Doa Nudbah (Bahasa Arab: دعاء الندبة) termasuk doa-doa yang sangat terkenal yang mana telah dinukilkan daripada Imam Shodiq as bahawa doa ini mustahab dibaca pada empat hari raya (Fitri, Qurban, Ghadir dan Jumaat). Ali bin Thawus memuatkan doa ini di dalam kitab Iqbal al-A'mal. Orang-orang Syiah lebih sering membaca doa ini pada waktu subuh hari-hari Jumaat sebelum matahari terbit mengenangkan keterpisahannya dengan Imam Zaman ajfs.

Doa Nudbah

 

Doa Nudbah (Bahasa Arab:  دعاء الندبة) termasuk doa-doa yang sangat terkenal yang mana telah dinukilkan daripada Imam Shodiq as bahawa doa ini mustahab dibaca pada empat hari raya (Fitri, Qurban, Ghadir dan Jumaat). Ali bin Thawus memuatkan doa ini di dalam kitab Iqbal al-A’mal. Orang-orang Syiah lebih sering membaca doa ini pada waktu subuh hari-hari Jumaat sebelum matahari terbit mengenangkan keterpisahannya dengan Imam Zaman ajfs.

 

Sisi Penamaan

Nudbah bermakna panggilan, tangisan dan rintihan. Doa ini mengandungi istigasah, permintaan tolong daripada Imam Zaman ajfs, penyesalan atas keghaiban dan tangisan atas keterpisahan dengan beliau. Kerana itu, ia terkenal dengan nama ini. [1]

 

Sanad

Doa ini dinukilkan oleh Sayid Radhiyuddin Ali bin Thawus dalam kitabnya, Iqbal [2] dan Mishbāh al-Zāir pasal ke-7 (manuskrip), dan Muhammad bin Ja’far bin Masyhadi Hairi (ulama abad ke-6 H) dalam kitab Mazar yang dikenali dengan Mazār Masyhadi. [3]

Allamah Majlisi menukilkan doa Nudbah di dalam kitab Bihar al-Anwar [4] dan Tuhfat al-Zāir, di bahagian pengenalan Bihar dia memberikan kesaksian akan kesahihan sanad dari doa-doanya. Dengan tegas dan secara khusus dia membenarkan kesahihan sanad doa Nudbah yang berakhir kepada Imam Jaa’far al-Shodiq as. Pernyataannya di dalam kitab Zād al-Ma’ād adalah: ” Adapun doa Nudbah yang memuatkan akidah-akidah yang benar dan rasa penyesalan atas keghaiban Imam al-Qāim ajfs adalah dinukilkan dengan sanad yang sahih daripada Imam Jaa’far al-Shodiq as yang mana kita disunnahkan membacanya pada empat hari raya”. [5]

 

Waktu Pembacaan

Disunnahkan membaca doa Nudbah pada empat hari raya, iaitu lebaran Aidil Fitri, Qurban, Ghadir dan hari Jumaat. [6]

 

Kandungan

Doa ini diawali dengan pujaan dan pujian kepada Allah swt dan salam kepada Nabi saww dan keluarganya as. Kemudian dilanjutkan dengan menjelaskan falsafah dari terpilihnya para Nabi dan wali dan diterimanya mereka di sisi Allah swt. Disentuh pula fasa terpenting daripada kehidupan setiap Nabi-nabi Ulul Azmi dan nabi sebelum mereka iaitu Nabi Adam As. Ditekankan juga supaya kebenaran sentiasa berpanjangan maka bagi setiap mereka harus ditentukan wasi dan penggantinya oleh Allah swt supaya kebatilan tidak mengalahkan kebenaran dan seseorang tidak berdalih di hadapan Allah swt, mengapa seorang Nabi dan utusan tidak diutus dari sisi-Mu dan seorang pemberi petunjuk dan peringatan tidak datang sehingga kami dapat mengikuti ayat-ayat-Mu?.

 

Kemudian doa ini menjelaskan tentang penggantian Imam Ali as. Dengan mengutip sekelumit daripada keutamaan-keutamaannya, ia menyentuh tentang ketidaksetiaan dan malangnya musuh-musuh agama yang menentang perintah Rasul Saww di mana mereka membunuh Imam Ali as dan para pemberi petunjuk daripada zuriat beliau satu demi satu sehingga mereka gugur sebagai syahid. Lalu doa ini menyentuh tentang istigasah dan penampakan rasa rindu kepada sang pewaris terakhir yang maksum daripada keluarga Rasulullah Saww. Kemudian ditutup doa ini dengan salam khusus atas baginda Rasulullah Saww dan keluarganya disertai dengan rentetan permohonan penting demi dipercepatnya kemunculan Imam Mahdi ajfs, terrealisasinya pemerintahan yang hak, sirnanya kebatilan dan bertambah kuatnya hubungan dengan Imam Zaman ajfs. [7]

 

Buku-buku syarah Doa Nudbah

1.Syarhe Du’ā Nudbah, Shadruddin, Muhammad Hasani Mudarris Yazdi.

2.’Aqd al-Jammān linudbah Shāhib al-Zaman, Mirza Abdurrahim Tabrizi.

3.Wasilah al-Qurbah fi Syarh Du’ā al-Nudbah, Mulla Hasan Turbati Sabzawari.

4.Al-Nukhbah fi Syarh Du’ā al-Nudbah, Sayid Mahmud Mar’asyi.

5.Penjelasan atau terjemahan doa Nudbah, Muhaddits Armawi.

6.Ma’ālim al-Qurbah fi Syarh Du’ā al-Nudbah, Sardar Kabuli.

7.Wazhāif al-Syi’ah fi Syarh Du’ā al-Nudbah, Adib Isfahani.

8.Kasyf al-Kurbah, Muhaddits Armawi.

9.Nawide Bamdād Piruzi, Musawi Khurram Ābadi.

10.Nushrah al-Muslimin, Abdurridha Khan Ibrahimi.

11.Furugh al-Wilāyah, Ayatullah Shafi.

12.Al-Kalimāt al-Nukhbah, Athai Isfahani.

13.Risalah Haula Du’ā al-Nudbah, Muhammad Taqi Tustari.

14.Risalah Haula Du’ā al-Nudbah, Mirjahani Isfahani.

15.Sanade Du’ā al-Nudbah, Sayid Yasin Musawi.

16.Syarh Bar Du’ā Nudbah, Alawi Thaliqani.

 

Catatan Kaki

1.Shadr Jawadi, Dāirah al-Ma’ārif Tasyayyu’, jld. 7, hlm. 535.

  1. Sayid Ibnu Thawus, Iqbāl, hlm. 604-609.

3.Mazār ibnu Masyhadi, hlm. 537-584.

4.Majlisi, Bihār, jld. 99, hlm. 104.

5.Zād al-Ma’ād, hlm. 303.

6.Sayid Ibnu Thawus, Iqbāl, hlm. 604-609.

7.Shadr Jawadi, Dāirah al-Ma’ārif Tasyayyu’, jld. 7, hlm. 535.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *