Mahdawiyah dari pandangan Sufism

 

Dalam pandangan Sufi, Mahdawiyah bukan hanya sekadar satu kepercayaan Agama. Bagi mereka ianya adalah bahagian dari didikan Irfan yang memiliki sudut Taqwini, Tasyrie dan Suluk. Namun dalam Sufi dan Irfan, Mahdawiyah tidak dibahaskan sebagai satu subjek yang mandiri tetapi dibahas di bawah tajuk Wilayah dan Khatam Wilayah. Di dalam kitab-kitab Irfan pada kurun ke 2 hingga ke 5, terdapat istilah seperti Qaim, Al Mau’ud, Munji, Al Hujjah, Al Muslih dan lain-lain di bawah perbahasan Khatam Al Wilayah.

Hakim Tarmizi (W 285 H) ahli Sufi menulis kitab Khatamu Al Wilayah pada zaman Ghaibah Suqra. Ibnu Arabi juga membahaskan tentang Khatamu Al Aulian di dalam kitab Futuhatu Al Makkiyah. Beliau juga mengutip pandangan Hakim Tarmizi di dalam kitabnya. Hakim Tarmizi tidak menyebutkan nama khusus Al Mahdi, dia hanya menyebutkan bahawa Al Mahdi akan memenuhi dunia dengan keadilan pada akhir zaman. Oleh kerana itu tidak boleh diandaikan apakah Al Mahdi yang disebutkan oleh Hakim Tarmizi adalah Al Mahdi yang diyakini oleh Syiah Imamiyah.

Ibnu Arabi (560 – 638 H) di dalam Futuhat Al Makkiyah memberi nama bab ke 366 sebagai:

في معرفه منزل وزراء المهدی الظاهر فی آخر الزمان الذی بشر به رسول اللّه(ص) و هو من أهل البیت

Beliau menukilkan hadis-hadis dari Syiah dan Ahlu Sunnah tentang Al Mahdi yang akan memenuhi dunia dengan keadilan setelah dipenuhi dengan kejahatan dan kezaliman. Beliau beranggapan bahawa Al Mahdi adalah dari Zuriah Imam Hassan Al Mujtaba as. Pandangan ini dapat diselesaikan dengan dua hal.

1. Berdasarkan nukilan Mulla Sadra, Sheikh Bahaie dan Abdul Wahab Sya’rani dari tulisan Ibnu Arabi menunjukkan bahawa Ibnu Arabi bukan sahaja menyebutkan Imam Mahdi dari keturunan Imam Hussin as, malah beliau menyebutkan nama Imam Al Mahdi putera Imam Hassan Al Askari dan salasilah Imam hingga ke Imam Hussin as. Dan pandangan ini selari dengan keyakinan Syiah Imamiyah.

2. Jika kita beranggapan kitab Futuhat Al Makkiyah tidak ditahrifkan, yang mana Imam Al Mahdi adalah keturunan Imam Hassan as tetap bertetapan dengan Hadis Rasulullah ‘…Al Mahdi adalah dari keturunan Hassan dan Hussin’.

Sayyed Haidar Amoli (Lahir 720 H) di dalam kitab در جامع الاسرار و منبع الانوار membahaskan tentang Al Mahdi AF dan mengatakan bahawa Imam Al Hujjah adalah Qutub pada masa ini. Beliau menyakini bahawa Wilayah Mutlak yang bersangkutan dengan hakikat universal Baginda Rasulullah SAAW. Manifestasi wilayah ini mengikut Ibnu Arabi adalah Nabi Isa. Pandangan Sayed Haidar Amoli adalah Imam Ali as. Manifestasi Wilayah yang bersyarat pada pandangan Ibnu Arabi adalah dirinya sendiri. Sayed Haidar Amoli mengatakan itu adalah wilayah Imam Al Mahdi as. Mengikut Sayed Haidar Amoli, pandangan Ibnu Arabi bertentangan dengan akal dan naql serta mukasyafah.

Pandangan Sufi tentang rincian Mahdawiyah mendekati pandangan Imamiyah. Ulamak-ulamak Sufi seperti Saaduddin Hamuyah (W 650 H), Sheikh Najmuddin Kurba Shah Nikmatullah Wali (730 – 832 H) di dalam kitab Risalah Mahdiyah, Ibrahim bin Muhammad Juyini (644 – 722 H) dalam kitab Fara’idul Simthain, Abdul Wahab Sya’rani (997 – 973 H) dalam kitab Al Yawaqit wa Al Jawahir, Sheikh Muhmmad Lahiji (W 912 H) dalam Syarah Ghulistane Raz telah memberikan pandangan mereka tentang subjek Mahdawiyah dan jelas menunjukan pandangan mereka amat hampir dengan pandangan Imamiyah.

Terdapat juga dari kalangan ahli Sufi yang mendakwa diri sebagai Al Mahdi. Antaranya adalah Sayed Muhammad Nur Baksh, seorang Sufi terkenal pada kurun ke 9 Hijrah yang mengasaskan salsilah Nur Bakhsyiyah. Di dalam kita Risalah Al Huda beliau mendakwa dirinya adalah Al Mahdi yang ditunggu. Beliau juga memberikan dalil untuk membuktikan kebenaran dakwaannya.

Gerakan Sufism beserta dengan sudut irfan lebih menekan sesuatu yang di luar atau di atas perbahasan masa dan tarikh dan lebih menitik beratkan urusan yang bersangkutan dengan ‘nafs’. Oleh kerana itu perbahasan Mahdawiyah akan ditakwil dari sisi batin. Tentang tanda-tanda zuhur yang berurusan dengan tarikh dan waktu yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis, mereka mentakwilkan dari sudut ‘nafs’ hingga kedudukan Imam Al Mahdi tetap terpelihara. Mereka sentiasa menolak membahas tentang zuhur dengan perbahasan yang rendah dan awam. Perbahasan sedemikian kelihatan di dalam penulisan dua Sufi terkenal Sultan Ali Shah Ghan Abadi dan Safi Ali Shah Isfahani pada era pengujung dinasti Qajar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *