Sirah Akhlak Maksumin a.s. [1]

Bahagian Pertama

Akhlak Individu

 Penulis buku: Ali Asghar Ilhami Niya

Penerbit: Kumpulan penyelidikan Islam

Penterjemah: Hassan Al Attas

Bab pertama: Memelihara Solat

Majoriti umat Islam menghafal paling tidak sedikit dari ayat-ayat Al Quran dan hadis yang bersangkutan dengan solat.  Mereka juga mengetahui hukum-hukum asas yang bersangkutan dengan solat.  Ini menunjukan bahawa betapa pentingnya kedudukan solat dalam Islam.  Solat adalah ibadah yang umpama sungai yang mengalir yang membersihkan kotoran yang ada dalam diri pendiri solat.  Setelah disucikan, pendiri solat dipersiapkan untuk berhadapan dengan Allah SWT.   Para pendiri solat akan berada di maqam pertemuan Yang Dicintai.  Ini adalah harapan para ahli makrifat dan pemilik hati.  Solat disyariatkan sebagai satu ramuan Ilahi dengan mukasyafah mutlak Muhammad S.A.A.W. untuk menyembuhkan segala bentuk penyakit dan kekurangan dalam diri manusia. (Inti dari petikan kitab Adab Solat Imam Khomeini, ms 5).

 

Di sini kita akan memapirkan cuplikan dari lautan ilmu para Maksumin tentang sifat pendiri solat yang hakiki.

 

Penjelasan tentang solat

Solat dapat dilihat dari tiga sudut.  Pertama, hukum-hukumnya.  Kedua, adab-adabnya.  Ketiga, rahsia-rahsianya.

 

  1. Hukum-hukum Solat

Solat adalah ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T.  Selain dari maksumin, tidak ada siapa pun yang berhak untuk meletakan syarat-syarat, rincian dan cara mendirikan solat.  Para maksumin hadir bersama masyarakat selama 286 tahun, dari hari diutus kerasulan hingga sampai pada zaman ghaibah sugra.  Secara berperingkat mereka telah menjelaskan hukum-hukum solat untuk umat Islam.  Ini kerana di dalam Al Quran hanya menerangkan beberapa hukum solat seperti kewajipan solat dan waktu-waktu mendirikan solat.  Al Quran tidak membicarakan rincian dari solat dan tidak menjelaskan praktik bagaimana mendirikan solat yang benar.  Hal ini dijelaskan dengan segala rinciannya oleh para maksumin a.s.  Fiqh pula mengambil segala riwayat yang ada dan mengeluarkan hukum berdasarkan kepada Sunnah Maksumin a.s.  Pada hakikatnya para Maksumin a.s. bukan sahaja menjelaskan malah mereka adalah orang-orang yang menghidupkan hukum ibadah yang agung ini.

 

  1. Adab-adab Solat

Jika hukum-hukum solat dianggap sebagai syarat sahnya solat, maka adab-adab solat dianggap sebagai syarat diterimanya solat.  Sebagai contoh, jika solat tanpa wuduk tidak sah, manakala solat tanpa kehadiran hati tidak diterima.  Sebahagian besar dari riwayat yang datang dari para maksumin adalah tentang syarat diterima solat di sisi Allah S.W.T.  Inti dari subjek ini banyak terdapat dalam pembicaraan dan sirah kehidupan para maksumin.

 

Abu Hamzah Thumali berkata ‘aku melihat ‘aba’ Imam Ali Zainal Abidin lepas dari bahunya ketika dia sedang melakukan solat dan Imam tidak menghiraukannya.  Imam hanya meletakan kembali ‘aba’ tersebut ke bahunya setelah selesai solat.   Setelah usai, aku bertanya kepada tentang hal tersebut dan Imam menjawab, celakalah kau, apakah kau tidak mengetahui didepan siapa aku berdiri?.  Solat seorang hamba tidak akan diterima keculi dengan mendirikannya bersama kehadiran hati’.  (Bihar Al Anwar, J 84, ms 265)

 

Khususiah kesucian batin, kehadiran hati, khusyuk, kegembiraan, pemeliharaan, adab batin, penjagaan, penerimaan dan… tentang adab-adab solat terdapat dalam pembicaraan maksumin dan murid-murid mereka. (Rahsia Solat, Imam Khomeini).  Dalam sebuah riwayat yang panjang, Imam Jaffar As Sadiq a.s. menerangkan adab-adab pakaian dalam solat dan menjelaskan makrifah yang mendalam tentangnya. (Misbah Asy Syariah, bab 7).

 

  1. Hakikat dan Rahsia Solat

Rahsia solat terpelihara dalam penglihatan batin seorang pendiri solat.  Ini kerana penglihatan batin memiliki peringkat yang berbagai.  Dengan ini, rahsia solat juga memiliki peringkat yang berbeza.  Setiap peringkat yang lebih tinggi adalah rahsia bagi peringkat yang lebih rendah.  Peringkat yang lebih rendah adalah zahir bagi peringkat yang lebih tinggi.  Peringkat yang lebih tinggi adalah rahsia bagi yang lebih rendah.  Pendiri solat adalah pejalan yang bersama dengan jiwa raganya bergerak dari yang zahir menuju kepada batin.  Jalan ini membawanya kepada maqam bukan lagi zahir dan bukan lagi batin, tiada lagi kesan dan tiada tanda dari rahsia, tiada solat dalam bentuk dan tiada nama bagi pendiri solat.  Yang ada hanyalah penyaksian yang disembah.  (Sirr As Solat, Ayatullah Jawadi Amoli, ms 10)

 

Rahsia solat dan hakikatnya yang mampu dicapai melalui usaha gigih para ilmuan adalah ibarat setetes air dari lautan ilmu para maksumin a.s.  Lautan yang tidak mampu diselami oleh orang-orang lain (kecuali diinginkan oleh sang teman dan kepada siapa yang dia akan berikan – bahasa syair).  Setiap pemilik rahsia adalah penjaga alam Tauhid dan rahsia Ilahi.  Teman pemilik rahsia ini akan memberikan rahsia  berdasarkan kepada kemampuan  dari rahsia yang ghaib, malakut dan hakikat alam semesta. Namun…

Setiap yang telah mempelajari rahsia yang hak

Telah bersumpah dan mulutnya dijahit

Amirul Mukmin a.s. berkata Kumail:

إِنَّ هَاهُنَا لَعِلْماً جَمّاً لَوْ أَصَبْتُ لَهُ حَمَلَةً

Sesungguhnya di sini terkumpul ilmu yang padat (sambil mengisyarahkan ke dadanya).  Alangkah baiknya aku mendapatkan seseorang untuk mempelajarinya. (Nahjul Balagh, kata-kata hikmah 139)

 

Tidak syak lagi pembicaraan yang penuh dengan hikmah tentang penciptaan dua alam yang berada ditangan umat adalah hasil tegukan air wahyu dari para maksumin a.s.  Namun apa yang ada di dalam dada mereka jauh lebih banyak berbading apa yang sampai ke tangan kita.  Seorang yang bernama Rizam bertanya kepada Imam Jaa’far As Sadiq a.s. tentang solat dan batas-batasnya di hadapan Mansur Abbasi.  Imam berkata ‘solat memiliki 4000 batas dan tidak satu pun darinya yang kau mampu jaga’.  Rizam masih mendesak Imam untuk menjawab.  Imam pun menjawab sedikit dari rahsia solat yang berhubung dengan mencegah kejahatan dan kemungkaran. (Bihar Al Anwar, J 47, ms 185)

 

Tentang hadis ini, Imam Khomeini q.s. menulis:

4000 ribu batas yang disebutkan oleh Imam Jaffar As Sadiq a.s. jika bukan batas-batas zahir dan formal, pastinya beliau tidak akan mengatakan ‘tidak ada satu pun darinya yang kau mampu jaga’.  Ini menunjukan bahawa setiap orang mampu mendirikan adab formal dalam mendirikan solat. (Sirr As Solat, Imam Khomeini, ms 10)

 

Setelah Imam Khomeini q.s. menganalisa sebahagian dari riwayat-riwayat tentang ibadah dan solat, beliau mengambil natijah tentang rahsia dan hakikat solat:

Selepas melakukan tadabbur dan tafakkur dalam hadis-hadis yang mulia ini dan keadaan para Aimmah Huda, yang mana sewaktu melaksanakan amanat Ilahi ini, warna sebahagian orang berubah dan badan sebahagian orang mengeletar, sebahagian lagi bukan diri mereka lagi.  Mereka tidak mengabaikan apa pun yang selain Allah.  Mereka juga lalai dari ‘mulk’ (zahir) badan mereka dan ‘malakut’ (batin) kewujudan mereka sendiri.  Dapat difahami bahawa hakikat ibadah Ilahi ini dididik untuk membebaskan zahir yang suci dari penjara sempit alam tabiat kepada mukasyafa mutlak Muhammad S.A.A.W. yang diturun ke dalam hati Baginda yang suci.  Maka dengan ini, bertukar warna dan perubahan yang zahir bukan dianggap sebagai satu neraca.  Walau perubahan ini boleh sahaja berlaku ke atas mereka yang memahami hukum dan juga ke atas orang yang awam.  Dan juga dengan perubahan warna dan badan yang mengeletar, ngeri dan takut tidak akan memberi sebarang faedah jika berlaku pengabaian dan  kesalahan dalam ibadah. (Sirr As Solat, Imam Khomeini, ms 8-9).

Bersambung.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *