Telah kita ketahui daripada pelajaran yang lalu bahawa mengimani semua nabi dan membenarkan semua risalah mereka adalah perkara yang penting. Mengingkari salah seorang daripada mereka, atau salah satu hukum dan syariat mereka bererti mengingkari seluruh syariat Ilahi, dan hal ini sama dengan kekufuran Iblis. Kerana, setelah terbukti risalah nabi Islam saww., hal penting lainnya ialah mengimani risalah beliau dan segenap ayat yang turun kepadanya serta seluruh hukum dan ajaran yang datang daripada Allah swt. Akan tetapi beriman kepada setiap nabi dan kitabnya tidak bererti kita pun harus menjalankan syariatnya.

Pelajaran 32 – Mukjizat Al-Quran

 

Al-Quran sebagai Mukjizat

Al-Quran merupakan satu-satunya kitab samawi yang dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa tidak seorang pun yang mampu mendatangkan kitab sepertinya, meskipun seluruh manusia dan jin berkumpul untuk melakukan hal itu.Bahkan, mereka tidak akan mampu sekalipun untuk menyusun, misalnya, sepuluh surah sahaja,atau malah satu surah pendek sekalipun yang hanya mencakupi satu baris sahaja.

Oleh kerana itu, al-Quran menentang seluruh umat manusia untuk melakukan hal itu. Dan banyak sekali ayat-ayat al-Quran yang menekankan tentangan tersebut. Sesungguhnya ketidakmampuan mereka untuk mendatangkan hal yang sama dan memenuhi tentangan tersebut merupakan bukti atas kebenaran kitab suci itu dan risalah Nabi Muhammad saww. dari Allah swt.

Dengan demikian, tidak diragukan lagi bahawa al-Quran telah membuktikan pengakuannya sebagai mukjizat. Sebagaimana Rasul saww., pembawa kitab ini,  telah menyampaikannya kepada umat manusia sebagai mukjizat yang abadi dan bukti yang kuat atas kenabiannya hingga akhir masa.

Hari ini – setelah 14 abad berlalu – bahana suara Ilahi itu masih terus menggema di tengah umat manusia melalui media-media informasi dan sarana-sarana komunikasi, baik dari kawan mahupun lawan. Itu semua merupakan hujjah atas mereka.

Dari sisi lain, nabi Islam, Muhammmad saww. -sejak hari pertama dakwahnya- sentiasa menghadapi musuh-musuh Islam dan para pendengki yang sangat keras. Mereka telah mengerahkan seluruh tenaga dan kekuatan untuk memerangi agama Ilahi ini. Setelah putus asa lantaran ancaman dan tipu daya mereka tidak berpengaruh sama sekali, mereka berusaha melakukan pembunuhan dan pengkhianatan. Akan tetapi, usaha jahat itu pun mengalami kegagalan berkat inayah Allah swt. dengan cara menghijrahkan Nabi saww. ke Madinah secara rahsia pada malam hari.

Setelah hijrah, Rasul saww. menghabiskan sisa-sisa umurnya yang mulia dengan melakukan pelbagai peperangan melawan kaum musyrikin dan sekutu-sekutu mereka dari kaum Yahudi. Dan semenjak wafatnya hingga hari ini, orang-orang munafik dari dalam dan musuh-musuh Islam dari luar sentiasa berusaha memadamkan cahaya Ilahi ini. Mereka telah mengerahkan segenap kekuatan dalam rangka ini. Seandainya mereka mampu menciptakan sebuah kitab sepadan al-Quran, pasti mereka akan melakukannya, tanpa ragu sedikitpun.

Di zaman moden sekarang ini, di mana kekuatan dunia melihat bahawa Islam adalah musuh terbesar yang sanggup mengancam kekuasaan bongkak mereka.  Maka itu, mereka senantiasa berusaha memerangi Islam dengan segala kekuatan dan sarana yang mereka miliki berupa materi, strategi, politik dan informasi. Seandainya mereka mampu menjawab tentangan al-Quran, dan sanggup menulis satu baris sahaja yang menandingi satu surah pendek darinya, pasti mereka sudah melakukannya dan menyebarkannya melalui media informasi dunia. Kerana memang cara seperti itu (menyebarkan informasi ke seluruh dunia) merupakan usaha yang paling mudah dan paling efektif dalam menghadapi Islam dan menahan perluasannya.

Atas dasar huraian di atas,  setiap manusia berakal yang mempunyai kesedaran yang cukup merasa yakin -setelah memperhatikan hal-hal tersebut- bahawa al-Quran merupakan kitab samawi yang istimewa, yang tidak mungkin ditiru atau dipalsukan, dan tidak mungkin pula bagi setiap individu atau kelompok manapun untuk mendatangkan kitab yang sepadan dengannya, sekalipun mereka mengerahkan seluruh kekuatan dan telah menjalani pendidikan dan latihan demi hal itu.

Ertinya, kitab suci itu memiliki ciri-ciri kemukjizatan, iaitu luar biasa,tidak boleh ditiru dan dipalsukan, dan diturunkan sebagai bukti atas kebenaran kenabian seseorang). Nampak jelas bahawa al-Quran merupakan bukti yang paling jelas dan kuat atas kebenaran apa yang dikatakan oleh Muhammad saww sebagai nabi Allah. Dan agama Islam yang suci adalah hak dan kurnia Ilahi yang paling besar bagi umat Islam. Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat abadi hingga akhir zaman, kandungannya merupakan bukti atas kebenarannya. Sebegitu sederhananya hujah ini hingga dapat difahami oleh setiap orang dan dapat diterima tanpa mempelajarinya secara khusus.

 

Unsur-Unsur Kemukjizatan Al-Quran

Setelah secara global kita mengetahui bahawa al-Quran merupakan kalam dan mukjizat Ilahi, kami akan menjelaskan lebih luas lagi unsur-unsur kemukjizatan kitab suci ini.

 

  1. Kefasihan dan Keindahan Al-Quran

Unsur pertama kemukjizatan al-Quran ialah kefasihan dan balaghah-nya. Ertinya, untuk menyampaikan maksud dan tujuan dalam  setiap masalah, Allah swt. menggunakan kata dan kalimat yang paling lembut, indah,ringan,serasi dan kokoh. Melalui cara tersebut, Dia menyampaikan makna-makna yang dimaksudkan kepada para mukhathab (pendengar), iaitu melalui sastera yang paling baik dan mudah difahami.

Tentunya, tidak mudah memilih kata dan kalimat yang jelas dan sesuai dengan makna-makna yang tinggi dan mendalam kecuali bagi orang yang telah menguasai sepenuhnya ciri-ciri kata,makna yang dalam dan hubungan imbal balik antara kata dan maknanya agar dapat memilih kata dan ungkapan yang paling baik dengan memperhatikan seluruh dimensi, keadaan dan kedudukan makna yang dimaksudkan. Pengetahuan lengkap tentang hal itu tidak mungkin dapat dicapai oleh siapapun kecuali dengan bantuan wahyu dan ilham Ilahi

Sesungguhnya setiap manusia dapat mengetahui sejauh mana kandungan al-Quran yang mencakup nada malakuti dan irama yang syahdu. Setiap orang yang mengetahui bahasa Arab, ilmu kefasihan dan keindahannya (Balaghah), pasti dapat menyentuh keunggulan sasetra al-Quran.

Adapun untuk mengetahui kemukjizatan al-Quran dari unsur balaghah, kefasihan dan keindahan bahasanya, tidaklah mudah kecuali bagi orang-orang yang memiliki pengalaman dan pengkhususan dalam pelbagai ilmu sastera Arab dan melakukan perbandingan antara keistimewaan-keistimewaan al-Quran dan pelbagai jenis bahasa yang fasih dan baligh, serta menguji kemampuan mereka dengan melakukan analogi dalam hal itu. Pekerjaan seperti ini tidak sulit dilakukan kecuali oleh para penyair dan sastrawan Arab, kerana keistimewaan orang-orang Arab yang paling menonjol pada masa diturunkannya al-Quran ialah ilmu Balaghah dan sastera. Puncak kemahiran mereka pada masa itu nampak ketika mereka mengadakan pemilihan bait-bait kasidah dan syair – setelah diadakan penelitian dan penilaian– yang merupakan kegiatan seni dan sastera yang paling besar.

 

  1. Ke-ummi-an Nabi saww.

Walaupun ukurannya tidaklah besar, al-Quran adalah kitab suci yang mancakupi pelbagai pengetahuan, hukum-hukum dan syariat, baik yang bersifat peribadi mahupun sosial. Untuk mengkaji secara mendalam setiap cabang ilmu tersebut memerlukan kelompok-kelompok yang terdiri daripada para ahli dalam bidang masing-masing, keseriusan yang tinggi dan masa yang lama agar dapat diungkap secara bertahap sebahagian rahsianya, dan agar hakikat kebenarannya boleh digali lebih banyak, meski hal itu tidak mudah, kecuali bagi orang-orang yang betul-betul memiliki ilmu pengetahuan, bantuan dan inayah khusus dari Allah swt.

Al-Quran mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan yang paling tinggi, paling luhur dan berharga nilai-nilai akhlaknya, paling adil dan kukuh undang-undang yang ada, paling bijak dalam ibadah, hukum-hukum peribadi dan sosialnya, paling berpengaruh dan bermanfaat nasihat-nasihat, paling menarik kisah-kisah sejarahnya,dan paling baik cara pendidikan dan pengajarannya. Singkat kata, al-Quran mengandungi seluruh dasar-dasar yang diperlukan oleh setiap manusia untuk merealisasikan kebahagiaan mereka di dunia dan akhirat. Semuanya itu dirangkai dengan susunan yang indah dan menarik yang tidak ada bandingannya, sehingga semua lapisan masyarakat dapat mengambil manfaat daripadanya sesuai dengan potensi mereka masing-masing.

Terangkumnya semua ilmu pengetahuan dan hakikat di dalam sebuah kitab seperti ini mengungguli kemampuan manusia biasa. Akan tetapi yang lebih mengagumkan dan menakjubkan adalah kitab agung ini diturunkan kepada seorang manusia yang tidak pernah belajar dan mengenyam pendidikan sama sekali sepanjang hidupnya, serta tidak pernah -walaupun hanya sejenak- memegang pen dan kertas. Ia hidup dan tumbuh besar di sebuah lingkungan yang jauh daripada kemajuan dan peradaban.

Yang lebih mengagumkan lagi, selama 40 tahun sebelum diutus menjadi nabi, ia tidak pernah terdengar ucapan mukjizat seperti itu. Sedangkan ayat-ayat al-Quran dan wahyu Ilahi yang beliau sampaikan pada masa-masa kenabiannya memiliki cara dan susunan kata yang khas dan berbeza sama sekali daripada seluruh perkataan dan ucapan peribadinya.  Perbezaan yang jelas antara kitab tersebut dengan seluruh ucapan beliau dapat disentuh dan disaksikan oleh seluruh masyarakat dan umatnya. Sekaitan dengan ini, Allah swt. berfirman:

“Dan kamu tidak pernah membaca  sebelum satu buku pun dan kamu tidak pernah menulis satu buku dengan tanganmu. Kerana -jika kamu pernah membaca dan menulis- maka para pengingkar itu betul-betul akan merasa ragu (terhadap al-Quran)”.  (Qs. Al Ankabut: 48).

Pada ayat yang lainnya Allah swt. berfirman:

“Katakanlah: “Jikalah Allah menghendaki, niscaya aku tidak membacakannya kepadamu dan Allah tidak pula memberi tahukannya kepadamu”. Sesungguhnya aku telah tinggal bersamamu beberapa lama sebelumnya. Maka apakah kamu tidak memikirkannya?” (Qs.Yunus:16).

Dan kemungkinan besar bahawa ayat 23 surah Al-Baqarah: “Dan jika kalian masih merasa ragu terhadap apa yang kami turunkan kepada hamba Kami, maka buatlah yang serupa dengannya” menunjukan unsur kemukjizatan ini. Yakni,  kemungkinan besar kata ganti “nya” yang terdapat pada kata “serupa dengannya” itu kembali kepada kata “hamba Kami”.

Kesimpulannya, barangkali kita berandaian –tentu mustahil– bahawa  ratusan kelompok yang terdiri daripada para ilmuan yang ahli dalam bidang masing-masing bekerja sama dan saling  membantu itu mampu membuat kitab yang serupa dengan al-Quran. Namun, tidak mungkin bagi seorang yang ummi (tidak belajar baca-tulis sama sekali) mampu melakukan hal tersebut. Dengan demikian, kedatangan al-Quran dengan segenap keistimewaan dan keunggulannya daripada seorang yang ummi  merupakan unsur lain daripada kemukjizatan kitab suci itu.

 

  1. Konsistensi Kandungan Al-Quran

Al-Quran adalah sebuah kitab suci yang Allah  turunkan selama 23 tahun dari kehidupan Nabi Muhammad saww., iaitu masa-masa yang penuh dengan pelbagai tentangan, ujian dan pelbagai peristiwa yang pahit mahupun yang manis. Akan tetapi, semua itu sama sekali tidak mempengaruhi konsistensi dan kepaduan kandungan al-Quran serta keindahan susunan katanya. Kepaduan dan ketiadaan ketimpangan dari sisi bentuk dan kandungannya merupakan unsur lain dari kemukjizatan al-Quran. Allah swt. berfirman:

“Apakah mereka tidak merenungkan al-Quran. Seandainya al-Quran itu datang dari selain Allah, pasti mereka akan menemukan banyak pertentangan”. (Qs. An Nisa: 82)

Penjelasannya: minimalnya, setiap manusia menghadapi dua perubahan. Pertama, pengetahuan dan pengalamannya itu akan bertambah dan berkembang.Semakin bertambah dan berkembangnya pendidikan, pengetahuan, pengalaman dan kemampuannya, akan semakin  mempengaruhi ucapan dan perkataannya. Sudah sewajarnya akan terjadi perbezaan yang jelas di antara ucapan-ucapannya itu sepanjang masa dua puluh tahun.

Kedua, pelbagai peristiwa yang terjadi dalam kehidupan seseorang akan nampak pada pelbagai keadaan jiwa, emosi dan sensitivitinya seperti: putus asa, harapan, gembira, sedih, gelisah dan tenang. Perbezaan keadaan-keadaan tersebut berpengaruh besar dalam cara fikir seseorang, baik pada ucapannya mahupun pada perbuatannya. Dan,dengan banyak dan luasnya perubahan tersebut, maka ucapannya pun akan mengalami perbezaan yang besar. Pada hakikatnya, terjadinya pelbagai perubahan pada ucapan seseorang itu tunduk kepada perubahan-perubahan yang terjadi pada jiwanya. Dan hal itu pada gilirannya tunduk pula kepada perubahan keadaan lingkungan dan sosialnya.

Kalau kita berandaian bahawa al-Quran itu ciptaan peribadi Nabi saww. sebagai manusia yang takluk kepada perubahan-perubahan tersebut, maka –dengan memperhatikan pelbagai perubahan keadaan yang drastik dalam kehidupan beliau–  akan nampak banyaknya kperlawanan dan ketempangan dalam bentuk dan kandungannya. Nyata, kita saksikan bahawa al-Quran tidak mengalami perlawanan dan ketempangan itu.

Maka itu, kepaduan, konsistensi dan ketiadaan perlawanan dalam kandungan al-Quran serta ehwal kemukjizatannya ini merupakan bukti lain bahawa kitab tersebut datang dari sumber ilmu yang tetap dan tidak terbatas, yakni Allah  yang berkuasa atas alam semesta, dan tidak tunduk pada fenomena alam dan perubahan yang beraneka ragam.[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *