  1. Beramal Ibadah tanpa Taqlid

Amal ibadah seseorang yang dilakukan tanpa taqlid, atau taqlidnya tidak betul, boleh dianggap sah apabila:

  1. Sesuai dengan ihtiyath (berhati-hati).
  2. Sesuai dengan waqi’ (realiti).

3. Sesuai dengan fatwa mujtahid yang wajib dia ikuti. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 7).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *