Kepercayaan Mahdawiyah: Natijah dan Kesannya

Terdapat natijah dan beberapa kesan terhadap kepercayaan kepada Mahdawiyah. Antaranya:

1. Harapan kepada masa depan yang cerah.

Harapan kepada masa depan yang cerah adalah antara kesan yang telah dijelaskan tentang kepercayaan kepada Mahdawiyah. Disebutkan juga bahawa manusia sentiasa mengejar nilai-nilai yang berharga, namun begitu sering kali manusia melihat dirinya gagal. Kepercayaan kepada Mahdawiyah dan Al Mahdi yang dijanjikan pastinya menghidupkan harapan manusia dalam melihat masa depan. Akan datang seorang Insan Ilahi yang akan merealisasikan harapan manusia. Mungkin saja harapan ini untuk sebahagian adalah keinginan yang diimpikan dalam permikirannya dan mungkin untuk sebahagian mereka wujudkan dalam perbuatan seharian mereka.

2. Mobilisasi keinginan dan membentuk golongan penanti yang aktif.

Seorang atau masyarakat yang mempercayai Mahdawiyah pastinya tidak akan merasa cukup dengan realiti yang ada. Pastinya mereka akan berusaha mengangkat diri mereka kepada darjat keimanan yang lebih tinggi dan menjadi realiti diri mereka ke maqam maknawi yang lebih dari sebelumnya. Mereka sentiasa berusaha mencari jalan dan penyebab untuk mengangkat darjat mereka. Ideologi Mahdawiyah dan khabar tentang kemenangan golongan yang Saleh dan bertaqwa pada masa hadapan serta zuhur Imam yang hadir akan sentiasa memberi motivasi dalaman kepada manusia untuk terus berusaha dan istiqamah.

3. kehidupan yang bererti dan memiliki tujuan

Disebutkan bahawa antara natijah kepercayaan kepada Mahdawiyah adalah memberi erti dan tujuan untuk kehidupan manusia. Dalam pandangan penantian kepada ‘Munji’ sentiasa menjadi asas penting dalam setiap agama dan kepercayaan. Kepercayaan ini membentuk tujuan dalam gerakan kemasyarakatan. Di dalam Syiah, tujuan ini adalah penantian terhadap manifestasi teragung dan terbaik keadilan, kesejahteraan, rahmat, persaudaraan, sama rata, keindahan dan kebijaksanaan. Ideologi mahdawiyah dapat mendidik manusia untuk mencapai masyarakat Madani dan Utopia yang berpaksikan Imam Mahdi AJ. Oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengikat perlakuan hari ini dengan tujuan yang akan datang.

Sebahagian ilmuan mendefinasikan kehidupan yang bererti sebagai kehidupan yang bertujuan. Dalam pandangan ini, makna kehidupan adalah memiliki harapan untuk mencapai puncak tujuan kehidupan. Dari sisi lain, penantian atau kepercayaan kepada Mahdawiyah memberi makna memiliki tujuan dan harapan untuk mencapai tujuan tersebut. Maka dengan itu, penantian – Intizar memberi makna dalam kehidupan manusia. Terdapat contoh-contoh di dalam sejarah yang membenarkan hal ini. Sebagai contoh gerakan yang berteraskan gerakan Mahdism seperti kebangkitan Mokhtar As Saqafi, Kebangkitan Nafs Az Zakiyah, kebangkitan Sarbadaran dan Revolusi Islam Iran.

4. Model untuk kemajuan masyarakat

Antara kesan kepercayaan kepada pemerintahan satu kutub Al Mahdi bukun saja membicarakan tentang model kehidupan masa akan datang, malah ia juga adalah model kehidupan sekarang. Ideologi ini melihat kepada kepada waktu sekarang dan juga akan datang. Ia juga mampu menjadi model akhlak, agama, politik dan ekonomi. Ideologi ini dapat digunakan untuk membasmi kerosakan akhlak dan maknawi masyarakat serta dapat digunakan juga untuk mendidik angota masyarakat.

Ya Saheb Zaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *