Syarah Ziarah Asyura (2)

Madrasah Cinta Al Hussin
Keberkataan berterusan membaca Ziarah Asyura.

Terdapat banyak kisah yang menyebutkan bahawa membaca Ziarah Asyura berterusan dapat memberikan keberkataan dan natijah yang luar biasa.  Antara kisah-kisahnya adalah:

1.  Seorang ulamak menukilkan kisah dari Marhum Ayatullah Uzma Bahaudinni.  Beliau berkata ‘aku sentiasa membaca Ziarah Asyura.  Aku akan mula membaca Ziarah Asyura setelah keluar dari rumah untuk menuju ke arah Haram (Hazrat Ma’summah),.  Pada satu hari ketika menghampiri haram, dalam keadaan ‘mukasyafa’, aku dapat mendengar dinding-dinding mengucapkan salam ke atas Aba Abdillah…

2.  Dinukilkan dari Marhum Ayatullah Uzma Sheikh Abdul Karim Haeri.  Beliau berkata, pada satu malam aku bersama dengan putera ustazku Marhum Ayatullah Uzama Mirza Shirazi duduk belajar dengannya di atas bumbung rumahnya di kota Samarra.  Tiba-tiba datang guruku Marhum Ayatullah Fisyarki.  Wajahnya menunjukan dirinya dalam keadaan sedih dan bimbang.  Ini disebabkan tersebarnya wabak penyakit yang mematikan di Iraq.

Mendengar itu, Marhum Mirza Shirazi berkata ‘apakah kalian menerima aku sebagai seorang mujtahid?  Kami yang hadir berkata, sudah tentu.  Apakah kalian menerima keadilanku?  Kami juga menjawab, sudah tentu.  Maka dengan ini aku mengarahkan setiap Syiah, lelaki dan wanita di kota Samarra ini membaca Ziarah Asyura dengan niat mewakili Saidatina Nargis, ibu Imam Al Mahdi a.j.   Beliau memiliki kedudukan tinggi di sisi puteranya (Imam Mahdi) dengan wasilahnya, wabak ini tidak akan memberi kesan ke atas orang-orang Syiah.

Seberapa segera kami menyampaikan perintah beliau kepada masyarakat Syiah di Samarra.  Kesan bacaan Ziarah Asyura menyebabkan tidak ada orang Syiah yang mati disebabkan wabak yang melanda.

3.  Ayatollah Shahid Quddusi berkata ‘Marhum Allamah Tabatabie’ tidak pernah meninggalkan bacaan Ziarah Asyura pada bulan Muharam dan Safar.  Beliau seringkali menekankan atas pembacaan Ziarah Asyura.

4.  Ayatollah Uzma Jawadi Amoli berkata: Imam masjid Muhammadiah di Qom, Hujjatul Islam Sayed Hussin Barqa’ie berkata kepadaku ‘satu ketika aku mengalamai kecelakaan, aku lupa semua perkara.  Malah anak-anak dan anggota keluargaku sendiri aku tidak kenal.  Namun satu perkara sahaja yang masih aku ingat, iaitu Ziarah Asyura.

5.  Hujjatul Islam Firdausi berkata: ketika Imam Khomeini berada di Paris, beliau setiap hari membaca Ziarah Asyura pada waktu khusus.  Suatu hari aku menghadap Imam pada waktu tersebut kerana menyampaikan satu khabar yang penting.  Setelah menerima khabar tersebut, Imam berkata kepadaku, ‘lain kali jangan ganggu aku pada waktu sebegini dan biarkan aku bersendiri untuk membaca Ziarah Asyura.  Apa yang kita miliki datang dari Asyura dan Sayyed Asy Syuhada.

6.  Marhum Ayatullah Uzma Araki berkata: Salah satu janji Marhum Ayatullah Uzma Sheikh Muhammad Hussin Isfahani kepada dirinya dan Tuhan adalah membaca Ziarah Asyura.  Setelah itu baru beliau memulakan kerja-kerja ilmiah dan ibadahnya.  Beliau berdoa kepada Allah supaya hal itu dapat ia lakukan hingga hari akhir hidupnya.  Pada penghujung nyawanya, beliau membaca Ziarah Asyura sebelum tidur dan pada malam itu beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

7.  Doktor Muhammad Hadi Amini, putera Marhum Allamah Amini penulis kitab Al Ghadir menceritakan: Pada satu hari selepas empat tahun kewafatan ayahku, aku bermimpi bertemu dengan ayahku sebelum masuk waktu solat subuh.  Aku mencium tangannya dan aku dapati dia berada dalam keadaan gembira.  Aku bertanya kepadanya sebanyak tiga kali tentang amalan yang paling berfaedah kepadanya hingga membuatnya kelihatan gembira.  Ayahku berkata, hanya Ziarah Imam Hussin.  Aku berkata ‘sekarang ini jalan ziarah untuk orang Iran telah ditutup dan tidak mungkin untuk berziarah kepada Imam Hussin’.  Ayahku berkata ‘hadiri majlis duka Imam Hussin maka kau akan dapat ganjaran ziarah kepadanya’.  Pada penghujungnya, ayahku berkata ‘anakku, telah aku katakan dan akan aku katakan lagi, jangan sesekali meninggalkan Ziarah Asyura.  Sentiasa membacanya, kerana Ziarah Asyura  memiliki kesan dan keberkahan yang banyak serta menyebabkan kebahagian dunia dan akhirat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *