Ya Allah musibah begitu dasyat, rahsia telah tersingkap, kain penghalang telah terkoyak, telah pupus segala harapan , bumi telah sempit, langit telah menahan rahmatnya, tinggal Engkaulah akhir pengharapan, kepada-Mulah tujuan pengaduan, Engkaulah tempat bersandar dalam segala kesusahan.

Doa Faraj

Doa Faraj

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِیمِ

 

اِلهى عَظُمَ الْبَلاَّءُ وَبَرِحَ الْخَفاَّءُ وَانْكَشَفَ الْغِطاَّءُ وَانْقَطَعَ الرَّجاَّءُ

 

وَضاقَتِ الاْرْضُ وَمُنِعَتِ السَّماَّءُ واَنْتَ الْمُسْتَعانُ وَاِلَيْكَ

 

الْمُشْتَكى وَعَلَيْكَ الْمُعَوَّلُ فِى الشِّدَّةِ وَالرَّخاَّءِ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى

 

مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ اُولِى الاْمْرِ الَّذينَ فَرَضْتَ عَلَيْنا طاعَتَهُمْ

 

وَعَرَّفْتَنا بِذلِكَ مَنْزِلَتَهُمْ فَفَرِّجْ عَنا بِحَقِّهِمْ فَرَجاً عاجِلا قَريباً كَلَمْحِ

 

الْبَصَرِ اَوْ هُوَ اَقْرَبُ يا مُحَمَّدُ يا عَلِىُّ يا عَلِىُّ يا مُحَمَّدُ اِكْفِيانى

 

فَاِنَّكُما كافِيانِ وَانْصُرانى فَاِنَّكُما ناصِرانِ يا مَوْلانا يا صاحِبَ

 

الزَّمانِ الْغَوْثَ الْغَوْثَ الْغَوْثَ اَدْرِكْنى اَدْرِكْنى اَدْرِكْنى السّاعَةَ

 

السّاعَةَ السّاعَةَ الْعَجَلَ الْعَجَلَ الْعَجَلَ يا اَرْحَمَ الرّاحِمينَ بِحَقِّ

 

مُحَمَّدٍ وَآلِهِ الطّاهِرينَ

 

 

Ya Allah musibah begitu dasyat, rahsia telah  tersingkap,   kain   penghalang  telah terkoyak,  telah pupus segala harapan , bumi telah sempit, langit telah menahan rahmatnya, tinggal Engkaulah akhir pengharapan, kepada-Mulah tujuan pengaduan, Engkaulah tempat bersandar dalam segala kesusahan.

 

Ya Allah, curahkanlah salawat kepada Muhammad dan keluarganya, wali-Mu yang kepada mereka yang Engkau Wajibkan ketaatan kami, dan dengan itu Engkau kenalkan kami tahtanya, maka demi hak mereka, segerakanlah kemunculannya -lebih cepat dari kerdipan mata-, ya Muhammad ya Ali, ya Ali ya Muhammad, cukupkanlah aku, kerana kalian yang mencukupiku, tolonglah aku, kerana kalian penolongku.

 

Wahai junjunganku, wahai shabib az-Zaman, tolonglah aku, tolonglah aku, tolonglah aku! Bimbinglah aku, bimbinglah aku, bimbinglah aku! saat ini, saat ini, saat ini, segerakanlah (kemunculan), segerakanlah (kemunculan), segerakanlah (kemunculan), wahai yang maha penyayang dari segala penyayang, ya arhama ar-rahimin, demi hak Muhammad dan keluarga Muhammad yang suci.[1]

 

Doa Faraj (Bahasa Arab: دعاء الفرج) adalah doa yang dimulai dengan kata-kata “Ilahi adzumal bala” . Doa ini pertama kalinya tercantum di kitab Kanuz al-Najah Syaikh Thabarsi. Kitab-kitab seperti Wasail al-Syi’ah karya Syaikh Hur Amili dan kitab Jamal al-Usbu’ karya Sayyid bin Thawus juga menukilkan doa ini.

 

Dikatakan bahawa doa faraj ini diajarkan oleh Imam Zaman ajfs kepada Muhammad bin Ahmad bin Abi Laits kerana rasa takut yang mencengkam bahawa dia akan dibunuh dan kemudian dia pergi ke Kazhimain untuk mencari perlindungan. Dengan membaca doa ini, dia terlindungi daripada ancaman pembunuhan.

 

Doa ini adalah sebahagian daripada ta’qib solat (amalan mustahab sebelum atau selepas solat fardu) Imam Zaman ajfs dan sebahagian daripada amalan-amalan sirdab ghaibah (ruang bawah tanah di kediaman Imam Hasan Askari as di sebelah barat laut, Haram Askariain). Doa ini juga disebut di dalam doa-doa kitab Mafatih al-Jinan. Umat Muslim Iran, kadang-kala menyebut doa Allahumma Kun Liwaliyyika Hujjatibnil Hasan yang merupakan doa keselamatan Imam Zaman afs sebagai Doa Faraj.

 

Sanad Doa

Doa ini untuk pertama kalinya berada di dalam kitab Kanuz al-Najah Syaikh Thabarsi (w. 548). [1] Pada kitab itu, doa ini hanya sampai pada bagian permulaan iaitu “au huwa aqrabu” . [2] Kitab-kitab lain yang juga mencantumkan doa ini adalah: Al-Mazar al-Kabir karya Ibnu Masyhadi (w. 610 H) [3] Jamal al-Usbu’ [4] karya Sayid bin Thawus (w. 664 H) , Al-Mazar [5] karya Syahid Awwal (w. 786 H), Al-Misbah [6] karya Kaf’ami (w. 905 H) dan Wasail al-Syi’ah . [7] karya Khur Amili (w. 1104 H).

 

Kitab Al-Najm al-Tsaqib dengan menukil daripada kitab Kanuz al-Najah menulis: Doa faraj adalah doa yang diajarkan oleh Imam Mahdi Afs kepada Abal Hasan Muhammad bin Ahmad Abi Laits di kota Baghdad kerana kekhawatirannya bahawa dia akan dibunuh, dia berlindung diri di kuburan Quraisy di Kadzimain. Abu Hasan dengan keberkahan ini terselamat daripada ancaman bunuh. [8]

 

Kandungan Doa

Doa faraj terbahagi kepada tiga bahagian:

 

Pada bagian pertama mengenai ujian besar pada masa ghaibah. Bahagian ke dua tentang ucapan selamat Nabi Muhammad swaw kepada Ahlul Bayt as dan pentingnya kaum mukminin untuk mentaati Nabi dan Ahlul Baytnya kerana kedudukan tinggi yang mereka miliki. Sedangkan pada bahagian akhir mengenai permohonan kepada Allah swt melalui hak-hak Ahlul Bayt kerana hak-hak dan kedudukan yang dimiliki oleh para Imam as atas manusia, dapat memenuhi keperluan-keperluan dan menyelesaikan masalah-masalah manusia. [9]

 

Waktu Pembacaan Doa

Syaikh Hurr Amili menulis doa faraj pada bahagian Ta’qibat Solat daripada Imam Zaman [10]. Dalam kitab Al-Mazar al-Kabir dinukilkan mengenai adab-adab di sardāb muqadas (ruang ghaibah bawah tanah) Imam Zaman ajfs:

 

Pertama berziarah, kemudian mengerjakan solat ziarah lalu membaca doa ini. [11] Kitab Mafatih al-Jinan juga menulis doa ini dibahagian amalan-amalan sardāb muqadas (ruang ghaibah bawah tanah Imam Zaman ajfs) dan juga dalam bahagian Doa-doa di bawah tajuk doa-doa pendek dan bermanfaat. [12] Demikian juga Ayatullah Muhammad Taqi Bahjat menukilkan, supaya manusia tidak berada dalam mara bahaya, maka bacalah doa faraj, khususnya membaca doa ( Ilahi adzumal bala). [13]

 

Doa-doa Faraj yang lain

Kata-kata “faraj” dari segi lughawi adalah membebaskan diri daripada rasa kesedihan dan untuk pembukaan. [14] Terdapat dalam kitab-kitab riwayat menyebutkan bahawa doa-doa dan amalan-amalan untuk mendapatkan faraj dan membuka masalah, adalah berdasarkan makna lughawi ini. Allamah Majlisi pada jilid 95 kitab Bihar al-Anwar menukilkan doa ini di bawah Bab Ad’iyyah al-Faraj.

 

Catatan Kaki

1.Bunawaidi, Kāwesyi dar Doa Faraj (Ilahi Adzumal Bala), hlm. 96.

2.Sajidi dan Aliya Nasab, Sāzgāri Muhtawā Doa Faraj (Ilahi Adzumal Bala) ba Mabānie Tauhidi, hlm. 37.

3.Ibnu Masyhadi, Al-Mazār al-Kabir, hlm. 590.

4.Sayid bin Thawus, Jamāl al-Usbu’, hlm. 280-281.

5.Syahid awal, Al-Mazār, jld.1, hlm. 210.

6.Kaf’ami, Misbah Kaf’ami, hlm. 176.

7.Hurr Amili, Wasāil al-Syiah, 1409 H, jld.8, hlm.185.

8.Thabarsi Nuri, Al-Najm al-Tsaqābat, jld. 2, hlm.135.

9.Silahkan lihat ke teks doa.

10.Hurr Amili, Wasāil al-Syiah, 1409 H, jld. 8, hlm. 185.

11.Ibnu Masyhadi, Al-Mazār al-Kabir, hlm. 590.

12.Silahkan lihat: Mafātih al-Jinān, bab 1 (Ad’iyyah), hlm. 192. Bab Ziarah Sahib al-Amr, hlm.878.

13.Doa Faraj, Dawāi Hameh Dardhā: Guftārhāi az Ayatullah Adzimi Bahjat, Majalah Mau’ud.

14.Ibnu Mandzur, Lisān al-Arāb, jld. 2, hlm. 343, frasa al-faraj.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *