Pelajaran 6: Cara Menyucikan Tanah yang Telah Najis

Pelajaran 6

CARA MENYUCIKAN TANAH

YANG TELAH NAJIS

Menyucikan Tanah

  1. Dengan air kur: Pertama sekali perlu dibuang tanah yang terkena najis lalu siramkan air kur atau alirkan air ke permukaannya sehingga terkena ke semua tempat-tampat yang terkena najis.
  2. Dengan air qalil:

Jika permukaan tanah itu menyerap air, maka tanah tidak boleh disucikan dengan air qalil.

  1. Jika tanah tidak menyerap air, maka hanya permukaannya yang dialirkan air sahaja akan menjadi suci.

Beberapa Masalah

  1. Dinding yang telah najis boleh disucikan sama seperti mana disucikan permukaan tanah.
  2. Dalam menyucikan permukaan tanah, jika air itu mengalir dan masuk ke dalam perigi, atau air itu mengalir ke tempat lain, maka seluruh permukaan tanah yang dialiri dengan air tersebut akan menjadi suci.

Tanah

  1. Jika tapak kaki atau bawah sepatu berjalan dalam keadaan najis, dan kerana bersentuhan dengan tanah sehingga benda najisnya hilang, maka ia akan menjadi suci. Dengan demikian, tanah adalah penyuci tapak kaki dan bawah sepatu, akan tetapi perlu memenuhi beberapa syarat:
    1. Tanah mastilah suci.
    2. Tanah mestilah kering (tidak basah).
    3. Tanah boleh menyucikan boleh berupa tanah, pasir, batu, dan sebagainya.

Masalah: Apabila najis yang berada tapak kaki atau tapak kasut hilang apabila berjalan di atas tanah, maka ia akan menjadi suci. Akan tetapi, sebaiknya mestilah berjalan sekurang-kurangnya lima belas langkah.

 

Sinar Matahari

Sinar matahari dengan syarat-syaratnya yang akan disebutkan boleh menyucikan benda-benda seperti:

  1. Tanah
  2. Bangunan dan bahagian-bahagiannya, seperti pintu dan tingkap.
  3. Pohon dan tumbuh-tumbuhan.

Syarat-syarat Menyucikan dengan Sinar Matahari

  1. Benda yang terkena najis mestilah masih basah sehinggakan benda lain yang bersentuhan dengannya akan basah juga.
  2. Benda yang terkena najis menjadi kering kerana sinaran matahari. Selagi benda itu masih basah atau lembab, maka ia belum menjadi suci.
  3. Mestilah tidak ada penghalang yang menghalang sinaran matahari seperti awan kecuali jika ia sangat tipis dan tidak akan menghalang sinarannya.
  4. Benda yang terkena najis itu menjadi kering hanya kerana sinaran matahari. Bermaksud, ia tidak dibantu oleh angin, misalnya.
  5. Ketika sinaran matahari memancar, najis mestilah sudah dibersihkan dari bendar yang terkena najis. Selagi najis masih ada pada benda tersebut, maka sebelum dibiarkan terkena sinaran matahari, najis tersebut mestilah dihilangkan terlebih dahulu darinya.
  6. Bahagian luar dan dalam dinding atau tanah mestilah kering semuanya pada masa yang sama. Jadi, jika pada hari ini bahagian  luarnya kering namun pada keesokan harinya, bahagian dalamnya baru kering, maka yang suci pada hari ini adalah bahagian  luarnya saja.

Masalah: Jika tanah dan sebagainya terkena najis akan tetapi tidak basah, maka siramkanlah sedikit air atau sesuatu yang boleh membasahinya ke atasnya, dan untuk menyucikannya biarkan sinaran matahari mengenainya.

 

Islam

Jika orang kafir membaca dua kalimat syahadat, dia menjadi Muslim, dan dengan demikian, seluruh badannya menjadi suci. Kalimat syahadat adalah seperti di bawah ini:

اَشْهد اَنْ لاَ اِله اِلَّا الله و اَشْهد اَنَّ محمدا رسولُ الله

( Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muham-madan rasulullah)

 

Hilangnya Benda Najis

Dalam dua perkara di bawah ini, sesuatu yang terkena najis boleh menjadi suci dengan hilangnya benda najis dan tidak memerlukan kepada siraman air, iaitu:

  1. Anggota badan binatang. Misalnya, ketika seekor ayam memakan benda najis; mulutnya menjadi suci apabila hilangnya najis darinya.
  2. Bahagian-bahagian dalaman badan manusia seperti; bahagian dalam mulut, hidung dan telinga. Misalnya, ketika menggosok gigi, darah keluar dari gusi. Bila air ludah tidak berwarna darah, maka mulut itu suci dan tidak perlu membasuhnya.

 

Kesimpulan Pelajaran

  1. Tanah yang tidak boleh dialiri air tidak boleh disucikan dengan air qalil.
  2. Jika menyucikan tanah dengan air qalil, permukaan yang dialiri air saja akan menjadi suci, adapun permukaan yang menyerap air adalah najis.
  3. Tapak kaki dan bawah sepatu yang najis boleh menjadi suci hanya dengan berjalan di atas tanah sehingga najisnya hilang.
  4. Sinaran matahari dengan syarat-syaratnya boleh menyucikan tanah, bangunan, pohon dan tumbuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *