Baqiyyatullah

Siri Mahdawiyah

بَقِیةُ اللَّهِ

Antara panggilan terkenal Imam Al Mahdi adalah Baqiyatullah. Dengan peredaran waktu, nama dan tanda seseorang akan hilang dimamah zaman. Istana dan mahligai kemegahan akan bersatu dengan tanah dan lama kelamaan akan dilupakan. Telah berlalu insan-insan yang hebat yang kini hanya bahagian dari lipatan sejarah. Keagungan para maharaja kini hanya tinggal pada nama dan hanya dijumpai terperangkap dalam penjara waktu dan muzium-muzium peradaban. Allah SWT berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَیهَا فَانٍ

Setiap yang berada di atasnya (dunia) akan fana .

Ada pun para Anbia berbekalkan kalimah Tauhid dan keikhlasan dalam beramal sentiasa berada di dalam keabadian. Mereka adalah orang-orang yang cermelang di dalam sejarah. Kata-kata dan perbuatan mereka sentiasa menjadi contoh ikutan walaupun mereka telah meninggal dunia pada ribuan tahun yang lalu. Para Anbia adalah guru dan pencipta sejarah yang sentiasa hidup walau mereka telah tiada, ajaran mereka sentiasa segar dan diikuti pada setiap zaman. Hal ini semua dikeranakan ikatan kuat mereka kepada Allah SWT. Sebahagian penafsir Al Quran ketika menafsirkan ayat:

وَیبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Dan hanya Wajah (Zat) Tuhanmu pemilik Keagungan dan Kemuliaan yang kekal .

Berkata: Maksud ayat adalah melaksanakan sesuatu untuk Allah SWT dan dengan sebab itu ia akan kekal dan abadi. Maka itu sesiapa dan apa sahaja perbuatan yang dinisbahkan untuk dan kerana Allah dan diwarnai dengan warna Tauhid serta bauan harum Ilahi pasti akan kekal.

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً
Warna-warna Allah dan siapa yang lebih baik warnanya dari Allah .

Ikhlas, kesucian, Tauhid dan penyembahan kepada Tuhan yang Maha Esa adalah penyebab amalan dan kata-kata seseorang itu menjadi abadi. Berasaskan hal ini Allah SWT memilih para Imam dari keturunan suci para Anbia. Keturunan yang suci ini akan berterusan hingga ke hari kiamat dan tidak akan hilang.

وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِیةً فِی عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ یرْجِعُونَ

Dan Allah jadikannya (Tauhid) sebagai Kalimah yang kekal selepasnya moga-moga mereka kembali .

Dalam menafsirkan ayat ini, Imam Ja’far As Sadiq as berkata: Maksudnya adalah Imamah yang Allah SWT meletakannya di sulbi Imam Hussin as sebagai amanat dan berterusan dari satu keturunan kepada keturuan seterusnya dan tidak akan terputus sama sekali .

Khuzaifah berkata: Pada saat akhir kehidupan suci Rasulullah SAAW, Baginda menyampaikan sebuah khutbah dan secara jelas menyebutkan para pemimpin selepasnya, Baginda bersabda: Khalifah selepasku adalah Ali. Aku bertanya, berapa jumlah Khulafa selepasmu? Baginda bersabda: Khulafa selepasku 12 orang sama jumlah dengan jumlah nuqaba Bani Israel, 9 dari mereka adalah dari keturunan Al Hussin. Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang ada padaku kepada mereka. Mereka adalah khazanah ilmu Allah dan sumber wahyu. Aku bertanya ‘kenapa mereka bukan dari zuriah Al Hassan as? Baginda bersabda: Allah SWT meletakan Imamah di dalam sulbi dan keturunan Al Hussin as dan ini adalah maksud firman Allah :

وَجَعَلَهَا كَلِمَةً بَاقِیةً فِی عَقِبِهِ لَعَلَّهُمْ یرْجِعُونَ

Allah SWT telah meletak para Imam di atas muka bumi. Mereka adalah orang-orang suci yang tidak pernah lalai dari mengingati Allah. Setiap kata-kata dan perbuatan mereka berasaskan kepada keinginan Allah SWT, oleh sebab itu setiap kata-kata dan perbuatan mereka kekal di atas muka bumi. Keberadaan mereka menyebabkan keberlangsungan kewujudan. Melalui pembicaraan dan perbuatan, mereka mengajak manusia menuju kepada Allah SWT.

Dalam menafsirkan ayat:
بَقِیةُ اللَّهِ خَیرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِینَ

Imam Muhammad Al Baqir as berkata: Demi Allah kami Ahlu Bait adalah Baqiyatullah di atas muka bumi.

Imam Musa Al Kazim as mengendung Imam Ali Ar Ridha as dan berkata kepada isterinya Najma, ambillah dia, dia adalah Baqiyatullah di atas muka bumi. Al Hujjah bin Hassan Al Mahdi AJF adalah Baqiyatullah di atas muka bumi.

Ahmad bin Ishak berkata: Aku datang menziarahi Imam Hassan Al Askari as, di dalam hatiku berdetik persoalan tentang siapakan Imam selepas beliau, namun Imam mendahuluiku sebelum aku bertanya. Beliau berkata: Wahai Ahmad bin Ishak, semenjak Allah menjadikan Adam, dunia tidak pernah kosong dari Hujjah hingga hari kiamat. Dengan keberkahan mereka, Allah SWT mengangkat bala dari penduduk dunia dan menurunkan hujan dari langit serta tanah dengan penuh keberkahan. Aku bertanya ‘Wahai Imam, siapakah Imam setelahmu?’. Imam bangun dan masuk ke dalam, setelah seketika Imam keluar dan di atas bahunya ada seorang anak kecil berumur 3 tahun dengan wajahnya yang indah bak bulan purnama. Imam berkata: Wahai Ahmad bin Ishak jika tidak kerana kedudukanmu yang tinggi di sisi Allah dan para Hujjah pastinya tidak akan aku tunjukan puteraku kepadamu. Aku bertanya ‘Wahai Imamku, alangkah baiknya jika kau dapat menunjukkanku tanda supaya aku lebih yakin’. Anak itu langsung berbicara dengan lisan Arab yang Fasih:

انا بقیة الله فی ارضه و المنتقم من اعدائه

Aku adalah Baqiyatullah di atas duniaNya dan Penuntut dari musuh-musuhNya .

Ada yang bertanya kepada Imam Ja’far As Sadiq tentang bagaimana mengucapkan salam ke atas Imam Al Mahdi, Imam berkata:

السلام علیک یا بقیة الله
Setelah itu Imam membaca ayat:

بَقِیةُ اللَّهِ خَیرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِینَ

السلام علیک یا بقیة الله

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *