Pelajaran 13: Waktu Solat

Pelajaran 13

WAKTU SOLAT

Setelah belajar masalah tentang kesucian, maka kita perlahan-lahan kita telah bersedia untuk melaksanakan solat. Untuk mengenali masalah dan hukum solat, pertamanya perlu kita ketahui bahawa solat ada yang wajib dan ada yang mustahab.

Solat wajib ada dua jenis; jenis pertama adalah solat wajib harian, di mana setiap hari perlu dilaksanakan pada waktu-waktu tertentu, dan jenis kedua adalah solat wajib yang kadang kala hukum wajibnya ini jatuh kerana sebab-sebab tertentu dan bukan termasuk dalam kewajipan harian. Untuk mengenali solat-solat wajib perhatikan susunan di bawah ini:

Jenis-jenis Solat:

  • Solat wajib:
  1. Wajib harian:
    1. Solat Subuh.
    2. Solat Zuhur.
    3. Solat Asar.
    4. Solat Maghrib.
    5. Solat Isyak.
  2. Wajib Sekali sekala:
    1. Solat Ayat.
    2. Solat Tawaf wajib.
    3. Solat Jenazah (solat mayat).
    4. Solat qadak ayah yang wajib ke atas anak lelaki paling tua.
    5. Solat-solat wajib kerana nazar.
  • Solat mustahab; mempunyai banyak sekali jenisnya.

 

Waktu Solat Harian

Solat harian ada lima jenis dan keseluruhannya ada tujuh belas rakaat:

  1. Solat Subuh: Dua rakaat.
  2. Solat Zuhur: Empat rakaat.
  3. Solat Asar: Empat rakaat.
  4. Solat Maghrib: Tiga rakaat.
  5. Solat Isyak: Empat rakaat.

Berkaitan dengan solat harian, pertanyaan yang paling awal ditanyakan adalah bila solat-solat ini perlu dilaksanakan?

Jawapan:

  • Waktu solat Subuh: Dari azan Subuh sampai terbitnya matahari.
  • Waktu solat Zuhur dan solat Asar: Dari waktu zuhur syarie sampai Maghrib.
  • Waktu solat Maghrib dan solat Isyak: Dari Maghrib sampai pertengahan malam.

Keterangan:

Waktu Subuh

Menjelang azan Subuh, terdapat cahaya putih dari arah timur dan bergerak ke atas, ia disebut dengan fajar awal. Dan apabila cahaya putih itu telah melebar ia disebut dengan fajar kedua, dan ketika itulah tiba waktu solat Subuh.

Waktu Zuhur

Jika kita tancapkan sebatang kayu atau sebagainya di atas tanah secara tegak, dan bayangan kayu itu sampai pada ukuran yang paling pendek lalu mula bertambah panjang, ketika itulah waktu zuhur syarie telah bermula dan telah tiba waktu solat Zuhur.

Waktu Maghrib

Maghrib adalah ketika hilangnya mega merah di langit di bahagian timur, dan biasanya ia muncul setelah terbenamnya matahari.

Waktu Pertengahan Malam

Jika kita bahagikan dua waktu antara terbenamnya matahari sehingga azan Subuh, maka titik tengahnya adalah waktu pertengahan malam dan dikira sebagai akhir waktu solat Isyak.

Hukum-hukum Waktu Solat

  • Selain solat harian, solat lain tidak memiliki waktu tertentu, akan tetapi waktu pelaksanaannya bergantung pada sebab wajibnya solat tersebut. Misalnya, solat Ayat tergantung pada terjadinya gempa, atau gerhana matahari, atau gerhana bulan, atau suatu peristiwa alam yang masih sedang berlaku. Atau solat Jenazah menjadi wajib ketika ada seorang muslim yang meninggal dunia, dan penjelasan secara terperincinya akan diberikan nanti.
  • Jika seluruh solat (dari rakaat pertama sampai terakhir) dilaksanakan sebelum waktunya atau sengaja dimulakan sebelum waktunya maka hukumnya batal.
  • Muatahab mengerjakan solat di awal waktunya; semakin dekat dengan awal waktu ia lebih baik, kecuali jika mempunyai alasan yang lebih utama dalam melambatkannya seperti menunggu seketika kerana ingin mengerjakan solat secara berjemaah.
  • Jika waktu solat sempit sehinggakan jika melaksanakan perkara-perkara mustahab dalam solat, sebahagian dari solatnya akan dilaksanakan di luar waktunya, maka tidak perlu melaksanakan perkara-perkara mustahab dalam solat. Misalnya, jika membaca qunut waktu solatnya akan habis, maka jangan membaca qunut.

Kesimpulan Pelajaran

  1. Solat wajib ada dua jenis:
    1. Solat wajib harian.
    2. Solat wajib kadang kala.
  2. Solat wajib harian iaitu solat Subuh, solat Zuhur, solat Asar, solat Maghrib, dan solat Isyak.
  3. Solat wajib kadang kala iaitu solat Ayat, solat Tawaf, solat Jenazah, solat qadhak ayah yang telah meninggal dunia dan menjadi kewajipan anak lelaki yang paling tua, dan solat Nazar.
  4. Waktu solat harian adalah sebagai berikut:
    • Waktu solat Subuh: Bermula dari azan Subuh sampai terbitnya matahari.
    • Waktu solat Zuhur dan Asar: Bermula dari zuhur syarie sampai Maghrib.
    • Waktu solat Maghrib dan Isyak: Bermula dari Maghrib sampai pertengahan malam.
  1. Waktu azan Subuh dan permulaan waktu solat Subuh adalah ketika munculnya fajar kedua.
  2. Ketika bayangan suatu benda lurus yang ditegakkan di atas tanah sampai pada ukuran yang paling pendek kemudian ia mula bertambah panjang, maka ketika itulah waktu zuhur syarie tiba.
  3. Setelah terbenamnya matahari lalu mega merah di langit bahagian timur menghilang, ketika itulah waktu Maghrib tiba.
  4. Jika jarak waktu antara terbenamnya matahari dan azan subuh dibagikan kepada dua, maka titik tengah pembahagian ini adalah pertengahan malam dan habisnya waktu solat Isyak.
  5. Solat yang dilaksanakan secara keseluruhan sebelum waktunya adalah batal.
  6. Solat ada’an adalah solat yang dilaksanakan pada waktunya, dan solat qadho adalah solat yang dikerjakan selepas waktunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *