Pengenalan Puluhan ribu nabi telah diutus sepanjang sejarah hidup manusia di pelbagai penjuru dunia. Mereka melakukan tugas dengan sebaik-baiknya dalam memberi petunjuk dan mendidik umat, serta meninggalkan berkah yang besar pada mereka. Para nabi telah mendidik masyarakat atas dasar akidah yang benar dan nilai-nilai yang tinggi yang memiliki pengaruh secara tidak langsung kepada umat lainnya. Bahkan sebahagian dari mereka telah berhasil membangun masyarakat mukmin yang berdiri atas landasan Tauhid dan keadilan. Para nabi itu sendiri berperanan sebagai pembimbing dan pemimpin mereka.

Pelajaran 26 – Beberapa Keraguan dan Jawapan (bhgn.2)

 

Keraguan Keenam

Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir’aun, beliau berkata:

“Sesungguhnya aku mempunyai dosa kepada mereka, maka aku takut mereka akan membunuhku”.  (Qs. Asy-Syu’ara: 14)

Dan ketika Fir’aun mengingatkannya Ehwal pembunuhan tersebut, Nabi Musa as berkata:

“Ya aku telah melakukannya, kalau begitu aku termasuk orang-orang yang sesat.” (Qs. Asy-Syu’ara: 20)

Kisah seperti ini bagaimana boleh sesuai dengan kemaksuman para nabi sebelum mereka diutus?

 

Jawapan: pertama, pembunuhan yang terjadi ke atas seorang Qibti bukan  merupakan kesengajaan, tetapi akibat daripada pukulan Musa as yang secara kebetulan membuatnya mati.

Kedua, bahawa ayat yang berbunyi: “Sesungguhnya aku mempunyai dosa kepada bangsa Fir’aun” yang diucapkan oleh Nabi Musa adalah menurut pandangan Fir’aun. Maksud daripada ucapan itu adalah bahawa Fir’aun itu menganggapku sebagai pembunuh dan pelaku dosa, kerananya aku kuwatir mereka akan membunuhku sebagai pembalasan dendam.

Ketiga:  Ada pun ungkapan “Dan aku termasuk orang-orang yang sesat” dalam ayat tersebut mengandungi dua penafsiran iaitu: “Jika saat itu aku dikatakan sebagai orang-orang yang sesat, maka Allah telah memberi hidayah kepadaku dan Allah telah mengutusku dengan bukti-bukti yang meyakinkan. Penafsiran kedua adalah sesat di sini ialah tidak mengetahui akibat suatu pekerjaan. Alhasil, ucapan Nabi Musa as itu tidak menunjukkan bahawa baginda menyalahi taklif (tugas) Ilahi yang dibebankan kepadanya.

 

Keraguan Ketujuh            

Kepada Nabi saww, Allah swt berfirman:

“Apabila engkau masih ragu terhadap apa yang telah Aku turunkan kepadamu maka tanyakanlah kepada mereka yang membaca al-kitab sebelummu, telah datang kepadamu al-haq daripada Tuhanmu, maka janganlah engkau termasuk orang-orang yang ragu”. (Qs. Yunus: 94)

Kemudian pada surah Al-Baqarah ayat 147, Ali-Imran ayat 60, Al-An’am ayat 114, Hud ayat 17, dan  As-Sajadah ayat 23, Allah melarang Rasul terhadap keraguan dan kebimbangan. Lalu, bagaimana boleh dikatakan bahawa beliau tidak merasa ragu dan bimbang dalam menerima wahyu Ilahi itu?

 

Jawapan: Sesungguhnya ayat-ayat ini tidak menunjukkan terjadinya keraguan dan kebimbangan pada diri Nabi saww sedikit pun.Ucapan itu hanya ditujukan untuk mengukuhkan permasalahan wahyu, bahawa tidak ada peluang sedikit pun untuk keraguan dan kebimbangan dalam risalah beliau, dan bahawa Al-Quran dan seluruh isinya itu adalah kebenaran. Pada hakikatnya, bentuk pengungkapan ayat itu senada  “Iyyaki a’ni wasma’i ya jaroh” (perhatikanlah aku dan dengar-kanlah wahai jiran!).

 

Keraguan Kelapan

Di dalam Al-Quran terdapat penisbahan sebahagian dosa kepada Nabi saww, kemudian Allah swt mengampuni dosa baginda. Allah swt berfirman:

“Agar Allah mengampunimu atas dosa-dosa yang telah lalu dan yang akan datang.” (Qs.Al-Fath: 2).

Bagaimana hal ini boleh sesuai dengan kemaksuman beliau?

 

Jawapan: yang dimaksud dengan al-dzanbu (dosa) dalam ayat ini adalah dosa (kesalahan) yang dilontarkan oleh orang-orang  musyrik kepada Nabi saww sebelum hijrah dan setelahnya, iaitu penghinaan beliau kepada patung-patung dan tuhan-tuhan mereka. Ada pun maksud daripada maghfirah (ampunan) ialah menghilangkan risiko perbuatan Nabi tersebut.

Bukti penafsiran seperti ini adalah fathu Makkah (tertakluknya kota Mekah) merupakan sebab turunnya maghfirah Allah kepada beliau, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kemenangan dengan nyata agar Allah memberikan maghfirah kepadamu atas segala kesalahanmu baik  yang telah lalu mahu pun yang akan datang”.

Apabila maksud dosa itu adalah dosa yang diistilahkan dalam syari’at, maka tidak ada alasan untuk menjadikan maghfirah sebagai sebab takluknya kota Mekah.

 

Keraguan Kesembilan                 

Al-Quran menceritakan pernikahan Rasul saww dengan isteri Zaid bin Haritsah (anak angkat beliau) yang telah ditalak:

“Sesungguhnya engkau lebih takut kepada manusia, padahal Allah lebih berhak untuk engkau takuti”.

Bagaimana hal ini boleh sesuai dengan kemaksuman beliau?

 

Jawapan: Pernikahan tersebut merupakan perintah Allah swt untuk mengikis salah satu tradisi jahiliyah yang menyimpang, di mana anak angkat dianggap sebagai anak kandung sendiri. Ketika perintah itu diturunkan, Rasul saww merasa kuwatir bahawa mereka akan membuat andaian –kerana lemahnya iman mereka– bahawa Rasulullah mengawini bekas isteri anak angkatnya sendiri kerana nafsu peribadi beliau, beliau pun kuwatir hal itu akan mengakibatkan mereka keluar daripada Islam. Kemudian Allah swt berfirman kepada beliau bahawa dalam memberantas adat jahiliyah yang menyimpang tersebut terdapat maslahat yang besar. Kerananya, lebih layak untuk melakukan perintah Allah itu daripadapada mengabaikannya. Dengan demikian, ayat tersebut bukanlah kecaman Allah swt terhadap Rasul-Nya.

 

Keraguan Kesepuluh

Sesungguhnya Al-Quran mengecam Rasul saww pada beberapa peristiwa, di antaranya ketika beliau memberikan izin kepada beberapa orang untuk tidak ikut serta ke medan perang bersama beliau. Allah swt. berfirman:

“Allah memberikan maaf kepadamu lantaran engkau telah memberikan izin kepada mereka untuk tidak ikut berperang”.

Selain itu, ketika Rasul saww mengharamkan perkara yang dihalalkan syariat Islam demi menyenangkan hati sebahagian isteri baginda.

 

Allah swt berfirman:

“Wahai Nabi, Mengapa engkau mengharamkan apa yang Allah halalkan buatmu kerana mengharapkan kesenangan isteri-isterimu”.

Bagaimana hal ini boleh sejalan dengan kemaksuman beliau?

 

Jawapan: Bentuk pengungkapan ayat-ayat itu pada hakikatnya adalah pujian dengan cara menegur, di mana perbuatan tersebut menunjukkan betapa Nabi saww memiliki belas kasih yang tinggi, sekalipun kepada orang munafik dan orang yang berniat buruk, kerana beliau tidak membuat mereka berasa putus asa dan tidak pula mengungkap rahsia mereka. Demikian pula ketika beliau lebih mendahulukan kesenangan sebahagian isteri-isterinya daripada keinginan peribadinya, sehingga beliau mengharamkan perkara yang mubah dengan bersumpah. Hal ini – wal ‘iyadzu billah – tidak bererti bahawa beliau mengubah hukum Allah dengan mengharamkan apa yang dihalalkan bagi umat manusia.Pada hakikatnya, ayat-ayat seperti ini menunjukkan adanya kesungguhan dan perhatian beliau  yang tinggi untuk memberikan petunjuk kepada orang-orang kafir. Seperti pada ayat yang berbunyi:

“Boleh jadi kamu akan membinasakan dirimu sendiri akibat mereka  tidak mau beriman.”  (Qs. Asy Su’ara:3).

Atau seperti ayat-ayat yang menunjukkan kesungguhan beliau yang besar dalam beribadah kepada Allah awt. Allah swt. berfirman:

“Taha, sesungguhnya Kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar engkau celaka” (Qs. Taha:3).

Ala kulli hal, ayat-ayat seperti ini tidak menafikan kemaksuman Rasul saww.[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *