Syarah Ziarah Asyura (1)

Madrasah Cinta Hussain

Bahagian 1
Muqadimah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا اَبا عَبْدِاللهِ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ رَسُولِ اللهِ اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ اَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ وَابْنَ سَيِّدِ الْوَصِيِّينَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا بْنَ فَاطِمَةَ سَيِّدَةِ نِسَاءِ الْعَالَمِينَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا ثَارَ اللهِ وَابْنَ ثَارِهِ وَالْوِتْرَ الْمَوْتُورَ، اَلسَّلاَمُ عَلَيْكَ وَعَلَى اْلاَرْوَاحِ الَّتِي حَلَّتْ بِفِنَائِكَ عَلَيْكُمْ مِنِّي جَمِيعًا سَلاَمُ اللهِ اَبَداً مَا بَقيتُ وَبَقِىَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
Beberapa tahun lalu, al faqir menjadikan syarah Ziarah Asyura tajuk ceramah pada malam-malam majlis Musibah Imam Hussin a.s.   Amat disayangkan ceramah-ceramah tersebut tidak dirakamkan untuk dijadikan sebagai salah satu khazanah ilmu dikalangan para pencinta Ahlu Bait di tanah air.  Oleh disebabkan itu, al fakir melihat satu kemestian untuk memjelaskan isi kandungan serta tafsiran Ziarah Asyura.  Sudah tentu ini bukan tugas mudah.  Berjam-jam waktu diperlukan untuk mengumpulkan bahan.  Setelah itu berjam-jam lagi waktu diperlukan untuk membaca dan memilah-milah bahan bacaan.  Seterusnya adalah menyusunnya dalam bentuk penulisan.

Penulisan ini akan dilakukan secara bertahap.  Insyallah akan dijangkakan akan selesai menjelang Arbain Hussini tahun ini (2016) atau tahun 1438 hijrah.  Tujuan utama dari penulisan ini sudah tentunya atas niat Taqarub kepada Allah S.W.T.  Selanjutnya sebagai sedikit khidmat kepada maktab Hussini dan madrasah penantian Al Muntaza a.j.  Al faqir juga mengharapkan penulisan ini dapat memperkayakan khazanah tulisan ilmiah dalam bahasa melayu dan menjadi bahan bacaan serta kajian untuk para pencinta Ahlu Bait.

Tugas utama al faqir adalah menyusun kembali dengan bentuk perbahasan mudah dari sumber-sumber dari bahasa Arab dan Farsi.  Namun begitu sumber utama penulisan adalah dari kitab ‘Madrase Isqe Hussini’ gabungan ceramah dan tulisan Ayatullah Al Uzma Sheikh Jawadi Amoli.  Oleh dikeranakan kecetekan ilmu, al faqir menjauhkan diri dari memberi pandangan peribadi.  Semua yang ditulis berdasarkan apa yang telah disampaikan oleh para ulamak Ahlu Bait.  Mereka adalah pewaris ilmu Ahlu Bait dan menjadi kewajipan al faqir untuk menukilkan pandangan mereka sebagai bacaan para pencinta Ahlu Bait semua.

Semoga usaha kecil ini akan memberikan menafaat bersama dan akan menyemarakan kecintaan kita kepada Imam Hussin a.s. secara khusus dan maktab suci mazhab Ahlu Bait a.s. secara amnya.  Diharap juga penulisan ini dapat membangkitkan motivasi di dalam diri para pencinta Ahlu Bait terhadap taklif mereka untuk menghadirkan diri dalam majlis-majlis Hussini.

أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ ۚوَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ ۚعَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *