Mahdawiyah dari pandangan beberapa firqah Syiah

Mahdawiyah dari pandangan Zaidiyah
Sebagaimana mazhab-mazhab yang lain juga menerima asas Mahdawiyah.

Namun begitu mereka tidak mempercayai bahawa Al Mahdi telah dilahirkan dan akan zuhur. Mereka hanya mempercayai bahawa ada Al Mahdi yang dijanjikan dan akan zuhur pada akhir zaman. Pada pandangan Zaidiyah, ghaibah Imam bertentangan dengan pengakuan maqam Imamah seorang Imam. Justeru itu mereka menolak untuk menerima bahawa Imam yang ke 12 yang dipercayai oleh Syiah Itsna Asyar. Sebahagian dari Zaidiyah tidak menolak tetapi tidak juga memberi mandat. Rata-rata pengikut Mazhab Zaidiyah berkeyakinan bahawa Al Mahdi akan dilahirkan dan akan zuhur pada akhir zaman.

Secara keseluruhannya, Mahdawiyah dalam Zaidiyah adalah Mahwiyah berbentuk genus. Bagi mereka Mahdawiyah adalah rentetan para Imam yang memenuhi dunia dengan keadilan. Para Imam ini adalah Al Mahdi yang dijanjikan. Mereka meyakini bahawa seluruhnya mesti dari Sadah dan mengajak manusia lain untuk mengikuti mereka. Jika salah seorang dari mereka memenuhi dunia dengan keadilan dan urusan manusia selesai, maka waktu itu akan terbukti bahawa Sayed tersebut adalah Imam Al Mahdi. Jika tidak, maka perlu menunggu Sayed yang berikutnya.

Terdapat juga sebahagian dari golongan Zaidiyah yang mempercayai bahawa Imam Zaidiyah yang telah terbunuh akan dibangkitkan semula dan akan memenuhi dunia dengan keadilan.

Antara yang dipercayai sebagai Al Mahdi yang akan dibangkitkan adalah Zaid bin Ali Zainal Abidin, Nasf Az Zakiyah Muhammad bin Qasim bin Ali bin Umar bin Ali bin Hussin bin Ali bin Abi Talib, Yahya bin Zaid bin Ali Zainal Abidin dan Qasim I’yani.

Mahdawiyah dalam pandagan Syiah Ismailiyah

Masalah Mahdawiyah adalah antara hal yang paling asas dalam ajaran mazhab Ismailiyah. Namun dengan berlaku perpecahan dalam mazhab ini, maka berlaku juga pandangan yang berbeza tentang Mahdawiyah. Ismailiyah Khalisa adalah firqah pertama dalam Ismailiyah yang meletak batu asas dalam kepercayaan Mahdawiyah. Mereka berkeyakinan bahawa Ismail puteri Imam Jaffar As Sadiq as tidak mati dan masih hidup. Mengikut mereka Ismail inilah Al Qaim Mahdi yang dijanjikan. Oleh sebab itu mereka mengunakan juga istilah Al Qaim, Al Mahdi, Al Muntazar, Sahibuz Zaman, Munji dan lain-lain lagi.

Ismailiyah Al Mubarakiyah pula mengakui bahawa Ismail telah meninggal dunia. Imam selepas Ismail adalah puteranya yang bernama Muhammad. Firqah ini awalnya dipanggil sebagai Mubarakiyah, namun setelah beberapa waktu ia dipanggil sebagai Qaramithah. Setelah kematian Muhammad, mereka meyakini bahawa Muhammad tidak mati dan telah ghaib. Kelak ia akan zuhur sebagai Al Qaim. Sebahagian dari Khalifah Fatimiyah juga mengunakan Mahdawiyah untuk mengklaim diri sebagai Al Mahdi. Antara mereka adalah Ubaidillah Al Mahdi, pengasas daulah Fatimiyah dan puteranya Muhammad bin Ubaidillah yang digelar sebagai Al Qaim.

Dari sudut ghaibah Imam, Ismailiyah memiliki persamaan dengan Imamiyah. Namun perbezaan besarnya adalah wujud luaran diri Imam Al Mahdi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *