Sirah Akhlak Maksumin [Tawakal]

 

Sirah Akhlak Maksumin a.s.

Bahagian Pertama

Akhlak Individu

Bab Keenam: Tawakal

Tawakal kepada Allah adalah antara hal asas dalam akhlak para maksumin. Mereka dalam apa juga keadaan tidak akan bergerak tanpa bertawakal kepada Allah. Semua ini kerana keyakinan tinggi mereka kepada Allah S.W.T. Tidak  pernah dalam hidup, mereka lalui malam hingga pagi tanpa menyerahkan segala urusan kepada Allah.

اللَّهُمَّ لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَداً

Ya Allah jangan sesekali Kau menyerahkan urusanku kepadaku walau sekelip mata sekalipun. (Bihar Al Anwar, J 14, ms 384)

Di sini kita perlu menjelaskan tentang hakikat tawakal sebelum kita melihat contoh-contoh tawakal dalam kehidupan para maksumin.

Hakikat Tawakal

Untuk mencapai tujuan kehidupan, manusia memerlukan kepada sebab-sebab material dan non material. Semakin tinggi tujuan maka tuntutan kepada keperluan juga akan bertambah besar. Dari satu sisi, hal-hal yang terjadi seperti, malas, kesedihan, putus asa dan berbelah bagi, memberi kesan dalam melemahkan ruh. Jika manusia tidak bergantung kepada sumber yang kuat untuk memperkasakan ruhnya, maka dia akan gagal dalam kehidupannya. Namun jika ia mengembalikan segala urusannya kepada puncak dari segala sebab dan mengikat hatinya ke situ, maka sudah tentu ini akan membantu dalam kejayaannya.

وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسبُهُ

Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah adalah cukup untuknya. (At Thalaq, 3)

Oleh kerana itu Allah adalah yang disandarkan. Seluruh sebab-sebab yang lain akan sirna di hadapan Allah. Mereka yang bertawakal kepada Allah tidak akan takut kecuali kepadaNya. Hati mereka akan menjadi kukuh dan memiliki harapan. Dengan itu mereka meneruskan kehidupan harian.
Hassan bin Jaham bertanya kepada Imam Ali Ar Ridha: Jiwaku menjadi korbanmu wahai putera Rasulullah, apa batas-batas tawakal? Imam menjawab:

ان لا تخاف مع الله احدا

Tidak  takut kepada sesiapa pun ketika memiliki Allah. (Bihar Al Anwar, J 71, ms 134)

Amirul Mukminin berkata:

التوکل التبري من الحول والقوة، وانتظار ما يأتي به القدر

(Hakikat) Tawakal adalah berlepas dari perlakuan dan kekuatan diri serta menanti apa yang akan tiba dari Qadha dan Qadar. (Syarah Ghurur Al Hikam, J 2, ms 80)

Punca Tawakal

Pembicaraan adalah tentang bertawakal kepada Allah, maka itu pertamanya perlu menyakini wujud ‘yang diserahkan dan dipercayai’ terlebih dahulu. Orang yang bertawakal menyakini bahawa yang ditawakalkan itu ada. Kedua, yang ditawakalkan mengetahui keadaannya dan memiliki kekuasaan. Dengan mengetahui keadaan yang bertawakal, maka ‘Dia’ memiliki kuasa untuk membantunya.

Dengan ini maksud bertawakal kepada Allah adalah:

Iman yang sempurna kepada Allah. Beriman kepada PerbuatanNya dan IlmuNya.

Dalam hal ini, Imam Ali berkata:

أقوی الناس إيماناً أکثرهم توکلاً علی الله سبحانه

Manusia yang paling kuat beriman kepada Allah adalah mereka yang paling banyak bertawakal kepada Allah. (Syarah Ghurar Al Hikam, J 1, ms 429)

التوکل من قوه الایمان

Tawakal berpunca dari kekuatan iman. (Syarah Ghurar Al Hikam, J 1 ms 182)

Takawal yang hakiki

Kita menyakini bahawa para maksumin adalah mereka yang memiliki iman yang sempurna dan keyakinan yang kukuh. Oleh kerana itu mereka adalah yang memiliki sifat tawakal yang paling indah. Sifat tawakal ini hadir dalam keseluruhan hidup mereka, baik yang berunsur luaran, mahupun dalaman. Mereka mengunakan tawakal dalam mengatur segala urusan, malah termasuk pemikiran mereka. Dengan bertawakal mereka melangkah ke hadapan. Melalui ini mereka mendidik masyarakat budaya Islam yang sebenar. Oleh itu masyarakat mampu selamat dari segala bentuk pemikiran yang menyimpang.
Sewaktu ayat وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا. وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لا يَحْتَسِبُ ‘sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan memberikannya jalan keluar. Dan memberikannya rezeki tanpa ia sangkakan’ (At Thalaq, 8-9) diturunkan, sebahagian dari sahabat Rasulullah mula duduk di rumah dan menyibukkan diri mereka dengan beribadah. Setelah Baginda Rasulullah mendapat tahu hal ini, Baginda menghadirkan mereka. Baginda bersabda: aku memusuhi mereka yang membuka mulutnya kepada Allah dan berkata ‘Tuhanku berikan aku rezeki’, namun mereka meninggalkan kerja dan usaha. (Tafsir Nur At Thaqalain, Al A’rusi Al Huwaizi, J 5, ms 357)

Pada suatu hari, Amirul Mukminin bertembung dengan beberapa lelaki yang sihat, duduk di satu penjuru masjid, sambil menzahirkan tawakalnya kepada Allah. Imam bertanya kepadanya:
Kalian siapa?

Kami adalah yang bertawakal kepada Allah.

Tidak, kalian adalah parasit masyarakat! Jika benar apa yang telah kalian dakwakan, sampai tahap mana tawakal kalian?

Ketika kami mendapatkan sesauatu, kami akan bersyukur dan ketika kami tidak mendapatkan apa-apa, kami akan bersabar.

Ini tidak benar, ini adalah apa yang dilakukan oleh anjing-anjing peliharaan.

Kamu sendiri lakukan bagaimana?

Kami jika mendapatkan sesuatu akan kami bahagikan dan jika kami tidak mendapatkan sesuatu kami akan bersyukur.

Di sini kita akan melihat beberapa contoh kehidupan bertawakal dari para maksumin a.s., baik dalam kehidupan seharian mereka, mahupun dalam jihad dan pejuangan mereka.

Pertama: Kehidupan Seharian

Seluruh kehidupan dan pemikiran para maksumin berasaskan perintah Allah S.W.T. Seluruhnya mereka lakukan dengan sebab-sebab yang zahir. Namun perlakuan mereka seiring dengan bertawakal kepada Allah. Dengan ini perbuatan mereka memiliki nilai Ilahi. Imam Jaffar As Sadiq berkata: Setiap kali Baginda Rasulullah bangkit dari tidur, Baginda akan membaca:

االهم لک اسلمت و بک امنت و علیک توکلت

Ya Allah kepadaMu akan berserah, denganMu aku beriman dan keatasMu aku bertawakal. (Bihar Al Anwar, J 76, ms 203)

Ketika memakai pakaian, Baginda membaca:

اللهم بک استترت و الیک توجهت و بک اعتصمت و علیک توکلت

Ya Allah denganMu aku menutupi diriku, kepadaMu aku menghadap, denganMu aku menjaga diriku dan keatasMu aku bertawkal. (Bihar Al Anwar, J 16, ms 251)
Imam Ali Zainal Abidin ketika mahu keluar dari rumah membaca:

بسم الله امنت بالله و توکلت علی الله

Imam Jaffar As Sadiq ketika keluar atau masuk ke dalam rumah akan membaca:

علیک توکلت اللهم بارک لی فی یومی هذا وارزقنی فوزه و فتحه…

Rawi berkata Imam Jaffar As Sadiq sering menjamu kami dengan makanan yang berbagai, sampai ada yang berkata kepadanya, ‘jangan terlalu banyak mengeluarkan wang untuk keperluan makan, nanti bila sampai waktu kesusahan, wang itu boleh digunakan’. Imam menjawab ‘kami mengatur berasaskan keinginan Allah kepada kami, jika Allah memberikan kami kelebihan, kami akan berbelanja lebih, jika kurang, kami akan berbelanja kurang’. (Wasail Asy Syiah, J 16, ms 444)

Kedua: Dalam Jihad Dan Penentangan
Mukminin

ketika berhadapan dengan musuh-musuh Allah dan kemanusiaan memerlukan kepada kekuataan maknawi dan keamanan yang lebih besar. Keperluan ini hanya akan terhasil bila bertawakal kepada Allah S.W.T. Al Quran menukilkan doa insan mujahid:

وَمَا لَنَا أَلَّا نَتَوَكَّلَ عَلَى اللَّهِ وَقَدْ هَدَانَا سُبُلَنَا ۚوَلَنَصْبِرَنَّ عَلَىٰ مَا آذَيْتُمُونَا ۚوَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُتَوَكِّلُونَ

Kenapa kami tidak untuk bertawakal kepada Allah? Sedangkan Allah telah hidayahkan kami ke atas jalan kami. Dan kami akan benar-benar bersabar seksaan kalian ke atas kami. Dan ke atas Allah bertawakal orang-orang yang bertawakal. (Ibrahim, 12)

Dalam peperangan ‘Zatur Reqah’, Rasulullah berehat di bawah sebatang pohon. Waktu itu berlaku banjir yang memisahkan Baginda dengan para Sahabatnya. Sementara menunggu banjir surut untuk mereka bersatu dengan Rasulullah, seorang musyrikin mengambil peluang untuk menyerang Baginda. Dia menghunuskan pedangnya kepada Rasulullah dan berkata ‘siapa yang akan menyelamatkan kau sekarang?’. Baginda menjawab ‘Tuhanku dan kamu akan menyelamatkan aku’. Sewaktu dia menari-narikan pedangnya, Jibrail turun dan menepuk belakangnya menyebabkan pedangnya terlepas dari tangan. Baginda terus menyambar pedang tersebut dan menghunuskan kepadanya dan bersabda ‘sekarang siapa yang akan menyelamatkanmu? Musyrikin tersebut menjawab ‘kemulian dan pengampunanmu’. Baginda pun melepaskannya, lalu dia berkata ‘aku bersumpah bahawa kau  lebih baik dan lebih mulia dariku’.

Amirul Mukminin dalam semua peperangan dan pembukaan sentiasa bersandarkan kepada perisai Allah dan bermohon bantuan dariNya. Dalam kemenangan peperangan Khaibar, Imam berkata:

ما قلعت باب خيبر بقوة جسمانية، ولكن بقوة إلهية

Demi Allah aku tidak menumbangkan pintu Khaibar dan tidak aku menghancurkan benteng Yahud dengan kekuatan jisim tetapi dengan kekuatan Ilahiyah. (Ibnu Abil Hadid, Syarah Nahjul Balagh, J 20, ms 316)

Imam Ali Zainal Abidin berkata, ketika tentera Omar bin Saad menyerang tentera Imam Hussin, Imam mengangkatkan tangannya ke arah langit dan berdoa:

اللَّهُمَّ أَنْتَ ثِقَتِي فِي كُلِّ كَرْب وَ أَنْتَ رَجَائِي فِي كُلِّ شِدَّة وَ أَنْتَ لِي فِي كُلِّ أَمْر نَزَلَ بِي ثِقَةٌ وَ عُدَّةٌ….

Ya Allah Kau yang aku percayai dalam kesusahan dan Kau adalah harapanku dalam setiap kepayahan, untukku Kau yang terpercaya dan harapan dengan setiap perkara yang terjadi padaku. (Bihar Al Anwar, J 45, ms 4)

Mansur Dawaniqi mengutus Ibrahim bin Jabalah bersama surat kepada Imam Jaffar As Sadiq untuk memerintahkannya datang ke Baghdad. Setelah membaca surat tersebut, Imam membaca doa tersebut.
Hal yang menarik tentang ayat 38 – 45 dari surah Al Gaffir. Ayat ini menceritakan perjuangan seorang mukmin dari keluarga Firaun. Beliau bernama Hazbil membela apa yang disampai oleh Nabi Musa a.s. di hadapan Firaun hingga beliau dihukum bunuh oleh Firaun.

فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ

Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka, dan Firaun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. (Al Ghafir, 45). (Bihar Al Anwar, J 94, ms 284)

Dalam menerangkan ayat ini, Imam Jaffar As Sadiq berkata: keluarga Firaun menangkap Hazbil dan setelah itu membunuhnya. Apakah kalian mengetahui apa yang Allah peliharakan Hazbil? Allah memeliharanya dari berlaku kerosakan dalam agamanya. (Bihar Al Anwar, J 13, ms 162)

Ketiga: Menguatkan Maknawiyah Tawakal

Selain dalam perbuatan, para maksumin sentiasa membicarakan tentang tawakal. Hal ini disebarkan dan tersimpan kuat di kalangan para pengikut mereka. Mereka didik untuk sentiasa bertawakal kepada Allah di dalam semua urusan kehidupan.
Muhammad Bin Muslim berkata, Imam Muhammad Al Baqir berkata kepadaku: ketika sesorang meletakan bahagian kanan mukanya di atas bantal, semestinya ia membaca:

بسم الله….. توکلت علیک (Sheikh Tussi, Tahzib Al Ahkam, J 2, ms 116)

Saif Azudi berkata, Imam Jaffar As Sadiq berkata:

Jangan tinggalkan mencari rezeki yang halal kerana ia akan membantumu atas agamamu. Ikatlah untamu dan bertawakallah. (Wasail Asy Syiah, J 12, ms 20)

Imam Ali Ar Ridha berkata:
Setiap kali keluar rumah untuk bermusafir atau selainnya, bacalah:

بسم الله امنت بالله توکلت علی الله

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *