Ummu Farwah (bahasa Arab: أم فروة) adalah isterii Imam Baqir as dan ibu Imam Shadiq as. Ia putri Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar. Dari pihak ibu ia juga menyambung nasabnya kepada Abu Bakar. Ummu Farwah wanita baik yang disanjung oleh Imam Shadiq as. Ia juga diyakini sebagai perawi hadis.

Ummu Farwah

 

Ummu Farwah (bahasa Arab: أم فروة) adalah isterii Imam Baqir as dan ibu Imam Shadiq as. Ia putri Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar. Dari pihak ibu ia juga menyambung nasabnya kepada Abu Bakar. Ummu Farwah wanita baik yang disanjung oleh Imam Shadiq as. Ia juga diyakini sebagai perawi hadis.

 

Nasab dan Makam Pengkebumian

Ummu Farwah isteri kepada Imam Baqir as dan ibu kepada Imam Shadiq as. Beliau adalah puteri Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar.[1] Ayahnya, Qasim adalah sosok yang dapat dipercayai dan termasuk daripada sahabat Imam Sajjad as.[2] dan terkenal sebagai seorang fakih dari penduduk Hijaz.[3] Ummu Farwah dikebumikan di perkuburan Baqi’.[4]

Nama ibu Imam Shadiq as Fatimah atau Qaribah dan gelarannya adalah Ummu Farwah atau Ummu Qasim.[5] Ibu Ummu Farwah Asma binti Abdurrahman bin Abu Bakar.[6] Ummu Farwah dari pihak ibu dan ayah dari keturunan Abu Bakar. Ahlul sunnah menukilkan sebuah riwayat dengan kandungan:

«ولدنی ابابکر مرتین»; “Abu Bakar melahirkan aku dua kali”.

Dalam riwayat ini, Imam Shadiq as menyebut bahawa dirinya menjadi anak Abu Bakar dua kali. Menurut Syiah riwayat ini adalah rekaan dan berdasarkan barometer hadis Ahlul sunnah pun tidak boleh dijadikan pedoman.

 

Riwayat Penisbahan Imam Shadiq as Kepada Abu Bakar

Literatur Syiah: Dalam sumber-sumber hadis Syiah, riwayat, “aku dilahirkan Abu Bakar dua kali” hanya dimuatkan dalam kitab Kasyf al-Ghummah [7] dan Irbili menukilnya secara mursal. Sebab, Hafiz Abdul Aziz Janabadzi meriwayatkan secara langsung dari Imam Shadiq as padahal ia wafat pada tahun 611 H sementara Imam Shadiq as syahid tahun 148 H. Dari sisi lain, riwayat ini sama sekali tidak dimuatkan dalam literatur-literatur Syiah yang lain.

Literatur Ahlul sunnah: Dzahabi memuatkan riwayat ini tanpa sanad[8] dan dalam Tahdzib al-Kamāl meskipun dinukilkan dengan sanad[9] namun dalam sanadnya terdapat Hafsh bin Ghiyats, di mana riwayat-riwayatnya dalam kitab Ta’dil wa Tarjih dinyatakan tidak boleh diterima.[10] Ibnu Asakir menukil riwayat ini dari Ismail bin Muhammad bin Fadhl[11] sementara Dzahabi mengatakan, ketika ibnu Asakir melihat Ismail, Ismail sudah tua dan daya ingatan hafalannya tidak boleh bekerja dengan baik.[12] Demkian juga dalam sanad Ibnu Asakir terdapat Mu’adz bin Mutsanna yang keadilannya digugurkan oleh Ahmad bin Hanbal.[13]

 

Keutamaan-keutamaan

Imam Shadiq as mengenai ibunya berkata: “Ibuku mukmin, bertakwa dan baik dan Allah mencintai orang-orang baik.[14] Mas’udi menyebutkan bahawa dia wanita yang paling bertakwa pada masanya.[15] Mamaqami menjelaskan bahawa dia wanita bertakwa dan baik.[16] Keutamaan-keutamaan wanita ini sedemikian besar sehingga sebahagian orang menyebut Imam Shadiq as sebagai Ibnu al-Mukarramah (putera wanita mulia).[17]

 

Perawi Hadis

Al-Barqi meyakini Ummu Farwah tergolong dalam golongan perawi hadis Imam Shadiq as[18] dan Mas’udi mengatakan bahawa beliau menukil hadis dari Ali bin Husain as.[19] Mamaqami juga memberikan kesaksian bahawa beliau dapat dipercayai (tsiqah) pula.[20]

Imam Shadiq as dalam penukilan hadis dari ibunya berkata: “Ibuku menukil dari ayahku, Hai Ummu Farwah! Setiap hari dan malam aku memohon kepada Allah 1000 kali supaya dosa-dosa para pengikut (Syiah) kami diampuni, sebab dengan ilmu kami terhadap pahala, kami tetap bersabar dalam menghadapi ujian dan cobaan, sementara para pengikut kami tanpa mengetahui pahala tersebut dapat bersabar.[21]

Ummu Farwah juga memiliki hamba sahaya bernama Sa’idah yang terkenal dengan wanita yang memiliki keutamaan dan ahli ibadah.[22]

 

Catatan Kaki

1.Mufid, hlm.526

2.Al-Anwar al-Bahiyah, hlm.229

3.Bihar al-Anwar, al-Majlisi, jld.42, hlm.162

4.Kulaini, al-Kafi, hlm.472

5.Kafi, jld.1, hlm.472; Majlisi, Bihar, jld.47

6.Al-Kulaini, jld.1, hlm.393, Bab Kelahiran Abu Abdillah Jakfar bin Muhammad as

7.Kasyf al-Ghummah, jld.2, hlm.160

8.Siyar A’lām al-Nubala, jld.6, hlm.255

9.Al-Kamal, al-Mizzi, jld.5, hlm.71

10.jld. 1, hlm513

11.Tarikh Madinah Dimasyq, jld. 44, hlm.453-454

12.Siyar A’lam al-Nubala, jld.20, hlm.86

13.Al-Maqshad al-Arsyad fi Dzikri Ashhab al-Imam Ahmad, jld.3, hlm.35; Thabaqāt al-Hanābilah, Muhammad bin Abi Ya’la, jld.1, hlm.399

14.Al-Kafi, jld.1, hlm.472

15.Mas’udi, hlm.152

16.Mamaqami, jld.3, hlm.73

17.Rijal al-Kassyi, hlm.212; al-Anwār al-Bahiyah, hlm. 229

18.Al-Barqi, hlm.62

19.Mas’udi, hlm.152

20.Mamaqami, jld.3, hlm.73

21.Al-Kafi, jld.1, hlm.72; Masudi, hlm.153

22.Al-Anwār al-Bahiyah, hlm.230, catatan kaki

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *