Keraguan Keenam Terdapat dalam kisah Nabi Musa as, bahawa seorang yang berbangsa Qibti bertengkar dengan seorang laki-laki daripada bangsa Israel. Kemudian Nabi Musa membunuh orang tersebut. Oleh itu, baginda melarikan diri dan meninggalkan kota Mesir. Dan ketika diutus oleh Allah swt untuk berdakwah kepada Fir'aun, beliau berkata:

Pelajaran 13 – Beberapa Keraguan dan Jawapan

Meyakini Realiti yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera

Di antara keraguan-keraguan yang dilontarkan mengenai keimanan kepada Allah swt. adalah: Bagaimana mungkin kita beriman kepada realiti yang tak dapat dirasai oleh panca indera?

Keraguan seperti ini timbul apabila orang merasa hairan dengan adanya maujud yang tidak dapat dijangkau oleh panca indera. Bahkan sebahagian ilmuwan yang melandaskan pemikirannya kepada keutamaan panca indera, juga mengingkari realiti yang tidak boleh dikesan oleh panca indera tersebut. Atau paling kurang, mereka mempunyai pandangan bahawa maujud ini tidak boleh diketahui secara yakin dan pasti.

Jawapan atas keraguan tersebut ialah pengetahuan-pengetahuan inderawi boleh diperolehi hanya dengan adanya hubungan antara anggota-anggota badan dengan benda material. Setiap indera kita dapat mengetahui fenomena-fenomena material yang sesuai dengan kudrat indera itu sendiri dan di bawah syarat-syarat tertentu. Sebagaimana kita yakin bahawa mata kita tidak mungkin dapat melihat suara dan telinga kita tidak mungkin dapat menangkap warna, begitu pula kita harus mengerti bahawa indera kita tidak akan mampu mengetahui seluruh makhluk  yang ada di alam ini. Kerana, pertama: terdapat sebahagian realiti material yang memang tidak mungkin dapat dijangkau oleh indera. contohnya, indera kita tidak akan mampu menjangkau pancaran sinar ultraviolet atau infra merah. Atau gelombang-gelombang magnetik dan sebagainya.

Kita dapat mengetahui pelbagai hakikat tanpa melalui indera zahiriyah, malah kita pun meyakininya dengan mantap, padahal ianya tidak dapat dijangkau oleh indera. Contohnya kita merasa adanya rasa takut, cinta atau keinginan dalam diri kita dan kita meyakininya secara penuh. Padahal itu semua termasuk keadaan jiwa –seperti ruh itu sendiri– yang tidak mungkin dapat diandaikan dan dilihat oleh panca indera kita. Bahkan andaian itu sendiri merupakan perkara nonmaterial yang tidak dapat dirasai.

Dengan demikian, tidak terjangkaunya sesuatu melalui indera bukanlah dalil atas ketiadaannya. Bahkan tidak selayaknya hal ini membuatkan kita hairan dan merasa aneh.

 

Peranan Rasa Takut dan Bodoh Terhadap Keimanan Kepada Tuhan

Ada keraguan daripada sesetengah ahli sosiologi, bahawa iman itu lahir akibat rasa takut daripada bahaya dan ancaman, seperti bahaya gempa, halilintar dan bencana alam lainnya. Demi menenangkan hati, manusia menciptakan (astaghfirullah) realiti khayalan yang dinamakan Allah, kemudian mereka menyembah-Nya. Oleh itu, semakin banyak diketahui sebab-sebab alami dan cara bertindak balas dengannya, iman mereka semakin bertambah lemah. Sebahagian orang marxis merumuskan pandangan ini dengan penuh bersemangat. Mereka menilai bahawa hal itu merupakan sebuah pandangan sosiologi, kemudian sanggup menarik pemikiran orang.

Jawapan: pertama, Sesungguhnya dasar keraguan seperti ini adalah andaian yang dilontarkan oleh sebahagian ahli sosiologi yang tidak disokong oleh hujah ilmiah.

Kedua, dewasa ini, telah banyak ilmuwan yang lebih banyak mengenal sebab-sebab di sebalik pelbagai peristiwa dan fenomena tersebut. Namun, mereka mengimani adanya Allah Yang Bijak secara mutlak.Oleh itu, iman kepada Allah swt. bukan kerana rasa takut dan kebodohan.

Ketiga, apabila keadaan jiwa seperti; rasa takut terhadap sebahagian bencana atau ketidaktahuan akan sebab-sebab alami pada sebahagian fenomena, menjadi faktor yang mendorong seseorang untuk mengenal Allah swt.,  itu tidak bererti bahawa Allah adalah penyebab timbulnya rasa takut dan kebodohannya itu. Kerana, seringkali kita dapati betapa motif jiwa –seperti cinta kelazatan, ingin kepada kemahsyuran dan sebagainya– mendorong seseorang untuk serius melakukan kajian ilmiah, seni dan falsafah, dan usaha seperti itu tidak dinilai buruk sedikit pun.

Keempat, apabila ditemukan sebahagian individu yang meyakini bahawa Allah swt.  adalah sebab terjadinya pelbagai peristiwa yang tidak diketahui sebab-sebabnya, kemudian dengan terungkap sebab-sebab alaminya itu iman mereka menjadi lemah, justru kita harus menilai bahawa ianya merupakan bukti atas lemahnya pemahaman dan iman mereka, bukan bukti atas tidak rasionalnya iman kepada Allah. Kerana, Allah sebagai sebab fenomena-fenomena alam ini tidak sejajar secara mendatar dengan sebab-sebab alami. Akan tetapi, Dia berada di atas garis menegak bagi seluruh sebab-sebab material mahu pun nonmaterial. Dan tahu atau tidaknya sebab-sebab alami sama sekali tidak mempengaruhi pada penetapan mahu pun penafian wujud Allah swt.

 

Adakah Konsep Sebab dan Akibat Bersifat Universal?

Keraguan lain yang dilontarkan oleh sebahagian ilmuwan barat adalah konsep sebab dan akibat, apabila ianya berupa konsep yang universal, tentu sahaja hukum ini juga berlaku pada Allah swt. Dengan itu, kita mesti berandaian bahawa Allah pun memiliki sebab juga. Padahal telah dibuktikan bahawa Allah swt. merupakan sebab utama yang tidak memiliki sebab apapun selain-Nya. Maka, iman kepada Tuhan yang tidak memiliki sebab justru menggugurkan konsep sebab dan akibat dan menunjukkan bahawa konsep itu tidak bersifat universal. Jika kita mengingkari keunivesalannya, kita tidak mungkin -dengan konsep ini- membuktikan Tuhan sebagai  wajibul wujud. Sebab, boleh jadi seseorang menganggap bahawa asal benda material atau energi itu terwujud dengan sendirinya; tanpa memerlukan sebab. Dan dengan berubahnya asal material dan energi tersebut, muncullah semua fenomena dan makhluk.

Sebagaimana telah dijelaskan pada pelajaran 7, keraguan ini muncul lantaran penafsiran yang keliru tentang konsep sebab dan akibat. Mereka mengira bahawa maksud konsep ini ialah segala sesuatu perlu kepada sebab. Padahal maksud yang sebenar adalah setiap sesuatu yang mumkinul wujud atau setiap wujud rabith (yang bergantungan) perlu kepada sebab. Hukum ini bersifat umum, mesti-pasti-perlu (dharuri) dan tidak terkecuali. Ada pun andaian bahawa material dan energi utama boleh terwujud tanpa sebab dan bahawa perubahannya merupakan sebab wujudnya segala sesuatu di alam ini, adalah andaian yang dapat dikritik dengan pelbagai catatan sebagaimana pada pelajaran yang akan datang.

 

Hasil Pengetahuan Berdasarkan Pancaindera  

Keraguan lain yang layak diamati ialah meyakini wujud pencipta alam dan manusia tidak sesuai dengan sebahagian hasil penelitian ilmu moden. Contohnya dibuktikan dalam ilmu Kimia bahawa kuantiti benda material dan energi sentiasa ada. Atas dasar ini, dapat dikatakan bahawa tidak mungkin setiap sesuatu itu muncul daripada faktor ketiadaan dan tidak mungkin pula maujud apa pun mengalami ketiadaan. Sedangkan orang mukmin meyakini bahawa Allah swt. telah menciptakan makhluk-Nya daripada ketiadaan. Begitu pula telah dibuktikan dalam ilmu Biologi, bahawa makhluk hidup, lahir daripada benda-benda mati lalu ia mengalami perkembangan (evolusi) secara bertahap sampai akhirnya menjadi manusia yang hidup akibat perkembangan tersebut. Padahal orang mukmin meyakini bahawa Dialah yang menciptakan segala sesuatu dengan cara yang mandiri.

Jawapan: Pertama, hukum keutuhan material dan energi adalah hukum ilmiah bersifat boleh dikesan oelh pancaindera yang boleh dijadikan sebagai landasan bagi hal-hal yang tunduk kepada eksperimen sahaja, dan tidak mungkin dapat mengatasi masalah-masalah falsafah seperti; adakah benda material atau energi itu bersifat abadi atau tidak?

Kedua, bahawa keutuhan dan berkekalannya benda material dan energi tidak bererti ketidakperluannya kepada pencipta. Bahkan semakin panjang usia alam material, semakin ia perlu kepada pencipta. Kerana, tolak ukur perlunya akibat kepada sebab adalah sifat dzatiyah, yakni imkan dan fakir dzati (ketergantungan dzati), bukan huduts (kejadian) dan masanya yang terbatas. Ertinya, material dan energi merupakan sebab material bagi alam ini dan –sama sekali– bukan sebab  pelaku baginya. Dan keduanya itu (yakni material dan energi) pada gilirannya memerlukan sebab pelaku pula.                           Ketiga, bahawa tetapnya dan berkekalannya material dan energi tidak melazimkan ternafikannya kemunculan pelbagai fenomena yang baru atau bertambah dan berkurangnya fenomena tersebut.

Ketiga, sesungguhnya realiti seperti ruh, hidup, rasa, kehendak dan lain-lain tidaklah seperti material dan energi, di mana bertambah atau berkurangnya ia dapat menafikan hukum keutuhan material dan energi.                                    Keempat, bahawa teori evolusi – di samping bahawa hal itu tidak mendapatkan pengakuan nilai ilmiah yang cukup, teori ini pun telah ditolak oleh kebanyakan ilmuwan besar – tidak bertentangan

Keempat, dengan iman kepada Allah swt., maksimumnya teori evolusi ini hanya membuktikan sebab penyiap di antara makhluk-makhluk hidup, dan sama sekali tidak menafikan hubungan mereka dengan Allah swt. Bukti atas hal ini adalah majoriti pendukung teori ini beriman kepada Tuhan Pencipta alam dan manusia.[]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *