Dalam hadis masyhur daripada Nabi saww disebutkan bahawa setiap muslim pasti berjihad, dan jihad wanita adalah menjadi isteri yang baik bagi suaminya. Jelas, hadis ini tidak membataskan peranan wanita melainkan menjelaskan skala prioriti. Jika wanita berposisi sebagai isteri dan berhasil memenuhi kewajipan sebagai isteri dan ibu dalam keluarga, lalu apakah jihad kaum wanita dalam masyarakat?

Kebahagiaan wanita: Menjaga kehormatan dan kemuliaan masyarakat

Dalam hadis masyhur daripada Nabi saww disebutkan bahawa setiap muslim pasti berjihad, dan jihad wanita adalah menjadi isteri yang baik bagi suaminya. Jelas, hadis ini tidak membataskan peranan wanita melainkan menjelaskan skala prioriti. Jika wanita berposisi sebagai isteri dan berhasil memenuhi kewajipan sebagai isteri dan ibu dalam keluarga, lalu apakah jihad kaum wanita dalam masyarakat?

Berikut adalah hasil temubual dengan mujahidah wanita, sufi dan mufassir (pentafsir) dari Iran, Sayyidah Nusrat Amin atau, lebih dikenali dengan nama, Banu Mujtahidah Esfahani (BME).

 

Menurut Anda, apakah jihad yang terbaik bagi kaum wanita di era ini?

BME: Hal terpenting bagi wanita di masa ini ialah selalu berusaha memerangi keinginan dan hawa nafsunya dalam melindungi kesucian diri. Setiap wanita perlu berusaha memerangi rasa ingin selalu tampil dengan pakaian pelbagai  jenis model, cara berpakaian dan bentuk perhiasan. Walaupun hal-hal ini sangat sukar dilakukan, tetapi ini bukan mustahil, bukan pula di luar kemampuan setiap wanita. Apabila wanita mampu melakukannya, tentu akan memberikan kesempurnaan jiwa dengan cepat. Oleh itu, jihad terbaik bagi wanita adalah menjaga hijab.

 

Apa pesanan anda bagi kaum wanita yang mendambakan kebahagiaan?

BME: Seperti yang saya tuliskan dalam buku Rawesy Khusybakhti wa Tawsiyeh beh Khaharan Imani (Pola Hidup Bahagia dan Pesanan kepada Wanita Seiman), kebahagiaan setiap orang bergantung pada dua aspek sekaligus: jasmani dan ruhani. Oleh itu, setiap daripada kita disarankan agar menjaga kedua-dua aspek ini.

Berkenaan dengan aspek ruhani, sebagaimana telah dijelaskan dalam buku tersebut, wanita harus selalu berusaha mewujudkan sifat-sifat mulia dan nilai-nilai kemanusiaan dalam dirinya. Satu daripada banyak sifat utama yang paling menonjol dalam diri wanita adalah ‘iffah (menjaga kehormatan diri). Kerana itulah para ulama akhlak mengatakan bahawa dasar utama kemuliaan bagi wanita adalah menjaga kehormatan diri (‘iffah), sementara dasar utama kemuliaan bagi lelaki adalah keberanian (syaja’ah)”.

Wanita harus selalu berusaha menyayangi diri sendiri, menjaga kehormatan diri, iaitu melindungi diri daripada jangkauan lelaki yang hina dan ‘mata keranjang’. Kemuliaan wanita di hadapan semua makhluk yang berakal sehat terletak pada menjaga kehormatan dirinya.

Saya tidak menentang wanita untuk belajar. Tetapi usahakan supaya belajar itu dilakukan dengan menjaga kehormatan diri dan kemuliaan Islam. Merobek, melecehkan, mencampakkan, atau meremehkan hijab sama halnya dengan merobek dan melecehkan Al-Quran, kerana Al-Quran telah menetapkan hukum khusus tentang kewajiban hijab. Setiap orang yang menentang hijab sama halnya telah menentang dan melecehkan hukum Allah swt yang disampaikan melalui lisan suci Nabi saww.

Mengaku diri sebagai muslim ada kesannya, iaitu percaya dan mengamalkan ajaran Al-Quran, perintah dan larangannya, kerana dengan kesan itulah kebahagiaan sejati sebagai seorang muslim akan terwujud.

Terkait khusus dengan kebahagiaan, filsuf Yunani kuno, Phytagoras, pernah mengatakan, “Sedikit sekali orang yang mengenal jalan kebahagiaan. Kebanyakkan mereka hanya menjadikan ianya hasrat dan permainan syahwat, sampai akhirnya ditelan ombak penentangan dan terus berputar-putar di tengah laut tak bertepian. Mereka tak ubah seperti orang-orang buta di hadapan badai dan taufan”.

Hal lain yang rasanya perlu juga untuk saya gariskan , khususnya bagi kaum wanita, ialah berusaha menjauhi sifat-sifat tercela seperti: tipu muslihat dan iri hati (hasud). Kedua-dua sifat ini sepertinya kerap juga dihadapi oleh wanita. Jadi, usahalah agar menjauhkan diri kita dari sifat-sifat tercela dan hina tersebut.

Dan terakhir harus saya katakan kepada sesama wanita, tidak ada kebahagiaan yang melebihi ketenangan jiwa. Yakinlah bahawa kebahagiaan sejati hanya akan terwujud pada segala bentuk keutamaan dan kemuliaan. Bilakah kita akan mendapatkan keutamaan dan ketenangan jiwa? Ya, kebahagiaan itu akan dicapai oleh manusia dalam samudera tak bertepi di kehidupan dunia ini hanya dengan berpegang teguh pada tali tauhid.

Pesanan-pesanan dapat digali daripada Al-Quran. Allah SWT berfirman, “Maka, barang siapa yang menolak thaghut (selain Allah) dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Allah penolong orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka adalah thaghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”.

Kebahagiaan sejati akan terhasil melalui iman di hati, tauhid dan ketakwaan. Jika semua menginginkan kebahagiaan dunia dan akhirat, kalian harus mengikuti dan mengamalkan Al-Quran. Langkah demi langkah yang kalian tempuh akan menghantar kalian kepada-Nya. Di saat itulah kita akan merasakan betapa ianya kebahagiaan yang sejati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *