Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 15 – Analisis Materialisme Dialektika dan Kritikan ke atasnya

Materialisme Mekanika dan Dialektika

Materialisme memiliki pelbagai macam aliran. Setiap aliran menafsirkan fenomena alam ini dengan caranya masing-masing. Di awal era modern, kaum Materialisme –yang diilhamkan oleh ahli fizik Newton– menafsirkan fenomena alam ini sesuai dengan gerak mekanik, iaitu setiap gerak merupakan akibat daripada kekuatan penggerak tertentu, yang kemudiannya masuk ke dalam benda yang bergerak. Ertinya mereka menggambarkan bahawa alam ini merupakan mesin raksasa; yang kekuatan penggerak di dalamnya berpindah-pindah sehingga mengakibatkan gerakan seluruh mesin. Teori ini dinamakan Materialisme Mekanika.

Adanya pelbagai kelemahan pada pandangan ini membuka banyak tanggapan kritikan. Di antaranya, apabila setiap gerakan itu disebabkan oleh kekuatan luar, maka mesti diandaikan adanya kekuatan penggerak lain yang datang dari luar untuk menggerakkan materi pertama bagi alam semesta ini.  Hal ini membawa kita untuk beriman kepada maujud di balik materi, setidaknya sebagai sebab pada gerak awal yang terdapat pada alam materi ini.

Kritikan lain atas pandangan Materialisme Mekanika, ialah kekuatan mekanika hanya menjelaskan gerak-gerak posisif (wadh’i). Padahal fenomena alam semesta tidak mungkin dibatasi dengan perubahan posisi dan tempat. Oleh itu, kita mesti mengimani adanya sebab dan faktor lain untuk menafsirkan kemunculan seluruh fenomena alam ini. Kritikan-kritikan tersebut mendorong penganutnya mengkaji  faktor lain untuk menafsirkan adanya perubahan dan gerak pada alam ini. Paling tidak, mereka berusaha untuk menafsirkan sebahagian gerakan dengan penafsiran dinamika sehingga dapat mengandaikan adanya gerakan penting bagi materi tersebut.

Pendirian Materialisme Dialetika (Marx dan Engels) menilai bahawa faktor gerak tersebut adalah tadhad dakhili (kontradiksi internal) di dalam fenomena-fenomena materi. Dalam masalah ini, mereka menggunakan teori-teori falsafah Hegel. Di samping meyakini bahawa materi itu bersifat abadi, azali, tidak akan rosak, tidak dicipta, memiliki gerakan yang menyeluruh, dan adanya interaksi antara kejadian-kejadian alam, mereka pun mengajukan tiga prinsip untuk menjelaskan pandangan mereka:

 

1          Prinsip kontradiksi internal ( perlawanan dalaman )

2          Prinsip Mutasi, atau perubahan kuantiti (kam) kepada kualiti (kaif).

3          Prinsip penafian atas penafian (penyelapan atas penyelapan ), atau dinamika alami.

 

Berikut ini penjelasan sekaligus kritikan atas tiga prinsip tersebut.

 

Prinsip Kontradiksi Internal ( perlawanan dalaman )

Materialisme Dialetika percaya bahawa setiap benda tersusun daripada dua kontradiksi- dua yang berlawanan (tesis dan antitesis). Kontradiksi ini merupakan faktor utama bagi gerakan dan perubahan benda tersebut. Dalam pergelutan tesis dan antitesis, yang kedua ini dapat mengalahkan yang pertama sehingga muncullah materi baru yang disebut dengan sintesis. Contohnya, telur ayam mengandung sperma, kemudian secara beransur-ansur mengalami perubahan dan perkembangan dengan mencerna makanan yang terdapat di dalamnya. Dan akhirnya ia melahirkan anak ayam yang merupakan sintesis. Gelombang elektrik yang memuatkan aliran positif dan negatif adalah contoh lain akan adanya kontradiksi dalam fenomena fizik. Demikian juga dengan teori menghimpun dan membahagi dalam matematik pemulaan, atau pecahan dan integral dalam matematik level tinggi.

Materialisme Dialektika juga berperanan dalam pelbagai peristiwa sosial dan sejarah. Contohnya pada masyarakat kapitalis, kita dapati adanya golongan proletariat (buruh), yang merupakan antitesis bagi golongan borjuis, dan secara beransur-ansur mengalahkan yang kedua, kemudian muncullah masyarakat sosialis komunis sebagai sintesis. Para pendukung teori Marxis juga menambahkan, bahawa prinsip kontradiksi ini dapat membuktikan kebatilan prinsip metafisika, yakni hukum nonkontradiksi.

 

Kritikan

Perlu kami tekankan bahawa tidak seorang pun menolak adanya dua realiti materi yang saling bersentuhan sebegitu rupa hingga salah satunya mendesak yang lainnya, atau malah menghancurkannya, sebagaimana hal ini dapat kita saksikan pada air dan api. Meski begitu,  pertama: keadaan seperti ini tidak bersifat mutlak dan tidak mungkin dapat kita terima sebagai sistem alam yang universal. Kerana dapat kita temukan ratusan bahkan ribuan fakta yang menentang kenyataan ini.

Kedua, adanya kontradiksi pada sebahagian fenomena alam tidak ada hubungannya dengan kontradiksi yang diyakini kemustahilannya oleh logik klasik dan Falsafah Murni. Kerana, kemustahilan yang mereka akui adalah ber-kumpulnya dua hal yang kontradiktif pada “satu subjek”. Sedangkan contoh-contoh kontradiksi  yang diyakini kaum materialis tidak menyoroti satu subjek. Kita pun tidak perlu kepada contoh-contoh danggal mengenai dua hal kontradiktif yang menjadi bahan cemuhan kaum Marxisme seperti; berkumpulnya antara menghimpun dan mengurai, bilangan pecahan dan bilangan yang benar (integral) dan ramalan kosong yang mereka buat tentang munculnya kekuasaan golongan proletariat di negara-negara sosialis.

Ketiga,  apabila setiap fenomena mesti terdiri daripada dua hal yang kontradiktif (tesis dan antitesis), masing-masing daripada keduanya itu mesti terdiri daripada kontradiksi yang sama juga, kerana keduanya itu juga adalah fenomena. Berdasarkan prinsip kontradiksi, tesis maupun antitesis mesti tersusun daripada dua hal yang kontradiktif. Kesannya, setiap fenomena yang terbatas mesti tersusun daripada kontradiksi-kontradiksi yang tak terbatas.

Sekaitan dengan kontradiksi internal (perlawanan dalaman ) yang mereka anggap sebagai faktor penggerak, yang dengan cara ini mereka ingin menutupi sejumlah kelemahan Materialisme Mekanika, kritikan yang paling ringan kepada fahaman ini adalah tidak didapati hujah ilmiah apa pun yang mendukung prinsip tersebut. Di samping itu, kita tidak dapat mengingkari adanya gerakan-gerakan mekanikal yang terjadi akibat kekuatan luar. Lain halnya jika mereka mengatakan pula bahawa gerakan bola pun muncul akibat adanya kontradiksi internal di dalam bola itu sendiri, bukan akibat daripada tendangan pemain bola sepak?!

 

Dasar Mutasi

Kita saksikan bahawa pelbagai perubahan alam tidak semuanya terjadi secara beransur-ansur dan segaris. Bahkan banyak sekali fenomena yang baru itu muncul, namun tidak semirip fenomena-fenomena sebelumnya. Dalam hal ini, kita tidak dapat menganggap bahawa fenomena yang baru tersebut adalah lanjutan daripada perubahan dan gerakan perkara sebelumnya.

Berangkat dari sinilah kaum materialis meyakini prinsip lain, iaitu mutasi , atau perpindahan daripada perubahan kuantiti ke perubahan kualiti. Ertinya, ketika perubahan kuantiti mencapai tahap tertentu, ia akan berubah menjadi kualiti yang baru dan menjadi sebab atas terjadinya perubahan kualiti tersebut. Sebagai contoh, air ketika diletakkan di atas api, darjah kepanasannya akan meningkat. Kemudian jika kepanasannya itu meningkat sampai darjah tertentu (100 darjah celsius),  ia akan berubah menjadi wap. Demikian pula, setiap lempengan tembaga yang memiliki titik leleh tertentu, yang bila dipanaskan sampai darjah tertentu, ia akan berubah dan mencair. Tiada beza halnya dengan masyarakat. Bila terjadi pergelutan antara kelas sosial, pada puncaknya pasti akan terjadi revolusi.

 

Kritikan

Pertama, tidak ada fenomena apa pun yang di dalamnya terjadi perubahan kuantiti kepada kualiti. Maksimun kita boleh katakan bahawa terjadinya fenomena tertentu itu bergantung kepada wujud kuantiti tertentu, contohnya darjah panas air itu tidak akan berubah menjadi wap. Akan tetapi perubahan air menjadi wap itu bergantung kepada kepanasan yang telah mencapai peringkat tertentu.

Kedua, tidak semestinya kuantiti itu akan terjadi dalam darjah tertentu akibat bertambahnya kuantiti yang sebelumnya secara beransur-ansur. Bahkan hal itu boleh terjadi akibat sedikitnya kuantiti yang sebelumnya, seperti perubahan wap ke air yang bergantung pada turunnya darjah kepanasan.

Ketiga, pelbagai perubahan kualiti tidak selamanya terjadi secara seketika dalam satu waktu. Bahkan tidak jarang ia terjadi secara beransur-ansur, seperti melelehnya lilin atau kaca. Oleh itu, yang dapat diterima adalah kemestian terpenuhinya kuantiti tertentu dalam mewujudkan sebahagian fenomena alam, bukan adanya perubahan kuantiti kepada kualiti, bukan pula bertambahnya kuantiti secara beransur-ansur. Dan susah bagi kita untuk tidak menerima universalnya prinsip ini kepada semua perubahan kuantiti. Jadi, sebenarnya tidak ada sistem alam universal yang dinamakan mutasi atau perpindahan dari pelbagai perubahan kuantiti menuju  perubahan-perubahan kualiti.

 

Prinsip Penafian Terhadap Penafian ( Penyelapan atas penyelapan )

Prinsip ini disebut juga dengan hukum perkembangan dua kontradiktif atau dinamika alami. iaitu, dalam perubahan dialektis yang bersifat universal, tesis itu boleh lenyap dengan perantara antitesis. Dan antitesis ini –pada gilirannya– akan lenyap dengan perantara sintesis. Ini dapat kita amati pada dunia tumbuh-tumbuhan; sebuah pohon dapat melenyapkan bijinya, lalu pohon itu sendiri pada gilirannya akan dilenyapkan pula oleh biji benih- biji benih yang baru. Demikian pula sperma, ia  dapat  melenyapkan sel telur, yang pada gilirannya pula akan dilenyapkan oleh itik sebagai contoh. Akan tetapi dengan proses seperti ini, fenomena yang baru akan lebih banyak memiliki kesempurnaan berbanding fenomena sebelumnya. Dengan ungkapan lain, gerak dialektis sentiasa mengalami peningkatan dan penyempurnaan. Pada point inilah dasar penting ini tersembunyi, kerana ia dapat menunjukkan gerak perubahan  dan menekankan peningkatan dan kesempurnaan gerak tersebut.

 

Kritikan

Tentu dalam setiap perubahan, keadaan sebelumnya akan lenyap, lalu akan muncul fenomena baru. Apabila prinsip di atas itu mengarah kepada pengertian ini, ia tidak menghasilkan kesan kelaziman ke atas suatu  perubahan. Akan tetapi, perubahan ini –iaitu arah gerakan itu terbatas, bahawa gerak itu senantiasa mengalami peningkatan dan penyempurnaan, dan fenomena berikutnya mesti lebih sempurna daripada yang sebelumnya– tidak dapat dikatakan sebagai hukum yang berlaku secara universal atas semua gerakan dan perubahan alam. Adakah uranium yang berubah menjadi peluru setelah diproses dan disinari bererti ia lebih sempurna? Adakah air menjadi lebih sempurna ketika ia berubah menjadi wap? Ataukah wap tersebut lebih sempurna ketika berubah menjadi air? Dan adakah ketika pohon itu kering dan layu hingga tidak tersisa lagi buah dan bijinya sedikit pun, bererti ia lebih banyak memiliki kesempurnaan?

Betul bahawa sebahagian realiti alam ini lebih banyak memiliki perkembangan dan kesempurnaan akibat adanya perubahan dan gerakan. Namun begitu, hukum ini tidak meliputi setiap gerakan dan perubahan. Kerananya, kita tidak dapat menerima prinsip perkembangan dan kesempurnaan sebagai suatu hukum yang universal atas setiap fenomena alam.

Akhirnya, perlu kami tekankan di sini, meskipun diandaikan bahawa prinsip-prinsip tersebut berlaku terhadap alam semesta, maksimum yang mungkin dapat diambil olehnya adalah ia menjelaskan bagaimana terjadinya fenomena tersebut, sebagaimana hal ini terdapat dalam semua hukum yang terdapat pada ilmu-ilmu alam. Akan tetapi, keberadaan hukum yang bersifat universal dan berlaku pada alam materi ini tidak bererti bahawa pelbagai fenomena dan peristiwa tidak perlu lagi kepada pencipta dan sebab pengada yang utama. Sebagaimana pada pelajaran sebelumnya, materi itu merupakan mumkinul wujud (wujud mungkin), yang secara pasti ia sentiasa perlu kepada wajibul wujud.[]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *