Pengenalan Puluhan ribu nabi telah diutus sepanjang sejarah hidup manusia di pelbagai penjuru dunia. Mereka melakukan tugas dengan sebaik-baiknya dalam memberi petunjuk dan mendidik umat, serta meninggalkan berkah yang besar pada mereka. Para nabi telah mendidik masyarakat atas dasar akidah yang benar dan nilai-nilai yang tinggi yang memiliki pengaruh secara tidak langsung kepada umat lainnya. Bahkan sebahagian dari mereka telah berhasil membangun masyarakat mukmin yang berdiri atas landasan Tauhid dan keadilan. Para nabi itu sendiri berperanan sebagai pembimbing dan pemimpin mereka.

Pelajaran 27 – Mukjizat

 

Cara Membuktikan Kenabian

Permasalahan mendasar yang  ketiga dalam topik Kenabian adalah bagaimana umat manusia itu dapat mengakui kebenaran klaim para nabi yang hakiki dan mengingkari para pengaku nabi palsu? Tidak syak lagi, bahawa seseorang yang sesat dan pelaku maksiat, yang mempunyai akal sihat dapat mengetahui keburukannya, tidak mungkin mempercayainya dan membenarkannya. Hal itu dapat dibuktikan kedustaannya ketika ia mengaku sebagai seorang nabi jika  kita mensyaratkan kemaksuman pada para nabi, khususnya ketika orang tersebut mengajak kepada hal-hal yang bertentangan dengan akal sihat dan fitrah manusia, atau ketika didapati perlawanan dalam perkataannya. Ini daripada satu sisi. Daripada sisi lain, kehidupan dan tingkah laku yang bersih di masa lampau bagi seorang nabi akan membuatkan masyarakat dapat mempercayai apa yang dikatakannya, khususnya bila fikiran sihat mereka pun menyaksikan kebenaran dakwahnya.

Begitu pula kenabian seseorang itu dapat dibuktikan kebenarannya dengan khabar, warta dan cerita daripada nabi lainnya sehingga tidak ada lagi keraguan atau kebingungan sedikit pun bagi orang-orang yang mencari kebenaran bahawa dia adalah seorang nabi. Akan tetapi jika manusia tidak mengetahui adanya tanda-tanda dan bukti-bukti yang membuat mereka percaya dan khabar daripada nabi yang lain pun tidak sampai kepada mereka, dalam hal ini diperlukan jalan lain untuk membuktikan kenabian tersebut. Dan Allah Yang Maha Bijak telah menciptakan jalan ini dan melengkapkan para Nabi dengan pelbagai mukjizat sebagai  tanda kebenaran pengakuan mereka yang dinamakan ayat-ayat.

Kesimpulannya pengakuan para nabi yang hakiki itu dapat dibuktikan kebenarannya melalui tiga cara:

 

Pertama, dengan adanya bukti-bukti yang membuatkan masyarakat percaya, seperti kejujuran, amanah, istiqamah dan tidak pernah menyimpang daripada jalan yang hak dan keadilan sepanjang hidupnya. Akan tetapi cara ini tidak akan terwujud kecuali pada diri para nabi yang hidup di tengah-tengah masyarakat dalam waktu yang cukup panjang sehingga sejarah hidup mereka sudah dikenali dikalangan mereka. Ada pun seorang nabi yang diutus dengan risalah kenabian pada usia muda dan sebelum diketahui perangai dan keperibadiannya oleh masyarakat, tidak mungkin kebenaran apa yang dikatakannya itu dipastikan dengan cara ini.

Kedua, dengan cara diperkenalkan oleh nabi sebelumya atau nabi lain yang hidup semasa dengannya. Cara ini khusus bagi masyarakat yang telah  mengenal nabi yang lain dan telah mengetahui adanya khabar baik tersebut. Jelas bahawa cara ini tidak mungkin boleh diterapkan pada nabi yang pertama.

Ketiga, menampakkan mukjizat yang pengaruhnya lebih kuat dan lebih luas. Daripada sinilah kami akan mengkaji cara ini.

 

Definisi Mukjizat

Mukjizat adalah perkara yang keluar daripada kebiasaan manusia yang nampak pada diri seseorang yang mengaku sebagai nabi dengan kehendak Allah swt dan sebagai dalil akan kebenaaran pengakuannya. Perlu diperhatikan bahawa definisi tersebut mencakup tiga unsur:

 

  1. Adanya fenomena yang keluar daripada kebiasaan manusia yang tidak boleh didapati dengan sebab-sebab yang wajar.
  2. Perkara yang keluar daripada adat kebiasaan itu timbulnya daripada para nabi dengan kehendak Ilahiyah dan izin daripada-Nya secara khusus.
  3. Terjadinya perkara yang keluar daripada kebiasaan seperti ini dapat dijadikan dalil atas kebenaran apa yang dikatakan seorang nabi. Perkara inilah yang dinamakan mukjizat.

Berikut ini kami akan jelaskan ketiga-tiga unsur daripada definisi tersebut.

 

Kejadian-kejadian yang Luar Biasa

Fenomena semesta itu biasanya terjadi akibat daripada sebab-sebab yang dapat diketahui melalui pelbagai eksperimen, seperti fenomena fizik, kimia, biologi dan psikologi. Akan tetapi ada kejadian lainnya yang boleh terjadi dengan cara yang lain yang sebab-sebabnya tidak dapat diketahui melalui eksperimen panca indera. Begitu pula diketahui adanya bukti-bukti yang menunjukkan terjadinya kejadian seperti itu berawal daripada sejumlah faktor yang khas, seperti perbuatan-perbuatan yang aneh yang dilakukan oleh para petapa (murtadhin). Para ahli daripada pelbagai ilmu telah memberikan kesaksian bahawa perbuatan sepertiitu tidak mungkin terjadi sesuai dengan ilmu-ilmu sains. Kejadian seperti ini dinamakan sebagai kejadian luar biasa.

 

Kejadian Ilahi yang Luar Biasa

Secara umum kejadian luar biasa itu dapat dibahagi kepada dua:

pertama, kejadian yang sebab-sebabnya tidak wajar, akan tetapi masih dapat diusahakan oleh manusia, misalnya melalui latihan seperti perbuatan para petapa.

Kedua, perbuatan-perbuatan luar biasa yang tidak akan wujud kecuali dengan izin Allah secara khusus, dan hanya dilakukan oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Allah swt. Perbuatan ini memiliki dua keistimewaan: a. tidak dapat dapat dipelajari, b. tidak tunduk pada kekuatan lain yang lebih tinggi, bahkan tidak ada faktor apa pun yang dapat mengalahkannya.

Perbuatan luar biasa ini adalah untuk hamba-hamba pilihan Allah swt, dan tidak dapat dijangkau oleh orang-orang yang sesat dan durhaka. Akan tetapi, ia tidak khusus bagi para nabi sahaja, kerana sebahagian para wali juga diberi kemampuan seperti itu. Oleh itu – dalam ilmu Kalam– semua itu tidak dinamakan mukjizat. Jika perbuatan seperti itu dilakukan oleh selain nabi dinamakan karomah. Begitu pula ilmu-ilmu Ilahi yang luar biasa itu tidak terbatas pada wahyu. Ketika ilmu itu diberikan kepada selain nabi, ia disebut sebagai ilham atau tahdist.

Daripada huraian di atas dapat kita ketahui cara untuk mengenal dan membezakan antara dua perbuatan luar biasa manusia; yang Ilahi dan yang non-Ilahi. Apabila perbuatan luar biasa itu dapat dipelajari atau ada faktor-faktor yang dapat menahan kejadiannya  atau menggagalkan  pengaruhnya, itu bukanlah perbuatan luar biasa yang Ilahi, tetapi perbuatan daripada syaitan dan hawa nafsu, bahkan dapat dinilai sebagai kesesatan, kerosakan akidah dan akhlak pelakunya lantaran ia tidak berhubungan dengan Allah swt.

Yang perlu dicatat di sini ialah Allah swt boleh ditempatkan sebagai pelaku perbuatan luar biasa yang Ilahi tersebut, di samping Dia sebagai pelaku kejadian semua makhluk dan fenomena yang wajar, daripada sisi bahawa kejadian perbuatan tersebut dengan izin khusus Allah swt. Perbuatan itu boleh juga dinisbahkannya kepada makhluk-Nya seperti malaikat dan para nabi, daripada sisi peranan mereka sebagai pengantara dan pelaku paling hampir. Sebagaimana Al-Quran menisbahkan ehwal menghidupkan si mati, menyembuhkan orang sakit dan menciptakan burung kepada Isa a.s. Dua penisbahan ini tidakberlawanan, kerana perbuatan hamba itu merupakan kepanjangan daripada perbuatan Allah swt.

 

Keistimewaan Mukjizat Para Nabi

Unsur ketiga dalam definisi mukjizat ialah fungsinya sebagai bukti atas kebenaran apa yang dikatakan mereka sebagai nabi. Kerana suatu perbuatan luar biasa adalah mukjizat –menurut ilmu Kalam- jika dinampakkan sebagai dalil atas kenabian seorang nabi, di samping kaitan perbuatan itu kepada izin khusus Allah swt. Apabila erti perbuatan tersebut diperluaskan lagi, maka akan mencakupi seluruh perbuatan luar biasa yang merupakan bukti atas kebenaran klaim imamah. Maka itu, istilah karomah khusus untuk seluruh perbuatan luar biasa yang dilakukan para wali. Lawannya adalah perbuatan luar biasa yang berasal daripada kekuatan ruh dan syaitan seperti sihir, perdukunan dan perbuatan para petapa. Selain dapat dipelajari, perbuatan seperti ini pun dapat dikalahkan oleh kekuatan yang lebih hebat. Pembuktian bahawa hal itu tidak bersumber daripada Allah biasanya dengan melihat keruoakan akhlak dan akidah pelakunya.

Hal lain yang perlu diperhatikan ialah mukjizat para nabi berfungsi untuk membuktikan secara langsung atas kebenaran klaim mereka sebagai nabi. Adapun kebenaran isi risalah, kemestian mentaati ajaran mereka, hanya dapat dibuktikan secara cara tidak langsung. Ertinya, kenabian para nabi itu dapat dibuktikan oleh akal, ada pun isi risalah mereka hanya boleh dibuktikan oleh wahyu (naqli).[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *