Pelajaran 10: Mandi

Pelajaran 10

MANDI

Ada kalanya untuk mengerjakan solat (dan seluruh pekerjaan yang perlu kepada wuduk) diwajibkan mandi terlebih dahulu. Bermaksud, untuk menunaikan perintah Allah Swt., seluruh badan mestilah  suci. Sekarang akan dijelaskan masalah-masalah mandi dan cara caranya.

Jenis-Jenis Mandi Wajib

  1. Umum bagi lelaki-lelaki pun perempuan:
    • Janabah
    • Menyentuh mayat
    • Mayat
  2. Khusus perempuan:
    • Haid
    • Istihadhah
    • Nifas

Setelah penjelasan dan pembahagian pelbagai jenis mandi, sekarang kita membahaskan masalah-masalah dari setiap mandi wajib.

Mandi Janabah

  1. Bagaimana seseorang menjadi junub (mengalami janabah)? Sebab-sebab janabah:
    1. Keluarnya cairan mani:
      • Sedikit ataupun banyak.
      • Dalam keadaan tidur ataupun terjaga.
    2. Jimak (bersetubuh):
      • Dengan cara halal ataupun haram.
      • Cairan mani keluar ataupun tidak.
  2. Sekadar bergerak cairan mani dari salurannya dan tidak sampai terkeluar maka ia tidak akan menyebabkan janabah.
  3. Seseorang tahu bahawa cairan mani telah keluar dari dirinya, atau tahu bahawa yang keluar adalah cairan mani, dia dihukum sebagai telah junub dan wajib mandi.
  4. Seseorang tidak tahu; apakah yang keluar dari dirinya cairan mani atau bukan, sementara ciri cirinya adalah sebagaimana cairan mani, maka dia dihukum sebagai sudah junub. Namun, jika ciri-cirinya tidak seperti cairan mani, maka dia tidak dihukum sebagai sudah junub.
  5. Ciri-ciri cairan mani:
    • Keluar dengan syahwat.
    • Keluar dengan tekanan dan pancutan.
    • Setelah keluar, badan merasa lemah.

Maka, orang yang dari dirinya keluar cairan dan dia tidak tahu; apakah itu mani atau bukan, sedangkan cairan itu memiliki seluruh ciri-ciri di atas, maka dia dihukum sebagai sudah junub.

Namun, jika cairan itu tidak memiliki semua ciri-ciri di atas, atau bahkan tidak memiliki satu sahaja dari ciri-ciri tersebut, maka dia tidak junub, kecuali perempuan dan orang yang sakit; di mana dengan adanya satu sahaja ciri yakni keluarnya cairan kerana syahwat, maka sudah cukup untuk dihukum sebagai sudah junub.

6.Setelah keluarnya mani, mustahab bagi seseorang untuk kencing. Jika dia tidak kencing dan terus mandi dan setelah itu keluar              cairan darinya yang dia sendiri tidak tahu; apakah itu mani atau cairan lain, maka cairan itu dihukum sebagai air mani.

 

Pekerjaan-Pekerjaan Yang Diharamkan Bagi Orang Yang Junub

  1. Bersentuhan anggota badannya dengan tulisan Al-Quran, nama Allah dan berdasarkan kepada ihtiyath wajib nama para nabi dan para imam maksum serta nama Sayyidah Fathimah a.s.
  2. Masuk Masjidil Haram (di Mekah) dan Masjid Nabawi (di Madinah), walaupun sekadar masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain.
  3. Berhenti di dalam masjid.
  4. Meletakkan sesuatu di dalam masjid, walaupun dari luar masjid.
  5. Membaca ayat-ayat Al-Quran yang mengandungi sujud wajib, walaupun hanya satu huruf.
  6. Berhenti diam di makam para imam maksum a.s. (berdasarkan ihtiyath wajib).
  7. Jika seorang telah junub masuk ke masjid dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain (tanpa berhenti) maka ia tidak bermasalah, kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi; bahkan lalu sahaja juga tidak dibolehkan.
  8. Jika seseorang menetapkan sebuah bilik di rumahnya sebagai musalla (tempat solat) begitu juga di pejabat, hukum tempat tersebut tidak sama seperti hukum sebuah masjid.

 

Ayat-ayat Al-Quran yang Mengandungi Sujud Wajib

  1. Ayat ke-32: surah Al-Sajadah.
  2. Ayat ke-41: surah Fussilat.
  3. Ayat ke-53: surah Al-Najm.
  4. Ayat ke-96: surah Al-‘Alaq.

 

Kesimpulan Pelajaran

  1. Mandi wajib dibahagikan kepada dua jenis:
    • Umum; baik untuk lelaki atau perempuan.
    • Khusus untuk perempuan.
  1. Jika cairan mani keluar dari seseorang atau dia melakukan persetubuhan, maka dia dihukum sebagai orang yang telah junub.
  2. Seseorang tahu bahawa dia telah junub, maka dia wajib mandi janabah. Dan orang yang tidak tahu; apakah dia telah junub atau tidak, maka dia tidak wajib mandi.
  3. Ciri-ciri cairan mani antara lain:
    • Keluar dengan syahwat.
    • Keluar dengan tekanan dan pancutan.
    • Setelah cairan mani keluar, badan terasa lemah.

5.Amalan-amalan ini haram untuk orang yang junub:

  • Menyentuh tulisan Al-Quran, nama-nama Allah Swt., nama para Nabi dan imam maksum dan nama Sayyidah Fathimah a.s.
  • Masuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, dan berhenti di seluruh masjid.
  • Membaca ayat-ayat Al-Quran yang mengandung sujud wajib.
  • Lalu dalam masjid; jika tidak berhenti dan hanya masuk dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain tidaklah bermasalah, kecuali Masjidil Ha-ram dan Masjid Nabawi yang tidak dibenarkan walaupun hanya lalu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *