Syarah Ziarah Asyura (5)

Tauhid
Tauhid adalah asas terpenting dalam Usoluddin.  Seluruh akidah dibina dari Tauhid.  Tugas utama para Anbia yang diutus oleh Allah adalah menyampaikan Tauhid dan menafikan segala bentuk syirik dari Allah S.W.T.
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ
Sesungguhnya telah kami untuk seorang Rasul dikalangan semua umat, para Rasul ini (menyeru untuk) beribadahlah kepada Allah dan jauhilah Thaqut. (An Nahl, 63)

Terdapat lima tahapan dalam perbahasan Tauhid:
1. Tauhid pada Zat. Terdapat tiga makna dalam Tauhid pada Zat.
a) Esa, tidak berkomposisi.  Basit – abstrak – tidak berkomponen.
b) Oneness – Tunggal, tidak ada seumpamaNya.
c) Mutlak, tidak ada syarik untukNya.

2. Tauhid dalam Sifat.  Sifat-Sifat Allah adalah Zat Allah sendiri (exactness)

3. Tauhid dalam penciptaan.

4. Tauhid dalam Rubbubiyah.

5. Tauhid dalam Ibadah.

Penerangan secara rinci tentang Tauhid perlu kepada perbahasan yang berbentuk kelas.  Kefahaman yang hanya berasaskan kepada bacaan tanpa memiliki asas yang benar akan mengakibatkan kecelaruan dalam kefahaman.

Para Ulamak akhlak mengketogerikan hubungan insan dengan Tauhid kepada empat bentuk.
1. Mereka yang mengakui Tauhid di lidah mereka.  Namun hati mereka tetap mengingkarinya. Mereka ini adalah orang-orang munafiq atau yang takut kepada kekuatan Islam.
2. Mereka yang mengakui Tauhid dengan lidah dan hati. Mereka adalah orang-orang mukmin.
3. Mereka yang menyaksikan KeEsaan Allah S.W.T.  Dalam menyaksikan berbagai bentuk ciptaan dalam alam, mereka melihat semuanya adalah ciptaan dan makhluk Allah.  Ini adalah maqam golongan Muqarabun.
4. Mereka yang tidak melihat kecuali melihat Allah.  Ini adalah maqam fana yang dimiliki oleh ahli marifat.

Ciri mereka yang telah mencapai kemurnian dalam bertauhid
1. Hanya bertawakal kepada Allah.
2. Taat mutlak kepada Allah.
3. Menjauhi diri dari dosa dan berlaku zalim.
4. Jika melakukan kesalahan, mereka akan menganggap diri mereka adalah perlaku kezaliman. (Sebagaimana Nabi Yunus)
5. Mereka melihat bahawa seluruh yang ada berada di bawah kekuasaan dan pengaturan Allah.
6. Hukum dan pemerintahan adalah milik Allah S.W.T.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *