Mahdawiyah, Trend dan Perkembangannya.

Mahdawiyah, Trend dan Perkembangannya.

Kefahaman Mahdawiyah adalah suatu ideologi yang diyakini dalam mazhab-mazhab yang berbagai dalam Islam. Kepercayaan kepada ‘Munji’ akhir zaman juga diyakini oleh agama-agama samawi yang lain. Kefahaman ini telah melalui proses dalam sejarah yang mengakibatnya kefahaman ini tidak lagi memiliki makna yang sama. Walau Rasulullah SAAW telah menjelaskan tentang siapa Al Mahdi yang sebenar, namun berlaku perubahan iklim politik, kemasyarakatan, kebudayaan pada sepanjang sejarah. Hal ini mengakibatkan muncul para pendakwa Mahdawiyah hingga memberikan definasi baru terhadap makna Mahdawiyah. Maka darinya muncul mazhab-mazhab baru seperti Kasa’niyah, Waqifiyah dan Mubarakiyah, dan agama baru seperti Qadiani dan Baha’i.

Sebahagian firqah beranggapan bahawa Mahdawiyah adalah antara hal-hal yang dicapai bukan anugerah. Mereka menganggap bahawa Mahdawiyah memiliki syarat-syarat yang umum dan tidak terbatas untuk golongan tertentu sahaja. Jika ada orang-orang yang mencapai syarat-syarat tersebut, maka dia mampu menjadi wujud luaran kefahaman Mahdi yang dijanjikan. Salah seorang dari yang memiliki pandangan sedemikian adalah Muhammad bin Abdullah bin Hassan (93 – 145 H) yang dikenali sebagai Nafs Az Zakiyah.

Sayed Muhammad Ma’syahksyahk (870 H) beranggapan bahawa seorang yang menjadi wakil, perantara dan hijab kepada Al Mahdi adalah juga Al Mahdi. Beliau membezakan antara inti kewujudan Imam setiap zaman dengan putera Imam Hassan Al Askari. Inti kewujudan Imam zaman dalam setiap zaman zuhur di dalam diri seseorang. Maka dengan itu Al Mahdi tidak hanya dikhususkan untuk sesorang yang khusus.

Sebahagian lagi golongan tidak mempedulikan makna istilah Al Mahdi yang dimaksudkan di dalam riwayat. Mereka hanya berpegang kepada makna zahir Al Mahdi iaitu yang mendapat petunjuk. Bagi mereka Al Mahdi adalah mereka yang mendapat pentunjuk – hidayah dari Allah dan bangkit menentang orang-orang zalim dan kezaliman serta membela golongan yang tertindas. Mereka mengingkari istilah Al Mahdi yang disampaikan di dalam riwayat. Antara mereka yang memiliki keyakinan ini adalah Sayed Muhammad Nur Baksh (869 H)

Sebahagian lagi berpandangan bahawa penyebab ghaibah Al Mahdi bukan kerana menyelamatkan diri dan persiapan syarat-syarat zuhur. Mereka beranggapan ghaibah adalah hukuman Allah. Hal ini disebabkan berlaku kekurangan dalam melaksanakan perintah Allah, maka berhak untuk mendapatkan hukuman Allah. Contoh dari keyakinan ini adalah tentang Muhammad bin Hanafiah.

Sebahagian mendefinasikan Mahdawiyah adalah keseluruhan kesan-kesan materi dan maknawi yang menjelma di dalam salasilah satu keluarga yang khusus. Antara yang meyakini pandangan ini adalah para Khulafa Fatimiyah pada kurun keempat hijrah. Mereka mendirikan dinasti mereka dengan dakwaan Mahdawiyah.

Pandangan lain pula beranggapan bahawa tidak penting untuk mengikuti nas-nas yang ada tentang Mahdawiyah. Mengikut mereka permasalahan politik dan pemikiran yang menjadi asas penting untuk menentukan Al Mahdi. Oleh kerana itu sering terdapat perbezaan, baik dalam bentuk rinci, mahupun asas antara Mahdawiyah yang disebutkan di dalam riwayat dan Mahdawiyah yang disebabkan pemasalahan sosial politik. Antara yang termaktub di dalam sejarah antaranya dakwaan Al Mahdi oleh Mansur Abbasi untuk puteranya dan Khalid bin Muawiyah.

Sebahagian lagi melakukan bida’h dalam Mahdawiyah. Sekelompok manusia yang memiliki keinginan tertentu keluar dari masyarakat dan membentuk kumpulan mereka sendiri. Seterusnya mereka mencipta Al Mahdi mereka sendiri. Antaranya adalah tentang dakwaan bahawa Abu Muslim Khurasani adalah Al Mahdi.

Trend dan perkembangan kefahaman Mahdawiyah tidak pernah selesai dan sentiasa akan ada. Sebagai contoh kemenangan Republik Islam Iran juga berasaskan kepada ideology Mahdawiyah. Ini memberi erti pemerintahan Republik Islam Iran memiliki ikatan yang kuat dengan penantian zuhur Al Mahdi. Pemerintahan ini menganggap wujudnya sebagai mukaddimah dalam mewujudkan tamadun agung Islam dan masyarakat madani dan Qurani. Perjalanan pemerintahan sentiasa berpaksikan kepada Mahdawiyah.

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *