Hawa (Bahasa Arab:حَوّا) adalah wanita pertama sekaligus isteri Nabi Adam As dan ibu umat manusia. Nama Hawa tertulis dalam kitab suci agama Yahudi dan Kristian, sedangkan di dalam al-Quran tidak tertulis. Al-Qur’an hanya menyebutnya dengan istilah isteri Nabi Adam As. Meskipun demikian, banyak kitab tafsir, sejarah dan riwayat yang membawakan nama Hawa Sa. Misalnya, kisah tentang buah terlarang yang dia makan bersama Nabi Adam As, tentang diturunkannya mereka ke bumi, dan tentang kehidupan mereka di bumi. Terdapat perbedaan pendapat tentang dimanakah terletaknya makam Hawa Sa. Ada yang berpendapat bahawa makam Hawa Sa berada di Jeddah, Saudi Arabia.

Hawa sa

 

Hawa (Bahasa Arab:حَوّا) adalah wanita pertama sekaligus isteri Nabi Adam As dan ibu umat manusia. Nama Hawa tertulis dalam kitab suci agama Yahudi dan Kristian, sedangkan di dalam al-Quran tidak tertulis. Al-Qur’an hanya menyebutnya dengan istilah isteri Nabi Adam As. Meskipun demikian, banyak kitab tafsir, sejarah dan riwayat yang membawakan nama Hawa Sa. Misalnya, kisah tentang buah terlarang yang dia makan bersama Nabi Adam As, tentang diturunkannya mereka ke bumi, dan tentang kehidupan mereka di bumi. Terdapat perbedaan pendapat tentang dimanakah terletaknya makam Hawa Sa. Ada yang berpendapat bahawa makam Hawa Sa berada di Jeddah, Saudi Arabia.

 

Nama Hawa Sa dalam Perjanjian Baru disebut dengan Ḥawwāh. Kata ini dalam Taurat Bahasa Yunani diterjemahkan menjadi Eva, sedangkan dalam Bahasa Latin menjadi Heva. Dari penulisan latin itu kemudian berkembang menjadi Eve yang kemudian diadopsi oleh bahasa-bahasa negara Barat. Setidaknya ada 9 perbezaan pendapat mengenai asal mula kata Hawa, di antaranya:

 

Menurut Perjanjian Lama, Nabi Adam As menamai isterinya dengan Hawwa, sebab ia adalah ibu segala yang hidup.

Kemungkinan, nama Hawa diambil daripada kata Hayyah (bahasa Arab: hidup). Menurut Skinner, nama isteri Nabi Adam As (Hawa) kemungkinan muncul dari teori kuno tentang awal bermulanya penciptaan manusia. Kerana dia adalah ibu pertama maka dia menjadi lambang persatuan seluruh umat manusia. Kerana itu kata Hawa mestinya memiliki erti hidup dan induk kehidupan, iaitu ibu.

Hawa adalah kata yang pengucapannya serupa dengan suatu kata dalam Bahasa Aram. Yaitu, “Hiwya” bermakna ular. Menurut pendapat ini, sebab penamaan Hawa adalah kerana dia telah berhasil memikat Nabi As bagai ular. Sebagaimana ular yang telah memperdaya Hawa Sa, dia pun telah menjadi sosok “ular” bagi suaminya, Adam As.[1]

Dalam referensi-referensi leksikologi Bahasa Arab juga terdapat perbezaan pendapat tentang asal mula kata Hawwa’ (Arab). Para ahli menyebutkan, kemungkinan kata Hawa berasal daripada kata ( حوو : hawawa) atau ( حوی : hawaa). Dalam hal ini, Hawa adalah sebuah nama yang tidak perlu penjelasan erti bahasa. Mereka hanya menjelaskan bahawa Hawa adalah “isteri Nabi Adam As.”[2]

 

Secara global, kata Hawa (arab: hawa’) dalam Bahasa Arab memiliki beberapa makna asli. Di antaranya, Hawa berasal daripada kata “hawawa: hitam kehijauan atau merah kehitaman.” Kata ini adalah bentuk muannats (wanita) dari “ahwaa.”[3] Atau dari kata “hayiya: kehidupan dan ular.”[4] Ibnu Mandhur menerangkan, kata “hawa’” bila digandingkan dengan “alif” dan “lam” maka akan menunjukkan nama seekor kuda.[5]

 

Menurut Tradisi Yahudi

Penciptaan Hawa

Perjanjian Lama menyebutkan dua riwayat tentang penciptaan manusia. Riwayat pertama menerangkan, sejak awal manusia tercipta dengan jenis lelaki dan wanita. Riwayat kedua, mulanya hanya tercipta lelaki kemudian diciptakan pula wanita. Para peneliti meyakini, kedua riwayat tersebut muncul kerana adanya dua versi teks Taurat yang berbeza. Dalam riwayat yang lebih kuno diterangkan, setelah menciptakan lelaki, Allah Swt menciptakan binatang darat dan burung daripada tanah. Nabi Adam As lalu menamai semua binatang itu. Ternyata, di antara makhluk yang dilihatnya dia tidak menemukan sosok yang sepadan sebagai pendamping dan penolong bagi dirinya. Oleh itu Allah Swt membuatnya tidur nyenyak kemudian mengambil salah satu tulang rusuknya. Dari tulang itu Allah Swt menciptakan seorang wanita dan menyerahkannya pada Nabi Adam As.

 

Turunnya Adam dan Hawa dari Syurga

Menurut Perjanjian Lama, di syurga Nabi Adam As dan Hawa Sa hidup telanjang tanpa harus merasa malu. Suatu ketika seekor ular datang untuk memujuk Hawa Sa supaya memakan buah daripada pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Hawa Sa terkena pujuk rayu sehingga memakan buah tersebut, bahkan memberikannya pada Nabi Adam As. Akibatnya, mereka tersedar ternyata mereka telanjang. Setelah mendapat teguran keras daripada Allah Swt kerana perbuatannya itu, Nabi Adam As menyalahkan dirinya, isteri dan sang ular. Allah Swt pun memberikan hukuman pada mereka. Di antaranya, Hawa Sa akan merasa sakit selama hamil dan ketika melahirkan anaknya, mengalami rindu yang sangat pada suaminya, dan berada di bawah kuasa suaminya. Akhirnya Nabi Adam As dan Hawa Sa dikeluarkan dari syurga. Seandainya waktu itu mereka juga berhasil memakan buah daripada Pohon Kehidupan niscaya mereka akan hidup kekal.

 

Nama Hawa dalam Perjanjian Lama

Dalam Perjanjian Lama Hawa Sa disebut dengan tiga istilah. Masing-masing istilah dalam kitab tersebut memiliki erti dan penggunaan khusus. Pertama, Allah menyebut Hawa Sa dan Nabi Adam As dengan satu sebutan, iaitu “manusia”. Kedua, Hawa Sa disebut dengan “Isysyah” yang bererti wanita yang diambil daripada tubuh lelaki kemudian menjadi isteri dan teman hidupnya. Nama ini diberikan oleh Nabi Adam As. Nama ini dikutip dalam kisah penciptaan manusia dan peristiwa diturunkannya Nabi Adam As dan Hawa Sa dari syurga. Ketiga adalah Hawa. Setelah turun dari syurga, nama Hawa disebut dua kali. Pertama sebagai ibu umat manusia, kedua sebagai ibu putera pertamanya, Qabil.[6]

 

Kehidupan Hawa Setelah Turun ke Bumi

Dalam Perjanjian Lama terdapat kisah tentang kehidupan Hawa Sa setelah dikeluarkan dari syurga. Disebutkan, setelah keluar dari Taman Eden, Nabi Adam As dan Hawa Sa mencari-cari makanan seperti yang pernah mereka makan di syurga namun tidak menemukannya. Oleh itu, mereka memutuskan untuk bertaubat. Hawa Sa pun merendam badannya sebatas leher di Sungai Tigris selama 37 hari. Sementara Nabi Adam As berendam di Sungai Yordan selama 40 hari. Namun pada hari ke-18 syaitan yang menyamar sebagai malaikat datang untuk menipu Hawa Sa. Dia menyampaikan bahawa Allah Swt telah menerima taubatnya. Lalu Hawa Sa keluar dari sungai sebelum waktunya. Nabi Adam As menegurnya, kenapa Hawa sampai melanggar janji. Baru kemudian Nabi Adam As mengerti bahawa isterinya telah tertipu kembali. Sedar telah melakukan dua kesalahan, dalam keadaan mengandung, Hawa Sa pergi meninggalkan Nabi Adam As menuju barat. Ketika tiba waktu melahirkan dia merasakan sakit yang sangat. Dia memohon pertolongan pada Tuhannya namun suaranya tidak didengari. Kerana tidak ada hasil, dengan mengerang kesakitan dia memanggil-manggil Nabi Adam As untuk meminta pertolongan. Berkat doa Nabi Adam As, Allah Swt mengutus para malaikat untuk menyiapkan keperluan dan membantu persalinannya, dan terahirlah Kain (Qabil). Nabi Adam As kemudian membawa isteri dan anaknya kembali ke timur. Di timur Hawa Sa kembali melahirkan anak dan diberi nama Habil.

 

Masih berdasar cerita di atas, suatu hari Hawa Sa bermimpi melihat tangan Qabil berlumuran darah Habil. Dia menceritakan mimpinya pada Nabi Adam As. Mereka kemudian memutuskan untuk memisahkan kedua anaknya itu. Habil disuruh pergi bertani, sedangkan Qabil berternak.[7]

 

Menurut Tradisi Kristian

Perjanjian Baru hanya menyebutkan dua kali nama Hawa. Pertama, dalam kisah tentang tertipunya Hawa Sa. Kisah itu ditujukan sebagai peringatan bagi orang-orang Kristian. Kedua, merujuk pada kisah penciptaan Hawa Sa setelah Nabi Adam As. Disebutkan, wanita tidak berhak menjadi pengajar. Dia tidak boleh mengungguli suaminya. Cukup dengan beriman, bertakwa dan melahirkan anak maka dosa-dosanya akan diampuni dan dimasukkan ke syurga.[8]

 

Menurut Tradisi Islam

Kata Hawa dalam Al-Quran dan Hadis

Di dalam al-Quran tidak disebutkan nama Hawa. Ayat al-Quran yang menerangkan tentang Nabi Adam As hanya menyebut Hawa Sa dengan istilah isteri Adam (zaujuka: isterimu).[9]

 

Sedangkan di dalam hadis, sejarah dan tafsir banyak disebutkan nama Hawa Sa sebagai isteri Nabi Adam As. Disebut Hawa kerana dia adalah ibu kepada semua yang hidup.[10] Atau kerana dia tercipta dari sosok “hayy” (yang hidup: Adam).[11] Dalam riwayat disebutkan, Nabi Adam As menamai Hawa dengan Atssa, dalam bahasa Nabath bererti wanita.[12]

 

Proses Penciptaan Adam dan Hawa dalam Al-Quran

Di tegaskan dalam al-Quran bahawa Nabi Adam As itu tercipta daripada tanah.[13]Disebutkan pula, “Tuhan kalian yang telah menciptakan kalian dari diri yang satu, dan darinya Allah menciptakan pasangannya.”[14]

 

Para mufasir terdahulu umumnya meyakini, yang dimaksud “nafs: diri” dalam ayat tersebut adalah Nabi Adam As, sedangkan maksud “zauj: pasangan” adalah Hawa Sa. Banyak riwayat menyebutkan Allah Swt menciptakan Hawa Sa dari salah satu tulang rusuk Nabi Adam As.[15] Ada juga yang menyebutkan bahawa ia tercipta dari sisa tanah yang digunakan untuk menciptakan Nabi Adam As.[16]

 

Menurut sebahagian mufasir, maksud ayat tersebut adalah Allah Swt menciptakan pasangan Nabi Adam As dari jenisnya sendiri. Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat lain yang memiliki makna sama iaitu, “dari jenis kalian sendiri.”[17] Tafsiran ini menjadi lebih sesuai dengan melihat kelanjutan Surah al-A’raf ayat 189, “agar dia merasa tenang di sisi pasangannya.” Kerana siapapun pasti akan lebih tertarik dan nyaman jika dengan jenis yang sama.[18]

 

Sebahagian kalangan moden berpendapat, maksud “nafsun wahid” itu bukan Nabi Adam As, tapi asal-usul penciptaan manusia (baik lelaki mahupun wanita). Mereka menyimpulkan, lelaki dan wanita itu tercipta dari satu unsur.[19]

 

Sebahagian kalangan menyebutkan, menurut teori biologi moden, makhluk hidup pertama itu satu jenis yang kemudian mengalami perkembangbiakan. Mulanya makhluk tersebut berreproduksi secara aseksual lalu berpasangan dengan makhluk betina yang berasal darinya lalu terlahirlah generasi manusia. Menurut teori ini, pada mulanya, pasangan manusia pertama tidak diciptakan secara terpisah, namun tercipta dari dirinya sendiri. Kerana itu reproduksi manusia pada tahapan pertama bukanlah secara seksual.[20]

 

Turunnya Adam dan Hawa dari Syurga

Di dalam al-Quran tidak disebutkan mengenai proses penciptaan Hawa Sa. Menurut keterangan ayat al-Quran, Allah Swt menyuruh Nabi Adam As dan isterinya untuk tinggal di syurga. Di syurga mereka boleh makan makanan apa sahaja kecuali buah dari satu pohon. Jika mereka mendekati pohon tersebut maka akan dikategorikan sebagai orang zalim. Syaitan berhasil mengelabui mereka berdua hingga keduanya memakan buah terlarang. Akibatnya, aurat mereka berdua terlihat. Mereka lalu menutupi tubuh dengan dedaunan syurga. Sedar telah berbuat salah, mereka memohon pada Allah Swt supaya memberi keampunanan. Allah Swt berfirman bahawa mereka harus turun ke bumi dan hidup di sana. Akhirnya mereka dikeluarkan dari syurga dan tinggal di bumi hingga meninggal.[21]

 

Peranan Hawa dalam Dosa Adam

Al-Quran sama sekali tidak menyebutkan peranan Hawa Sa atas “dosa” yang dilakukan Nabi Adam As. Menurut Perjanjian Lama, ular berhasil memujuk dan menipu Hawa Sa. Tidak hanya itu, Hawa Sa juga memperdaya Nabi Adam As. Sedangkan menurut al-Quran, ular menggoda keduanya.[22]Menurut Surah Thaha ayat 120, kisah yang terjadi hanyalah dialog antara Nabi Adam As dan syaitan. Saat itu syaitan memujuknya secara langsung. Sama sekali tidak disebutkan adanya kontak antara syaitan dengan Hawa Sa. Menurut tradisi Yahudi dan Kristian, Hawa Sa adalah orang yang tertipu dan menyesatkan. Sedangkan al-Quran menyebutkan, Nabi Adam As dan Hawa Sa, masing-masing memiliki tenggung jawab yang sama atas “dosa” yang telah mereka lakukan. Akibatnya, keduanya dikeluarkan dari syurga.[23]

 

Tergodanya Hawa dalam Penjelasan Hadis

Dalam beberapa hadis yang bersifat penafsiran terdapat kisah yang menceritakan tentang godaan syaitan dan peranan Hawa Sa dalam kejadian yang menimpanya dan suaminya, iaitu dikeluarkan dari syurga.[24] Namun nampaknya cerita itu diambil dari kisah Perjanjian Lama.[25] Bahkan ada hadis yang menyebutkan, “Jika tidak Hawa maka tidak akan ada wanita yang mengkhianati suaminya.”[26]Maksud pengkhianatan di sini adalah peranan Hawa Sa atas dosa pertama yang dilakukan Nabi Adam As.[27] Ada pula riwayat yang menceritakan tentang tergodanya Hawa Sa setelah dia dikeluarkan dari syurga. Menurut riwayat tersebut, saat itu Hawa Sa sedang mengandung bayi namun tidak bertahan hidup. Syaitan (bernama Harits) datang menemuinya dan memujuknya supaya menamai bayinya dengan Abdul Harits (hamba Harits) supaya tetap hidup. Dia dan suaminya melaksanakan saranan tersebut, padahal itu adalah pujukan syaitan.[28] Dengan demikian, menurut riwayat ini, Hawa Sa telah menjerumuskan Nabi Adam As ke dalam tipu daya syaitan untuk kedua kalinya (para Ulama Sunni dan Syiah banyak yang mengkritik dan menjelaskan riwayat tersebut).[29] Allamah Majlisi menyebutkan, riwayat ini disampaikan oleh para imam Syiah dalam keadaan bertaqiah. Sedangkan Allamah Thabathabai menjelaskan, itu riwayat palsu atau israiliyat (diambil dari sumber Kristian dan Yahudi).[30]

 

Hawa dalam Kitab Sejarah

Meski dalam referensi-referensi hadis syiah dan Sunni tidak banyak yang menerangkan tentang Hawa Sa, namun tidak demikian dalam buku-buku sejarah. Banyak buku sejarah yang mencatat tentang kisah para nabi dan orang terdahulu dengan berbagai model. Kebanyakan kisah tersebut merujuk pada kisah-kisah israiliyat.[31] Menurut sebahagian riwayat, ketika Allah Swt menyuruh Nabi Adam As untuk tinggal di syurga, dia sendirian. Allah Swt lalu membuatnya tertidur nyenyak dan menciptakan Hawa Sa daripada salah satu tulang rusuknya. Selama proses penciptaan itu Nabi Adam As sama sekali tidak merasa sakit. Setelah tercipta, Hawa Sa diberi pakaian syurga, dipercantik lalu dihantar kepada Nabi Adam As. Apabila terbangun, Nabi Adam As melihatnya dan menamainya Hawa.

 

Dalam referensi-referensi itu termaktub, selama di syurga Nabi Adam As dan Hawa Sa hidup nikmat dan berkecukupan. Suatu ketika Iblis dengan wujud ular, dibantu burung merak datang untuk menggoda mereka supaya memakan buah terlarang. Awalnya hanya Hawa yang makan kemudian Nabi Adam As ikut memakan. Dalam beberapa riwayat disebutkan, selama Nabi Adam As masih memiliki fikiran sihat dia tidak akan mahu memakan buah terlarang. Kerananya Hawa Sa membuatnya mabuk lalu membawanya ke arah pohon dan memaksanya memakan buah tersebut. Kerana telah melanggar larangan Allah Swt dengan memakan buah terlarang, Nabi Adam As dan Hawa Sa dihukum dengan cara dikeluarkan dari syurga. Selain itu, Hawa Sa juga menerima hukuman lain, di antaranya mengalami haid, hamil dan melahirkan yang menyakitkan. Saat dikeluarkan dari syurga, Nabi Adam As diturunkan di India, sedangkan Hawa di Jeddah. Setelah mereka bertaubat, Allah Swt mempertemukan keduanya di Arafah. Mereka lalu menunaikan sebahagain amalan haji. Setelah itu, untuk pertama kalinya Hawa Sa mengalami haid. Nabi Adam As menghentak-hentakkan kakinya ke bumi hingga terpancar air zamzam yang kemudian digunakan Hawa Sa untuk mandi. Hawa Sa memiliki empat puluh anak daripada dua puluh kali melahirkan. Dia meninggal setahun setelah wafatnya Nabi Adam As.[32]

 

Makam Hawa

Terdapat perbezaan pendapat mengenai letak makam Hawa Sa. Sebahagian meyakini, selain tempat diturunkanya Hawa Sa, Jeddah adalah juga tempat makamnya.[33] Menurut sebagian pendapat, atas dasar itu tempat tersebut dinamai Jeddah (dari kata jaddah: nenek). Makam Hawa Sa dibangunkan pertama kali oleh warga Iran.[34] Namun kemudian dihancurkan oleh pemerintah Arab Saudi. Sumber lain meyebutkan bahawa makam Hawa Sa berada disamping makam Nabi Adam As di sebuah gua yang terletak di gunung Abu Qubais, Mekah.[35]

 

Catatan Kaki

1.Danesy Nameh Meyar-e Kitab-e Moqaddas, kata: Eve.

2.Fairuz Abadi, al-Qamus al-Muhith, kata: Hawawa. Zubaiadi, Tahul ‘Arus min Jawahir al-Qamus, kata: Hawawa. Ibnu Mandhur, Lisan al-Arab, kata: Hawaya.

3.Ibid.

4.Khalil bin Ahmad, Kitab al-‘Ain, kata: Hayawa.

5.Ibnu Mandhur, Lisan al-Arab, kata: Hawaa.

6.Danesy Nameh Meyar-e Kitab-e Moqaddas, kata: Eve.

7.Kuhan, Ganjineh-I az Talmud, jld. 1, hlm. 183. Danesy Nameh Meyar-e Kitab-e Moqaddas, kata: Eve.

8.Danesy Nameh Meyar-e Kitab-e Moqaddas, kata: Eve.

9.Qs. Al-Baqarah: 35. Al-A’raf: 19. Thaha: 117.

8.Ibnu Sa’ad, al-Thabaqat al-Kubra, jld. 1, hlm. 3940.

9.Thabari, Jami’, tentang Surah al-Baqarah: 35. Ibnu Babawaih, ‘Ilal al-Syarai’, jld. 1, hlm. 2. Majlisi. Biharul Anwar, jld. 11, hlm. 100-101.

10.Ibnu Sa’ad, al-Thabaqat al-Kubra, jld. 1, hlm. 39.

11.Qs. Ali ‘Imran: 59. Al-Hijr: 28, dan ayat lainnya.

12.Qs. al-Nisa’: 1. Al-A’raf: 189.

13.Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, jld. 1, hlm. 175. Qomi, Tafsir al-Qomi, tentang Surah al-Nisa’: 1. Ibnu Babawaih,‘Ilal al-Syarai’, jld. 2, hlm. 471.

14.‘Iyasyi, Kitab al-Tafsir, tentang Surah al-Nisa’: 1. Ibnu Babawaih, al-Amali, jld. 1, hlm. 259-260. Thusi, al-Tibyan fi Tafsir al-Qur’an, tentang ayat-ayat (penciptaan) tersebut. Thabari, Tafsir Majma’ al-Bayan, tentang ayat-ayat (penciptaan) tersebut. Fakhru Razi, al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghaib, tentang ayat-ayat (penciptaan) tersebut.

15.Qs. Al-Taubah: 128. Al-Nahl: 72.

16.Syarif Radhi, Haqaiq al-Ta’wil fi Mutasyabih al-Tanzil, jld. 1, hlm. 308-309. Fakhru Razi, al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghaib, tentang ayat al-Nisa’: 1. Thabathabai, Tafsir al-Mizan, tentang Surah al-Nisa’: 1. Subhani, al-Qishash al-Qur’aniah: Dirasah wa Mu’thiyat wa Ahdaf, jld. 1, hlm. 92-93.

17.Rasyid Ridha, Tafsir al-Qur’an al-Hakim al-Syahir bi-tafsir al-Manar, tentang Surah al-Nisa’: 1. Jawadi Amuli, Zan dar Aineh-e Jalal wa Jamal, jld. 1, hlm 42-44.

18.Rasyid Ridha, Tafsir al-Qur’an al-Hakim al-Syahir bi-tafsir al-Manar, tentang Surah al-Nisa’: 1. Behbudi, Baznegari Tarikh-e Anbiya dar Qur’an, hlm. 286-292.

19.Qs. Al-Baqarah: 35-38. Al-A’raf: 19-25. Thaha: 115-123.

20.Qs. Al-Baqarah: 36. Al-A’raf: 20.

21.Danesh Nameh-e Jahane Islam, cet. I.

22.Ya’qubi, Tarikh, jld. 1, hlm. 5-6.

23.Thabathabai, Tafsir al-Mizan, jld. 1, hlm. 140.

24.Bukhari, Shahih Bukhari, jld. 4, hlm, 124. Muslim bin Hajjaj, Shahih Muslim, jld. 4, hlm. 179.

25.Nawawi, Shahih Muslim bi-Syarhi al-Nawawi, jld. 10, hlm. 59. Ibnu Hajar Asqalani, Fath al-Bari: Syarh Shahih al-Bukhari, jld. 6, hlm. 261.

26.Ibnu Hanbal, Musnad al-Imam Ahmad ibn Hanbal, jld. 5, hlm. 11. Turmudzi, Sunan al-Turmudzi, jld. 4, hlm. 332. Thabari, Tarikh al-Thabari (Bairut), jld. 1, hlm. 148-150. Qomi, Tafsir al-Qomi, Surah al-A’raf: 190.

27.Alamul Huda, Tanziah al-Anbiya’, jld. 1, hlm. 29-34. Thabarsi, Tafsir Majma’ al-Bayan, al-A’raf: 190.

28.Majlisi, Biharul Anwar, jld. 11, hlm. 249-256.

29.Abdurrahman Rabi’, al-Israiliat fi Tafsir al-Thabari: Dirasah fi al-Lughah wa al-Mashadir al-Ibriah, jld. 1, hlm. 106-108. Muhammad Qasimi, Israiliat wa Ta’tsir-e An bar Dastanha-e Anbiya dar Tafasir-e Qur’an, jld. 1, hlm. 240-262.

30.Ibnu Hisyam, Kitab al-Tijan fi Muluk Himyar, jld. 1, hlm. 14-26. Ibnu Qutaibah, al-Ma’arif, jld. 1, hlm. 15. Tsa’labi, Qishahs al-Anbiya’, jld. 1, hlm. 25-41. Ibnu Asakir, Tarikh Madinah Dimasyq, jld. 69. Hlm. 101-111. Ibnu Atsir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 1, hlm. 32-53. Majlisi, Biharul Anwar, jld. 11, hlm. 99-122.

31.Lih. Ibnu Qutaibah, hlm. 15. Ibnu Faqih, hlm. 268. Thabari, jld. 1, hlm. 121-122. Bakri, hlm. Jld. 1, hlm. 62.

32.Lih. Ibnu Mujawir, bag. 1, hlm. 47-48.

33.Thabari, jld. 1, hlm. 161-162.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *