Riwayat-Riwayat yang Menafikan Permintaan Syafaat daripada Seseorang Dinukilkan daripada Imam Ali as bahawasanya beliau berkata, “Ketahuilah, sesungguhnya orang yang khazanah-khazanah langit dan bumi ada di tangan-Nya telah mengizinkanmu untuk berdoa dan mewajibkan diri-Nya untuk mengabulkanmu, dan memerintahkan supaya meminta kepada-nya sehingga menganugerahkan kepadamu dan memintamu supaya meminta rahmat-Nya sehingga mengampunimu, dan janganlah kamu jadikan seseorang sebagai penghalang antara kamu dan dirinya, dan tidak memaksamu supaya mendekati seseorang yang menjadi pensyafaatmu di sisi-Nya.” [40]

Syafaat (Bhgn. 1)

 

Syafaat (Bahasa Arab: الشفاعة) adalah keperantaraan satu makhluk antara Tuhan dan makhluk yang lain dalam menyampaikan kebaikan atau menolak keburukan.

Syafaat adalah satu pahaman agama yang diyakini oleh majoriti kaum Muslimin. Berdasarkan akidah Syiah, syafaat secara mutlak hanya milik Allah swt dan tidak ada seorang pun yang dapat memberikan syafaat tanpa izin-Nya. Jika Allah meridhai iman seorang hamba maka Ia akan memberi izin kepada para pemberi syafaat untuk memberikan syafaat kepadanya.

Maksud syafaat adalah pada hari kiamat para wali Allah dan sebahagian barang yang mulia, seperti Al-Quran – dengan syarat-syaratnya – dapat memberikan syafaat terhadap para pendosa dan dapat menyelamatkan mereka daripada siksaan neraka atau menjadi sebab terangkatnya darjat dan kedudukan mereka.

Dalam literatur-literatur muktabar Ahlul sunnah secara tegas juga menyebut permasalahan syafaat termasuk syafaat Nabi yang mulia saww kepada orang-orang mukmin.

Di kalangan kaum Muslimin, kelompok Wahabi meyakini bahwa hanya boleh meminta syafaat kepada Allah swt dan jika seseorang meminta syafaat daripada selain-Nya maka dia musyrik. Sementara keyakinan kepada syafaat di kalangan Syiah memiliki kedudukan khusus.

Allah Swt berfirman:

﴾مَنْ يَشْفَعْ شَفاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصيبٌ مِنْها وَ مَنْ يَشْفَعْ شَفاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْها وَ كانَ اللَّهُ عَلى‏ كُلِّ شَيْ‏ءٍ مُقيتاً ﴿

“Barang siapa yang memberikan syafaat yang baik, niscaya ia akan memperolehi bahagian (pahala) daripadanya. Dan barang siapa yang memberi syafaat yang buruk, niscaya ia akan memikul bahagian (dosa) daripadanya. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. ”

Surah an-Nisa, ayat. 85

 

Definisi

Syafa’at berasal daripada kata sya-fa-‘a yang bererti menggabungkan atau mengaitkan sesuatu dengan selainnya. [1] Dengan demikian, pemberi syafaat disebut dengan syafi’, dimana dengan menggabungkan atau mengaitkan orang lain dengan dirinya, menyebabkan terangkatnya kekurangan dan keselamatannya.

Syafaat secara istilah yakni perantaraan seorang makhluk, antara Allah dan makhluk lainnya, dalam menyampaikan kebaikan atau menolak keburukan, baik di dunia maupun di akhirat. Syafaat bererti menciptakan perubahan dalam diri pendosa, di mana seolah-olah menidakkan kelayakan balasan terhadapnya dan mengeluarkannya daripada hukuman siksaan. Sebagaimana taubat yang mengeluarkan manusia pendosa daripada kelayakan siksaan dan berhak mendapatkan ampunan Allah swt,

 

” لاشَفیعَ أنْجَحُ مِنَ التّوبَةِ ”

“Tidak ada syafa’at yang lebih menyelamatkan daripada taubat.” [2]

 

Syafa’at sangat erat hubungannya dengan tawassul. Tawassul adalah aktiviti individu yang bertawassul dan berlindung kepada orang lain dan meminta syafaat kepadanya. Sementara syafaat adalah aktiviti orang yang ditawassuli (dijadikan perantaraan) untuk meminta kepada Allah supaya mengampuni orang tersebut.

Keyakinan terhadap syafaat juga terdapat pada agama-agama samawi lain, seperti Yahudi dan Kristian. [3]

 

Syafaat dalam Al-Quran

Syafaat Rasulullah saww sangat ditekankan dalam Al-Quran Al-Karim dan kaum muslimin tidak berselisih tentang pokok atau usul adanya syafaat. Perbezaan pendapat hanya terjadi dalam masalah hukum dan kedudukannya sahaja. Contohlnya dalam ayat,

 

“وَ مِنَ اللَّیلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَک عَسَی أَنْ یبْعَثَک رَبُّک مَقَامًا مَحْمُوداً ”

 

Dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji[4]

Para mufassir Syiah dan Sunni sepakat [5] bahawa yang dimaksudkan dengan Maqam Mahmud dalam ayat ini adalah maqam syafaat yang telah dijanjikan oleh Allah swt kepada nabi-Nya.

Ayat-ayat Al-Quran berkaitan dengan syafaat dapat dikelompokkan menjadi beberapa bahagian. Sebahagian ayat menafikan syafaat pada hari kiamat secara mutlak [6] [7], sebahagian menyebutkan syafaat hanya diutamakan untuk Allah swt semata-mata[8] [9], sehabagian lagi menyatakan bahawa syafaat dengan syarat izin dan perintah Allah swt[10] [11] [12] dan sebahagian lainnya menidakkannya untuk sebahagian orang.

Kajian sekumpulan ayat-ayat syafaat menunjukkan bahawa Al-Quran menegaskan satu bentuk syafaat dan menganggap batil sejenis syafaat lainnya dan menidakkannya. Maksud ayat-ayat yang menafikan syafaat adalah tidak ada seorang pun secara bebas memiliki hak seperti ini daripada Allah dan yang dimaksud ayat-ayat yang menetapkan syafaat adalah secara mendasar dan khusus syafa’at untuk Allah dan untuk selain Allah dengan izin dan kepemilikan-Nya,

 

“وَلا تَنْفَعُ الشَّفاعَةُ عَنْدَهُ إِلاّ لِمَنْ أَذِنَ لَهُ ”

Dan tiadalah berguna syafa’at di sisi Allah melainkan bagi orang yang telah diizinkan-Nya memperolehi syafa’at itu. [13]

 

Syafaat dalam Riwayat

Hakikat syafaat sangat ditekankan sekali dalam hadis-hadis Rasulullah saw dan Ahlul bayt as dengan penyebutkan aspek-aspeknya.

Rasulullah saww bersabda, “Allah swt telah memberiku lima perkara…dan aku dianugerahkan hak untuk memberikan syafaat, maka aku simpan untuk umatku, iaitu bagi orang yang tidak menyekutukan Allah.” [14]

Demikian juga, Rasulullah saww bersabda, “Tiga kelompok di sisi Allah akan memberikan syafaatnya kepada para pendosa dan syafaat mereka diterima: para nabi, para ulama agama dan para syuhada.” [15]

 

Riwayat syafaat terbahagi menjadi tiga bahagian:

Riwayat yang mengatakan bahawa syafaat adalah sebab pengampunan seorang pendosa yang akan masuk neraka jahanam.

Riwayat yang menjelaskan bahawa sebahagian para pendosa setelah beberapa ketika tinggal di neraka jahanam akan mendapatkan syafaat dan terselamatkan daripada azab.

Riwayat yang mengatakan bahawa sejumlah orang, sama sekali tidak boleh diberi syafaat dan mesti tetap tinggal di neraka jahannam dan diazab untuk selama-lamanya.

Dengan demikian, riwayat yang mengatakan bahawa barang siapa yang memiliki iman seberat atom akan diberi syafaat tidaklah bertentangan dengan riwayat lainnya yang mengatakan bahawa seseorang yang menganggap remeh solat tidak akan diberi syafaat, kerana orang yang memiliki keimanan kepada Allah, pada akhirnya akan diberi syafaat, namun boleh jadi setelah bertahun-tahun lamanya di azab api neraka, sehingga dengan hilangnya sebahagian kotoran, maka dia layak untuk mendapatkan syafaat.

Syahid Muthahhari menulis, “Sekiranya tidak ada dalil naqli (ayat dan riwayat) sama sekali dan kita terpaksa mengatakannya dengan cara melalui akal dan hujah-hujah pasti seperti Imkan Asyraf (higher possibility) dan keteraturan semesta, maka kita akan menyebutnya.” Ketika seseorang meyakini akan adanya keampunan Allah swt dan terpaksa membangunkan dasar-dasar rasional yang kuat dengan mengatakan bahawa keampunan mestilah terlaksana melalui sebuah aql kulli (universal intellect) atau sebuah nafs kulli (universal soul) yakni akal dan nafs yang memiliki maqam dan wilayah universal Ilahi, maka mestilah dia katakan, kerana tidak mungkin kurnia Ilahi sampai kepada kewujudan, yang keluar dari hukum kualiti dan hisab perhitungan. [16] Menurut perspektif akal, syafaat dalam alam ciptaan juga berlaku dan merupakan kelaziman daripada sistem sebab akibat.

 

Penjelasan rasional syafaat bersandar pada dua hal[17]:

 

Rahmat Umum Allah: Rahmat Allah sangatlah komprehensif dan mencakupi semua makhluk. Jika seorang makhluk mendapatkan manfaat yang lebih sedikit daripada rahmat Ilahi tersebut, tak lain kerana kurangnya kapasiti dirinya. Pada dasarnya tidak ada satu makhluk pun dengan sendirinya dan tanpa rahmat Ilahi akan boleh sampai pada kebahagiaan dan kejayaan serta terlepas daripada azab.

Keteraturan Dunia: Menurut perspektif akal, dunia memiliki keteraturan dan rangkaian tingkatan. Keteraturan rangkaian tingkatan ini adalah hukum kualiti atau hukum illah dan ma’lul (sebab akibat). Keperluan-keperluan materi manusia sampai kepadanya melalui mata rantai sebab akibatalam semulajadi, di mana kesemuanya berpengaruh dengan izin Allah.

Rahmat dan ampunan Allah meskipun sifatnya komprehensif dan mencakupi semuanya, namuni tidak juga terlepas daripada kaedah ini dan mustahil terrealisasi tanpa perantaraan; dan masalah ini sangat terlihat konkrit dalam semua rahmat-rahmat Ilahi. Contohnya wahyu yang merupakan rahmat dan petunjuk Allah, sama sekali tidak akan pernah diturunkan untuk semua manusia, akan tetapi diturunkan kepada sebahagian orang-orang tertentu dan selainnya mendapatkan manfaat rahmat ini dengan perantaranya; kerana selain para nabi tidak ada seorang pun yang memiliki kapasiti seperti ini, yang menjadi pendengar langsung daripada Allah Swt.

Ini adalah serangkaian hukum alam semesta. Contohnya, ketika solat istisqa (meminta hujan) dilaksanakan, bukan bererti ketika hujan turun lantas tidak ada sama sekali perubahan dalam keadaan udara, akan tetapi melalui perantara solat meminta hujan tersebut, Allah menyiapkan sebab-sebab hujan, baik dari terkumpulnya awan atau tertiupnya angin. [18] Sebagaimana solat istisqa juga dapat menyebabkan keadaan-keadaan turunnya hujan, syafaat dan taubat juga menyebabkan perubahan keadaan sang pendosa sehingga sampai pada batas diterimanya pengampunan dan pengangkatan. [19]

Kedudukan syafaat mengangkat potensi seseorang sehingga dapat menggapai lebih manfaat daripada rahmat umum Ilahi. Kerana akal menuntut bahawa jika kewujudan tidak memiliki kesempurnaan, maka harus mendapatkan kesempurnaan tersebut daripada sumber kesempurnaan itu sendiri dan jika tidak ada syarat-syarat lazim untuk mendapatkan kesempurnaan, maka harus menghantarkannya pada batas yang lazim dengan mengambil potensinya. Hal ini bukan hanya tidak akan merosak hukum, bahkan merupakan tuntutan hukum-hukum rasional.

Dengan demikian, syafaat untuk seseorang bukan bererti orang tersebut kurang dan tidak memiliki syarat-syarat, lantas syafaatnya diterima. Dalam syafaat tasyri’i tidak bererti pembatalan hukum balasan dan tidak dijalankan bagi seorang pendosa yang berhak mendapatkan siksa, namun syafaat bererti terciptanya perubahan pada diri seorang pendosa yang seolah-oleh menidakkan kelayakan siksaan daripadanya dan mengeluarkannya daripada hukum balasan. Sebagaimana taubat, yang mengeluarkan manusia pendosa daripada kelayakan azab dan mendapatkan kelayakan keampunan Allah. Oleh itu, dalam riwayat dituturkan bahawa taubat adalah pemberi syafaat terbaik. [20]

Dengan kata lain, perbezaan mendasar syafaat sebenar yang hak dan nyata dan hakiki dengan syafaat yang batil dan tidak benar adalah syafaat sebenar dimulai daripada Allah dan berhujung ke si pendosa dan pemberi syafaat hanya perantaraan penghantar kurnia hak kepada selainnya. Namun syafaat batil seperti nepotisme, seseorang yang lebih rendah dengan tanpa memiliki kecukupan khusus dan dengan hanya sekadar sambil lewa dengan orang atasnya, meminta direalisasikan keinginannya.

 

Catatan Kaki

1.Rujuk, Ibn Manzhur, Lisan al-Arab, jild. 15.

2.Bihār al-Anwār, jild. 6, hlm. 19.

3.Dāiratul Ma’ārif Kitāb Muqaddas, hlm. 411.

4.QS. Al-Isra’: 79.

5.Tafsir al-Rāzi, jild. 3, hlm. 55.

6.QS. Al-Baqarah: 254.

7.QS. Al-Baqarah: 48.

8.QS. As-Sajdah.

9.QS. Az-Zumar: 44.

10.QS. Al-Baqarah: 255.

11.QS. Saba’: 23.

12.QS. Al-Anbiya’: 28.

13.QS. Saba’: 23.

14.Musnad Ahmad, jild. 1, hlm. 301; Sunan Nasa’i, jild. 1, hlm. 209; Sunan Darimi, jild. 2, hlm. 873 dll.

15.Bihār al-Anwār, jild. 8, hlm. 34.

16.Muthahhari, Murtadha, Adle Ilahi, hlm. 253.

17.Ibid., hlm. 232-236.

18.Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal (QS. ar-Ruum: 48).

19.Jawadi Amuli, Abdullah, Tafsir Tasnim, jild. 4, hlm. 262.

20.Ibid,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *