Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 19 – Qadha’ dan Qadar ( Bhgn. 2 )

 

Pelbagai pengaruh daripada Sebab yang Berbeza-beza

Dapat kita gambarkan adanya pengaruh beberapa sebab yang berbeza-beza terhadap kejadian suatu makhluk melalui beberapa keadaan:

Pertama, beberapa sebab secara serempak dan bersama-sama memberikan pengaruh atas sesuatu. Contohnya, berkumpulnya biji dan air, panas dan lainnya yang menyebabkan terbelahnya biji tersebut dan keluarnya tumbuhan.

Kedua, beberapa sebab saling bergantian pengaruhnya. Setiap sebab ini memberikan pengaruh ke atas sesuatu sedemikian rupa sehingga panjang usianya terbahagi sesuai jumlah sebab-sebab itu, dan setiap bahagiannya merupakan akibat daripada sebab-sebab yang pada gilirannya memberi pengaruh juga. Contohnya, beberapa mesin yang hidup secara bergilir-gilir dan menjadi sebab bergeraknya sebuah pesawat.

Ketiga, setiap sebab mempengaruhi sebab yang lain secara teratur dan berturutan seperti perlanggaran beberapa biji bola, dimana setiap bola itu melanggar yang lainnya sehingga sebiji bola menjadi sebab pada gerakan yang lain, dan bola itulah yang menimbulkan gerakan berantai, satu sama lainnya saling mempengaruhi dan menggerakkan yang lain, secara teratur dan berturutan. Atau contohnya, kalau kita perhatikan pengaruh kehendak manusia dalam menggerakkan tangannya dan pengaruh tangan dalam menggerakkan sebuah pen dan pengaruh pen dalam kejadian tindakan menulis.

Keempat, pengaruh yang muncul daripada beberapa sebab menegak (thuli), di mana wujud setiap sebab itu bergantung kepada wujud sebab lainnya. Ini berbeza dengan keadaan tiga di atas tadi, di mana wujud pen tidak mempunyai hubungan dengan wujud tangan dan wujud tangan juga tidak berhubungan dengan kehendak manusia.

Pada semua keadaan ini, boleh terjadi berkumpulnya (pengaruh) beberapa sebab pada satu akibat. Tidak sekadar boleh (baca: mungkin) terjadi perkumpulan ini, akan tetapi mesti terjadi. Dan pengaruh kehendak Allah dan kehendak manusia dalam perbuatan yang bersifat sengaja dan berkehendak bebas itu termasuk ke dalam keadaan terakhir, iaitu keadaan keempat. Kerana sesungguhnya wujud manusia dengan kehendaknya itu berhubungan erat dengan kehendak Allah swt.

Adapun gambaran yang tidak mungkin terjadi, iaitu berkumpulnya beberapa sebab pada satu akibat, ialah berkumpulnya dua sebab pengada (dengan pengertian yang telah lalu), atau berkumpulnya dua sebab bagi memberikan pengaruh yang sama secara sejajar atau berganti-ganti, pada satu  akibat. Seperti dalam andaian satu kehendak yang muncul daripada dua subjek (pelaku) yang sama-sama berkehendak, atau satu fenomena yang bersandar kepada dua kelompok sebab yang kedua-duanya merupakan sebab lengkap sempurna (illah tammah).

 

Jawapan atas keraguan

Berdasarkan penjelasan di atas, jelas bahawa penyandaran kejadian perbuatan-perbuatan sengaja manusia itu kepada Allah swt. tidak bertentangan dengan penyandarannya kepada manusia itu sendiri, kerana dua penyandaran ini berada pada sisi yang lainnya, dan tidak ada percanggahan dan perlawanan di antara keduanya.

Dengan kata lain, penyandaran suatu perbuatan kepada manusia sebagai pelaku berada pada satu tahap. Sedangkan penyandaran perbuatan yang sama kepada Allah swt. berada pada tahap yang lebih tinggi. Pada tahap kedua inilah  keberadaan manusia sendiri, keberadaan materi yang terlibat dalam kejadian perbuatannya dan juga keberadaan sarana-sarana yang digunakan untuk menjayakan perbuatan tersebut, semua itu bersandar kepada Allah swt.

Dengan demikian, pengaruh kehendak manusia yang merupakan bahagian akhir daripada sebab lengkap/sempurna (illah tammah) terhadap perbuatannya itu tidaklah menafikan penyandaran seluruh bahagian-bahagian sebab sempurna kepada Allah swt. Kerana Dialah dzat yang memiliki seluruh kekuatan. Pada-Nyalah kekuatan untuk mewujudkan alam, manusia dan pelbagai jenis keadaan wujudnya. Dialah dzat yang menganugerahkan wujud kepada manusia secara terus-menerus, dan seluruh makhluk itu tidak terlepas daripada-Nya walau sekejap , dalam keadaan dan keadaan apa pun. Kerana, makhluk-makhluk ciptaannya itu tidaklah mandiri.

Atas dasar ini, perbuatan-perbuatan sengaja manusia itu sentiasa memerlukan dan bergantung kepada Allah swt., dan tidak mungkin keluar daripada kehendak Ilahi. Seluruh sifat-sifat makhluk, ciri-ciri khusus dan pelbagai kelebihannya serta batasan-batasannya selalu berhubungan dan bergantung kepada takdir dan qadha’ Allah swt.

Tidaklah seperti apa yang telah disebutkan di atas, bahawa seluruh perbuatan ini ada kalanya hanya bersandar kepada kehendak manusia, ada kalanya pula ia hanya bersandar kepada kehendak Allah saja. Sebab, dua kehendak ini tidak berada pada satu tahap, sehingga yang tidak mungkin lagi bertemu kedua-keduanya. Dua kehendak ini pun tidak mempunyai pengaruh dalam mewujudkan pelbagai perbuatan secara berganti-ganti.

Sesungguhnya kehendak manusia, sebagaimana asal keberadaan wujud dirinya sendiri, sentiasa berhubung dan bergantung kepada  kehendak Allah, dan sesungguhnya kehendak Allah swt. itu niscaya untuk terwujudnya kehendak manusia tersebut.

Allah swt. berfirman:

“Dan kalian tidak berkehendak melainkan Allah, pengatur alam semesta inilah yang berkehendak.” (Qs. At-Takwir: 29).

 

Manfaat Keyakinan  pada Qadha’ dan Qadar

Keyakinan pada qadha’ dan qadar, di samping merupakan peringkat yang tinggi dalam ma’rifatullah dan mendorong manusia menuju kesempurnaan insaninya,  secara praktikal menyimpan manfaat yang melimpah. Sebahagian manfaat ini telah kami kemukakan, dan berikut ini akan  kami jelaskan sebahagian lainnya.

Kaum mukmin yang meyakini bahawa setiap kejadian tidak boleh terlepas daripada kehendak Allah Yang Bijak, dan semua kejadian itu bersumber daripada takdir dan qadha’ Ilahi, dia tidak akan merasa takut menghadapi peristiwa yang menyakitkan. Dia tidak akan pernah berputus asa. Ketika dia merasa yakin bahawa kejadian-kejadian itu merupakan sebahagian daripada aturan alam Ilahi Yang Bijak, pasti akan wujud sesuai dengan kemaslahatan dan kebijaksanaan, maka dia akan menerimanya dengan lapang dada. Kerana dengan jalan ini seorang mukmin akan sampai kepada sifat-sifat yang terpuji seperti: sabar, tawakal, ridha, dan sebagainya.

Demikian pula hati seorang mukmin tidak akan terkait dan tidak akan tertipu oleh dunia, dan tidak akan bangga dengan kesenangannya. Dia tidak akan ditimpa penyakit sombong. Dan dia tidak akan menjadikan nikmat Ilahi sebagai sarana untuk mencapai status sosial.

Allah swt. menyentuh manfaat-manfaat besar ini melalui ayat-Nya:

“Tidak ada suatu bencana apa pun yang menimpa di muka bumi ini dan tidak pula pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab lauh mahfuz, sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kami jelaskan yang demikian itu agar kalian tidak berduka cita daripada apa yang lepas daripada diri kalian dan supaya kalian jangan terlalu bergembira terhadap apa yang diberikan-Nya terhadap kalian dan Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Qs. Al-Hadid: 22-23).

Hendaklah kita berusaha menghindari pengaruh-pengaruh yang berlipat ganda daripada penafsiran yang menyimpang terhadap masalah qadha’, qadar dan tauhid dalam kemandirian pengaruh Allah. Kerana penafsiran yang keliru atas masalah-masalah tersebut akan mengakibatkan jemu, kemalasan, kepasrahan di hadapan tindakan kezaliman dan kejahatan penguasa zalim, serta lari daripada tanggung jawab. Kiranya perlu kita ketahui bahawa sesungguhnya kebahagiaan dan kesengsaraan abadi manusia hanyalah dapat diusahakan melalui perbuatan bebas dan sengaja manusia itu sendiri. Allah swt. berfirman:

“Sesungguhnya ia akan mendapat pahala daripada perbuatan baik yang dia lakukan dan dia akan mendapat siksa daripada perbuatan buruk yang dia kerjakan pula.” (Qs. Al Baqarah:286)

“Dan manusia tidak akan mendapat balasan apa-apa melainkan apa yang telah dia usahakan sendiri.” (Qs. An-Najm :39).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *