Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 20 – Keadilan Ilahi

Pengenalan

Sepanjang pelajaran-pelajaran yang lalu nampak banyak ikhtilaf di antara dua mazhab Kalam, iaitu  Asy’ariyah dan Mu’tazilah dalam pelbagai masalah. Di antaranya, masalah kalam Allah, iradah Allah, tauhid sifati, Keterpaksaan dan ikhtiar, qadha dan qadar. Kita pun melihat betapa pandangan dua mazhab tersebut memberi kesan dan membawa kepada sikap ifrat dan tafrit ( berlebih-lebihan dan berkurangan )

Salah satu ikhtilaf dasar di antara Asy’ariyah dan Mu’tazilah ialah masalah keadilan Ilahi. Di sini, Kita temukan bagaimana Syi’ah sejalan dengan Mu’tazilah. Kedua-dua mazhab ini dikenali juga dengan ‘Adliyah, sebagai lawan Asy’ariyah. Mengingat pentingnya masalah ini, ia dianggap sebagai masalah pokok dalam ilmu Kalam. Bahkan masalah ini dianggap sebagai masalah usulul ‘aqaid dan termasuk keistimewaan yang dimiliki oleh madzhab  Syi’ah dan Mu’tazilah. Perlu diketahui bahawa madzhab Asy’ariyah juga sebenarnya tidak menolak keadilan Ilahi. Mereka tidak menilai bahawa Allah swt. itu zalim, na’u dzubillah. Kerana sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran yang jelas, yang tidak perlu ditakwil menetapkan adanya keadilan Ilahi dan menafikan pelbagai jenis kezaliman daripada-Nya.

Akan tetapi perbahasan dalam tema ini berkisar tentang adakah akal manusia –tanpa bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah– dapat mengetahui dasar-dasar untuk suatu perbuatan, khususnya perbuatan Allah, yang atas dasar tersebut mengharuskan seseorang agar melakukan suatu perbuatan atau meninggalkannya. Contohnya, akal dapat menghukum bahawa Allah swt itu mesti memasukkan kaum mukmin ke dalam surga dan kaum kafir ke dalam neraka. Ataukah hukum-hukum seperti ini tidak dapat difahami kecuali dengan bersandar kepada wahyu Ilahi, yang tanpanya akal tidak dapat  menyatakan hukum-hukum tersebut?

Dengan demikian, masalah utama yang diperdebatkan adalah yang diistilahkan dengan baik dan buruk aqli (husn wa kubh aqli). Asy’ariyah mengingkari hal tersebut. Mereka berkeyakinan bahawa segala hal penciptaan yang dilakukan Allah adalah kebaikan, dan hukum apa saja yang disyariatkan Oleh-Nya adalah kebaikan. Bukan lantaran perbuatan itu baik lalu Allah memerintahkan untuk dilakukan atau ditinggalkan.

Adapun madzhab ‘Adliyah meyakini bahawa segala perbuatan, terlepas daripada kaitan penciptaan dan pensyariatannya pada Allah, pada dirinya sendiri bersifat baik atau buruk. Pada batas-batas tertentu, Akal mampu menjangkau kebaikan dan keburukan suatu perbuatan serta menyucikan dzat Allah daripada melakukan perbuatan buruk. Pengetahuan akal ini tidak bererti bahawa akal – na’udzubillah – memerintah Allah atau mencegah-Nya. Maksud di atas ini ialah akal dapat mengetahui kesesuaian atau tidaknya suatu perbuatan dengan sifat-sifat sempurna Allah.  Kerananya, ‘Adliyah meyakini kemustahilan dilakukannya perbuatan buruk oleh Allah swt.

Jelas bahawa pengkajian terperinci tentang tema-tema ini dan jawapan atas kritikan serta keraguan yang dilontarkan oleh madzhab Asy’ariyah -dalam mengingkari baik dan buruk aqli dan berhadapan dengan ‘Adliyah-  tidaklah sesuai dengan kapasiti buku ini. Begitu pula, sangat mungkin terdapat beberapa kelemahan pada Mu’tazilah yang perlu diuraikan dan dikritik. Akan tetapi, keyakinan dasar terhadap baik dan buruk aqli itu telah diterima oleh Syi’ah. Akan nampak bahawa hal itu didukung oleh Al-Quran, hadis Nabi saww dan sabda para imam maksum as.

Oleh itu, terlebih dahulu kami akan menjelaskan pengertian adil atau keadilan. Lalu, kami akan menjelaskan dalil-dalil rasional atas sifat adil tersebut yang termasuk sifat-sifat fi’liyah Allah. Pada bahagian akhir, kami akan mengkritik keraguan-keraguan penting dalam masalah ini dan memberikan jawapannya.

 

Erti Keadilan

Keadilan secara bahasa bererti sama dan menyamakan. Dan menurut pandangan umum, keadilan iaitu menjaga hak-hak orang lain. Keadilan merupakan lawan kezaliman yang bererti merampas hak-hak orang lain. Atas dasar ini, definisi keadilan ialah memberikan hak kepada yang berhak menerimanya. Oleh itu, pertama kita harus mempunyai gambaran adanya pihak yang mempunyai hak sehingga dapat dikatakan bahawa menjaga haknya merupakan keadilan dan merampas haknya adalah kezaliman.

Akan tetapi, terkadang pengertian adil ini lebih diperluaskan lagi dan digunakan dengan makna: menempatkan sesuatu pada tempatnya atau mengerjakan segala sesuatu dengan baik. Berdasarkan definisi ini, keadilan sinonim dengan bijakasana. Maka, perbuatan yang adil iaitu perbuatan yang bijak. Ada pun bagaimana hak orang yang berhak dan posisi semestinya setiap sesuatu itu dapat ditentukan, perbahasan persoalan ini sangat luas dan merupakan bahagian yang penting dalam perbahasan Falsafah Etika dan Falsafah Hukum yang tidak mungkin dapat kita bahaskan pada kesempatan ini.

Yang perlu kami tekankan di sini adalah setiap orang yang berakal pasti mengetahui bahawa, apabila seseorang itu merampas sepotong roti daripada seorang anak yatim tanpa alasan yang jelas, atau menumpahkan darah orang lain yang tidak bersalah, bererti dia telah melakukan kezaliman dan melakukan tindakan yang buruk.

Demikian pula sebaliknya, apabila seseorang mengambil kembali sepotong roti yang telah diambil daripada seorang pencuri, kemudian mengembalikannya kepada anak yatim atau dia memberikan hukuman atas pembunuh yang berbuat jahat sesuai dengan kejahatannya, bererti dia telah berbuat baik dan benar.

Sesungguhnya penilaian terhadap kebaikan dan keburukan, keadilan dan kezaliman ini tidak bergantung kepada perintah dan larangan Allah, sebab penilaian ini dapat difahami sekalipun oleh orang yang tidak beriman kepada wujud Allah swt. Ada pun apa sebenarnya dasar hukum tersebut, dan kekuatan indera apa yang dapat mengetahui kebaikan dan keburukan perbuatan, adalah sebahagian daripada masalah Falsafah.

Dengan demikian, keadilan dapat dimaknakan dengan dua pengertian: pengertian khusus dan pengertian umum. Yang pertama ialah menjaga hak-hak orang lain, dan yang keduanya adalah keluarnya suatu perbuatan dengan cara hikmah di mana menjaga hak-hak orang lain termasuk sebahagian daripada mishdaq-nya. Berdasarkan hal itu, maka adil bukan bererti memberikan secara sama rata kepada seluruh umat manusia atau di antara segala sesuatu. Seorang guru yang adil bukanlah yang memiliki sikap yang sama rata terhadap seluruh anak didiknya, sehingga dia menyamakan seluruhannya dalam hal memberikan teguran dan pujian baik kepada anak didiknya yang rajin mahu pun yang malas. Seorang hakim yang adil bukanlah yang membahagi harta yang dipertikaikan itu secara sama rata antara orang yang bertikai. Seorang guru yang adil adalah yang memuji setiap anak didiknya dan juga memberikan peringatan kepada mereka sesuai dengan hak-haknya. Hakim yang adil adalah hakim yang mengembalikan harta yang dipertikaikan kepada yang berhak.

Demikian pula, sesuai dengan Hikmah dan Keadilan Ilahi, Allah swt. tidak menciptakan seluruh makhluk-Nya dalam bentuk yang sama, contohnya Allah menciptakan manusia bertanduk atau bersayap dan sebagainya. Akan tetapi Dia menciptakan alam semesta dalam bentuk yang terukur sehingga dapat terrealisasinya kebaikan dan kesempurnaan. Allah swt. menciptakan segenap makhluk-Nya dalam bentuk yang serasi antara bahagian-bahagiannya dengan tujuannya yang terakhir.

Demikian pula sesuai dengan Hikmah dan Keadilan Ilahi, Allah membebankan tugas (taklif) kepada setiap manusia sesuai dengan kemampuan masing-masing. Dan Dia pun memutuskan suatu hukum sesuai dengan kemampuan dan ikhtiar mereka, serta memberikan balasan, baik berupa pahala atau siksa yang setimpal dengan tiap-tiap perbuatan mereka. Allah swt. berfirman:

“Sesungguhnya Allah  tidak akan membebani manusia sesuai dengan kemampuannya.” (Qs. Al-Baqarah: 286)

“Dan akan diputuskan kepada mereka itu suatu tugas hukum dengan keadilan dan tidak dizalimi sedikit pun.” (Qs. Yunus: 54)

“Maka pada hari kiamat tidak dizalimi seorang pun dan tidak diberikan balasan terhadap apa yang mereka lakukan melainkan sesuai dengan apa yang telah mereka perbuat.” (Qs.Yasin:54)

 

Dalil atas Keadilan Ilahi

Telah kami katakan bahawa Keadilan Ilahi merupakan salah satu mishdaq Hikmah Ilahiyah. Berdasarkan salah satu penafsiran, keadilan adalah Hikmah Ilahiyah itu sendiri. Tentunya, dalil yang digunakan untuk menetapkan Keadilan Ilahi adalah dalil yang juga digunakan untuk menetapkan Hikmah Ilahiyah, seperti yang telah dibahaskan pada pelajaran 11. Di sini kami akan mengulanginya secara lebih terrinci.

Pada pelajaran yang lalu telah kita ketahui bahawa Allah swt. memiliki tingkat kekuasaan yang paling tinggi dan sempurna, bahawa Dia Maha Mampu untuk melakukan pekerjaan apa sahaja yang mungkin terjadi, atau tidak melakukannya tanpa tunduk pada pengaruh apa pun dan tanpa dipaksa oleh selainnya. Akan tetapi, Allah swt. tidak melakukan segala apa yang Ia mampu untuk melakukannya, melainkan Dia hanya melakukan sesuatu yang Ia kehendaki.

Telah kita ketahui pula bahawa kehendak Allah swt. tidaklah sia-sia dan main-main. Hanya sahaja Dia tidak menghendaki sesuatu kecuali sesuai dengan  sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Apabila sesuatu itu tidak sesuai dengan sifat-sifat kesempurnaan, maka sesuatu itu tidak akan terjadi dan tidak akan Allah lakukan sama sekali,  kerana Dia adalah kesempurnaan yang mutlak dan murni, maka kehendak-Nya pun hanya berurusan dengan sisi kesempurnaan dan kebaikan makhluknya sahaja. Apabila keberadaan suatu makhluk melazimkan sebahagian keburukan atau kekurangan, maka sisi keburukan itu tidak dimaksudkan secara mendasar, akan tetapi hanya merupakan efek, sebab kehendak Allah secara mendasar hanya berurusan dengan kebaikan.

Dengan demikian, sesuai dengan sifat-sifat Ilahi yang sempurna, Allah swt. menciptakan alam semesta ini dalam bentuk yang sempurna dan sebaik mungkin. Dari sinilah kita dapat menetapkan tentang sifat hikmah pada Allah swt. Maka itu, kehendak Ilahiyah itu hanyalah berurusan dengan penciptaan manusia daripada sisi wujudnya yang mungkin (mum-kinul wujud), yang merupakan sumber kebaikan sebanyak mungkin.

Sebuah keistimewaan utama yang dimiliki oleh manusia adalah kehendak dan usaha bebasnya. Tidak syak lagi bahawa kekuatan berkehendak dan berusaha merupakan kesempurnaan manusia, dan orang yang memilikinya dianggap lebih utama berbanding orang yang tidak memilikinya. Akan tetapi, kelaziman ikhtiar manusia ialah dia mampu melakukan pelbagai perbuatan yang baik yang dapat menyampaikannya kepada puncak kesempurnaan, juga dia mampu melakukan perbuatan yang buruk sehingga dia akan menderita kerugian dan kecelakaan yang abadi.

Tentunya, sesuatu yang secara mendasar berkaitan dengan kehendak Ilahiyah adalah proses kesempurnaan manusia. Hanya saja proses kesempurnaan manusia membuka kemungkinan bahawa ia pun boleh gagal lantaran mengikuti hawa nafsu dan keinginan-keinginan syaitan. Oleh itu, kehendak Ilahiyah pun berhubungan dengan sebab kegagalan ikhtiar umat manusia.

Kerana usaha yang dilakukan dengan penuh kesedaran dan perasaan itu memerlukan pengetahuan yang benar mengenai jalan-jalan kebaikan dan keburukan, Allah memerintahkan umat manusia untuk melakukan sesuatu yang mengandungi kebaikan dan kemaslahatan baginya dan mencegah daripada apa sahaja yang membawanya kepada kerosakan, penyelewengan serta kemunduran. Oleh itu, Allah swt. memenuhi segala keperluan untuk usaha-usaha kesempurnaan.

Selain itu, kerana tugas-tugas Ilahi disyariatkan atas manusia bertujuan menyampaikan mereka kepada hasil daripada pengamalan tugas-tugas Ilahi tersebut, maka itulah tugas-tugas tersebut harus sesuai dengan kemampuan mereka. Oleh itu, tugas yang tidak mungkin dilakukan adalah sia-sia dan tak bererti.

Atas dasar itu, peringkat pertama bagi keadilan (dalam pengertian khusus) iaitu keadilan dalam hal penetapan tugas, dapat dibuktikan dengan hujah berikut:

jika Alah swt menetapkan tugas ke atas hamba-Nya yang dia tidak mampu untuk melakukannya, tugas itu tidak mungkin dilakukan dan menjadi penetapan yang sia-sia.

Adapun keadilan dalam hal mengadili hamba-hamba dapat dibuktikan sebagai berikut: iaitu pengadilan dapat dilakukan oleh Allah untuk menentukan orang-orang yang berhak menerima pahala atau azab. Apabila pengadilan tersebut bertentangan dengan keadilan, itu melazimkan adanya kekurangan dan bertentangan dengan tujuan-Nya.

Kemudian keadilan dalam hal memberi pahala atau siksa dapat dibuktikan dengan memerhatikan kemuncak tujuan penciptaan. Bahawa Allah swt. menciptakan manusia bertujuan untuk menyampaikan mereka kepada hasil-hasil usaha mereka, baik usaha yang baik mahu pun yang buruk. Jika memberi pahala dan siksa itu tidak setimpal dengan perbuatan mereka, tujuan penciptaan itu tidak terpenuhi.

Dengan demikian, dalil atas keadilan Allah dengan erti yang sesungguhnya dan pada semua peringkatnya ialah sifat-sifat dzatiyah Allah swt menuntut tindakan-Nya itu pasti adil dan bijaksana, dan tidak terdapat satu sifat pada-Nya yang melazimkan kezaliman atau kesia-siaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *