Mahdawiyah dalam pandangan Orientalist

Mahdawiyah dalam pandangan Orientalist

Subjek Mahdawiyah adalah topik yang dibahas oleh sebahagian orientalist. Henry Carbon menganggap bahawa Mahdawiyah adalah antara permasalahan akidah, Irfan dan hikmah Syiah yang paling inti. Pada pandangan beliau, Mahdawiyah bermakna tafsiran kepada batin agama dan kezuhuran Imam yang menghidupkan sekali lagi kehidupan manusia. Dengan kezuhuran Imam, segala asas-asas yang tersembunyi dan makna-makna maknawi wahyu akan menjadi jelas. Darmesteter seorang orientalist France ketika meneliti sejarah Islam berpendapat bahwa Mahdawiyah tidak bersumberkan Al Quran dan tidak ada riwayat yang jelas dari Rasulullah. Dia beranggapan bahawa Mahdawiyah muncul dari pemikiran Syiah yang terpengaruh dengan mitos Farsi kuno.

Van Felton beranggapan bahawa Mahdawiyah adalah idealogi ciptaan Syiah Kuffah untuk mereka memiliki kekuatan berhadapan dengan Bani Umaiyah yang berpusat di Syam. Ignaz Goldziher orientalist Bulgaria berpendapat bahawa pemikiran Mahdawiyah berasal dari pemikiran Yahudi dan Nasara. Dalam beberapa perbahasannya beliau mengatakan bahawa dalam beberapa konsep Mahdawiyah bersumber dari Majusi. David Samuel Margoliuth pula beranggapan bahawa pemikiran Mahdawiyah bermula dari zaman Muhammad bin Hanafiah. Para pengikutnya mengatakan bahawa Muhammad bin Hanafiah adalah Al Mahdi yang ditunggu.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *