Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 14 – Pandangan Dunia Materialisme dan Beberapa Kritikan

Dasar-dasar Pandangan Dunia Materialisme

Dasar-dasar pandangan dunia Materialisme dapat dikategorikan sebagai berikut: Pertama, wujud itu sama dengan materi dan material. Sesuatu itu dianggap ada apabila ia berupa materi yang memiliki bentuk dan meliputi tiga dimensi (panjang, lebar dan padat) atau meliputi teori dan konsep materi sehingga ia memliliki sifat kuantiti dan dapat dibahagi. Atas dasar inilah penganut Materialisme mengingkari wujud Allah, kerana wujud-Nya nonmaterial dan metafizik.

Kedua, material bersifat azali, abadi, tidak dicipta dan tidak memerlukan sebab apa pun, yang dalam Falsafah dinamakan wajibul wujud.

Ketiga, kita tidak mungkin mengatakan bahawa alam ini memiliki tujuan dan sebab akhir, kerana tidak ada pelaku yang memiliki ilmu dan kehendak sehingga dapat dinisbahkan suatu tujuan penciptaan kepadanya.

Keempat, sesungguhnya fenomena alam (baca: bukan materi utamanya) muncul akibat adanya perpindahan pada atom-atom material, dan adanya interaksi antara satu dengan lainnya. Dari sini dapat dikatakan bahawa fenomena alam yang terdahulu berperanan sebagai syarat dan sebab penyiap bagi fenomena-fenomena berikutnya. Dalam hal ini, kita pun dapat menerima kemungkinan yang paling jauh, bahawa fenomena alam terdahulu itu adalah sebagai sebab pelaku alami di antara hal-hal material. Contohnya, sebuah pohon dapat dianggap sebagai pelaku alami bagi munculnya buah-buahan. Sedangkan hal-hal yang bersifat fisikal dan kimia dapat disandarkan kepada faktor-faktor yang mempengaruhinya. Namun, tidak ada satu pun fenomena yang perlu kepada pelaku dan pencipta Ilahi.

Di sini, dapat pula ditambahkan bahawa asas pengenalan sebagai dasar kelima. Dan boleh pula dianggap sebagai keutamaan bagi semua dasar-dasar lainnya, iaitu pengetahuan yang diperolehi berdasarkan apa yang dirasai panca indera adalah satu-satunya pengetahuan yang dapat diakui keabsahannya, bahawa eksperimen melalui panca indera hanya dapat membuktikan wujud materi dan hal-hal material, dan tidak boleh membuktikan wujud lainnya. Kerana, kita tidak mungkin menerima wujud apa pun yang selain materi. Akan tetapi, pada pelajaran yang lalu telah jelas kerapuhan pandangan ini, dan kami rasa tidak perlu lagi mengulanginya. Untuk itu, kita akan membahaskan empat dasar sahaja.

 

Kritikan kepada Dasar Pertama

Dasar ini merupakan yang terpenting dalam pandangan dunia Materialis, meski pun sekadar penghujahan yang minimum. Hujah apa pun tidak dapat digunakan untuk menafikan kewujudan metafizik, khususnya berdasarkan konsep pengetahuan materialistik yang berlandaskan pada panca indera dan andaian. Kerana eksperimen inderawi apa pun tidak akan dapat menjelaskan tentang sesuatu di luar lingkup materi dan material, baik penilaiannya yang positif mau pun negatif. Andaian maksimum -sesuai dengan logik materialis- yang dapat dinyatakan adalah wujud metafizik itu tidak dapat dibuktikan. Dengan itu, paling tidak kita harus menerima andaian kewujudannya, kerana sesuatu yang tidak dapat dibuktikan kewujudannya tidak bererti sesuatu itu benar-benar tidak ada, sebagaimana ungkapan para ahli falsafah bahawa “Adamu al-wujdan la yadullu ala adami al-wujud” (tidak diketahui tidak bererti tiada).

Pada pembahasan sebelumnya telah kami jelaskan bahawa manusia dapat mengetahui pelbagai persoalan nonmateri yang tidak memiliki pengkhususan materi seperti ruh, seseorang dapat mengetahuinya dengan ilmu hudhuri (ilmu tanpa perlu dipelajari). Bahkan hujah rasional pun telah banyak membuktikan pelbagai wujud abstrak (mujarrad) (baca-istilah falsafah) dalam buku-buku falsafah. Bukti yang paling utama mengenai keberadaan ruh ialah adanya mimpi yang nyata, perbuatan-perbuatan para petapa, mukjizat-mukjizat para Nabi dan karamah para wali Allah.

Walhasil, untuk mengikis dasar-dasar Materialisme tersebut cukup dengan menggunakan dalil-dalil yang digunakan untuk membuktikan wujud Allah swt. dan kenonmaterian-Nya.

 

Kritikan kepada Dasar Kedua

Dasar ini berlandaskan kepada keabadian dan keutuhan materi.  Kesimpulannya, materi itu bukan yang tercipta.

Kritikan kepada dasar ini adalah: Pertama, kita tidak mungkin dapat menetapkan keabadian materi berdasarkan dalil-dalil ilmiah dan eksperimen. Kerana, ruang-lingkup eksperimen sangatlah terbatas yang tidak mungkin dapat mencakup bidang ini. Bahkan eksperimen apapun tidak akan dapat membuktikan ketidakterbatasan alam semesta ini dari sisi ruang dan waktunya.

Kedua, keabadian materi tidak memestikan ketidakperluannya kepada pencipta. Misalnya, andaian adanya gerak mekanik yang bersifat abadi menuntut andaian adanya potensi penggerak yang bersifat abadi pula, bukanlah membuktikan ketidakperluannya kepada potensi penggerak.

Di samping itu, pandangan bahawa materi itu tidak dicipta bererti ia merupakan wajibul wujud. Pada pelajaran kelapan telah kita buktikan kemustahilan materi sebagai wajibul wujud.

 

Kritikan kepada Dasar Ketiga

Dasar ketiga ini adalah pengingkaran bahawa penciptaan alam semesta mempunyai tujuan sebagai akibat daripada mengingkari Sang Pencipta. Tentu, jika kita dapat membuktikan adanya Sang Pencipta yang bijak, dasar pemikiran ini akan gugur.

Di samping itu, ada suatu pertanyaan yang perlu mereka jawab, iaitu setiap orang yang berakal –ketika menyaksikan hasil ciptaan manusia– mengetahui bahawa mereka mempunyai tujuan. Akan tetapi ketika ia menyaksikan kejadian alam semesta yang menakjubkan, dan memiliki hubungan yang serasi antara satu dengan yang lainnya, serta memberikan anugerah kenikmatan yang melimpah ruah yang tidak terhitung banyaknya, bagaimana mungkin ia meyakini bahawa alam tersebut tidak memiliki  tujuan?

 

Kritikan kepada Dasar Keempat

Dasar keempat bagi pandangan dunia Materialisme adalah membatasi sebab hanya pada hubungan materi pada fenomena alam. Banyak sekali kritikan yang dilontarkan kepada dasar ini, di antaranya adalah seperti berikut:

Pertama, dasar dan pandangan ini melazimkan tidak ditemukannya realiti yang baru apa pun di alam ini. Padahal, kita senantiasa menyaksikan munculnya fenomena-fenomena materi yang baru, khususnya pada alam manusia dan binatang. Paling utama ialah kehidupan, rasa, sensitif, indera, pemikiran, penciptaan dan kehendak. Kaum Materialis menganggap bahawa fenomena-fenomena ini merupakan ciri-ciri khas materi dan bukan sesuatu yang lain.

 

Ada beberapa catatan untuk menjawab pandangan di atas:

 

  1. Keunikan yang melazimkan materi dan material yang tidak mungkin berpisah daripadanya sifat tiga dimensi dan dapat dibahagi. Ciri-ciri ini tidak ditemukan pada fenomena-fenomena yang telah kami sebutkan.
  2. Tidak diragukan lagi bahawa fenomena-fenomena yang dinamakan “keunikan materi” tersebut tidak ditemukan pada materi yang tidak bernyawa. Dengan kata lain, materi tersebut sebelumnya tidak memiliki keunikan masa. Barulah kemudian keunikan masa ini diwujudkan padanya. Dengan demikian, fenomena-fenomena itu –yang dikenali dengan teori dan konsep materi– perlu kepada pencipta yang telah mengadakannya di dalam materi. Pencipta inilah yang dinamakan ‘illat mujidah (sebab pengada).

Kedua, pandangan ini melazimkan Jabariyah (keterpaksaan) atas munculnya seluruh fenomena alam, kerana tidak ada peluang baginya untuk berikhtiar dan berkehendak akibat pengaruh dan reaksi  materi. Sedangkan menolak ikhtiar –di samping bertentangan dengan nurani dan realiti– dapat melazimkan pengingkaran terhadap tanggungjawab, norma-norma moral dan nilai-nilai maknawi. Dan kita tahu betapa malapetaka yang akan menimpa atas kehidupan manusia akibat mengingkari tanggungjawab dan nilai-nilai akhlak tersebut.

Akhirnya, dengan memerhatikan bahawa materi itu tidak mungkin sebagai wajibul wujud –sebagaimana telah kami buktikan pada pembahasan yang telah lalu– maka ia (materi) harus memiliki sebab. Sebab tersebut mesti bukan berupa sebab natural dan penyiap. Kerana, hubungan-hubungan tersebut tidak dapat dipahami kecuali di antara hal-hal material saja. Ada pun secara keseluruhannya materi itu sendiri tidak mungkin memiliki hubungan seperti itu dengan sebabnya. Atas dasar ini, sebab yang mengadakan materi adalah Sebab Pengada yang nonmateri.[]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *