Perjalanan Dalam Tazkiah Nafs

Takziyah nafs adalah gerakan pembersihan jiwa yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap mukmin sehingga akhir hayatnya. Dalam proses ini, sejauh mana pun manusia bergerak dia tidak akan pernah sampai pada titik yang membuatnya tidak perlu lagi kepada jihad membina ketakwaan dan tazkiyah. Sebabnya adalah kerana dua faktor sebagai berikut;

Pertama, kesempurnaan adalah hakikat yang tidak mempunyai batasan, dan kesempurnaan mutlak adalah Allah SWT, sedangkan seorang hamba tidak mungkin akan mencapai tingkat kesempurnaan yang tanpa batasan. Kerana itu tidak mungkin suatu hari nanti dia layak untuk merasa cukup sempurna.

Kedua, seandainya seorang yang menuju dan meniti jalan takziyah ingin berhenti pada tahap tertentu dalam pendakiannya, maka berhentinya dia bukan bermaksud dia berhenti pada tahap itu, bahkan bererti dia sedang mundur dan tergelincir secara automatik. Sama seperti tubuh yang semakin lemah dan bahkan hampir mati kerana mendapat makanan yang diperlukan.

Hanya sedikit sahaja orang yang boleh mencapai tahap yang disebutkan Allah SWT dalam firmanNya;

 

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنْ الْغَاوِين.

“Dan bacakanlah kepada mereka berita orang yang telah Kami anugerahkan kepadanya ayat-ayat Kami, kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia dari kalangan orang-orang yang sesat. (QS. al-A’raf [7]: 175).”

Apa pun tafsirnya anugerah itu, sama ada berbentuk Asma’ Allah, pengetahuan tentang kitab suci, atau apa sahaja, tetapi jelas bahawa ungkapan itu menunjukkan bahawa orang tersebut telahpun mencapai tahap yang sangat tinggi dan sangat sedikit orang yang boleh mencapainya. Walaupun begitu, ternyata orang tersebut masih belum selamat dari tergelincir, sehinggakan Allah SWT berfirman;

 

فَانْسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الغَاوِينَ * ولَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلكِنَّهُ أَخْلَدَ إلى الأرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ الكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ.

“Kemudian dia melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti oleh syaitan, maka jadilah dia dari kalangan orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami menghendaki, sesungguhnya Kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan mengikitkan hawa nafsunya yang rendah, maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya dihulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir. (QS. al-A’raf [7]: 175 – 176)”

 

Sangat sedikit manusia yang dapat mencapai darjat yang dicapai iblis yang bahkan disebutkan pernah menjadi guru bagi para malaikat, dan dalam Nahjul Balaghah Khutbah 192 Imam Ali bin Abi Thalib as berkata;

 

فاعتبروا بما كان من فعل الله بإبليس إذ أَحبط عمله الطويل وجهده الجهيد ـ وكان قد عبد الله ستَّة آلاف سنة لا يُدرى أَمن سِني الدنيا أم من سِني الآخرة ـ عن كبر ساعة واحدة، فمن ذا بعد إبليس يسلم على الله بمثل معصيته؟! كلاَّ ما كان الله سبحانه ليُدخِل الجنَّة بشراً بأمر أَخرج به منها ملكاً، إِنَّ حكمه في أهل السماء وأهل الأرض لواحد، وما بين الله وبين أحد من خلقه هوادة(3) في إِباحة حمىً حرَّمه على العالمين.

“Maka petiklah pelajaran dari apa yang dilakukan Allah terhadap Iblis, iaitu ketika Allah telah menghapuskan amalan yang panjang dan susah payahnya yang besar – dia telah menyembah Allah selama 6000 tahun- hanya kerana kesombongannya yang sesaat. Jika iblis sedemikian rupa maka bagaimana mungkin seseorang akan selamat di sisi Allah jika membuat maksiat seperti iblis? Sekali-kali tidak, Allah tidak akan memasukkan seseorang ke dalam syurga dengan perkara yang membuatkan seorang malaikat dikeluarkan dari sana. Sesungguhnya hukum Allah bagi penghuni langit dan penghuni bumi sama sahaja. Tak ada pilih kasih antara Allah dan sesiapapun di antara makhlukNya sehinggakan dia boleh melanggar larangan yang Dia haramkan bagi semesta alam.”

 

Kisah tragik kejatuhan seorang manusia juga telah dialami oleh orang yang pernah menjadi salah seorang dari orang yang dipercayai oleh Imam Hasan al-Askari as, iaitu Mohammad bin Ali bin Bilal, sebagaimana disebutkan dalam Mu’jamu Rijal al-Hadits, jilid 16 hal. 309. Begitu tinggi kedudukan maknawinya orang itu sehinggakan dia pernah menjadi tokoh yang selalu ditanya dan diminta petunjuk darinya oleh Abu al-Qasim Husain bin Ruh yang kemudian harinya menjadi salah satu wakil khusus Imam al-Askari as. Mohammad bin Ali bin Bilal akhirnya ternyata cenderung kepada dunia, tergoda oleh hawa nafsunya yang hina, dan menjadi pengikut golongan Babiyah, sehingga Imam Mahdi as melalui Abu Jaafar Muhammad bin Usman menyatakan berlepas diri darinya.

Sebagaimana tertera dalam Bihar al-Anwar jilid 2 hal. 29, Imam Ali as berkata;

 

الدنيا كلُّها جهل إِلاَّ مواضع العلم، والعلم كلُّه حُجَّة إلاَّ ما عمل به، والعمل كلُّه رياء إلاَّ ما كان مخلصاً، والإِخلاص على خطر حتّى ينظر العبد بما يُختَم له.

“Semua dunia itu jahil kecuali tempat-tempatnya ilmu, dan semua ilmu itu hujjah kecuali yang diamalkan, dan semua amalan itu riya’ kecuali dilakukan dengan ikhlas, dan ikhlas masih berada dalam bahaya sampai seorang hamba dapat melihat apa yang menjadi penutup baginya.”

(Bersambung)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *