Ummu Salamah (Bahasa Arab: أُمّ سَلَمه ) yang memiliki nama asli Hindun binti Abu Umayyah bin Mughirah adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad saww sehingga memiliki laqab atau gelaran Ummul Mukminin. Ia menerima Islam diawal-awal tahun Bi'tsah. Ia juga termasuk dalam kelompok pertama yang berhijrah ke Habasyah atas perintah Nabi Muhammad saww bersama sejumlah kaum Muslimin yang dipimpin oleh Ja'far bin Abi Thalib. [1] Sebelum bernikah dengan Nabi Muhammad Saww, dia telah bernikah sebelumnya [2] yang kemudiannya pada tahun 4 H tidak lama setelah suaminya meninggal dunia, dia dinikahi oleh Rasulullah saww. Majoriti sejarawan menyebut bahawa Ummu Salamah wafat setelah peristiwa tragedi Karbala.

Ummu Salamah

 

Ummu Salamah (Bahasa Arab: أُمّ سَلَمه ) yang memiliki nama asli Hindun binti Abu Umayyah bin Mughirah adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad saww sehingga memiliki laqab atau gelaran Ummul Mukminin. Ia menerima Islam diawal-awal tahun Bi’tsah. Ia juga termasuk dalam kelompok pertama yang berhijrah ke Habasyah atas perintah Nabi Muhammad saww bersama sejumlah kaum Muslimin yang dipimpin oleh Ja’far bin Abi Thalib. [1] Sebelum bernikah dengan Nabi Muhammad Saww, dia telah bernikah sebelumnya [2] yang kemudiannya pada tahun 4 H tidak lama setelah suaminya meninggal dunia, dia dinikahi oleh Rasulullah saww. Majoriti sejarawan menyebut bahawa Ummu Salamah wafat setelah peristiwa tragedi Karbala.

 

Nama dan Nasab

Nama aslinya adalah Hindun. Dikeranakan dia memiliki putera bernama Salamah, maka diapun lebih dikenali dengan nama Ummu Salamah. Nama ayahnya Abu Umayyah bin Mughirah [3] dan nama ibunya Atikah. Sebahagian berpendapat Atikah adalah puteri dari Abdul Muththalib. [4] Namun majoriti sejarahwan menyebutkan ibunya adalah puteri dari ‘Amir bin Rabi’ah al-Kinani. [5]Mengenai tahun kelahirannya, tidak ada informasi yang jelas mengenai hal tersebut.

 

Masuk Islam dan Hijrah ke Habasyah

Sebelum bernikah dengan Rasulullah saww, dia adalah isteri Abu Salamah bin Abdul Asad al-Makhzumi. [6] Dia bersama dengan suaminya dan kaum Muslimin lainnya tinggal di Mekah. Sewaktu Nabi Muhammad saww memerintahkan kaum Muslimin untuk berhijrah, dia ikut bersama suaminya ke Habasyah. [7] Semua riwayat berkenaan dengan utusan Quraisy di Habasyah yang berdebat dengan Ja’far bin Abi Thalib dihadapan Raja Najasyi dinukilkan daripada Ummu Salamah. Ibnu Hisyam meriwayatkan kisah masuknya kaum Muhajirin ke Habasyah yang disambut dengan hangat oleh raja Habasyah adalah daripada periwayatan Ummu Salamah. [8]

 

Hijrah ke Madinah

Sewaktu Nabi Muhammad saww memerintahkan kaum Muslimin untuk berhijrah ke Madinah, di antara yang pertama melakukannya adalah Abu Salamah. Sewaktu Ummu Salamah bersama dengan puteranya Salamah hendak turut bersama suaminya memulai perjalanan ke Madinah, dia dicegah dan dilarang oleh keluarga besarnya Bani Mughirah. Ummu Salamah berkata mengenai keterpisahannya dia dengan suami dan anaknya berkata, “Selama satu tahun, siang dan malam aku menangis. Dan setiap hari aku berada di tepi jalan, kepada siapa pun yang baru tiba dari Madinah aku menanyakan khabar mereka. Kerana keluargaku tidak tahan dengan kesedihanku, akhirnya mereka mengizinkanku untuk turut ke Madinah dan akhirnya aku pun ke Madinah setelah satu tahun.”[9]

 

Kehidupan di Madinah

Pernikahan dengan Rasullah Saww

Ummu Salamah sebelum bersama dengan Rasulullah saww dia adalah isteri kepada Abu Salamah bin Abdul Asad. Setelah Abu Salamah wafat, dia kemudiannya bernikah dengan Rasulullah saww. Diriwayatkan, selepas masa iddahnya, dia sempat dilamar oleh Abu Bakar dan kemudian oleh Umar, namun Ummu Salamah tidak menerimanya. Namun sewaktu Nabi Muhammad saww melamarnya, dia pun menerimanya. [10]

 

Dinukilkan oleh Syaikh Shaduq daripada Imam Shadiq as, bahawa setelah Khadijah, Ummu Salamah adalah isteri terbaik Rasulullah saww. [11] Ummu Salamah memiliki keutamaan yang besar dan darjat yang tinggi, yang membuat Aisyah kerap kali cemburu dengannya. [12]

 

Ikut Serta dalam Peperangan

Ummu Salamah ikut serta dalam sejumlah peperangan dengan musuh Islam seperti perang al-Muraisi’, Khaibar, Hudaibiyah, Khandaq, Fathul Makah dan Hunain. Ia menemani Rasulullah saww disaat-saat itu. [13]Dia mempunyai kebiasaan setiap bulan menzirahi makam para Syuhada di bukit Uhud, dan mengucapkan salam untuk mereka. [14]

 

Ummu Salamah dan Ahlul bayt as

Ummu Salamah disebutkan sentiasa bersama dengan Ahlul bayt as. Menurut riwayat, setelah wafatnya Rasulullah saww dia termasuk salah seorang pembela dan pendukung Ahlul bayt as. Dia membela dan berada di pihak Sayidah Fatimah sa ketika Abu Bakar mengingkari adanya warisan untuk Fatimah sa dan menolak memberikannya. [15]

 

Menolak Perang Jamal

Pasca terbunuhnya Khalifah Utsman, dan terjadinya peristiwa Perang Jamal yang dipimpin oleh Aisyah yang didukung oleh Thalhah dan Zubair, awalnya Aisyah juga mengajak Ummu Salamah, namun dia menolaknya. [16] Sewaktu Aisyah menyesali perbuatannya, Imam Ali as mengutus putera Ummu Salamah, iaitu Umar bin Abi Salamah untuk berkhidmat kepada Aisyah. Setelahnya, Amirul Mukminin as mengangkat Umar bin Abi Salamah menjadi gabenor di Bahrain, kemudian menjadi gabenor di Fars. Menurut sejumlah riwayat, ia juga menjadi gabenor Hulwan, Mah dan Masbadzan. [17]

 

Kecintaan kepada Imam Hussein as

Kecintaannya kepada Ahlulbait as sampai kesegenap jiwanya. Dia turut mengasuh dan membesarkan Imam Hussein as di masa kecilnya. [18] Sewaktu berita mengenai syahidnya Imam Hussein as sampai ke telinganya, dia sangat bersedih dan larut dalam kedukaan. Diriwayatkan atas kesedihannya itu, dia melakukan majlis duka. [19]

 

Ummu Salamah dan Peristiwa Karbala

Sebelum Imam Hussein as melakukan perjalanan ke Kufah untuk menyelamatkan agama datuknya [20] Menurut sejumlah riwayat, Rasulullah saww pernah menyerahkan segenggam tanah Karbala kepada Ummu Salamah yang kemudian disimpannya di dalam sebuah kaca. Nabi Muhammad saww bersabda, “Sewaktu kau melihat tanah ini berubah menjadi genangan darah, ketahuilah puteraku Hussein telah terbunuh.”

 

Suatu hari, Ummu Salamah melihat Nabi Muhammad saww dalam mimpinya, yang datang menemuinya dengan wajah penuh rasa sedih dan pakaian penuh dengan debu. Nabi saww berkata kepadanya, “Aku datang dari Karbala dan telah menguburkan para syuhada.” Seketika itu juga, Ummu Salamah terbangun dari tidurnya dan melihat ke kaca tempat dia menyimpan tanah Karbala pemberian Rasulullah saww. Tanah tersebut telah berubah menjadi genangan darah dan saat itu juga Ummu Salamah faham dengan peristiwa yang sedang terjadi, iaitu Imam Husein as telah syahid di Karbala. Menyedari hal itu, Ummu Salamah pun menangis dengan penuh kesedihan. Hal itu mengundang kedatangan para tetangganya dan menanyakan apa yang terjadi. Ummu Salamah pun kemudian menjelaskannya. Hari itu juga penduduk Madinah mengadakan majlis kesedihan untuk Imam Husein as. [21] Peristiwa ini dalam riwayat dikenali dengan istilah Hadis Qarura.

 

Penentangannya terhadap Muawiyah

Pasca perdamaian Imam Hassan as dengan Muawiyah, Ummu Salamah meminta Jabir bin Abdullah al-Anshari dan saudara sepupunya untuk membaiat Muawiyah dengan tujuan agar keselamatan keduanya terjamin. [22] Meski demikian Ummu Salamah sendiri tidak berdiam diri dengan keadaan tersebut. Sewaktu Muawiyah memerintahkan kepada para khatibnya melaknat Imam Ali as di mimbar-mimbar, dia menulis surat kepada Muawiyah yang berisi kecamannya terhadap tindakan Muawiyah tersebut. [23]

 

Wafat

Mengenai tahun wafatnya Ummu Salamah terdapat perbezaaan pendapat. Pelbagai pendapat itu menyebutkan, bahawa dia wafat sekitar tahun 59 H sampai 62 H. [24] Namun pendapat yang kuat adalah yang menyebutkan dia wafat pada tahun 62 H. Sebab terdapat sejumlah riwayat yang menyebutkan dia masih hidup saat peristiwa Asyura berlangsung. [25]Disebutkan Ummu Salamah di antara isteri Nabi saww yang terakhir wafat.

 

Mengenai Ummu Salamah, daripada puteranya Umar diriwayatkan sewaktu wafat usianya sekitar 84 tahun. [26] Ummu Salamah dimakamkan di Pemakaman Baqi bersama dengan pembesar-pembesar Islam lainnya. [27]

 

Musnad Ummu Salamah

Ummu Salamah meriwayatkan banyak hadis daripada suaminya Rasulullah Saww yang dapat ditemui dalam banyak kitab hadis baik daripada Sunni mahu pun Syiah. Disebutkan hadis yang diriwayatkan sekitar 378 hadis, yang dikumpulkan dalam sebuah kitab yang diberi nama Musnad Ummu Salamah. [28]

 

Di antara hadis yang diriwayatkan Ummu Salamah yang terdapat dalam kitab hadis Sunni dan Syiah adalah seperti berikut:

 

Penyebab turunnya ayat Tathir [29] iaitu hadis Kisa [30]

Hadis mengenai peristiwa Karbala dan syahidnya Imam Husein. [31]

Ummu Salamah demikian pula suaminya Abu Salamah bin Abdul Asad meriwayatkan sejumlah hadis yang disampaikan Sayidah Fatimah az-Zahra sa. [32]

 

Ummu Salamah yang Terpercaya

Sewaktu Imam Hussin as berniat hendak keluar dari kota Madinah, simpanan Ahlul bayt as diserahkan kepada Ummu Salamah untuk dijaga. Sekembalinya Imam Sajjad as dari Karbala, Ummu Salamah menyerahkan kembali apa yang diamanahkan oleh Imam Husein as . Hal tersebut menunjukkan, posisi Ummu Salamah di mata Ahlul bayt as, iaitu sebagai orang yang dapat dipercayai. [33]

 

Catatan Kaki

1.Bukhari Muhammad, al-Tarikh al-Shagir, jld.1, hlm. 28.

2.Dzahabi Muhammad, Siyar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 202.

3.Dzahabi Muhammad, Siyar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 201-2012.

4.Riyahin al-Syari’ah, Muhallati, jld. 4, hlm. 375.

5.Ibnu Sa’ad Muhammad, al-Thabaqat al-Kubra, jld. 8, hlm. 86; Ibnu Habib Muhammad, al-Muhbar, jld. 1, hlm. 83.

6.Dzahabi Muhammad, Siyar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 202.

7.Bukhari Muhammad, al-Tarikh al-Shagir, jld. 1, hlm. 28.

8.Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabawiah, jld. 1, hlm. 334.

9.Ibnu Hisyam, Sirah al-Nabawiah, jld. 1, hlm. 469.

10.Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 203-204.

11.Shaduq, al-Khishal, jld. 2, hlm. 419.

12.Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2.

13.Waqidi Muhammad, al-Maghazi, jld. 2, hlm. 467.

14.Waqidi Muhammad, al-Maghazi, jld. 1, hlm. 314.

15.Ibnu Rustum Thabari Muhammad, Dalail al-Imamah, jld. 1, hlm. 39.

16.Ya’qubi Ahmad, Tarikh, jld. 2, hlm. 78; Ibnu Qutaibah, Imamah wa al-Siyasa, jld. 1, hlm. 57-58; Ibnu Abi Thahir Thaifur Ahmad, Balaghat al-Nisa, jld. 1, hlm, 15-16; Ibnu Abdur Rabbah Ahmad, al-‘Aqad al-Faraid, jld. 4, hlm. 316-317; Ibnu Babawaih Muhammad, Ma’ani al-Akhbar, jld. 1, hlm. 357.

17.Baladzuri Ahmad, Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 430; Thabari, Tarikh, jld. 4, hlm. 451-452.

18.Ibnu Hamzah Abdullah, al-Tsaqib fi al-Manaqib, jld. 1, hlm. 330.

19Ibnu Atsir Ali, Usd al-Ghabah, jld. 2, hlm. 22.

20.Bihar al-Anwar, jld. 26, hlm. 209; Ushul al-Kafi, jld. 1, hlm. 235; Itsbat al-Hidayah, jld. 5, hlm. 216.

21.Bihar, jld. 45, 227 dan 232, jld. 44, hlm. 225, 231, 236, 239; Itsbat al-Hidayah, jld. 5, hlm. 192; Shaduq, Amali, , hlm. 120.

22.Bukhari Muhammad, al-Tariqh al-Saqir, jld. 1, hlm. 141; Watsaqafi Ibrahim, al-Gharat, jld. 1, hlm. 415; al-Ikhtishash, yang dinisbatkan kepada Syaikh Mufid, jld. 1, hlm113-116.

23.Ibnu Abdu Rabbah Ahmad, al-‘Aqad al-Faraid, jld. 4, hlm. 366; Khatib Baghdadi Ahmad, Tarikh Baghdad, jld. 7, hlm. 401.

24.Waqidi Muhammad, al-Maghazi, jld. 1,hlm. 344; Ibnu Sa’ad Muhammad, al-Thabaqat al-Kubra, jld. 4, hlm. 341; Ibnu Abd al-Barra Yusuf, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashhab, jld. 4, hlm. 1921; Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 207; Ibnu Jauzi Abdurrahman, Sifat al-Shafwah, jld. 2, hlm. 42.

25.Al-Hur al-Amili Muhammad, Wasail al-Syiah, jld. 20, hlm. 143; Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 207.

26.Ibnu Sa’ad Muhammad, al-Thabaqat al-Kubra, jld. 8, hlm. 96; Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 202.

27.Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 209; Ibnu Abd al-Barr Yusuf, al-Isti’ab fi Ma’rifah al-Ashhab, jld. 4, hlm. 1921.

28.Dzahabi Muhammad, Siar A’lam al-Nubala, jld. 2, hlm. 210; Ahmad bin Hanbal, Musnad, jld. 6, hlm. 289-324.

29.Surah al-Ahzab: 33.

30.Kitab Sulaim bin Qais, riset: Alawi Hasani Najafi, jld. 1, hlm. 59-60; Ahmad bin Hanbal, Musnad, jld. 6, hlm. 292-296-298; Tahbarani Sulaiman, al-Mu’jam al-Kabair, jld. 3, hlm. 46-49; Hakim Naisyaburi Muhammad, al-Mustadrak al-Sahihain, jld. 3, hlm. 146.

31.Khashaibi Husain, al-Hidayah al-Kubra, jld. 1, hlm. 203-204; Mas’udi Ali, Itsbat al-Washiah, jld. 1, hlm 141; Ibnu Abdu Rabbah Ahmad, al-‘Aqad al-Faraid, jld. 4, hlm. 383; Ya’qubi Ahmadi, Tarikh, jld. 2, hlm. 182-183.

31.Ibnu Hajar al-Asqalani Ahmad, Tahdzib al-Tahdzhib, jld. 12, hlm. 456; Hakimi Muhammad Ridha, A’yan al-Nisa, jld. 1, hlm. 627-628; Ibnu Asakir Abdurrahman, Kitab al-Arbai’in fi Manaqib Ummahat al-Mu’minin, jld. 1,hlm. 71, 74 dan 104.

33.Al-Hur al-Amili Muhammad, Wasail al-Syiah, jld. 20, hlm. 143.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *