Hasad (bahasa Arab:الحسد) ertinya keinginan untuk menghilangkan nikmat-nikmat yang dimiliki orang lain, dan merupakan salah satu akhlak yang buruk. Hasad dengan semua akar katanya terdapat dalam empat ayat al-Quran dan banyak hadis yang menjelaskannya baik berupa tanda-tanda mahupun akibat buruknya.

Hasad

 

Hasad (bahasa Arab:الحسد) ertinya keinginan untuk menghilangkan nikmat-nikmat yang dimiliki orang lain, dan merupakan salah satu akhlak yang buruk. Hasad dengan semua akar katanya terdapat dalam empat ayat al-Quran dan banyak hadis yang menjelaskannya baik berupa tanda-tanda mahupun akibat buruknya.

 

Defenisi secara Etimologi dan Terminologi

Hasad ertinya keinginan untuk menghilangkan nikmat-nikmat yang dimiliki orang lain. Sebahagian Mufassir menyebutkan erti asli hasad adalah sesuatu yang hancur disebabkan.[1] Sebahagian ahli bahasa menyebut kata ini berakar dari حسدل (hasdal) bermakna kutu Sebagaimana kutu dapat melukai kulit badan seseorang serta mengisap darahnya, hasad pun melakukan hal serupa pada ruh dan jiwa orang yang hasud. [2]

Hasad merupakan batas ekstrim perilaku seseorang yang merasa tersiksa dengan kebahagiaan orang lain. [3] berdasarkan suatu definisi, hasad adalah mendambakan hilangnya nikmat-nikmat orang lain dan hanya menghendaki nikmat-nikmat tersebut bagi dirinya sendiri,[4] namun dalam definisi lebih terperinci, mendambakan sirnanya nikmat-nikmat orang lain bahkan disertai dengan usaha-usaha untuk menhancurkannya. [5]Mengingat para pakar ilmu akhlak telah menyebutkan tingkatan-tingkatan bagi hasad [6]sepertinya definisi-defenisi mengisyaratkan tentang tingkatan-tingkatan hasad. Konsep gibhtah (cemburu) masih berkaitan dengan hasad, tetapi perbezaan mereka ada dalam hal ini adalah pada gibtah seseorang tidak mendambakan hilangnya nikmat pada orang lain, melainkan Ia hanya menginginkan nikmat tersebut; olehnya itu gibtah termasuk sebagai sifat yang terpuji.

 

Dalam Al-Quran

Kata hasad dan kata akarnya telah digunakan dalam empat ayat al-Quran: [7] pada ayat 109 dikatakan Ahlul kitab [8]lantaran hasad dalam hati mereka, mereka senang mengembalikan kaum mukmin pada kekafiran. Di dalam surah al Nisa ayat 54 pun diceritakan tentang hasad. Konten ayat ini, berdasarkan konteks ayat serta penegasan para Mufassir, [9] adalah tentang sebahagian kaum Yahudi yang semasa dengan Nabi Muhammad Saww yang hasad dengan kejayaan Islam dan semakin bertambahnya para pengikut. Sebahagian ayat-ayat juga menjelaskan tentang hasad tanpa menggunakan kata hasad dan kata akarnya. [10] Sebagai contoh, pada ayat 32 surah al Nisa kaum mukmin telah diperintahkan agar mereka ridha dengan apa yang dikurniakan Tuhan kepada mereka serta tidak meminta apa yang diberikan Tuhan kepada yang lain. Kesimpulan ayat ini ialah bahawa barang siapa yang tidak seperti ini akan jatuh pada kedengkian (hasud). [11]Sedih dengan kesenangan orang lain dan gembira dengan kesengsaraan mereka sebagaimana dihikayatkan pada ayat 120 surah Ali Imran adalah seiring dengan konsep hasad. [12] Kedengkian saudara-saudara Yusuf serta kebencian kuat mereka kepadanya, sebagai reaksi kecintaan berlebihan Ya’qub kepada Yusuf serta penekanan al-Quran bahawa perilaku ini adalah perilaku syaitani dapat pula ditemukan dalam ayat 8 surah Yusuf. [13]

 

Kata Bagy (بغی) dalam sebahagian penerapannya dalam al-Quran, memiliki bentuk makna hasad [14] dan menurut Suyuti [15] Bagy (بغی) dalam dialek Tamimi bermakna hasad. Fahr al Razi [16] menyebutkan sebahagian daripada penerapan-penerapan al-Quran ini, olehnya keadaan-keadaan ini sepertinya termasuk kategori ayat-ayat yang di dalamnya telah dibicarakan tentang hasad.

 

Dalam Hadis-Hadis

Begitu banyak hadis-hadis yang dinukil dalam mencela hasad serta penjelasan tentang motivasi dan tanda-tandanya. Dalam sebuah hadis terkenal, kesan sikap tidak terpuji ini dalam merosak kebaikan-kebaikan seseorang diserupakan dengan kesan api terhadap kayu bakar. [17] menurut hadis Nabi hasad merupakan di antara perilaku-perilaku tidak terpuji di mana tak ada seorang pun yang aman daripadanya [18] dan dalam suatu hadis daripada Imam Shadiq As [19] di katakan hasad adalah salah satu daripada tiga perkara di mana tak ada seorang pun Nabi serta orang-orang yang lebih rendah dari itu yang aman daripadanya, tetapi mukmin tidak akan pernah berbuat (berperilaku) akibat hasad dan kedengkian (hasad) tidak terlibat dalam amal perbuatannya. Dalam suatu hadis lain, hasad merupakan dosa pertama yang dilakukan oleh Iblis di langit dan oleh Qabil di bumi. [20]

 

Tercabutnya Hukum Hasad dari Kaum Mukminin

Berdasarkan hadis raf’ salah satu di antara anugerah-anugerah (kelembutan) Tuhan kepada kaum mukminin adalah mengabaikan (seakan tidak melihat) dosa hasud mereka. Dalam penjelasan hadis ini, khususnya dengan memperhatikan celaan keras terhadap hasad dalam budaya Islam, dikatakan bahawa yang dimaksudkan hasad di sini adalah hasad dalam tingkatan qalbu yang tidak nampak keluar dan tidak ada hukuman.

 

Perbezaan Gibtah (Cemburu) dengan Hasad (Dengki)

Konsep gibtah (Munafisah) berhubungan dengan hasad.[21]Perbezaan mereka ada pada hal ini bahawa seseorang dalam gibtah tidak mendambakan hilangnya nikmat orang lain, melainkan hanya ingin mendapatkan pula nikmat tersebut. [22] Gibtah, berlawanan dengan hasad, merupakan suatu sifat terpuji, [23] khususnya dalam suatu riwayat disebutkan secara jelas bahawa gibtah adalah di antara sifat-sifat mukmin dan hasad adalah ciri-ciri orang munafik. [24] Imam Gazali menegaskan bahawa terkadang kedua konsep ini digunakan secara terbalik [25] dan Ia menyebutkan salah satu contohnya dari salah satu hadis. [26]

 

Hubungan Meremehkan Sifat Hasad

Perihal meremehkan terkait erat dengan hasad. Dalam sebahagian riwayat, hubungan ini telah diisyaratkan [27]dan para Mufassir menyebut ayat 5 surah al-Falaq yang berbicara tentang kedengkian orang-orang hasud, adalah tentang hal ini.[28]

 

Hasad Dalam Pandangan Imam al-Gazali

Imam al-Gazali [29] menyebutkan tujuh motivasi hasad: Permusuhan dan rasa dendam, bangga diri, sombong dan takabbur, menampakkan kehairanan atas kepunyaan orang lain, takut akan kehilangan miliknya, cinta terhadap kepemimpinan dan populariti, keburukan diri (watak buruk jiwa).           [30]

Beliau memerhatikan pula point penting lainnya: Hasad pada dasarnya berakar dalam qalbu dan oleh kerana itu merupakan sifat qalbu. Sifat qalbu ini kadangkala nampak pada lisan dan perilaku ( مظلمه ) di mana dalam keadaan ini manusia telah melakukan dosa dan Dia mesti memohon kehalalan ( یجب الاستحلال منها ); namun terkadang hasad tinggal dalam tingkatan qalbu sendiri, dalam keadaan ini manusia hanya melakukan suatu dosa antara dia dengan Tuhan. Hal ini dalam keadaan di mana apabila dia benar-benar menganggap hasud qalbu ini tidak dapat diterima dan mengecam dirinya di dalam hati, maka dia telah melakukan kewajipannya melawan dan memerangi hasad dan jauh kemungkinan kemampuan manusia boleh lebih dari ini, kecuali dia menghempaskan dirinya dalam cinta Ilahi sehingga dia terbebas daripada perhatian kepada segala sesuatu selain Dia.

 

Cara-Cara Mengubati Hasad

Ulama-ulama akhlak, mengikuti al-Gazali,[31] menyebutkan dua cara praktikal dan teori bagi mengubati penyakit hasad.[32] Ibnu Arabi [33] menyebut hasad sebagai watak alami dan esensial yang tidak mungkin dihilangkan. [34] Sepertinya riwayat daripada Imam Shadiq As [35] yang dalamnya hasad diperkenalkan telah bercampur dengan darah dan daging seseorang adalah mengisyaratkan kealamian dan esensialiti watak ini.

Menurut pandangan mistisisme (Irfan), manusia ketika melewati sepuluh tenda-tenda[pos] perhitungan pada hari kiamat, pada tenda[pos] ke lapan hasad akan diperiksa dan kerana dia tidak hasud, dia melangkah ke tabir sembilan dan lebih dekat kepada Arsy Ilahi. [36]

 

Catatan Kaki

1.Lihat Tsa’labi; Abu al Futuh Razi, pada al-Baqarah: 109

2.Lihat Azhari; Ibnu Manzur; Zubaidi, pada kata (Vajeh)

3.Aris Toteles, hlm. 71

4.Jurjani, hlm. 92

5.Yahya Bin Adi, hlm. 19; Raghib Isfahani, di bawah kata (Vajeh)

6.Sebagai contoh lihat Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 204; Feidh Kasyani, jld. 5, hlm. 334; Naraqi, jld. 2, hlm. 204-205

7.Lihat Surah al-Baqarah: 109; al Nisa: 54; al Fath: 15; al Falaq: 5

8.Para Mufassir menyebut maksud dari mereka adalah kaum Yahudi, sebagai contoh lihat Abu al Futuh Razi; Fahr Razi, pada ayat yang dimaksud

9.Sebagai contoh lihat Tabari; Thusi; Abu al Futuh Razi; Fahr Razi, pada ayat yang dimaksud

10.Guna mengetahui sebagian ayat-ayat ini lihat Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 202; Fahr Razi, pada surah al-Baqarah : 109

11.Fahr Razi, pada ayat yang dimaksud; Lihat pula Zahili, pada ayat yang dimaksud

12.Fahr Razi, pada al-Baqarah: 109

13.Ibid

14.Lihat Damgani, hlm. 166, Taflisi, hlm. 48

  1. Suyuti, jld. 2, hlm. 121

16.Ibid

17.Ibnu Majah, jld. 2, hlm. 1408; Abu Dawud, jld. 4, hlm. 276

18.Mawardi, hlm. 266

19.Kulaini, jld. 8, hlm. 108

  1. Mawardi, hlm. 261

21.Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 202-203

22.Naraqi, jld. 2, hlm. 202-203

23.Lihat Mawardi, hlm. 262

24.Raghib Isfahani, Ibid; Majlisi, jld. 70, hlm. 250

25.Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 202

26.Lihat 1364, jld. 1, hlm. 128; lihat juga Fahr Razi, Ibid

27.Sebagai contoh lihat Majlisi, Ibid

28.Sebagai contoh lihat Tabari; Thusi; Fahr Razi, pada ayat yang dimaksud

29.Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 204-206

30.Lihat pula Majlisi, jld. 70, hlm. 240; Naraqi, jld. 2, hlm. 205-208; Imam Khomeini, hlm. 107

31.Gazali, 1417, jld. 3, hlm. 208-212

32.Lihat Feidh Kasyani, jld. 5, hlm. 342-348; Naraqi, jld. 2, hlm. 212-215

33.Ibnu Arabi, Sefr 2, hlm. 344

34.Lihat pula Gauharin, jld. 4, hlm. 213

35.Lihat Majlisi, jld. 70, hlm. 253

36.Lihat Ibnu Arabi, Sefr 4, hlm. 439-440

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *