Jausyan Kabir (Bahasa Arab: دعاء جوشن الکبیر ) adalah doa daripada Nabi Muhammad saww yang terdiri dari 100 bait yang memuat 1001 nama dan sifat Allah swt. Doa ini diajarkan Malaikat Jibril as kepada Nabi Muhammad saww. Dalam tradisi umat Islam Syiah, khususnya di Iran, membaca doa ini menjadi salah satu amalan untuk menghidupkan malam Lailatul Qadr pada bulan Ramahan. Menurut sejumlah riwayat, doa ini disunnahkan ditulis pada kain kafan.

Doa Jausyan Kabir

Jausyan Kabir (Bahasa Arab: دعاء جوشن الکبیر ) adalah doa daripada Nabi Muhammad saww yang terdiri dari 100 bait yang memuat 1001 nama dan sifat Allah swt. Doa ini diajarkan Malaikat Jibril as kepada Nabi Muhammad saww. Dalam tradisi umat Islam Syiah, khususnya di Iran, membaca doa ini menjadi salah satu amalan untuk menghidupkan malam Lailatul Qadr pada bulan Ramahan. Menurut sejumlah riwayat, doa ini disunnahkan ditulis pada kain kafan.

 

Peristiwa Turunnya Doa

Imam Sajjad as menukilkan daripada ayahnya, Imam Hussein as yang menukilkan daripada Imam Ali as dan Imam Ali as menukilkannya daripada Nabi Muhammad saww bahawa pada salah satu peperangan, Nabi Muhammad saww mengenakan baju besi yang berat sehingga menyukarkannya, kemudian malaikat Jibril as datang dan berkata, “Wahai Muhammad, Tuhanmu menyampaikan salam untukmu dan berfirman: Lepaskanlah baju besi itu dan sebagai gantinya bacalah doa ini sehingga kau dan umatmu akan aman.” [1] Pemberian nama doa ini dengan nama doa Jausyan Kabir (dengan erti baju besi yang besar) kerana berdasarkan perkara ini. Namun peristiwa ini dalam penceritaan sejarah tidak disebutkan. Doa Jausyan Kabir hanya terdapat dalam kitab al-Mishbah [2] dan al-Balad al-Amin [3] yang ditulis oleh Kaf’umi.

 

Kandungan Doa

Doa ini terdiri daripada 100 bait dan setiap bait terdiri daripada 10 asma (nama) daripada asma-asma Tuhan, kecuali pada bait ke-55 yang mencakupi 11 nama Tuhan. Oleh itu, secara keseluruhannya, doa ini memiliki 1001 nama Tuhan. [4] Pada akhir setiap bait ditutup dengan membaca:

 

أَنْتَ‏ الْغَوْثَ‏ الْغَوْثَ‏ خَلِّصْنَا مِنَ‏ النَّارِ یا رَبِّ  سُبْحَانَک‏ یا لَا إِلَهَ‏ إِلَّا

Pada kitab al-Balad al-Amin pada setiap permulaan bait diawali dengan بسم الله

dan pada akhir bait dengan:

سُبْحَانَک‏ یا لَا إِلَهَ‏ إِلَّا أَنْتَ‏ الْغَوْثَ‏ الْغَوْثَ‏ صَلِّ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ وَ خَلِّصْنَا مِنَ النَّارِ یا رَبِّ یا ذَا الْجَلَالِ و

الْإِکرَامِ یا أَرْحَمَ الرَّاحِمِینَ

 

Pada kitab Zad al-Amin pada permulaan bahagian, dijelaskan mengenai manfaat-manfaat membaca setiap bait doa Jausyan Kabir. Contohnya pada bait ke-3 dikatakan untuk mendapatkan pertolongan dan untuk memperluas rezeki dan pada bait ke-24 dikatakan untuk hal itu juga sedangkan pada bait ke-47 untuk mendapatkan cahaya pada hati dan mata. Pada doa ini, sebahagian besar mencakupi nama-nama Tuhan dan ibarat-ibarat lain yang berasal daripada Al-Quran dan disusun dalam satu himpunan, disamping memiliki sususan seperti puisi-puisi dan bait-baitnya, dalam sebahagian besar setiap baitnya memiliki kemiripan dalam dari sisi huruf akhir dan juga memiliki satu bentuk. [5]

 

Di antara Sifat-sifat yang Terjadi Pengulangan

Terdapat 6 sifat Tuhan yang diulang dalam doa-doa ini:

 

یا من لم یتخذ صاحبه و لا ولدا pada bait ke 62 dan 84

یا نافع pada bait ke 9 dan 32

یا من هو بمن رجاه کریم pada bait 8 dan 96

یا من هو بمن عصاه حلیم pada bait 18 dan 96

یا من فضله عمیم pada bait 48 dan 98

یا انیس من لا انیس له pada bait 28 dan 59

 

Kemungkinan pengulangan ini kerana adanya kesalahan dan perbezaan daripada naskah pertama, di mana pada naskah pertama telan berlaku pengulangan dan hal itu berulang juga pada sanad-sanad berikutnya.

 

Keutamaan

Berdasarkan riwayat, barang siapa yang membaca doa ini ketika dia keluar, maka Allah swt akan menjaganya dan akan memberikan pahala yang banyak kepadanya. Dan barang siapa yang menuliskan doa ini pada kain kafannya, maka dia akan bebas daripada azab kubur dan barang siapa yang membaca doa ini pada awal bulan Ramadan maka Allah akan mengurniakan kepadanya Lailatul Qadr dan barang siapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali dalam bulan Ramadan, maka dia akan dilindungi Allah selama hidupnya. [6]

 

Doa Jausyan Kabir termasuk doa terkenal yang dibaca oleh umat Islam Syiah pada Lailatul Qadar baik secara bersama-sama maupun sendiri.

 

Syarah-syarah

Ulama Syiah telah menulis syarah doa Jausyan Kabir. [7] Syarah paling terkenal adalah syarah yang ditulis oleh Mula Hadi Sabzawari. Syarah ini memiliki corak irfan dan falsafah. Ia menulis syarah doa Jausyan Kabir berdasarkan serpihan-serpihan yang ada, menggunakan syair-syair Farsi dan Arab serta untuk pembahasan-pembahasan lughawi (makna), beliau banyak menggunakan Kamus Lughah Firuz Abadi. Beliau juga membahaskan permasalahan dalam pelbagai tema seperti falsafah, irfan dan teologi. [8]

 

Catatan Kaki

1.Lihat: Kaf’umi, Al-Mishbāh, hlm. 246; Syaikh Abbas Qumi, Mafatih al-Jinan.

2.Kaf’umi, al-Mishbah, hlm. 247-260.

3.Al-Balad al-Amin, 544-558.

4.Silahkan lihat Al-Mishbāh, hlm. 247-260.

5.Silahkan lihat: Al-Misbāh, hlm. 247-260.

6.Al-Mishbāh, hlm. 247-246, khasyiyah.

7.Silahkan lihat: Agha Buzurg Tehrani, jld. 2, hlm. 66-67, jld. 5, hlm. 287, jld. 13, hlm. 247-248.

8.Syarah al-asma, Muqadimah Habibi, hlm. 33.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *