Ja'dah (atau Ju'dah) binti Asy'ats bin Qais al-Kindy (bahasa Arab: جَعدة (أو جُعدة) بنت الاَشعَث بن قَيس الكندي adalah isteri Imam Hassan al-Mujtaba as, yang dengan konspirasi dan rayuan Muawiyah dia meracuni Imam al-Mujtaba as dan membuatnya syahid. Darinya Imam Hassan as tidak memiliki anak keturunan. Ada pelbagai riwayat yang menjelaskan tentang bagaimana dan mengapa Imam Hassan bernikah dengannya.

Ja’dah binti Asy’ats bin Qais

Ja’dah (atau Ju’dah) binti Asy’ats bin Qais al-Kindy (bahasa Arab: جَعدة (أو جُعدة) بنت الاَشعَث بن قَيس الكندي  adalah isteri Imam Hassan al-Mujtaba as, yang dengan konspirasi dan rayuan Muawiyah dia meracuni Imam al-Mujtaba as dan membuatnya syahid. Darinya Imam Hassan as tidak memiliki anak keturunan. Ada pelbagai riwayat yang menjelaskan tentang bagaimana dan mengapa Imam Hassan bernikah dengannya.

 

Nama, Kelahiran dan Keturunan

Dalam sejarah, tidak disebutkan tentang kelahiran Ja’dah, namun di sana dinukilkan tentang nasab keturunannya. Ayahnya yang bernama, Asy`ats bin Qais al-Kindy, adalah salah seorang tokoh paling terkenal di masa permulaan Islam dan ibunya, Ummu Farwah, saudara perempuan Abu Bakar. [1]

Abu al-Faraj Isfahani mengutip nama-nama seperti Sakinah, Sya’tsa’a dan Aisyah sebagai namanya, namun nama yang sebenarnya disebutkan adalah Ja’dah. [2]

 

Bagaimana menikah dengan Imam Hassan as

Baladzuri menulis tentang peranan kemunafikan Asy’ats dalam pernikahan ini: Imam Ali as meminang puteri Said bin Qais yang bernama “Ummu Imran” untuk puteranya Hassan as. Said bermusyawarah dengan saudaranya Asy’ats dan menceritakan kepadanya apa yang terjadi. Asy’ats dengan kecerdikannya berbicara kepada Said, “Jadi, bukankah akan lebih baik jika engkau memberikannya kepada puteraku Muhammad, sebagai sepupunya?” Dengan cara ini, Asy’ats telah mengkhianatinya ketika bermusyawarah, dan kemudian menawarkan puterinya sendiri Ja’dah untuk dinikahi oleh Imam Hassan as. [3]

Menurut catatan riwayat sejarah, pernikahan Imam Hassan as dengan Ja’dah terjadi pada masa pemerintahan Imam Ali as dan ianya terjadi di Kufah, kerana dalam sebahagian penukilan, Asy’ats memanggil Imam Ali as dengan panggilan “Amirul Mukminin” [4] dan daripada sisi lain Asy’ats di masa Utsman, adalah penguasa Azerbaijan, dan kemudiannya meletak jawatan setelah perang Jamal dan datang ke Kufah. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa acara meminang ini terjadi di Kufah antara tahun 36 dan 40 H. [perlu rujukan] Ja’dah sampai akhir hayatnya menjadi isteri Imam Hassan as. [perlu rujukan]

 

Anak-anak Imam Hassan as dari Ja’dah

Dalam sejarah, tidak disebutkan adanya anak keturunan hasil daripada pernikahan Imam Hassan as dan Ja’dah. Syeikh Mufid dalam menghitung anak keturunan Imam Hassan as, dia menyebutkan bahawa Imam Hassan memiliki lapan anak lelaki dan tujuh anak perempuan yang nama Ja’dah tidak disebutkan sebagai salah seorang daripada ibu-ibu mereka. [5]

 

Pembunuhan Imam Hassan as

Menurut keterangan Syiah dan Sunni, Ja’dah adalah faktor utama dalam kesyahidan Imam al-Mujtaba as. Sakhawi dengan mengutip daripada Ibnu Abdul Barr berkata: Ja’dah meracuni Imam Hassan as disebabkan rasa dengki yang dia miliki terhadapnya. [6]

Sumber-sumber Syiah mengatakan bahawa Muawiyah dengan konspirasi dan ketamakannya telah menggoda dan merayu Ja’dah dengan harta dan menjanjikan pernikahan dengan anaknya Yazid supaya memberi racun kepada Imam Hassan as. [7]

Sebahagian juga menulis bahawa Muawiyah sendiri yang memberi racun kepada Ja’dah untuk meracuni Imam as. [8]

Qutub Rawandi menukil sebuah riwayat bahawa Imam as setelah meminum minuman beracun, beliau as melaknat dan mengutuk Ja’dah. [9]

Kulaini menukil sebuah riwayat bahawa Imam Shadiq as berkata: Asy’ats bin Qais memiliki saham dalam pembunuhan Amirul Mukminin as, dan puterinya Ja’dah telah meracuni Hassan bin Ali as dan Muhammad, putera Asy’ats juga telah turut serta dalam mesyahidankan Hussein ibn Ali as. [10]

 

Ja’dah Setelah Kesyahidan Imam Hassan as

Abu al-Faraj menulis: Muawiyah menepati sejumlah wang yang dia janjikan kepada Ja’dah dan mengirimkannya seratus ribu dirham, namun untuk pernikahan dengan Yazid, dia tidak mempersetujuinya. [11] Muawiyah berkenaan dengan hal ini berkata, “Saya kuatir dengan apa yang kamu lakukan dengan meracuni putera Rasululullah saww juga akan kau lakukan kepada anakku.” [12]

 

Pernikahan-pernikahannya Setelah Imam Hassan as

Menurut sumber-sumber sejarah, Ja’dah setelah Imam Hassan as, dia telah bernikah sebanyak dua kali. Pertama dia menikah dengan Ya’qub bin Talhah bin Ubaidillah [13] dan melahirkan tiga anak lelaki, Ismail, Ishak dan Abu Bakar, yang mana Ismail dan Ishak meninggal dunia semasa ayah mereka masih hidup. [14] Setelah terbunuhnya Ya’qub bin Talhah di Perang Harrah pada tahun 63 H, [15] [16] dia bernikah lagi dengan Abbas bin Abdullah bin Abbas, putera sulung Ibnu Abbas dan daripada suami tersebut dia melahirkan seorang anak lelaki bernama Muhammad dan seorang anak gadis bernama Qaribah, dan daripada keduanya pun dia tidak memiliki generasi keturunan. [17]

Anak keturunan Ja’dah disebut dengan “Bani Masammatul Izdiwaj” yaitu anak keturunan daripada seorang wanita yang meracuni suami-suaminya. [18] [19]

 

Puisi Najasyi tentang Ja’dah

Qais bin Amr bin Malik, yang dikenali sebagai Najasyi daripada para penyair Syiah, dalam mengutuk Ja’dah, telah menulis bait-bait qasidah yang dimuatkan dalam buku-buku sejarah. [20] [21]

 

Catatan Kaki

1.Ibnu A’tsam, Kitab al-Futuh, jld.1, hlm.68.

2.Abu al-Faraj Isfahani, Maqātil al-Thālibin, hlm.32.

3.Baladzuri, Ansāb al-asyrāf, jld.3, hlm.14-15.

4.lihat: Ibnu Asakir, Tārikh Madinah Dimasyq, jld.9, hlm.138-139.

5.Mufid, al-Irsyād, jld.2, hlm.20.

6.Sakhawi, al-Tuhfah al-Lathifah, jld.1, hlm.283.

7.Mufid, al-Irsyād, jld.2, hlm.16.

8.Thabrasi, al-Ihtijāj, jld.2, hlm.13.

9.Rawandi, al-Kharāij wa al-Jarāih, jld.1, hlm.242.

10.Kulaini, Ushul Kāfi, jld.8, hlm.167.

11.Abu al-Faraj Isfahani, Maqātil al-Thālibin, hlm.48.

12.Ibnu Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, jld.16, hlm.11.

13.Baladzuri, Ansāb al-Asyrāf, jld.3, hlm.15.

14.Ibnu Saad, Thabaqāt Kubra, jld.5, hlm.165.

15.Zarkili, al-A’lam, jld.8, hlm.199.

16.Ibnu Hibban, al-Tsiqāt, jld.5, hlm.553.

17.Ibnu Saad, Thabaqāt Kubra, jld.5, hlm.315.

18.Mufid, al-Irsyād, jld.2, hlm.16.

19.Ibnu Abil Hadid, Syarh Nahjul Balaghah, jld.16, hlm.49.

20.Ibnu Asakir, Tārikh Madinah Dimasyq, jld.13, hlm.284.

21.Mizzi, Tahdzib al-Kamāl, jld.6, hlm.253.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *