Fatimah Maksumah sa (bahasa Arab:(فاطمة المعصومة (س) yang juga dikenali sebagai Karimah Ahlul bayt ini adalah puteri Imam Kazhim as. Fatimah Maksumah merupakan seorang wanita yang sangat luar biasa dan berbudi luhur daripada keturunan salasilah keluarga Ahlul bayt as. Beliau adalah keturunan imam ("imām zadeh") yang dikebumikan di kota Qom.

Fatimah Maksumah sa

 

Fatimah Maksumah sa (bahasa Arab:(فاطمة المعصومة (س) yang juga dikenali sebagai Karimah Ahlul bayt ini adalah puteri Imam Kazhim as. Fatimah Maksumah merupakan seorang wanita yang sangat luar biasa dan berbudi luhur daripada keturunan salasilah keluarga Ahlul bayt as. Beliau adalah keturunan imam (“imām zadeh”) yang dikebumikan di kota Qom.

Pusaranya menjadi tempat ziarah bagi pengikut Syiah dan memiliki kedudukan yang sangat mulia sehingga pahala bagi orang yang menziarahinya adalah syurga. Beliau lahir di Madinah pada tahun 201 H dan demi menziarahi saudaranya, Imam Ridha as, beliau pergi ke Thus, Iran. Namun di pertengahan perjalanan, beliau jatuh sakit dan akhirnya beliau meminta untuk dibawa ke kota Qom, tidak lama menetap kemudian beliau meninggal, lalu dikuburkan di sana di kota Qom. Banyak ulama memuji keunggulan peribadinya dan juga menukilkan hadis daripadanya.

 

Hari Kelahiran dan Nasab

Menurut beberapa rujukan lama, tidak disebutkan bilakah hari kelahirannya, namun menurut referensi-referensi yang ada kemudiannya, hari lahir Sayidah Maksumah terjadi pada 1 Dzulkaidah 173 H/789 di Madinah. [1] Syaikh Mufid menuliskan ada 2 puteri Imam Kazhim as: Fatimah Sughra dan Fatimah Kubra. [2] Ibnu Jauzi ketika menyebutkan nama puteri-puteri Imam Kazhim, di samping menyebutkan dua nama puteri itu, juga menyebutkan nama-nama: Fatimah Wustha dan Fatimah Ukhra. [3] Najmah Khatun, yang merupakan ibunda Imam Ridha as, juga merupakan ibunda Sayidah Fatimah Maksumah sa.[4]

 

Nama-nama dan Gelaran

Julukan-julukan Sayidah Fatimah Maksumah adalah: Maksumah, Thahirah, Hamidah, Birrah, Rasyidah, Taqiyyah, Naqiyyah, Radhiyah, Mardhiyah, Sayidah dan Ukht al-Ridha. [5] Dalam buku panduan ziarahnya juga disebutkan dua julukan lainnya: Shiddiqah dan Sayyidatu Nisa al-‘Alamin. [6]

 

Maksumah

Maksumah adalah gelaran yang paling masyhur bagi wanita mulia ini. Nama ini dinukilkan daripada Imam Ali bin Musa al-Ridha as yang bersabda: “Barang siapa menziarahi Fatimah Maksumah di Qom, maka dia seperti menziarahiku.” [7] Demikian juga masih dinukilkan daripada Imam Ridha as bahawaa Sayidah Fatimah Maksumah adalah saudara perempuan Imam Ridha as. [8]

 

Karimah Ahlul bayt

Sayidah Maksumah lebih dikenali sebagai Karimah Ahlul bayt. Disebutkan bahawa Sayid Mahmud Mar’asyi Najafi, ayah Ayatullah Mar’asyi Najafi sangat bersemangat untuk dapat menemukan pusara Sayidah Fatimah Zahra. Demi maksud ini, dia melakukan amalan tertentu selama 40 hari berturut-turut sehingga dengan demikian dia berharap Allah swt akan memberitahukan tempat dikuburkannya Sayidah Fatimah Zahra sa. Setelah melewati malam ke-40, dia pun beristirahat. Pada saat tidur dia bermimpi bertemu dengan Imam Baqir as atau Imam Shadiq as. Kemudian Imam berkata kepadanya: “Alaika bi Karimati Ahlil Bayt” (Hendaknya engkau berpegang teguh kepada Karimah Ahlul bayt).” Kerana mengira bahawa yang dimaksudkan dengan Karimah Ahlul bayt adalah Sayidah Fatimah Zahra as, maka berkata: Aku melakukan amalan ini demi untuk mengetahui tempat dikuburkannya Sayidah Fatimah Zahra sehingga aku akan bisa menziarahinya. Imam bersabda: “Yang Aku maksudkan adalah pusara Sayidah Maksumah di Qom.” Setelah bangun dari tidurnya, dia bertekad untuk berhijrah ke Iran. [9] Penulis kitab Karimah Ahlul bayt berkata bahawa Ayatullah Mar’asyi berkali-kali menceritakan kisah ini kepadanya. [10]

 

Karakteristik Keperibadian

Menurut literatur dan teks-teks agama, dinukilkan bahawa di antara puteri-puteri Imam Musa bin Ja’far, setelah Imam Ridha as, tidak ada puteri-puterinya yang lain seperti Maksumah. [11]

Syaikh Abbas al-Qommi berkata: Di antara puteri-puteri Imam Musa bin Ja’far, di antara mereka, yang paling utama adalah Sayidah Jalilah Mu’azhamah iaitu Fatimah yang terkenali dengan sebutan Maksumah. [12] Imam Khomeini dalam sebuah kasidah yang terdiri daripada 44 bait membandingkan Sayidah Fatimah Maksumah dengan Sayidah Fatimah Zahra sa.

 

Kedudukan Ilmu

Mengenai kedudukan ilmu Sayidah Maksumah dinukilkan bahawa pada suatu hari beberapa pengikut Syiah memasuki kota Madinah dan mengajukan beberapa pertanyaan dari Imam Kazhim ketika beliau berada dalam perjalanan. Dengan demikian, Sayidah Fatimah Maksumah menuliskan jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan mereka dan menyerahkan jawapan itu kepada mereka. Mereka pun pulang meninggalkan Madinah dan bertemu dengan Imam di luar kota. Ketika Imam menyaksikan pertanyaan mereka dan jawapan Sayidah Maksumah, beliau bersabda, “Semoga ayahnya menjadi tebusan baginya.”[13]

Sayidah Maksumah juga merupakan seorang perawi. Dinukilkan bahawa dia adalah orang-orang tercatat sebagai pecinta keluarga Muhammad[14]Imam Ali as dan para Syiahnya. [15]

 

Tidak Bernikah

Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Ya’qubi, Imam Musa bin Jaa’far berwasiat bahawa puterinya tidak usah menikah[16] Namun sebahagian meragukan hadis ini dan menolaknya, [17]

Dalam wasiat Imam Kazhim as sangat ditekankan bahawa semua anak-anaknya harus mengikuti Imam Ridha dan disebutkan supaya tidak satu pun puteriku yang dinikahkan dengan saudara-saudara seibu, penguasa dan pak cik-pak ciknya kecuali dengan bermusyawarah dengan Imam Ridha as, apabila melakukan hal ini tanpa izin Imam Ridha, maka dia telah melawan Allah dan RasulNya dan telah menentang kekuasaan Allah kerana Beliau lebih mengetahui maslahat kaumnya dalam hal pernikahan, oleh itu Allah akan menikahkan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan tidak akan menikahkan bagi siapa sahaja yang dikehendaki-Nya pula. [18]

Namun pendapat yang lebih diterima tentang tidak bernikahnya Sayidah Maksumah adalah kerana pada masa pemerintahan Harun ar-Rasyid dan Makmun, pengikut Syiah Ali as, khususnya Imam Kazhim sangat dibatasi ruang pergerakan dan hubungan kemasyarakatannya. Tidak seorang pun yang berani mendekati keluarga Ahlul bayt, apa lagi sampai membina hubungan kerabat.

 

Hijrah ke Iran dan Masuk ke Qom

Penulis kitab Tārikh Qom berkata: “Pada tahun 200, Makmun, khalifah Abbasiyah memanggil Imam Ali bin Musa Ridha dari Madinah ke Marw demi untuk menjabat kekhalifahan dan saudarinya pergi ke Marw pada tahun 201 dengan maksud untuk menemui saudaranya. [19] Dikatakan bahawa Sayidah Fatimah Maksumah segera setelah menerima surat daripada saudaranya, Imam Ridha, beliau menyiapkan diri untuk pergi ke Marw.[20] Sayidah Fatimah Maksumah bersama dengan keluarga dan kerabatnya pergi ke Iran. Ketika sampai di kota Saveh terlibat peperangan sengit dengan musuh Ahlul bayt, dan semua saudara-saudara dan sepupu-sepupunya gugur sebagai syahid. Setelah menyaksikan jenazah-jenazah saudaranya yang berlumuran darah akhirnya dia jatuh sakit. [21] Setelah peristiwa ini, dia memerintahkan pembantunya untuk membawanya ke Qom.

Pendapat lain mengatakan bahawa ketika khabar tentang sakitnya Sayidah Fatimah Maksumah sampai ke keluarga Sa’ad, mereka bermaksud menemui Sayidah Fatimah dan memohon untuk pergi ke Qom. Di antara mereka ada Musa bin Khazraj yang merupakan sahabat Imam Ridha as untuk menemui Sayidah Fatimah. Dia mengarahkan untanya ke Qom dan memberikan rumahnya kepada Sayidah Fatimah Maksumah. [22] Dalam sebahagian literatur terkini, hari masuknya Sayidah Maksumah ke Qom pada 23 Rabiul Awwal. [23]

Sayidah Fatimah Maksumah tinggal selama 17 hari di rumah ini dan menyibukkan diri dengan beribadah. Pada masa sekarang, tempat ibadahnya di rumah Musa bin Khazaraj di kota Qom terkenal dengan nama Satiyah atau Baiti Nur. [24]

 

Wafat

Dalam literatur lama, tidak disebutkan bila beliau meninggal, namun menurut literatur terkini, tahun wafat beliau terjadi pada 10 Rabiul Tsani tahun 201 H/816 pada usia 28 tahun. [25]

Sebahagian menyebut pada 12 Rabiul Tsani. [26] Para pecinta Syiah, menguburkan jasad beliau di Babalan (haram pada masa sekarang) yang merupakan milik Musa bin Khazraj. Dinukilkan bahawa ketika kuburan beliau telah disiapkan, mereka bermusyawarah tentang siapakah yang akan masuk ke kuburan Sayidah Fatimah Maksumah untuk meletakkan jenazahnya. Akhirnya mereka menyetujui seorang laki-laki tua bertakwa dengan nama Qadir. Dengan demikian, diutuslah seseorang untuk menjemput Qadir, namun tiba-tiba ada dua orang penunggang kuda dengan muka tertutup dari sisi gurun dan menyiapkan segala keperluan pemakaman. Kedua penunggang kuda itu, setelah selesai acara penguburan, tanpa berbicara dengan seorang pun, menunganggi kudanya dan meninggalkan tempat itu. [27]

Kemudian Musa bin Khazraj Saibani meletakkan tikar di atas kuburan hingga pada tahun 256 H. Zainab, puteri Imam Jawad demi menziarahi mak ciknya, mendatangi kota Qom. Dia pun membangunkan kubah di atas pusara mak ciknya. [28]

 

Keutamaan Ziarah

Terkait dengan fadhilah ziarah Sayidah Maksumah, terdapat hadis-hadis yang berasal daripada para Imam. Imam Shadiq as bersabda: “Allah Swt memiliki Haram untuk dirinya, iaitu Mekkah Mukarramah. Begitu pula Nabi Muhammad Saww memiliki Haram, iaitu Madinah. Imam Ali as pun memiliki Haram, iaitu Kufah dan kami, Ahlul bayt memiliki Haram iaitu Qom.” [29]

Riwayat lain berasal daripada Imam Shadiq as: “Akan ada seorang wanita daripada puteri-puteriku yang bernama Fatimah puteri Musa as yang meninggal di Qom dan dengan syafaatnya semua Syiah kami akan masuk ke syurga.” [30]

Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa pahala menziarahinya adalah seperti surga. [31]

Dalam hadis yang berasal dari Imam Ridha as barang siapa yang menziarahinya, maka dia telah menziarahiku. [32] Di hadis yang lain, disebutkan bahawa pahala menziarahinya adalah syurga.[33]

Imam Jawad as bersabda: “Barang siapa yang menziarahi mak cikku, Sayidah Maksumah, dengan kecintaan dan penuh makrifat di Qom, maka dia akan masuk surga.” [34];[35]

 

Catatan Kaki

1.Mustadrak Safinah al-Bihar, jld. 8, hlm. 261.

2.Al-Irsyād, jld. 2, hlm. 244.

3.Tadzkirah al-Khawwāsh, hlm. 315.

4.Dalāil al-Imāmah, hlm. 309.

5.Anwār al-Musya’sya’in, jld. 1, hlm. 211.

6.Zubdah al-Tashanif, jld. 6, hlm. 159.

7.Riyāhin al-Syari’ah, jld. 5, hlm. 35.

8.Dār al-Salām, jld. 2, hlm. 170.

9.Mahdi Pur, Karimah Ahlubait sa, hlm. 43.

10.Mahdi Pur, hlm. 45.

11.Tawārikh al-Nabi wa al-Al, hlm. 65.

12.Muntahā al-Amāl, jld. 2, hlm. 378.

13.Karimah Ahlubait, hlm. 63/64 sesuai dengan nukilan dari Kasyf al-Laali.

  1. Al-‘Awālim, jld. 21, hlm 354.

15.Bihār al-Anwār, jld. 65, hlm. 76.

16.Tārikh Ya’qubi, jld. 3, hlm. 151.

17.Hayāt Imām Musa bin Ja’far, jld. 2, hlm. 497.

18.AL-Kāfi, jld. 1, hlm. 317.

19.Al-Ghadir, jld. 1, hlm. 170.

20.Man La Yahdhuruhu al-Faqih, jld. 4, hlm. 461.

21.Qiyām Sādāt ‘Alawi, hlm. 160.

22.Bihār al-Anwār, jld. 48, hlm. 290.

23.Hadhrat Ma’shumah, Fatimah Duwwum, hlm. 111.

24.Muntaha al-Amāl, jld. 2, hlm. 379.

25.Anjam Furuzan, hlm. 58 – Ganjineh Atsar Qom, jld. 1, hlm. 386.

26.Mustadrak Safinah al-Bihār, hlm. 257.

27.Tārikh Qom, hlm. 166; Bihār al-Anwār, jld. 48, hlm. 290.

28.Muntaha al-Amāl, jld. 2, hlm. 379.

29.Bihar al-Anwar, jld. 48, hlm. 317.

30.Mustardak Safinah al-Bihar, hlm. 596; al-Naqsh, hlm. 196.

31.Bihar al-Anwar, jld. 57, hlm. 219.

32.Riyāhin al-Syari’ah, jld. 5, hlm. 35.

  1. ‘Uyun Akhbār al-Ridha As, jld. 2, hlm. 271; Majalis al-Mu’minin, jld. 1, hlm. 83.

34.Kāmil al-Ziyārah, hlm. 536, hadis 827.

35.Bihār al-Anwār, jld. 102, hlm. 266.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *