Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 16 – Tauhid kepada Allah

Pengenalan

Pada pelajaran sebelumnya, telah kita buktikan kemestian adanya Tuhan Pencipta alam semesta, Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Kuasa. Dialah yang menciptakan, memelihara dan mengatur alam semesta. Pada pelajaran terakhir, juga kami telah memaparkan pandangan dunia Materialisme terhadap alam semesta. Dan melalui catatan kritikan kami terhadap beberapa pandangan tersebut, menjadi jelas bagi kita bahawa kemestian adanya alam semesta tanpa Tuhan adalah kemestian yang tidak resional dan penafsiran yang tidak mungkin dapat diterima.

Selanjutnya, kami akan membahaskan tema Tauhid, sekaligus menyanggah pandangan dan keyakinan orang-orang musyrik.

Ahli sosiologi mengajukan pelbagai pandangan mengenai perkembangan keyakinan-keyakinan syirik dalam masyarakat yang sentiasa mengalami perubahan silih-berganti. Akan tetapi, pandangan dan penafsiran itu  tidak berdasarkan dalil yang sah.

Ada kemungkinan faktor pertama kecenderungan syirik dan keyakinan pada banyaknya tuhan adalah ketika seseorang melihat beragamnya realiti-realiti di langit dan bumi. Dari itulah mereka berkeyakinan bahawa setiap bahagian realiti tunduk di bawah pengaturan Tuhan tertentu. Sebahagian daripada mereka percaya bahawa seluruh kebaikan bersumber daripada Tuhan kebaikan, dan seluruh keburukan berasal daripada Tuhan keburukan. Dari sinilah mereka yakin bahawa alam semesta ini memiliki dua sumber wujud dan pencipta.

Demikian pula pengamatan mereka terhadap pengaruh sinar matahari, bulan dan bintang-bintang terhadap realiti bumi, sehingga  mereka –dari satu sisi–memandang bahawa benda-benda tersebut memiliki suatu bentuk pengaturan terhadap apa yang ada di bumi. Dari sisi lain, kecondongan manusia untuk menyembah sembahan yang dapat dikesan oleh panca indera mendorong mereka untuk membuat pelbagai lambang dan simbol bagi tuhan-tuhan yang mereka anggap untuk kemudiannya mereka sembah. Lambang itu lambat laun mendarah daging di hati orang-orang yang fikirannya lemah. Selanjutnya, setiap bangsa bahkan suku kaum membuat ritual keagamaan tertentu –sesuai dengan anggapan mereka– untuk menyembah lambang tersebut. Dengan cara itulah mereka  dapat memenuhi desakan fitrah (menyembah Allah) daripada dalam diri mereka.

Lebih daripada itu, mereka pun memenuhi tuntutan-tuntutan haiwani dan hawa nafsunya dalam bentuk kesucian agama. Sebahagian daripada ritual-ritual keagamaan tersebut masih berlanjut sehingga sekarang, yang disertai dengan pelbagai jenis tarian, nyanyian, minum khamar-arak, hubungan seks dan perilaku haiwani lainnya yang semuanya mewarnai suasana ritual keagamaan para penyembah lambang tersebut.

Di samping itu, adanya tujuan para penguasa zalim, sombong dan tamak, yang sengaja ingin memanfaatkan keyakinan dan pemikiran masyarakat awam demi memenuhi tujuan busuk mereka, mengukuhkan dan memperluaskan daerah kekuasaan mereka. Untuk tujuan itulah mereka menebarkan keyakinan-keyakinan syirik, menurunkan pengaturan alam di bawah kuasa mereka, dan menjadikan raja-raja yang zalim sembahan dan sebahagian daripada upacara keagamaan. Kenyataan ini nampak begitu jelas pada raja-raja dan sultan-sultan di Cina, India, Iran, Mesir dan negeri-negeri yang lain.

Dengan itu, keyakinan-keyakinan dan dasar-dasar syirik itu sudah tumbuh di kalangan umat manusia kerana faktor yang beragam. Lalu, keyakinan-keyakinan itu tersebar luas sehingga menjadi kekangan dan halangan bagi proses kesempurnaan hakiki umat manusia; proses yang hanya dapat dicapai melalui ajaran Ilahi dan Tauhid. Maka, para nabi mengerahkan sebahagian besar tenaganya untuk membanteras syirik, sebagaimana konfrontasi antara hak dan batil ini banyak disebut oleh al-Qur’an.

Pada dasarnya, keyakinan-keyakinan dan dasar-dasar syirik itu tertumpu pada kepercayaan adanya pengatur alam selain Allah. Di samping itu, banyak kaum musyrik yang percaya bahawa pencipta alam semesta adalah satu. Telah nyata bahawa mereka mempercayai konsep Tauhid dalam penciptaan. Namun pada waktu yang sama, mereka juga meyakini adanya tuhan-tuhan sebagai pengatur alam secara mandiri, dan mereka juga menamakan Tuhan Pencipta sebagai “Tuhan di atas tuhan-tuhan pengatur”.

Sebagian mereka menganggap bahawa tuhan-tuhan pengatur itu adalah malaikat. Musyrikin Arab percaya bahawa tuhan-tuhan pengatur itu adalah puteri-puteri Allah, sebahagian lain percaya bahawa mereka itu adalah jin, ada pula yang percaya bahawa mereka itu adalah ruh bintang-bintang atau ruh orang-orang terdahulu atau bentuk-bentuk maujud yang abstrak.

Pada pelajaran 10, kami telah mengisyarahkan adanya kaitan yang erat antara penciptaan (Khaliqiyah) dan pengaturan (Rububiyah) yang hakiki. Sehingga keimanan pada penciptaan dan pengaturan itu tidak dapat dipisahkan sama sekali, dan keimanan pada Allah sebagai pencipta tidak sejalan dengan kepercayaan kepada selain Allah sebagai pengatur. Mereka yang memiliki keyakinan seperti ini belum menyedari adanya perlawanan di dalamnya. Untuk menyan-gah keyakinan mereka, cukuplah dengan menjawab point yang berlawanan tersebut.

Sebenarnya banyak sekali dalil atas Tauhid kepada Allah yang telah dipaparkan di pelbagai kitab Teologi dan Falsafah. Di sini, kami hanya akan membawakan satu dalil yang secara langsung menunjukkan Tauhid dalam pengaturan, sekaligus menyanggah keyakinan-keyakinan kaum musyrik.

 

Hujah Tauhid kepada Allah

Sesungguhnya kemestian banyaknya tuhan bagi alam semesta ini tidak lari daripada andaian berikut ini: Pertama: Kita meyakini bahawa Mestilah setiap realiti alam ini merupakan akibat dan diciptakan oleh semua tuhan tersebut.

Kedua: Setiap unit atau kelompok realiti alam ini adalah akibat dan diciptakan oleh satu di antara tuhan-tuhan.

Ketiga: semua realiti di alam ini diciptakan oleh Tuhan Yang Esa, sementara tuhan-tuhan yang lain berperanan sebagai pengatur mereka.

Andaian bahawa setiap realiti alam ini memiliki banyak tuhan sebagai pencipta adalah mustahil. Sebab, keyakinan ini bererti kita akui mestilah ada dua tuhan atau lebih sebagai pencipta (baca: sebab-pewujud). Yakni, setiap tuhan itu memberi wujud kepada setiap realiti alam. Kesannya,  setiap realiti itu memiliki tuhan-tuhan sebanyak bilangan yang diandaikankan, sementara setiap realiti hanya memiliki satu wujud sahaja. Kerana jika tidak sedemikian, setiap realiti tidak lagi hanya satu.

Adapun andaian bahawa setiap tuhan menciptakan satu makhluk atau sekelompok makhluk tertentu, bererti bahawa masing-masing makhluk itu bergantung hanya kepada  penciptanya sahaja dan tidak perlu kepada maujud yang lain, kecuali dalam hal-hal yang keperluannya itu berakhir kepada penciptanya. Dan ini merupakan keperluan yang khas bagi makhluk-makhluknya.

Dengan kata lain, andaian kedua itu melazimkan pula adanya sistem yang banyak di dalam alam, dan setiap sistem itu mandiri dan terpisah daripada yang lain, padahal alam ini hanya memiliki satu sistem. Sebagaimana terdapat hubungan di antara realiti-realiti alam pada satu zaman, yang setiap mereka perlu kepada yang lain. Kenyataan ini menunjukkan bahawa ada hubungan di antara realiti-realiti sebelumnya dengan realiti-realiti yang sedang berlangsung. Demikian juga antara realiti-realiti yang sedang berlangsung dengan yang berikutnya dan setiap realiti yang lalu merupakan prasyarat bagi wujud berikutnya. Dengan begitu, alam yang terdiri daripada bahagian-bahagian ini saling berhubungan dan berkait diatur oleh satu sistem yang tidak mungkin sebagai akibat daripada beberapa sebab pengada.

Adapun andaian bahawa pencipta seluruh makhluk adalah Tuhan Yang Esa, sedangkan tuhan-tuhan yang lain bertugas mengatur alam, tidaklah benar. Kerana seluruh wujud dan aktiviti setiap akibat itu bergantung kepada sebab yang mengadakannya, dan tidak ada celah bagi maujud mandiri apa pun untuk ikut campur dalam urusan tersebut, selain interaksi antara sesama akibat-akibat daripada satu sebab; yang tentunya seluruh akibat ini tunduk kepada sebab pengada mereka, tidak keluar daripada wilayah kekuasaan-Nya, dan satu pun tidak akan terjadi kecuali dengan izin cipta-Nya.

Dengan demikian, tuhan-tuhan itu –selain Tuhan Pencipta dan Pewujud– bukan tuhan dalam erti yang sebenarnya. Kerana, makna Tuhan yang sebenarnya adalah Dzat yang dapat memperlakukan segala makhluk-Nya secara mandiri. Sedangkan pada andaian di atas, tuhan-tuhan itu tidak mandiri dalam pengaktifkan kekuasaan mereka, bahkan mereka itu adalah serpihan daripada rububiyah Pencipta Sejati dan menjadi aktif dengan kekuatan yang Dia berikan kepada mereka. Tanpa anugerah-Nya, segala aktiviti apa pun tidak akan terwujud.

Maka, andaian adanya tuhan-tuhan pengatur alam tidak menafikan Tauhid Rububiyah (tauhid dalam pengaturan), sebagaimana suatu penciptaan yang terjadi dengan izin Allah pun tidak menafikan Tauhid Khaliqiyyah-Nya. Di dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis, terdapat ungkapan yang menunjukkan ketetapan penciptaan atau pengaturan vertikal dan tidak mandiri pada sebahagian hamba-hamba Allah. Sekaitan dengan ehwal Nabi Isa a.s., Allah swt. berfirman:

“Dan ingatlah ketika kamu menciptakan dari tanah seperti bentuk burung dengan izin-Ku, kemudian kamu meniupkan padanya, lalu ciptaan itu menjadi burung (yang sebenarnya) dengan izin-Ku.”  (Qs. Al-Maidah: 110)

Di ayat lain Allah swt. berfirman:

“Dan (malaikat-malaikat) yang mengatur suatu urusan.” (Qs. An-Nazi’at: 5).

Alhasil, dugaan tentang kemungkinan adanya tuhan-tuhan bagi alam ini muncul daripada menyerupakan Allah dengan sebab-sebab material dan sebab-sebab penyiap, sehingga  dapat dikatakan bahawa tuhan itu boleh berbilang bagi satu akibat. Akan tetapi, kita tidak mungkin dapat menyerupakan sebab pewujud dengan sebab-sebab tersebut, atau mengandaikan diwujudkannya suatu akibat oleh sejumlah sebab pewujud dan sebilangan pengatur yang mandiri.

Jadi, untuk menyanggah dugaan tersebut, kita mesti berfikir lebih dalam tentang konsep sebab pengada dan ciri-ciri khasnya sehingga kita mengetahui kemustahilan berbilangnya sebab bagi satu akibat. Demikian pula  kita mesti memerhatikan saling terkaitnya sesama realiti alam, nampak  jelas bahawa sistem yang saling terpadu di alam semesta ini tidak mungkin diciptakan oleh banyaknya tuhan atau tunduk pada pengaturan banyaknya pengatur yang mandiri.

Dari penjelasan di atas menjadi jelas bahawa keyakinan terhadap wilayah takwiniyah (kekuasaan cipta) pada sebahagian hamba yang saleh tidak menafikan keimanan terhadap Tauhid. Akan tetapi, jangan sampai kita menafsirkan wilayah ini dengan makna penciptaan atau pengaturan yang mandiri. Sebagaimana keyakinan terhadap wilayah tasyri’iyah (kekuasaan hukum) pada Nabi saww. dan para imam maksum a.s. juga tidak menafikan pengaturan kekuasaan hukum Allah (tasyri’iyah Ilahiyyah). Kerana wilayah itu diwujudkan oleh Allah, dengan izin-Nya, dan bersumber dari-Nya.[]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *