Ciri-ciri solat Nabi Muhammad (sawa)

Dalam riwayat telah dijelaskan tentang ciri-ciri solat Nabi Muhammad (sawa)

1. Imam Ali (as) : “Rasulullah (sawa) mengangkat tangan beliau hingga setinggi telinga ketika mengucapkan takbiratul ihram dan bertakbir ketika hendak rukuk dan juga ketika mengangkat kepalanya dari rukuk.”[1]

2. Imam Ali (as): “Setiap kali Rasulullah (sawa) mendirikan solat dan menguap, beliau akan menutup mulutnya dengan tangan kanannya.”[2]

3. Imam Ali (as) menulis kepada Muhammad bin Abu Bakar: “Berhati-hatilah dalam rukuk dan sujudmu kerana Rasulullah (sawa) yang melaksanakan solat secara sempurna daripada semua orang dan lebih baik daripada orang lain dalam solatnya, ketika dalam keadaan rukuk beliau mengucapkan «سبحان ربّى العظیم و بحمده» sebanyak tiga kali dan ketika beliau sujud, beliau membaca: «سبحان ربّى الاعلى و بحمده» [3]

4. Ketika beliau bangun dari rukuk mengucapkan:

«سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ اللّهُمّ لَکَ الْحَمْدُ مِلْ‏ءَ سَمَاوَاتِکَ وَ مِلْ‏ءَ أَرْضِکَ وَ مِلْ‏ءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَیْ‏»

“Allah Swt mendengar orang yang memuji-Nya dan mengabulkan (permohonannya) Ya Allah! Segala puji bagi-Mu sepenuh langit-langit dan bumi, dan sebanyak apa pun yang Engkau inginkan.” [4]

5. Imam Baqir (as) : “Rasulullah (sawa) dalam solatnya membaca ‘Bismillahir Rahmani Rahim’ secara jahr/keras dan mengeraskan suara itu.[5]

6. Imam Baqir (as): Dua orang dari sahabat Nabi Muhammad (sawa) berselisih tentang bagaimana beliau melaksanakan sola, untuk mencari jalan penyelesaian mereka menulis surat kepada Ubai bin Ka’ab tentang berapa kali Rasulullah berhenti seketika dalam solatnya. Ia dalam menjawab surat: Rasulullah Saw dalam qiraat berhenti sejenak di antara dua tempat. Salah satunya setelah selesai membaca surah al-Fatihah dan yang lainnya setelah selesainya surah.[6]

7.  Imam Shadiq (as:)  Rasulullah (sawa) ketika melaksanakan solat Subuh membaca surah-surah seperti: “Amma Yatasa alun, Hal Ata ka hadtsul Ghasyiyah, La Uqsimu biyaumil Qiyamah dan lainnya. Ketika salat Dhuhur membaca surah-surah: Sabbihisma Rabbika, Wa Sysyamsi wa Dhuhaha, Hal Ata ka Haditsul Ghasyiyah dan lainnya. Ketika solat Maghrib membaca surah-surah yang lebih pendek: Qul Huwallahu Ahad, Idza jaa Nashrullah wal Fath dan Idza dzullilatil. Dan ketika salat Isya membaca surah-surah yang dibaca ketika solat zuhur.[7]

Hisyam bin Hakam berkata: Aku bertanya kepada Imam Kadzim As: Mengapa dalam rukuk mengucapkan «سبحان ربّى العظیم و بحمده» dan ketika sujud mengucapkan:

«سبحان ربّى الاعلى و بحمده»

Imam Kadzim As menjawab: Wahai Hisyam! Ketika Rasulullah dibawa ke mikraj dan salat di sana, beliau teringat akan kebesaran Allah Swt yang beliau lihat pada malam itu, badan Nabi Saw bergetar dan tanpa disedarinya beliau rukuk dan membaca:

«سبحان ربّى العظیم و بحمده»

dan ketika bangun dari rukuk, beliau menyadari bahwa beliau sedang menuju Tuhan dan berada di tempat yang lebih tinggi daripada sebelumnya dan (kerana takut akan kebesaran Allah Swt) maka beliau bersujud dan membaca:

«سبحان ربّى الاعلى و بحمده»

ketika beliau membaca zikir ini sebanyak tujuh kali maka rasa takutnya hilang dari diri beliau.[8]

8. Abu Sa’id Khudri berkata: Rasulullah (sawa) sebelum menyibukkan dengan qiraat membaca:«أعوذ بالله من الشیطان الرجیم»[9]

9. Bara bin ‘Azib berkata: Rasulullah sawa tidak pernah mengerjakan salat fardhu tanpa membaca qunut.[10]

Muhammad bin Musalamah berkata: Ketika sujud, Rasulullah Saw membaca:

«اللَّهُمَّ لَکَ سَجَدْتُ، وَ بِکَ آمَنْتُ، وَ لَکَ أَسْلَمْت‏، سَجَدَ وَجْهِی‏ لِلَّذِی خَلَقَه‏ و صَوَّرَه، وَ شَقَّ سَمْعَهُ وَ بَصَرَه‏، فَتَبَارَکَ اللهُ أَحْسَنُ الْخالِقِین‏»

“Allahummah! Aku bersujud pada-Mu, dan beriman kepada-Mu, dan berserah diri kepada-Mu. Wajah (dan hakikat)ku bersujud kepada Yang menciptakannya dan membentuknya, menyingkap mata dan telinga. Maka Maha Suci-lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.” [11]

[1] Ibnu Hayun Maghribi, Nu’man bin Muhammad, Da’āim al-Islām wa Dzikra al-Halāl wa al-Harām wa al-Qadhāyā wa al-Ahkām, jil. 1, hal. 162, Qum, Muasasah Ali al-Bayt As, cet. 2, 1385.

[2] Muhammad Nuri, Husain, Mustadrak al-Wasāil wa Mustanbath al-Masāil, jil. 5, hal. 416, Qum, Muasasah Ali al-Bayt As, Cet. 1, 1408 H.

[3] Tsaqafi, Ibrahim bin Sa’id bin Hilal, Al-Ghārāt aw al-Istighfār wa al-Ghārāt, Periset: Muhadits, Jalaluddin, jil. 1, hal. 246-247, Tehran, Anjuman Atsar Meli, cet. 1, 1395 H.

[4] Ibid, hal. 246.

[5] ‘Ayasyi, Muhammad bin Mas’ud, Al-Tafsir, jil. 1, hal. 20, Tehran, Al-Mathbu’ah al-Ilmiyah, cet. 1, 1380 H.

[6] Thusi, Muhammad bin Hasan, Tahdzib al-Ahkām, jil. 2, hal. 20 Tehran, Al-Mathbu’ah al-Ilmiyah, cet. 1 1380 H.

[7] Ibid, hal. 95-96.

[8] Syaikh Shaduq, Ilal al-Syarāyi’, jil. 2, hal. 332-333, Qum, Kitab Furusyi Dawari, cet. 1, hal. 1380.

[9] Syaikh Hurr Amili, Wasāil Syiah, jil. 6, hal. 135, Qum, Muasasah Ali al-Bayt As, cet. 1, 1409 H.

[10]. Ibnu Abi Jumhur, Muhammad bin Zainuddin, ‘Awali al-Laāli al-‘Azizah fi al-Ahādits al-Diniyah, jil.2, hal. 42, Qum, Dar Sayidus Syuhada li-Nasyr, cet. 1, 1405 H.

[11] Salehi Damisyqi, Muhammad bin Yusuf, Sabl al-Huda wa al-Risyād fi Sirah Khair al-Ibād, jil. 8, hal 146, Beirut, Dar al-Kitab al-Ilmiyah, cet. 1. 1414 H.

 

One thought on “Ciri-ciri solat Nabi Muhammad (sawa)

  1. Wassalam. Afuan Sumber yg menerangkan bacaan dan Gerakan yg tidak disebutkn dalam artikel mengenai Ciri-ciri solat Nabi saw, seperti Dua kali sujud untuk satu rakaat solat, duduk diantara dua sujud, bacaan, ketika duduk antara dua sujud, bacaan attahiyat pertama dan kedua, diakhiri solat dengan bacaan salam, boleh dapatkan riwayatnya? Tq for info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *