Pengenalan Puluhan ribu nabi telah diutus sepanjang sejarah hidup manusia di pelbagai penjuru dunia. Mereka melakukan tugas dengan sebaik-baiknya dalam memberi petunjuk dan mendidik umat, serta meninggalkan berkah yang besar pada mereka. Para nabi telah mendidik masyarakat atas dasar akidah yang benar dan nilai-nilai yang tinggi yang memiliki pengaruh secara tidak langsung kepada umat lainnya. Bahkan sebahagian dari mereka telah berhasil membangun masyarakat mukmin yang berdiri atas landasan Tauhid dan keadilan. Para nabi itu sendiri berperanan sebagai pembimbing dan pemimpin mereka.

Pelajaran 28 – Beberapa Keraguan dan Jawapan (Mukjizat)

 

 

Berikut ini adalah beberapa keraguan berkaitan dengan mukjizat dan jawapan-jawapannya.

Keraguan Pertama

Setiap kejadian material  mempunyai sebab-sebab tertentu yang dapat diketahui secara saintifik. Tidak diketahui sebab kejadian itu hanya kerana terbatasnya sarana sainsifik tidaklah boleh dijadikan sebagai dalil atas ketiadaan sebab yang wajar pada kejadian tersebut. Oleh itu, suatu kejadian hanya boleh diterima keluarbiasaannya bila terjadi dari sebab-sebab yang tak diketahui. Maksimalnya, pengetahuan akan sebab-sebabnya boleh dianggap sebagai mukjizat selama sebab-sebab itu belum diketahui. Adapun mengingkari sebab-sebab yang boleh diketahui melalui eksperimen sains bererti menolak prinsip sebab dan akibat, dan ini sukar diterima.

 

Jawapan: prinsip sebab dan akibat hanya menetapkan bahawa setiap reality akibat memiliki sebab tertentu. Namun, statemen ini tidak bererti bahawa setiap sebab dapat diketahui melalui  eksperimen ilmiah. Bahkan tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini, kerana lahan eksperimen itu terbatas pada hal-hal fizikal, dan sama sekali tidak dapat memastikan ada tidaknya hal-hal metafizikal, atau ada tidaknya pengaruh mereka.

Adapun penafsiran mukjizat sebagai pengetahuan akan sebab-sebab misteri, tidaklah tepat. Sebab, jika pengetahuan ini dapat diperolehi melalui sebab-sebab yang wajar, maka tidak akan ada bezanya dengan kejadian biasa lainnya, dan tidak dapat dikatakan sebagai perkara yang luar biasa.

Dan jika pengetahuan itu diperolehi melalui cara yang tak wajar, maka ia adalah perkara yang luar biasa, yang bersandar pada izin khusus Allah swt. dan munculnya itu sebagai bukti atas kebenaran apa yang dikatakan oleh kenabian, juga tentunya boleh dikategorikan sebagai mukjizat ilmu (mu’jizat ilmiyah), sebagaimana pengetahuan Isa a.s. tentang apa yang akan dimakan oleh masyarakat dan apa yang akan mereka simpan dalam rumah-rumah mereka. Kenyataan ini dianggap sebagai mukjizat baginda. Akan tetapi, kita tidak dapat membatasi mukjizat hanya pada pengetahun seperti itu sahaja lalu menafikan selainnya.

Akhirnya, tersisa satu persoalan di sini, iaitu mengenai perbezaan antara peristiwa-peristiwa ini dengan peristiwa-peristiwa lain yang luar biasa sehubungan dengan hokum sebab dan akibat .

 

Keraguan Kedua

Sunnahtullah (hukum Allah) berlaku bahawa setiap fenomena itu terjadi melalui sebab-sebab tertentu. Al-Quran menjelaskan:

“Engkau tidak akan mendapatkan bagi sunnah Allah itu pergantian dan juga engkau tidak akan mendapatkan bagi sunah Allah itu perubahan.” (Qs. Al-Isra: 77).

Namun, kejadian luar biasa itu merupakan  perubahan dan pergantian pada sunnahtullah dinafikan oleh ayat-ayat tersebut.

 

Jawapan: keraguan ini sama dengan keraguan pertama dengan sedikit perbezaan, bahawa keraguan pertama berdasarkan hujah akal, sedangkan keraguan kedua bersandar pada ayat-ayat Al-Quran.

Jelas bahawa membatasi sebab-sebab pelbagai kejadian itu hanyalah pada sebab-sebab wajar sebagai bahagian daripada sunnatullah yang tidak mungkin berubah adalah pandangan yang tidak berdasar. Sama halnya dengan pengakuan seseorang yang membatasi sebab panas hanya pada api sebagai sebahagian daripada sunnatullah yang tidak mungkin berubah. Pandangan seperti ini perlu ditegaskan bahawa beragamnya sebab bagi pelbagai akibat, dan adanya sebab-sebab luar biasa yang menempati sebab-sebab yang wajar merupakan kejadian  yang selalu terjadi di alam ini, dan dianggap sebagai salah satu sunnahtullah. Sedangkan membatasi sebab-sebab hanya pada sebab-sebab biasa dan wajar merupakan perubahan atas sunnatullah itu sendiri, yang dinafikan oleh ayat-ayat tersebut.

Walhasil, menafsirkan ayat-ayat yang menafikan perubahan dan pergantian dalam sunnahtullah sebegitu rupa sehingga tidak ada sesuatu yang lain yang menempati posisi dan peranan sebab-sebab biasa dan bahawa hal itu dianggap sebagai sunnahtullah yang tidak berubah, adalah penafsiran yang keliru.  Kerana, banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan terjadinya mukjizat dan peristiwa-peristiwa luar biasa sebagai dalil yang kuat atas kesalahan penafsiran tersebut.

Dengan demikian, kita perlu mencari penafsiran yang benar dalam kitab-kitab tafsir. Pada kesempatan ini kami akan menyentuhnya secara ringkas. Bahawa ayat-ayat Al-Quran tersebut dimaksudkan untuk menafikan penceraian akibat dari sebabnya, tidak menafikan berbilang dan beragamnya sebab, tidak pula menafikan sebab yang tak wajar yang menempati sebab yang wajar. Bahkan dapat dikatakan bahawa kadar minimal yang boleh ditarik dari ayat-ayat tersebut ialah adanya pengaruh dari sebab-sebab yang tak wajar.

 

Keraguan Ketiga

Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menunjukkan desakan dan tuntutan yang berkali-kali dari sebahagian orang agar Rasul saww. mendatangkan mukjizat. Namun, beliau tidak mengabulkan tuntutan itu. Jika mukjizat adalah pembuktian atas kenabian, mengapa Rasul tidak menggunakan cara tersebut untuk membuktikan kenabiannya?

 

Jawapan: ayat-ayat tersebut berkaitan dengan tuntutan yang mereka nyatakan atas dasar ingkar atau motif selain mencari kebenaran, setelah hujah atas mereka itu sempurna, dan setelah adanya bukti kebenaran kenabian Nabi saww. dengan tiga cara; dalil yang benar, khabar dari para nabi sebelumnya dan menampakkan mukjizat. Maka, Hikmah Ilahiyah menuntut agar baginda tidak memenuhi tuntutan mereka tersebut.

 

Penjelasannya: Tujuan ditunjukkan mukjizat – sebagai kejadian unik dalam sistem ciptaan yang berkuasa di alam ini, yang terkadang terjadi demi memenuhi permintaan manusia (seperti peristiwa unta Nabi Saleh a.s.), atau terjadi tanpa permintaan mereka (seperti mukjizat Nabi Isa a.s.)– untuk memperkenalkan para nabi dan menyempurnakan hujah Allah swt. atas manusia, bukan untuk memaksa mereka agar menerima dakwah, tunduk dan taat secara terpaksa kepada para nabi, juga bukan untuk menghibur mereka dengan mempermainkan tata hokum sebab dan akibat. Tujuan seperti ini tidak harus mengabulkan setiap tuntutan manusia. Bahkan, memenuhi tuntutan mereka terkadang bertentangan dengan tujuan dan Hikmah Ilahiyah, seperti menuntut perbuatan yang malah menutup pintu kehendak, usaha dan kebebasan, atau menuntut manusia untuk  menerima dakwah para nabi, atau menuntut  kerana pengingkaran, atau kerana tujuan-tujuan selain mencari kebenaran.

Apabila tuntutan-tuntutan seperti itu dipenuhi, justru mukjizat akan menjadi bahan olokkan, dan masyarakat berbondong-bondong untuk menyaksikannya sekadar mengisi waktu mereka dalam hiburan dan hal-hal yang sia-sia , atau mereka akan berkumpul dan mengerumuni para nabi hanya untuk kepentingan peribadi belaka. Dari sisi lain pintu ujian, cubaan dan usaha bebas akan tertutup kerana manusia akan mengikuti para nabi secara terpaksa akibat tunduk kepada faktor-faktor keterpaksaan. Kedua sisi tersebut bertentangan dengan Hikmah Ilahiyah dan tujuan ditunjukkan mukjizat tersebut.

Adapun selain tuntutan-tuntutan tersebut dan ketika Hikmah Ilahiyah sendiri yang menuntutnya, para nabi pasti akan memenuhi permintaan manusia, seperti halnya pelbagai mukjizat yang pernah didatangkan oleh Rasul saww. Sebahagian mukjizat beliau dinukil secara mutawatir di dalam banyak riwayat. Mukjizat yang terbesar dan abadi adalah Al-Quran Al-Karim. Hal ini akan kami bahas pada pelajaran berikutnya.

 

Keraguan Keempat                      

Dari kaitannya dengan izin khusus Allah, mukjizat dapat dijadikan sebagai bukti atas adanya hubungan khusus antara Allah dengan pembawa mukjizat tersebut yang membuktikan bahawa izin khusus Allah itu telah diberikan kepadanya.

Ertinya, mukjizat tersebut terjadi melalui kekuasaan dan kehendaknya. Akan tetapi, secara logis hubungan ini tidak melazimkan adanya ikatan yang lain antara Allah swt. dan pembawa mukjizat, misalnya ia sebagai rasul-Nya yang telah menerima wahyu dari-Nya. Jadi, mukjizat tidak boleh dianggap sebagai dalil akal atas kebenaran klaim seseorang sebagai nabi. Maksimumnya, dalil itu hanyalah dalil dugaan (dzanni) dan persuasif (iqna’i).

 

Jawapan: perbuatan luar biasa, sekalipun yang Ilahi, tidak menunjukkan adanya hubungan wahyu dengan sendirinya. Juga, karomah para wali itu tidak mungkin dianggap sebagai dalil atas kenabian mereka. Akan tetapi,fokus kita di sini adalah  seseorang yang mengaku kenabian dan menampakkan mukjizat sebagai dalil atas kebenaran apa yang dikatakannya.

Atas dasar itu, jika kita berandaian bahawa orang yang mengaku nabi itu dusta, ia telah melakukan maksiat paling besar, dan perbuatannya itu akan nampak buruk, di dunia maupun di akhirat. Jelas, orang seperti ini sama sekali tidak patut untuk menjalani hubungan khusus itu dengan Allah swt. Selain itu, Hikmah Ilahiyah tidak mungkin membekali orang tersebut dengan kemampuan menampakkan mukjizat yang akan dijadikan sebagai alat untuk menyesatkan dan menyelewengkan umat mansuia.

Kesimpulannya, akal itu dapat mengetahui dengan jelas bahawa seseorang yang pantas menjalin hubungan khusus dengan Allah swt. dan layak untuk dibekali kemampuan menampakkan mukjizat, hanyalah orang yang tidak mungkin berbuat khianat kepada Tuhannya dan tidak akan menjadikan mukjzat itu sebagai alat untuk menyesatkan dan mensengsarakan manusia selama-lamanya.

Dengan demikian, menampakkan mukjizat merupakan dalil akal yang pasti untuk membuktikan kebenaran dan kejujuran seseorang atas pengakuannya sebagai nabi.[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *