Nasibah (Nasaibah) binti Ka'ab (Bahasa Arab: نَسیبَه (نَسَیبَه) بنت کعب )(wafat setelah tahun 13 H) yang lebih dikenali dengan panggilan Ummu 'Umarah (أمّ عُماره).Salah seorang sahabat Nabi saww Ummu 'Umarah orang pertama di Madinah yang memeluk Islam dan salah seorang wanita di antara dua wanita yang masuk Islam pada baiat Aqabah kedua. Dia hadir dalam beberapa peperangan khususnya dalam perang Uhud untuk membantu para pejuang dan prajurit yang terluka. Dia terluka di perang Uhud dalam membela Nabi saww . Ummu 'Umarah salah seorang penukil hadis Rasulullah saww. Tanggal wafatnya tidak disentuh oleh sumber-sumber sejarah. Namun, dari satu teks riwayat dapat difahami bahawa dia hidup hingga masa kekhilafahan Umar bin Khattab.

Ummu ‘Umarah

 

Nasibah (Nasaibah) binti Ka’ab (Bahasa Arab: نَسیبَه (نَسَیبَه) بنت کعب )(wafat setelah tahun 13 H) yang lebih dikenali dengan panggilan Ummu ‘Umarah (أمّ عُماره).Salah seorang sahabat Nabi saww Ummu ‘Umarah orang pertama di Madinah yang memeluk Islam dan salah seorang wanita di antara dua wanita yang masuk Islam pada baiat Aqabah kedua. Dia hadir dalam beberapa peperangan khususnya dalam perang Uhud untuk membantu para pejuang dan prajurit yang terluka. Dia terluka di perang Uhud dalam membela Nabi saww . Ummu ‘Umarah salah seorang penukil hadis Rasulullah saww. Tanggal wafatnya tidak disentuh oleh sumber-sumber sejarah. Namun, dari satu teks riwayat dapat difahami bahawa dia hidup hingga masa kekhilafahan Umar bin Khattab.

 

Biografi

Ayah Ummu Umamah adalah Ka’ab bin Amr bin Auf dari Bani Mazin Kabilah Khazraj, dan ibunya Rubab binti Abdullah juga dari kabilah yang sama.[1] Dari sini dia dipanggil Nasibah Maziniyyah. Dua saudara Ummu ‘Umarah, Abdullah bin Ka’ab dan Abdurrahman bin Ka’ab juga termasuk dikalangan sahabat.[2]

Ummu ‘Umarah pertama menikah dengan Zaid bin ‘Ashim dari bani Najjar dari kabilah Khazraj dan daripadanya memiliki dua anak bernama Habib -yang kerananya dia dipanggil Ummu Habib-[3] dan Abdullah yang kedua-duanya termasuk sahabat.[4]

Suami pertamanya meninggal, dan setelah masuk Islam dia bernikah dengan Ghaziyah bin Amr yang dia juga dari bani Najjar. Darinya mempunyai dua anak pula bernama Tamim dan Khulah.[5]

Sesuai dengan penukilan sejarah, Nabi saww mengutuskan Habib, putera Ummu ‘Umarah bersama seorang lagi untuk mendatangi Musailamah Kadzzab. Tetapi, Musailamah memotong tangan dan kaki Habib serta membunuhnya.[6] Pada perang Yamamah dengan Musailamah, Abdullah, putra Ummu ‘Umarah yang lain membunuh Musailamah.[7] Abdullah juga terbunuh pada peristiwa Harrah yang terjadi pada masa kekhilafahan Yazid bin Muawiyah.[8]

 

Memeluk Islam

Ummu ‘Umarah wanita pertama di Madinah yang memeluk Islam dan salah seorang di antara dua wanita yang dikatakan menjadi muslim pada baiat Aqabah kedua. Pada baiat ini, Ghaziyah bin Amr yang di kemudian harinya bernikah dengan Ummu ‘Umarah juga hadir.[9]

 

Hadir Dalam Peperangan

Ummu ‘Umarah hadir dalam beberapa peperangan untuk membantu para pejuang dan prajurit yang terluka khususnya di perang Uhud, di mana ketika dia melihat Nabi saww dalam kesulitan dia banyak menampilkan kesetiaan dan pengorbanannya, sebagaimana dia juga banyak mengangkat para pejuang yang terluka ke belakang arena.[10]

Meski dia tidak dapat hadir dalam perang Hamra’u Asad kerana banyak mengangkat para pejuang yang terluka di Uhud[11], tetapi dia hadir bersama tentera Islam dalam peperangan dan peristiwa-peristiwa lain seperti perang Khaibar dan perang Hunain.[12]

Ummu ‘Umarah juga hadir dalam perang Yamamah pada masa kekhilafahan Abu Bakar, dan pada perang ini pula sebelah tangannya terputus.[13]

 

Menukil Hadis Dari Nabi saww

Dari Ummu ‘Umarah ada beberapa hadis Nabi saww yang dinukilkan.[14]

 

Wafat

Mengenai tanggal wafatnya tidak disebutkan dalam sumber-sumber sejarah. Berdasarkan sebuah riwayat, Umar bin Khattab pada masa kekhilafahannya pernah mengirim hadiah kepada Ummu ‘Umarah. Hal ini menandakan bahawa dia hidup di masa kekhilafahan Umar dan meninggal setelah tahun ke-13 H.[15]

 

Catatan Kaki

1.Kalbi, Nasab Ma’ad wa al-Yaman al-Kabir, jld.2, hlm.49; Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabi, jld.2, hlm.319; Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, hlm.301

2.Kalbi, Nasab Ma’ad wa al-Yaman al-Kabir, jld.2, hlm.49; Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabi, jld.2, hlm.319; Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, hlm.301

3.Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabi, jld.2, hlm.319; Baladzuri, Futuh al-Buldan, hlm.126, dinukil dari Waqidi

4.Kalbi, Nasab Ma’ad wa al-Yaman al-Kabir, jld.2, hlm.49

5.Ibnu Saad, al-Thabaqat al-Kubra, jld.8, hlm.301; Baladzuri, Ansabul Asyraf, jld.1, hlm.250; Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabi, jld.2, hlm.319

6.Baladzuri, Ansabul Asyraf, jld.1, hlm.324

7.Baladzuri, Ansabul Asyraf, jld.1, hlm.324

8.Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, 416

9.Ibnu Saad, al-Thabaqat al-Kubra, hlm.301; Baladzuri, Ansabul Asyraf, jld.1, hlm.250; Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabi, jld.2, hlm.319

10.Waqidi, al-Maghazi, jld.1, hlm.268, Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, hlm.301

11.Waqidi, al-Maghazi, jld.1, hlm.268-273; Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, hlm. 302

12.Waqidi, al-Maghazi, jld.2, hlm.573, 574; Khalifah, al-Thabaqat, jld.2,hlm. 880; Ibu Abdilbar, al-Isti’ab, jld.4, hlm.1947; Dzahabi, Siar A’lam al-Nubala, jld.2, hlm.278

13.Waqidi, al-Maghazi, jld.1, hlm.269; Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, hlm.304; Baladzuri, Ansabul Asyraf, jld.1, hlm.325, Futuh al-Buldan, hlm.126, dinukil dari Waqidi; Dzahabi, Siyar A’lam al-Nubala, jld.2, hlm.281

14.Ahmaf bin Hanbal, Musnad, jld.6, hlm.439; Ibnu Majah, Sunan, jld.1, hlm.556; Marzi, Tuhfatul Asyraf, jld.13, hlm.92-93

15.Ibnu Saad, al-Thabaqāt al-Kubra, jld.8, hlm.303; Baladzuri, Ansabul Ansyraf, jld.1, hlm. 325-326

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *