Telah kita ketahui daripada pelajaran yang lalu bahawa mengimani semua nabi dan membenarkan semua risalah mereka adalah perkara yang penting. Mengingkari salah seorang daripada mereka, atau salah satu hukum dan syariat mereka bererti mengingkari seluruh syariat Ilahi, dan hal ini sama dengan kekufuran Iblis. Kerana, setelah terbukti risalah nabi Islam saww., hal penting lainnya ialah mengimani risalah beliau dan segenap ayat yang turun kepadanya serta seluruh hukum dan ajaran yang datang daripada Allah swt. Akan tetapi beriman kepada setiap nabi dan kitabnya tidak bererti kita pun harus menjalankan syariatnya.

Pelajaran 33 – Keutuhan Al-Quran daripada Perubahan dan Penyelewengan

 

Pengenalan

Hujah pentingnya kenabian –sebagaimana yang telah dijelaskan pada perbahasan yang telah lalu– menuntut sampainya risalah Ilahi kepada umat manusia dalam bentuknya yang tetap utuh; tidak mengalami penyelewengan (tahrif), sehingga mereka dapat memanfaatkannya demi kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Oleh itu, tidak perlu lagi membahaskan terjaganya al-Quran sejak diturunkan hingga disampaikan kepada umat manusia, sebagimana kitab-kitab samawi lainnya. Akan tetapi sebagaimana kita ketahui, semua kitab samawi mengalami perubahan setelah sampai ke tangan manusia, atau ditinggalkan setelah disampaikan lalu hilang. Kita saksikan pada zaman sekarang ini, kitab Nabi Nuh a.s. dan Ibrahim a.s. telah hilang sama sekali. Sementara kitab Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. yang asli sudah tidak ditemui lagi. Kenyataan seperti ini menimbulkan pertanyaan berikut: “Melalui jalan apakah kita dapat mengetahui bahawa kitab yang ada pada kita sekarang ini, yang bernama al-Quran, adalah satu-satunya kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saww., yang tidak tersentuh oleh perubahan dan penyimpangan, dan tidak mengalami penambahan ataupun pengurangan?

Tentunya, setiap orang yang tahu –walaupun  sedikit– akan sejarah Islam, serta kepeduliannya terhadap Rasul saww. dan para khalifahnya yang maksum terhadap penulisan dan pencatatan ayat-ayat al-Quran, dan kepedulian kaum muslimin dalam menghafal ayat-ayat al-Quran–sebagaimana dinukilkan bahawa dalam sebuah peperangan telah terbunuh sebanyak 70 orang lelaki penghafal al-Quran– dan juga setiap orang yang tahu bahawa al-Quran dinukilkan secara mutawatir selama 14 abad, dan tahu akan kepedulian mereka dalam menghitung ayat-ayat, kalimat-kalimat dan huruf-hurufnya, tentu tidak  akan terlintas di benaknya kemungkinan terjadinya perubahan dan penyelewengan di dalam al-Quran.

Akan tetapi, terlepas daripada bukti-bukti sejarah yang meyakinkan tersebut, kita  dapat membuktikan keutuhan Al-Quran daripada perubahan dengan dua dalil, iaitu dalil akal dan dalil wahyu. Dalil pertama adalah untuk membuktikan tidak adanya tambahan pada al-Quran. Setelah itu, kita akan membuktikan tidak adanya kekurangan padanya berdasarkan ayat-ayatnya sendiri. Oleh itu, kami akan membahaskan masalah keutuhan Al-Quran daripada perubahan melalui dua sisi, penambahan dan pengurangan,secara terpisah.

 

Al-Quran Tidak Mengalami Penambahan

Seluruh kaum muslimin percaya bahawa al-Quran tidak mengalami penambahan, bahkan hal ini adalah kesepakatan antara orang-orang yang telah mengetahuinya di seluruh dunia, kerana tidak ada satu faktor pun yang memungkinkan terjadinya tambahan pada kitab tersebut, juga tidak ada bukti sama sekali atas kemungkinan seperti itu. Walupon demikian, kita dapat menggugurkan andaian adanya penambahan melalui dalil akal, sebagaimana berikut:

Apabila diandaikan adanya tambahan satu point utuh ke dalam al-Quran, ini bererti adanya kemungkinan untuk diciptakan yang serupa dengannya. Andaian seperti ini tidaklah sesuai dengan kemukjizatan al-Quran, dan dengan ketidakmampuan manusia untuk mencipta padanannya.

Bahkan, jika kita andaikan bahawa Al-Quran mengalami tambahan pada satu kalimat atau satu ayatnya yang pendek seperti kata mudhammatan, hal itu merosak kepaduan bahasanya, keluar daripada bentuk aslinya dan daripada kemukjizatannya. Jika demikian halnya, maka Al-Quran akan dapat ditiru dan dibuatkan padanannya, sebab tata ungkap Al-Quran dan su-unan bahasa yang mengandungi mukjizat amat terkait pula dengan pemilihan kata dan kalimat, sehingga kemukjizatannya hilang dengan andaian perubahan, walaupun sedikit.

Jadi, dalil atas kemukjizatan al-Quran itu sendiri merupakan dalil atas keutuhan al-Quran daripada penambahan.Begitu  pula dengan dalil tersebut, akan ternafinya kekurangan pada kata-kata dan kalimat-kalimat, hal yang mengeluarkan ayat-ayat al-Quran daripada kemukjizatannya. Ada pun tidak hilang satu surah atau satu point penuh yang tidak membuat seluruh ayat-ayatnya itu keluar daripada kemukjizatannya, maka hal ini memerlukan hujah yang lain.

 

Al-Quran Tidak Mengalami Pengurangan

Ulama Islam daripada Ahli Sunnah mahupun Syiah telah menegaskan bahawa al-Quran tidak mengalami pengurangan atau pun penambahan. Untuk membuktikan kebenaran tersebut mereka mengajukan pelbagai dalil. Sayangnya, lantaran penukilan sebahagian riwayat palsu di dalam kitab-kitab hadis kedua madzab itu, penafsiran yang keliru dan pemahaman yang salah terhadap sebahagian riwayat yang muktabar, sebahagian mereka menganggap atau malah meyakini bahawa sebahagian ayat al-Quran itu telah hilang. Namun, selain adanya pelbagai bukti sejarah yang jelas atas keutuhan al-Quran daripada pelbagai perubahan, penambahan atau pengurangan, juga adanya dalil mukjizat yang menafikan hilangnya sebahagian ayat-ayat yang dapat merosak sistem bahasa al-Quran, kita pun dapat membuktikan keutuhannya daripada kehilangan satu ayat atau satu surat berdasarkan al-Quran sendiri.

Setelah dapat dibuktikan bahawa seluruh kandungan al-Qurany ang ada sekarang ini adalah Kalamullah yang masih otentik, maka seluruh kandungan ayat-ayatnya –yang merupakan dalil wahyu yang paling kuat– pun menjadi bukti. Salah satu kesimpulan yang dapat diambil daripada ayat-ayat al-Quran ialah Allah swt telah berjanji untuk menjaga kitab suci ini daripada pelbagai perubahan. Tidak seperti dengan kitab-kitab samawi yang lain; yang penjagaannya dibebankan ke atas umat manusia itu sendiri. Allah berfirman:

“Sungguh Kami telah menurunkan Adz-Dzikr, dan sungguh Kami pula yang akan menjaganya” (Qs. Al-Hijr:9).

Ayat ini terdiri daripada dua kalimat. Kalimat pertama, “Sungguh Kami telah menurunkan Adz-Dzikra”, menekankan bahawa al-Quran ini diturunkan oleh Allah swt, dan di dalam penurunannya tidak mengalami perubahan apa pun. Dan, kalimat kedua, “sungguh Kami pula yang akan menjaganya” kata “sungguh” (inna) diulang kembali, dan bentuk kalimatnya (haiat) -yang menunjukkan berlanjutan (istimrar)- menekankan bahawa Allah swt. benar-benar berjanji untuk menjaga al-Quran daripada pelbagai penyelewengan (tahrif) sepanjang masa.

Namun begitu, perlu diperhatikan bahawa meskipun ayat ini menunjukkan tidak adanya penambahan pada al-Quran, namun menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menafikan adanya tambahan adalah istidlal dauri (pembuktian berputar-putar tanpa henti), kerana boleh juga ayat ini diandaikan sebagai tambahan pada al-Quran, maka itu menafikan andaian tersebut berdasarkan ayat ini tidaklah benar. Kerananya, kita dapat menggugurkan andaian penambahan itu melalui dalil yang membuktikan kemukjizatan al-Quran. Setelah itu barulah kita dapat menggunakan ayat ini untuk membuktikan keutuhan al-Quran daripada hilangnya satu ayat atau satu surah penuh (dengan bentuk yang tidak mengakibatkan rosaknya kemukjizatan struktur bahasanya). Jadi, kita dapat memastikan keutuhan al-Quran daripada perubahan; penambahan mahu pun pengurangan, berdasarkan penjelasan daripada dalil akal dan dalil wahyu di atas ini.

Akhirnya, kami perlu menekankan bahawa terjaganya al-Quran daripada pelbagai perubahan tidak bererti bahawa setiap kitab al-Quran yang beredar sekarang ini dianggap terjaga pula sepenuhnya daripada kesalahan tulis dan bacaan, tidak juga bererti bahawa al-Quran tidak mengalami kesalahan penafsiran atau penyelewengan makna, atau ayat-ayat dan surah-surahnya telah disusun sesuai dengan turutan penurunannya. Jadi, maksud daripada keterjagaan al-Quran daripafda pelbagai perubahan ialah kitab suci itu tetap utuh di tengah umat manusia sehingga setiap pencari kebenaran akan dapat menjumpai seluruh ayat-ayatnya seperti saat ia diturunkan, tanpa adanya penambahan atau pengurangan.

Dengan demikian, terjadinya kekurangan atau kesalahan cetak pada sebahagian kitab al-Quran, atau terdapat perbezaan cara bacaan, perbezaan urutan ayat-ayat dan surah-surahnya  dengan urutan penurunannya, atau terjadi penyelewengan makna dan penafsiran yang beraneka-ragam,ini semua tidak menafikan terjaganya al-Quran daripada penyimpangan dan perubahan yang telah kami jelaskan.[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *