Salah satu keperluan asas rohani setiap manusia adalah menerima kasih sayang daripada orang lain. Kanak-kanak mendekatkan dirinya kepada ibu dari saat pertama kelahirannya, dan keletah kanan-kanak itu adalah kerana faktor ini. . Ibu adalah orang pertama yang membuat hubungan dua hala antara anak dan orang lain, dan dengan perantaraan ibulah timbul hasrat baginya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Harus diberi perhatian bahawa anak akan mempunyai kesihatan mental yang sihat dan gembira jika dia mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan tidak akan merasa kehilangan jati diri dan tidak akan mengalami masalah psikologi. Nah, jika kanak-kanak itu tidak mendapat kasih sayang semasa tahun-tahun pertama hidupnya, apa yang anda bayangkan akan berlaku kepada dirinya secara psikologi?

Pertumbuhan emosi yang sihat pada kanak-kanak

Salah satu keperluan asas rohani setiap manusia adalah menerima kasih sayang daripada orang lain. Kanak-kanak mendekatkan dirinya kepada ibu dari saat pertama kelahirannya, dan keletah kanan-kanak itu adalah kerana faktor ini. . Ibu adalah orang pertama yang membuat hubungan dua hala antara anak dan orang lain, dan dengan perantaraan ibulah timbul hasrat baginya untuk berkomunikasi dengan orang lain. Harus diberi perhatian bahawa anak akan mempunyai kesihatan mental yang sihat dan gembira jika dia mendapat kasih sayang daripada ibu bapa dan tidak akan merasa kehilangan jati diri dan tidak akan mengalami masalah psikologi. Nah, jika kanak-kanak itu tidak mendapat kasih sayang semasa tahun-tahun pertama hidupnya, apa yang anda bayangkan akan berlaku kepada dirinya secara psikologi?

 

Dalam kes ini, kegelisahan dan gangguan rohani akan berkembang di dalam dirinyanya, yang kemudian dalam hidupnya akan menjadi menjadi sumber kepada banyak konflik emosi dan kegelisahan yang mendalam ketika dewasa. Suatu hari, seorang lelaki datang kepada Rasulullah saww dan berkata: “Saya mempunyai seorang anak yang sehingga sekarang saya tidak pernah menciumnya!” Ketika dia berlalu pergi dari Rasulullah saww, Rasulullah bersabda: “Orang ini pada pendapat saya adalah daripada kalangan ahli neraka?”.

 

Kebanyakan kanak-kanak menzahirkan perasaan sayang mereka kepada ibu bapa, jika saja ibu bapa juga melayan mereka dengan baik. Jika keperluan kasih mereka ini tidak dipenuhi, rasa menjauh mereka daripada ibu bapa semakin berkembang. Ibu bapa sentiasa menyintai anak-anak mereka dan cinta ini wujud kerana mereka yang melahirkan, tetapi ini sahaja tidak mencukupi untuk anak-anak.

 

Kanak-kanak sedang mencari sumber untuk memenuhi keperluan mereka. Semakin mereka membesar, harapan dan keperluan mereka juga menjadi semakin besar dan jelas. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mereka dengan betul dan keperluan emosi dan material mereka tidak dipenuhi dan mereka terus menerus menyekat, kekecewaan kanak-kanak akan bermula dan secara beransur-ansur ketidakpuasan ini akan menjadi kebencian! Mereka mengharapkan ibu bapa mengambil berat akan perkembangan sahsiah mereka.

 

Sebab lain yang memancing emosi dan kebencian kanak-kanak terhadap ibu bapa adalah kesan dari syarat yang diberikan ibu bapa kepada mereka. Oleh kerana mereka terdedah kepada persekitaran luar, persekitaran rumah juga memberi berkesan. Ramai ibu bapa, dengan kontroversi dan tekanan berterusan di rumah, memberi tekanan kepada kanak-kanak. Dalam keadaan ini, mereka tidak boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran atau aktiviti mereka di rumah. Begitu juga, keadaan di luar rumah yang kurang baik, seperti kawan-kawan yang buruk akhlak mengajak mereka ke jalan yang tidak baik.

 

Mungkin  mudah untuk mencari penyelesaian tetapi memerlukan masa. Ibu bapa harus selalu bersabar untuk memberi kasih sayang dan keprihatinan terhadap anak-anaknya. Sayangi mereka, berikan mereka masa dan fahami mereka.

 

Sudah tentu, pada hari ini kita melihat ramai ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak, ini juga akan menimbulkan masalah. Mengharapkan sesuatu tanpa had, cepat marah, suka mengusai, malu, hasil pentarbiahan yang tidak benar, dan moral yang tidak baik adalah hasil daripada kasih sayang yang berlebihan. Imam Muhammad Al-Baqir (as) berkata: “Bapa-bapa yang paling buruk adalah bapa yang berlebihan dalam berbuat baik dan melebihi had dalam mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak,.” Seperti yang dinyatakan sebelumnya anak-anak walaupun mereka sedang membesar,mereka perlu mempunyai keyakinan diri. Sayangi mereka walaupun siapa pun diri mereka. Mereka perlu memahami bahawa cinta dan kasih sayang anda akan kekal dan tidak akan pernah hilang.

 

Bermain bersama dengan kanak-kanak itu akan membuatnya gembira, dan cara ini akan memperkuatkan keyakinan diri dan harga diri mereka. Perlu diberi perhatian, semua yang kita fikirkan mungkin melampaui persepsi kanak-kanak untuk dia fahami, namun jika ia dinyatakan dengan cara dan bahasa kanak-kanak itu, dia akan dapat memahaminya.

 

Perlu diingat bahawa tujuh tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh dia mengenal dunia, dan kanak-kanak belajar bagaimana menangani fenomena di sekeliling mereka, deria penglihatan dan sentuhan mereka akan digunakan dengan baik. Fikiran mereka mula mengenal harga diri dan kekuatan emosi . Bermain bersama kanak-kanak itu, selain dapat menikmati kegembiraan dan kebahagiaan, mereka juga belajar banyak prinsip secara langsung dan tidak langsung. Tingkah-laku ibu bapa bersama kanak-kanak perlu dilakukan persis seperti kanak-kanak, supaya mereka dapat dididik dengan didikan yang benar dan boleh difahami iaitu mendidik cara yang betul melalui permainan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *