Telah kita ketahui daripada pelajaran yang lalu bahawa mengimani semua nabi dan membenarkan semua risalah mereka adalah perkara yang penting. Mengingkari salah seorang daripada mereka, atau salah satu hukum dan syariat mereka bererti mengingkari seluruh syariat Ilahi, dan hal ini sama dengan kekufuran Iblis. Kerana, setelah terbukti risalah nabi Islam saww., hal penting lainnya ialah mengimani risalah beliau dan segenap ayat yang turun kepadanya serta seluruh hukum dan ajaran yang datang daripada Allah swt. Akan tetapi beriman kepada setiap nabi dan kitabnya tidak bererti kita pun harus menjalankan syariatnya.

Pelajaran – 34 Universal dan Keabadian Islam

 

Telah kita ketahui daripada pelajaran yang lalu bahawa mengimani semua nabi dan membenarkan semua risalah mereka adalah perkara yang penting. Mengingkari salah seorang daripada mereka, atau salah satu hukum dan syariat mereka bererti mengingkari seluruh syariat Ilahi, dan hal ini sama dengan kekufuran Iblis. Kerana, setelah terbukti risalah nabi Islam saww., hal penting lainnya ialah mengimani risalah beliau dan segenap ayat yang turun kepadanya serta seluruh hukum dan ajaran yang datang daripada Allah swt. Akan tetapi beriman kepada setiap nabi dan kitabnya tidak bererti kita pun harus menjalankan syariatnya.

Yang perlu diperhatikan ialah seluruh kaum muslimin diwajibkan beriman kepada seluruh nabi a.s. dan semua kitab samawi mereka, walaupun tidak mungkin dan bahkan tidak boleh mengamalkan syariat-syariat yang telah lalu tersebut. Sebagaimana pada pelajaran yang lalu, kewajipan setiap umat ialah mengamalkan syariat dan ajaran nabi yang diutus kepada mereka. Maka itu, seluruh umat manusia diwajibkan untuk mengamalkan syariat Islam itu apabila telah terbukti bahawa risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saww. itu tidak hanya untuk satu umat sahaja (bangsa Arab), juga tidak ada nabi lain yang akan diutus setelahnya untuk menghapus risalahnya itu.

Dengan kata lain, Islam adalah agama yang universal dan abadi. Untuk itu, point yang perlu kita bahas berikutnya adalah: apakah risalah Nabi Muhammad saww. itu bersifat universal dan abadi? Atau khusus untuk satu kaum atau pada zaman tertentu sahaja?

Yang jelas, masalah ini tidak dapat dibahas hanya dengan jalur akal, tetapi harus mengikuti metode kajian dalam ilmu-ilmu naqli dan sejarah. Ertinya, kita harus merujuk referensi-referensi yang valid. Tentu, bagi orang yang telah membuktikan dan meyakini kebenaran al-Quran, kenabian Muhammad saww. dan kemaksuman beliau, tidak ada sumber dan referensi yang lebih valid selain al-Quran dan Sunnah.

 

Universal Islam

Universal Islam dan ketakterbatasannya untuk satu kaum atau kawasan tertentu, adalah salah satu kepercayaan yang dharuri (jelas dan pasti) dalam agama Ilahi ini. Bahkan orang-orang nonmuslim pun mengetahui bahawa risalah Islam itu meliputi seluruh dunia, tidak terbatas pada suatu daerah saja.

Di samping itu, banyak bukti-bukti sejarah yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad saww. telah mengirimkan surat dakwahnya kepada penguasa-penguasa dunia pada saat itu, seperti Kaisar Romawi, Kisra Iran, raja-raja di Mesir, Syam (Suriah), Habsyah dan para pemimpin suku-suku Arab.Beliau juga mengutus duta-duta khusus kepada setiap penguasa itu untuk mengajak mereka kepada Islam, dan memberikan peringatan kepada mereka akan kesan buruk pengingkaran mereka terhadap agama suci ini.

Jika Islam bukan agama universal, dakwah seluas itu tidak akan dijalankan, dan setiap bangsa mempunyai alasan yang kuat tatkala mereka tidak memeluk Islam. Maka, tidak boleh dipisahkan antara iman pada kebenaran Islam dan keharusan beramal sesuai dengan syariatnya. Dan tidak ada pengecualian bagi siapa pun untuk tetap teguh berpegang pada agama Ilahi ini.

 

Dalil-dalil Al-Quran tentang Universalnya Islam  

Telah kami sentuh pada pelajaran yang telah lalu, bahawa al-Quran itu sendiri -yang telah dibuktikan kesahihannya-  merupakan dalil dan referensi yang paling jelas dan kukuh untuk membuktikan persoalan ini.Dan setiap orang yang secara global sahaja menelaah kitab suci Ilahi ini, akan mengetahui dengan jelas bahawa dakwah al-Quran itu bersifat universal, tidak khusus untuk suatu kaum atau suatu bahasa sahaja.

Di antara dalil al-Quran tentang universalnya Islam ialah ayat-ayat yang berbicara kepada umat manusia dengan ungkapan: “Ya Ayyuhannas” (wahai sekalian manusia!), atau “Ya Bani Adam” (wahai anak-anak Adam). Dan al-Quran memandang bahawa petunjuknya itu tertuju kepada seluruh umat manusia (an-nas) dan seluruh alam (al-‘alamin). Bahkan serta menegaskan al-Quran telah menekankan melalui satu ayatnya ehwal risalah Nabi Muhammad saww. sebagai misi dunia untuk segenap manusia yang mendengarnya.

Dari sisi lain, dengan nada kecaman, al-Quran berbicara kepada  pengikut agama-agama yang lain dengan ungkapan Ahlul Kitab dan membuktikan kebenaran risalah Nabi saww. atas mereka. Al-Quran juga memandang bahawa tujuan penurunannya kepada Nabi saww. adalah untuk mengangkat Islam dan mengunggulkannya di atas seluruh agama. Dengan mempelajari ayat-ayat tersebut, tidak ada lagi keraguan akan universalnya dakwah al-Quran dan Islam yang suci ini.

 

Keabadian Islam

Selain sebagai hujah atas universalnya Islam seperti ungkapan umum Bani Adam, an-nas, al-‘alamin, dan ungkapan umum lainnya yang ditujukan kepada umat-umat selain bangsa Arab serta kepada pengikut agama lainnya seperti ungkapan: Ya Ahlal kitab, ayat-ayat itu juga –secara ithlaq zamani (kemutlakan waktu)– menafikan batasan masa tertentu, terutama pada ungkapan “Liyudhhirahu ‘aladdini kullih” (demi mengunggulkan Islam di atas segenap agama), sehingga tidak tersisa lagi keraguan akan hal ini. Kenyataan ini pun dapat disemak pada dua ayat; 41 dan 42 dari surat Fushilat:

“Dan al-Quran itu sungguh kitab yang mulia, yang tak tersentuh kebatilan, dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan daripada Tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Agungi”.

Ayat ini menunjukkan bahawa kitab suci al-Quran sama sekali tidak pernah mengalami kehilangan kesahihan dan ketepatannya. Begitu pula dalil-dalil yang membuktikan diakhirinya kenabian oleh Nabi Muhammad saww. –sebagaimana akan dibahas pada pelajaran berikutnya– menggugurkan seluruh tanggapan tentang dihapusnya agama Ilahi ini melalui nabi atau syariat yang lain.

Sehubungan dengan keabadian Islam ini, terdapat riwayat yang banyak sekali, seperti: “Halal Muhammad adalah halal sampai hari kiamat, dan haramnya adalah haram sampai hari kiamat”.

Di samping itu, kekekalan Islam –sebagaimana keuniversalannya– termasuk  daruriyat (doktrin yang jelas dan pasti) agama Ilahi ini, dan tidak perlu kepada dalil selain dalil-dalil yang membuktikan kebenaran Islam.

 

Menjawab beberapa Keraguan

Aneka ragam keraguan daripada musuh-musuh Islam yang berusaha keras menentangnya dan mencegah penyebarannya, telah berusaha untuk membuktikan bahawa Islam hanya diturunkan untuk bangsa Arab sahaja, dan risalahnya tidak meliputi segenap umat manusia. Dalam rangka melontarkan keraguan-keraguan tersebut, mereka menggunakan ayat-ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa Nabi Muhammad saww. hanya diperintah oleh Allah untuk memberikan hidayah kepada keluarga, kerabat dan kabilahnya atau warga Mekkah dan sekitarnya sahaja.

Misalnya, setelah menyentuh tentang orang-orang Yahudi, Shabiin dan Nasrani, ayat 69 Al-Maidah menyatakan bahawa sumber kebahagiaan itu terletak pada iman dan amal soleh sahaja, tanpa menyentuh peranan Islam dalam meraih kebahagiaan tersebut. Di samping itu, Fiqih Islam tidak mengakui Ahlul Kitab itu sama dengan kaum musyrikin. Bahkan, Fiqih Islam menganggap bahawa apabila Ahlul Kitab membayar jiz’yah (pajak) sebagai ganti kepada khumus (khums) atau zakat yang diwajibkan atas kaum muslimin, mereka mendapatkan jaminan keamanan di dalam negara Islam dan dibolehkan mengamalkan syariat mereka. Ini adalah dalil atas kebenaran  seluruh agama.

Menjawab keraguan ini kami katakan bahawa ayat-ayat yang berkenaan dengan keluarga Nabi saww. atau penduduk  Mekkah, hendak menjelaskan tahap-tahap dakwah, di mana dakwah beliau dimulai dari keluarga terdekat, lalu meningkat sampai ke seluruh warga Mekkah dan sekitarnya, kemudian meluas sampai ke seluruh manusia di muka bumi ini. Dan ayat-ayat ini tidak mempersempit (takhsis) makna ayat-ayat yang menunjukkan universal risalah Nabi Muhammad saww., kerana – di samping bentuk ungkapan ayat-ayat tersebut (berkenaan dengan keluarga Nabi) menolak penyempitan atas makna ayat-ayat yang menunjukkan universal risalah Nabi saww.- penyempitan ini justru melazimkan penyempitan yang lebih banyak, yang ganjil dan keliru menurut pendapat masyarakat luas (urful ‘uqola’).

Adapun ayat 69 Al-Maidah hendak menjelaskan kenyataan bahawa sekadar memeluk agama ini atau agama itu tidaklah cukup untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki. Akan tetapi, faktor utama kebahagiaan ialah iman yang hakiki dan melakukan tugas-tugas yang disyariatkan oleh Allah swt. kepada hamba-hamba-Nya. Sesuai dengan hujah-hujah yang menunjukkan atas universal dan keabadian Islam, tugas seluruh umat manusia setelah datangnya Nabi Muhammad saww. iaitu mengamalkan syariat dan  hukum Islam.

Adapun keutamaan yang diberikan Islam kepada Ahlul Kitab di atas seluruh orang-orang kafir tidak bererti mereka dibolehkan untuk tidak memeluk Islam dan tidak melaksanakan hukum-hukumnya, akan tetapi keutamaan itu hanyalah belas kasihan duniawi (irfaq duniawi) Islam terhadap hak-hak mereka demi beberapa maslahat. Dan dalam pandangan Syiah, belas kasihan itu bersifat sementara, dan pada saat kehadiran Imam Mahdi afs. nanti akan diputuskan hukum final mereka, dan sikap Islam terhadap mereka kelak sama dengan sikapnya terhadap orang-orang kafir. Kesimpulan ini dapat diambil dari firman Allah swt.: “liyudhhirahu ‘Aladdini Kulih” (untuk mengunggulkan Islam di atas segenap agama).[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *