Fatimah binti Asad (Bahasa Arab: فاطمه بنت أسد ) adalah ibu Imam Ali as, isteri kepada Abu Thalib dan termasuk dalam daftar sahabat wanita Nabi Muhammad Saww.[1] Dia tercatat sebagai orang kesebelas (dikalangan wanita adalah wanita kedua) yang masuk Islam dan wanita pertama yang berbaiat kepada Rasulullah Saww. Sejumlah hadis daripada Rasulullah Saww yang berbicara mengenainya menunjukkan posisi dan darjatnya yang memiliki keutamaan yang tinggi. Dia dimakamkan di Pemakaman Baqi di kota Madinah.

Fatimah binti Asad

 

Fatimah binti Asad (Bahasa Arab: فاطمه بنت أسد ) adalah ibu Imam Ali as, isteri kepada Abu Thalib dan termasuk dalam daftar sahabat wanita Nabi Muhammad Saww.[1] Dia tercatat sebagai orang kesebelas (dikalangan wanita adalah wanita kedua) yang masuk Islam dan wanita pertama yang berbaiat kepada Rasulullah Saww. Sejumlah hadis daripada Rasulullah Saww yang berbicara mengenainya menunjukkan posisi dan darjatnya yang memiliki keutamaan yang tinggi. Dia dimakamkan di Pemakaman Baqi di kota Madinah.

 

Fatimah binti Asad berasal daripada Bani Hasyim. Oleh ahli sejarah, salsilahnya tercatat sebagai berikut: Fatimah binti Asad bin Hasyim bin Abdu Manaf[2]. Dia membesar di Mekah dan bernikah dengan Abu Thalib. Di masa Islam dia turut ikut hijrah ke Madinah, dan juga wafat di kota tersebut. Dia dikenali sebagai wanita pertama yang berasal daripada Bani Hasyim yang juga suaminya berasal daripada bani yang sama juga, wanita pertama daripada Bani Hasyim yang puteranya menjadi khalifah kaum Muslimin.[3]

 

Keturunan

Fatimah binti Asad memiliki sejumlah anak yang nama-namanya sebagai berikut: Thalib, ‘Aqil, Ja’far, Ali As, Hindun atau Ummu Hani, Jamani, Raithah atau Ummu Thalib dan Asma.[4]

 

Keutamaan

Sebahagian sumber dengan merujuk pada riwayat yang lemah menyebutkan Fatimah binti Asad sampai akhir hidupnya tidak pernah menyatakan keislamannya.[5] Namun sumber-sumber yang lebih kuat menyebutkan bahawa dia masuk Islam sejak di kota Mekah dan ikut melakukan hijrah ke Madinah.[6] Tidak sedikit riwayat yang malah menunjukkan sejumlah keutamaannya, di antaranya sebagai berikut:

 

Pengasuh Nabi Muhammad Saww

Sebagaimana telah dikenali dalam biografi Nabi Muhammad Saww bahawa sejak kecil baginda telah kehilangan ayah, ibu dan datuknya, sehingga pada usia 8 tahun, baginda berada dalam asuhan pak ciknya, Abu Thalib.[7]Fatimah binti Asad sebagai isteri Abu Thalib tentu sahaja turut mengasuh dan membesarkan Nabi Muhammad Saww sebagaimana anak-anaknya sendiri. Perhatian dan kasih sayang Fatimah binti Asad kepada Rasulullah Saww, membuatkan Rasulullah Saww di hari wafatnya Fatimah binti Asad mengatakan, “Hari ini, ibuku telah wafat.” Rasulullah Saww menggunakan pakaiannya untuk mengkafani Fatimah binti Asad dan dengan tangannya sendiri memasukkannya ke dalam kubur. Ketika seseorang bertanya kepadanya, “Wahai Rasulullah katakanlah sesuatu mengenai Fatimah binti Asad.” Baginda saw berkata, “Dia tidak ubah seperti ibuku sendiri. Ketika anak-anaknya yang lain kelaparan, dia tetap mendahulukan untuk mengenyangkanku. Ketika yang lain dalam keadaan berdebu, dia merapikanku, dia sebenar-benarnya ibu bagiku.”[8]

Nabi Saww juga bersabda, “Pasca wafatnya Abu Thalib, tidak ada yang berbuat baik padaku sebaik yang dilakukan Fatimah binti Asad.”   [9]

 

Melahirkan di dalam Ka’bah

Berdasarkan sejumlah riwayat, satu-satunya wanita yang melahirkan bayi di dalam Kaa’bah adalah Fatimah binti Asad. Sejumlah riwayat menyebutkan, sewaktu masa melahirkan yang dikandungnya sudah dekat, Fatimah binti Asad mendatangi Kaa’bah untuk berdoa. Dia memohon kepada Allah Swt agar persalinannya dimudahkan.[10] Tidak lama selepas itu, dinding Kaa’bah terbelah dan dia pun masuk ke dalamnya. Dia tinggal di dalam Ka’bah selama tiga hari dan pada hari ke empat, iaitu 13 Rajab 30 tahun setelah tahun Gajah, dia keluar dari Kaa’bah sambil menggendong bayinya, Imam Ali as.[11]

 

Wanita Kedua yang Masuk Islam

Dia adalah orang kesebelas[12] dan dikalangan wanita adalah wanita kedua yang masuk Islam setelah Sayidah Khadijah sa.[13]

 

Hijrah

Wanita pertama yang bersama dengan Imam Ali as berhijrah dari Mekah ke Madinah adalah Fatimah binti Asad. Imam Shadiq as berkata, “Fatimah binti as, ibu Amirul Mukminin as, adalah wanita pertama yang berjalan kaki dari Mekah ke Madinah menuju Rasulullah Saww untuk berhijrah. Dia adalah orang yang paling baik perlakuannya kepada Nabi Muhammad Saww.”[14]

 

Wanita Pertama yang Berbaiat kepada Nabi Saww

Setelah pembebasan kota Mekah, sewaktu Nabi Muhammad Saww berada di bukit Safa ia mengambil baiat daripada masyarakat. Wanita-wanita Mekah yang telah menyatakan masuk Islam berbondong-berbondong menemui Rasulullah Saww untuk menyatakan baiatnya. Saat itu turunlah surah al-Mumtahanah ayat 12[15] yang ditujukan kepada Rasullah Saww, “Hai Nabi, apabila datang kepadamu wanita-wanita yang beriman untuk mengadakan janji setia, bahawa mereka tidak akan menyekutukan Allah, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampun kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang.”

Ibnu Abbas berkata ayat tersebut turun berkenaan dengan Fatimah binti Asad.[16] Ibnu Abi al-Hadid berkata, “Fatimah binti Asad adalah wanita pertama yang memberikan baiatnya untuk Rasullah Saww.”[17]

 

Wafat

Ibnu Jauzi menulis bahawa Fatimah binti Asad wafat pada tahun 4 H di kota Madinah[18], namun jika merujuk pada riwayat yang menyebutkan Fatimah binti Asad memberikan baiatnya kepada Rasullah Saww sebagaimana diceritakan dalam surah Al-Mumtahanah ayat 12 yang terjadi pada tahun 8 H, maka pendapat Ibnu Jauzi tersebut tidak dapat diterima.

Rasulullah Saww mengunakan pakaiannya sendiri untuk mengkafani jasad Fatimah binti Asad [19] dan berkata, “Jibril mengabarkan kepadaku bahwa dia ahli surga dan Allah Swt memerintahkan 70 ribu malaikat untuk mensalatinya.”[20] Nabi Muhammad Saww turut serta dalam upacara penyelenggaraan jenazahnya sampai dibawa ke pemakaman Baqi.[21]Nabi Muhammad Saww masuk ke dalam lubang kubur, dan membaringkan tubuhnya sejenak, kemudian bangkit dan memasukkan jenazah Fatimah binti Asad dengan tangannya sendiri ke dalam lubang kubur.[22]

 

Catatan Kaki

1.Majlisi, jld. 35, hlm. 181.

2.Ibnu Abdu al-Barr, jld. 4, hlm, 1891; Ibnu Atsir, jld. 6, hlm. 218.

3.Ibnu Abdu al-Barr, jld. 4, hlm. 1891; Zirkili, jld. 5, hlm. 130.

4.Majlisi, jld. 19, hlm. 57.

5.Lih: Baladzuri, jld. 2, hlm. 36.

6.Lih: Ibnu Abdu al-barr, jld. 4, hlm. 1891.

7.Syahidi, Tārrikh Tahlili Islam, hlm. 37-38.

8.Terj. Tārikh Ya’qubi, hlm. 368-369; Tārikh Payambar Islam, hlm. 49.

9.Ibnu Abdul al-Barr, jld. 4, hlm. 1891.

10.Kulaini, jld. 3, hlm. 301.

  1. Amini, jld. 6, hlm. 21-23.

12.Ibnu Abi al-Hadid, Syarh Nahjul Balāghah, jld. 1, hlm. 14.

13.Ibnu Shabaq Maliki, hlm. 31.

14.Kulaini, jld. 1, hlm. 422.

15.Thabathabai, al-Mizān, jld. 19, hlm. 246.

16.Ibnu Jauzi, hlm. 10.

17.Ibnu Abi al-Hadid, Syarh Nahjul Balāghah, jld. 1, hlm. 14.

18.Ibnu Jauzi, Tadzkirah al-Khawāsh, hlm. 6.

19.Al-Muttaqi Hindi, jld. 6, hlm. 228.

20.Hakim Naisyaburi, jld. 3, hlm. 108.

21.Askadari, hlm. 94.

21.Ibnu Syubah, jld. 1, hlm. 124.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *