Pelajaran 9: Wuduk Jabirah

Pelajaran 9

WUDUK  JABIRAH

Definisi Jabirah

Ubat yang diletakkan di atas luka dan pembalut yang membalutnya disebut dengan Jabirah.

  1. Seseorang yang memiliki luka pada anggota wuduknya, jika dia mampu berwuduk secara normal, maka dia perlu berwuduk secara normal. Misalnya:
    1. Permukaan luka terbuka dan air tidak berbahaya baginya.
    2. Permukaan luka tertutup akan tetapi boleh dibuka dan air tidak berbahaya baginya.

 

  1. Jika luka berada pada wajah dan tangan, dan permukaan luka terbuka dan air berbahaya baginya, maka membasuh sekitarnya sudah cukup.

 

  1. Jika luka atau pecah di kepala bahagian depan atau di atas kaki (anggota yang disapu) dan permukaannya terbuka; jika tidak boleh diusap, maka letakkan kain yang suci di atasnya dan sapu di atas permukaan kain tersebut dengan baki air wuduk yang ada di tangan.

 

Cara Wuduk Jabirah

Dalam wuduk Jabirah, basuh atau sapu seperti biasa anggota-anggota yang dibasuh dan disapu sekiranya boleh dilakukan. Jika tidak memungkinkan, maka sapulah Jabirah(balut luka) dengan tangan yang basah.

 

Beberapa Masalah

  1. Jika Jabirah melebihi ukuran biasa sehingga menutupi lebih dari luka tersebut dan tidak boleh dibuka, maka perlu berwuduk Jabirah dan berdasarkan ihtiyath wajib, juga perlu
  2. Seseorang yang tidak tahu tanggungjawabnya; apakah perlu berwuduk Jabirah atau bertayamum, maka berdasarkan ihtiyath wajib dia perlu melakukan kedua-duanya.
  3. Jika seluruh wajah dan seluruh salah satu dari dua tangan dibalut penuh dengan Jabirah, maka berwuduk Jabirah sudah mencukupi.
  4. Jika tapak tangan dan jari-jarinya tertutup dengan Jabirah dan ketika berwuduk , tangan yang basah telah mengusapnya, maka dia boleh mengusap kepala dan kaki dengan baki air dari tangan tersebut atau mengambil air dari anggota wuduk yang lain.
  5. Jika pada wajah dan kedua tangan ada beberapa Jabirah, maka celah-celah di antaranya perlu dibasuh. Jika terdapat beberapa Jabirah di kepala dan atas kedua kaki, maka celah-celah di antaranya perlu diusap. Selagi anggota-anggota wuduk mempunyai Jabirah di atasnya, maka individu tersebut perlu beramal sesuai dengan hukum-hukum Jabirah yang di atas.

 

Perkara-perkara yang Perlu Disertai dengan Wuduk

  1. Mengerjakan solat.
  2. Mengerjakan tawaf di Ka’bah.
  3. Menyentuh tulisan Al-Quran dan nama-nama Allah.

 

Beberapa Masalah

  1. Tidak sah solat atau tawaf tanpa Wuduk .
  2. Anggota badan seseorang yang tidak memiliki Wuduk tidak boleh bersentuhan dengan tulisan-tulisan ini:
    1. Tulisan Al-Quran. Akan tetapi terjemahannya boleh disentuh.
    2. Nama Allah, ditulis dalam bahasa apa pun; seperti: Allah, Khuda atau God.
    3. Nama Nabi Muhammad Saw. (berdasarkan ihtiyath wajib).
    4. Nama-nama imam maksum a.s. (berdasarkan ihtiyath wajib).
    5. Nama-nama Sayyidah Fathimah a.s. (berdasarkan ihtiyath wajib).
  1. Mustahab berwuduk untuk pekerjaan di bawah ini.
    1. Pergi ke masjid dan ke makam para imam maksum a.s.
    2. Membaca Al-Quran.
    3. Membawa Al-Quran.
    4. Menyentuh sampul atau sekitar Al-Quran.
    5. Menziarahi kubur.

 

Bagaimana Wuduk Boleh Batal?

  1. Keluarnya air kencing atau tahi atau kentut.
  2. Tidur; sehingga tidak dapat mendengar dan tidak dapat melihat.
  3. Sesuatu yang boleh menghilangkan (kesedaran) akal seperti: gila, mabuk, pengsan.
  4. Keluarnya darah istihadah bagi perempuan.
  5. Sesuatu yang mewajibkan mandi seperti: Janabah dan menyentuh mayat.

 

Kesimpulan Pelajaran

  1. Seseorang yang anggota wuduknya luka atau patah, akan tetapi boleh berwuduk secara normal, maka dia perlu berwuduk secara normal.
  2. Seseorang yang anggota wuduknya tidak boleh dibasuh atau tidak boleh terkena air, maka jika di sekitar lukanya boleh dibasuh, maka ini sudah mencukupi dan tidak perlu bertayamum.
  3. Jika permukaan luka atau yang patah terbalut dengan Jabirah, akan tetapi boleh dibuka (tidak menyusahkan), maka Jabirahnya perlu dibuka dan berwuduk secara normal.
  4. Jika permukaan luka terbalut dan air berbahaya baginya, dia tidak perlu membukanya walaupun dia boleh membukanya.
  5. Untuk mengerjakan solat dan tawaf dan untuk bersentuhan anggota badan dengan tulisan Al-Quran dan nama Allah perlu mengambil wuduk terlebih dahulu.
  6. Berdasarkan ihtiyath wajib, orang yang tidak mempunyai wuduk tidak boleh menyentuh nama Nabi Muhammad Saw., nama para imam maksum dan nama Sayyidah Fathimah a.s.
  7. Keluarnya air kencing dan tahi akan membatalkan wuduk .Tidur, gila, pengsan, mabuk, janabah, dan menyentuh mayat akan membatalkan wuduk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *