Al-Ghaib

Siri Mahdawiyah

الغایب

Nama Ghaib adalah antara nama Imam Al Mahdi Afs. Nama ini diberikan kepada Imam disebabkan perpisahan dan kesedihan yang berpanjangan Imam dengan para Syiah disebabkan keghaibannya. Pada era ghaibah yang panjang ini, para Syiahnya berlinangan air mata, hati yang penuh darah, jiwa yang penuh dengan kesakitan dan kepedihan.

Era penghijrahan dan malam perpisahan adalah era yang amat luar biasa. Dari sejak dahulu, manusia berkali-kali melalui pengalaman pahit hijrah. Mereka dipisahkan dari para pemimpin mereka. Para pencinta dipisahkan dari yang mereka cintai yang sedang berada di dalam penjara sempit dan gelap.

Namun perpisahan ini sama sekali tidak membuat mereka dilupai oleh para pencintanya. Dan sepanjang sejarah telah membuktikan adakalanya yang dirindukan berada disebalik dinding rumah kita dan adakalanya berada di dalam rumah kita.

Nabi Yunus dan Nabi Saleh as pernah ghaib dari umat mereka. Nabi Ibrahim as dilahirkan di dalam gua dan bertahun-tahun bersembunyi dan tidak tersentuh oleh kezaliman Namrud dan para pengikutnya. Nabi Yusuf as berpisah dari ayah dan keluarganya selama 20 tahun. Selama 50 tahun Nabi Musa as ghaib dari kaumnya dan 12 orang dari Ausianya hidup terpisah dari kaumnya selama 400 tahun.

Maka dengan ini telah jelas bahawa ghaibah dan hijrah para Anbia dan Ausia dari kaumnya adalah satu metod yang memiliki latar belakang yang panjang.

Hal ini adalah resam yang berlaku ke atas para Anbia dan kaumnya. Apa yang berlaku ke atas umat yang salaf, juga berlaku ke atas umat Rasulullah SAAW, seakan sejarah yang lampau kembali berulang.

Ada seorang Yahudi datang bertemu dengan Rasulullah SAAW dan beliau bertanya kepada Baginda berbagai soalan dan Baginda menjawab segala apa yang ditanyakan kepadanya. Pada penghujung pembicaraan, Rasulullah SAAW bertanya kepadanya: Apakah kau mengenal Levi bin Avyana?. Lelaki Yahudi itu berkata: Dia adalah seorang Nabi yang ghaib dari Bani Israel. Selepas dia kembali di kalangan kaumnya, dia mengembalikan dan mengembangkan ajarannya setelah dihapuskan. Penghujungnya, Qrista raja membunuhnya. Rasulullah bersabda: Apa yang berlaku ke atas Bani Israel juga berlaku ke atas umatku, ibarat sepasang sepatu dan telinga. Setelah itu Baginda menyampaikan kepada Yahudi tersebut tentang Qaim A’li Muhammad .

Imam Jaffar As Sadiq as berkata: Qaim kami memiliki persamaan dengan Nabi Musa as, kelahiran yang disembunyikan dan ghaib serta kejauhan dari kaumnya .
Tidak syak lagi, ghaib memiliki realiti dan makna yang amat luas. Oleh sebab itu kita beriman kepada Allah yang kita tidak lihat dengan mata dan beriman kepada Rasulullah yang kita belum pernah ketemu. Kita juga beriman kepada wilayah Amirul Mukminin as dan putera-putera yang tidak lihat, terutama kepada Imam Al Hujjah yang berada dalam ghaibah. Walaupun mereka hidup pada satu era namun kita tunduk dan patuh atas segala perintah mereka.

Maka dengan ini melihat dengan mata kasar bukan standard. Di sekeliling kita terlalu banyak perkara yang kita tidak mampu melihat dengan mata kasar. Namun begitu kewujudan ini adalah bahagian dari realiti. Maka dengan itu sesuatu yang ghaib dan tidak mampu dilihat bukan bererti tidak wujud.
Dalam menafsirkan ayat (الَّذِینَ یؤْمِنُونَ بِالْغَیبِ) Imam Hassan Al Askari berkata: Maksud ayat adalah beriman kepada wujud yang ghaib dari pandangan mata kita. insan perlu mengakui dan mempercayai kewujudannya. Contohnya seperti beriman kepada hari akhirat, hitungan, syurga, neraka, Keesaan Allah dan setiap perkara yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar. Adapun tentang keghaiban yang dicintai oleh pencipta dan penciptaan, Yusufnya Zahra as, yang ghaib dari pandangan, dia yang dinantikan dengan penuh pengharapan, dia yang menjadi pemanis kehidupan adalah satu perbahasan yang lain.

Al Mahdi ibarat matahari di sebalik awan. Dia hadir dikalangan manusia. Dia datang dan pergi dikalangan masyarakat, namun tidak ada yang mengenalinya. Kecintaan kepadanya amat berbeza dengan cinta-cinta yang lain. Para penantinya tidak pernah melupakan dan lalai terhadap putera Az Zahra ini walau ghaibahnya memakan waktu yang amat panjang. Mereka sentiasa menanti waktu kezuhurannya hingga sampai waktu yang diizinkan oleh Allah SWT. Waktu kerinduan dan kepedihan hati berpanjangan para penantinya terubati. Akan kedengaran panggilan dari langit yang berteriak “Ini adalah Baqiyatullah”!!! bangkitlah dan bantulah maula kalian.

Telah berlalu 13 dari 14 maksumin. Manusia telah melihat mereka, perlakuan dan akhlak mereka, pembicaraan mereka dan cara hidup mereka, mempelajari ilmu dari mereka serta memahami kedudukan mereka. Namun sebaliknya mereka dimusuhi, satu persatu dari mereka gugur dan syiah mereka juga mengalami nasib yang sama dengan mereka. Hujjah yang ke 14, dilindungi oleh Allah sebagai jaminan untuk kemanusiaan dari segala bentuk kejahatan syaitani yang ingin menumpahkan darahnya.

Hujjah yang terakhir mula melalui zaman ghaibahnya ketika masih berumur 5 tahun. Selama 70 tahun beliau adalah zaman ghaibah syugranya. Dalam tempoh itu beliau masih berhubung dengan para syiahnya melalui wakil-wakilnya yang khusus. Setelah itu bermulalah era ghaibah kubra, keghaiban yang panjang dan berterusan hingga ke hari ini. Waktu kezuhurannya adalah dengan izin Allah SWT hanya Dia yang mengetahui bila hal ini akan berlaku. Bila tiba waktunya, Hujjah yang terakhir ini akan memenuhi dunia dengan keadilan setelah dipenuhi dengan kezaliman.

Imam Jaffar As Sadiq as berkata: Sesiapa yang menerima dan mengakui Imamah seluruh para Imam tetapi mengingkari Imamah Al Mahdi Afs seperti mengakui kenabian seluruh Nabi tetapi tidak mengakui Kenabian Rasulullah SAAW. dari kalangan yang hadir bertanya kepada Imam Jaffar As Sadiq as: Wahai putera Rasulullah, apakah Al Mahdi dari puteramu? Imam menjawab: Dia adalah Imam kelima dari puteraku, dia akan ghaib dan bersembunyi. Pada waktu itu diharamkan atas kalian untuk menyebut namanya .

Yahya bin Abul Qasim bertanya kepada Imam Jaffar As Sadiq tentang ayat:
الم، ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَیبَ فِیهِ هُدًى لِلْمُتَّقِینَ* الَّذِینَ یؤْمِنُونَ بِالْغَیبِ

Imam menjawab: Yang dimaksudkan dengan Al Muttaqin adalah Syiah Ali as dan Al Ghaib adalah Al Mahdi yang ghaib dari pandangan .
Jabber bin Abdullah Al Ansari berkata: Rasulullah SAAW bersabda: Hujjah yang terakhir akan ghaib dari pengikutnya. Namanya tidak boleh disebutkan hingga sampai waktu kezuhuran beliau. Ketika zaman zuhurnya hampir tiba, dunia dipenuhi dengan kezaliman, beliau akan memenuhi dunia ini dengan keadilan. Beruntunglah sesiapa yang sabar ketika keghaibannya dan beristiqamah. Mereka ini disebutkan di dalam Al Quran sebagai:

الَّذِینَ یؤْمِنُونَ بِالْغَیبِ
أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Ghaibah Imam ibarat matahari yang berada dibalik awan. Walau tidak kelihatan namun keberadaan Imam tetap memberi kesan ke atas alam. Sulaiman bertanya kepada Imam Jaffar As Sadiq as: Bagaimana manusia dapat mengambil manfaat dari seorang Imam yang ghaib? Imam menjawab: Keberadaannya seperti matahari disebalik awan, walau tidak kelihatan namun tetap memberikan manfaat .

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *