Dengan ketibaan hari ‘aza arbaeen Husseini, penziarah Imam Hussein as membanjiri Karbala dari seluruh pelusuk dunia menuju ke alam malakut Imam yang dipenggal kepala

Madrasah arbaeen Husseini

Dengan ketibaan hari ‘aza arbaeen Husseini, penziarah Imam Hussein as membanjiri Karbala dari seluruh pelusuk dunia menuju ke alam malakut Imam yang dipenggal kepala.

Pencinta Sayyidusy Syuhada mendirikan mawkib-mawkib dan berkhidmat kepada jemaah Imam Hussein as sepanjang jalan, memperlihatkan keindahan kasih sayang dan cinta kepada Imam. Insya Allah, kasih sayang dan cinta ini akan dipandang oleh Allah swt dan Ahlul Bayt as.

Imam Shodiq as memohon kepada Allah supaya diampunkan dosa-dosa para jemaah yang menziarahi moyangnya. Keampunan untuk mereka yang mengamalkan perintah Ahlul bayt dan menimbulkan kemarahan musuh-musuh mereka, harta kekayaan yang mereka infaqkan dan kelelahan tubuh badan mereka sepanjang perjalanan ini.

[بحارالانوار، ج98، ص51]

 

Dalam riwayat ini, hazrat imam as mendoakan sesiapa sahaja yang demi untuk sampai ke Haram Imam Hussein telah mengorbankan harta dan tubuh badannya. Doa yang, selain untuk penziarah Husseini, ianya juga termasuk buat mereka yang mengabdikan dirinya untuk melayani jemaah para syuhada.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan dua perkara yang terdapat dalam doa Imam shodiq as. (ziarah demi perintah Ahlul bayt, dan kemarahan musuh).

 

Point pertama: Berjalan kaki atas perintah Ahlul bayt

Seseorang yang sentiasa mempunyai hubungan dengan Imam Hussein as, secara semula jadi sudah pasti terbiasa dengan ziarah Asyura. Dalam ziarah Asyura kita menyebut kepada syahidusy syuhada, bahawa dengan membaca ziarah Asyura ini, aku berhasrat untuk mendekat dengan Allah, dan mendekat denganmu ahlul bayt.

 

یَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ إِنِّی أَتَقَرَّبُ إِلَى اللَّهِ وَ إِلَى رَسُولِهِ وَ إِلَى أَمِیرِ الْمُؤْمِنِینَ‏ وَ إِلَى فَاطِمَهَ وَ إِلَى الْحَسَنِ وَ إِلَیْکَ بِمُوَالاَتِکَ

 

Tidak ada keraguan bahawa dengan berjalan kaki dan berkhidmat untuk penziarah imam adalah cara untuk mendekati Allah dan ahlul bayt. Tetapi perlu diberi perhatian bahawa untuk Allah juga mencintai hambaNya, seorang hamba juga perlu menjalankan perintah ahlul bayt kerana ahlul bayt adalah Hujah Allah atas muka bumi.

Salah satu kewajipan rohani yang paling penting bagi umat Islam (khususnya syiah ahlul bayt), adalah solat, yang sepatutnya diberikan lebih perhatian dalam himpunan arbaeen secara besar-besaran ini.

 

Satu perkara yang menarik:

Kita harus sedar bahawa doa Imam Shodiq terhadap para jemaah penziarah dan sukarelawan mawkib adalah sejajar dengan pesanan  Imam Hussein as terhadap sahabatnya di waktu zohor asyura supaya memelihara solat. Oleh itu, walaupun menziarahi Imam Hussein sangat bermanfaat, dan setiap langkah yang diambil ke arah haramnya imam akan menyebabkan bergugurannya dosa dan maqam penziarah itu akan meningkat ,tetapi untuk mempertahankan dan mengekalkan maqam ini, perlu memberi lebih perhatian kepada solat dan peraturan-peraturan Ilahi yang lain.

 

Point kedua: Arbaeen dan mengenal musuh

 

Point kedua dalam hadis Imam Shodiq as,  adalah perbahasan mengenai isu mengenal musuh oleh penziarah dan sukarelawan arbaeen.

Dalam ziarah asyura , selepas membicarakan tentang kecintaan dan kepatuhan kepada Imam, berikutnya pula membicarakan tentang menentang musuh-musuh Imam (seperti Wahabisme). Dan inilah makna Tabari.

Apabila penziarah Aba Abdillah dari seluruh dunia membanjiri Karbala tanpa mengira sempadan dengan kedatangan 20 juta malah lebih, akan memberi kesan kepada kekuatan musuh. Himpunan seramai ini menunjukkan kesediaan kita dalam menentang musuh.

Persediaan ini, sebagai tambahan kepada persediaan dari segi pertahanan, juga termasuk persiapan dari segi lain, termasuk kebudayaan. Himpunan besar Arbaeen, dengan slogan-slogan dan matlamat-matlamat besar yang lain, adalah satu contoh bagi memperkenalkan identiti Syiah kepada musuh-musuh Islam dan Takfiri Wahhabi. Himpunan arbaeen memperlihatkan kesatuaan pengikut ahlul bayt dalam kecintaan mereka terhadap ahlul bayt as.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *